Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion

Assalamualaikum, hai semua.

Kali ni aku nak share dengan hangpa produk terbaru Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu dari Safi Malaysia. Macam sebelum ni, aku ada share dengan hangpa, beberapa produk safi yang aku gunakan. Produk Safi ni memang kebanyakkannya sesuai dengan kulit kita kan. Alhamdullilah setakat ni takda lah jadi apa-apa dekat muka ni.

Sekarang ni, aku tengah nak cuba Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu ni pulak. Teruja sangat taw.

Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu


Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu

Bercerita tentang Safi Balqis Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu ni, hangpa taw apa yang menariknya ialah gabungan formulasi penyegar & pelembab dalam satu langkah ja untuk penjagaan kulit muka kita. Walaupun dengan langkah mudah & ringkas ni, ia tetap memberi kesan kelembapan yang optimum.

Selain dari bertindak sebagai pelembap & penyegar, Safi Balqis Whitening Hydrating Lotion ni jugak ada kelebihan lain taw hangpa. Jom lah kita tengok apa kelebihannya jom.

Kelebihan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu

Kelebihan Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu



•  Memberikan dua kali penghidratan & kesegaran dengan satu penggunaan

•  Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam & optimum sepanjang hari dengan lima jenis Hyaluronic Acid.

•  Macro Hyaluronic Acid

•  Nano Hyaluronic Acid

•  Bio-Hyaluronate

•  Oligo-Hyaluronic Acid

•  Super Nano Hyaluronic Acid

•  Mudah meresep ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit.

•  Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR. Oxywhite iaitu Nano Oxygen & Nano Biowhite.

Sebenarnya, Nano Oxygen ni bertindak membebaskan oksigen tambahan ke dalam epirdemis kulit agar nampak segar, bermaya & berseri manakala Nano Biowhite pulak bertindak  memperlahankan kesan pembentukkan pigmentasi untuk tona kulit menjadi sekata & cerah sempurna.

Cara Pakai Safi Balqis Oxywhite Whitening Hydrating Lotion Dua Dalam Satu



Hangpa cuma perlu tuangkan pada tapak tangan kemudian sapu rata pada kulit muka. Sambil tepuk-tepuk lembut muka hangpa untuk ia cepat meresap ke dalam kulit muka. Lakukan dua kali sehari selepas cuci muka untuk hasil yang optimum. Nak kulit cantik kena lah rajin sikit taw, hehe.

Review personal dari aku, memang best guna Safi Balqis Whitening Hydaration Lotion Dua Dalam Satu ni taw hangpa. Memudahkan langkah penjagaan kulit muka & buat kulit aku lebih lembut & segar. Bau pun best & tak melekit. Sekarang ni, kalau nak kemana-mana, senang dah dengan ada produk Safi dua dalam satu ni. Jimat ruang!.

Hangpa kalau nak cuba jugak boleh dapatkan dekat pasaraya. Dan macam biasa lah, untuk maklumat lanjut hangpa boleh layari :

Facebook - Safi.My

Instagaram - @safimalaysia

Website - safi.com.my

2 comments

  1. betul-betul menghantui kita laa produk safi yang ni. sejak2 ber BW ni ramai la jumpa review blogger pasal dia ni ha :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Lotion ni best sis sebab dia wangi & tak melekit.

      Delete