SAFI Youth Gold Bantu Kurangkan Dagu Berlapis Dalam Masa 15 Minit !.

SAFI YOUTH GOLD LIFTING GOLDEN C DUO SERUM 


Assalamualaikum semua. Selamat Berhujung Minggu !. Apa aktiviti hangpa hari ni?. Aku minggu ni banyak urusan luar. Tapi walaupun agak busy, aku tetap excited nak share sesuatu yang best dengan hangpa .


Siapa dekat sini nak dagu yang lebih runcing dan tirus?. 


Dalam kita menjalani kehidupan seharian ni kan,  penampilan diri kita sikit sebanyak memainkan peranan yang sangat penting. Macam aku ni,  kerja aku banyak jumpa dengan orang. Kulit muka ni memang nak kena jaga lah kan,  hihi. Tapi dengan kesibukan kita dalam menjalani norma baharu ni,  tanpa kita sedar, penuaan jugak mula menampakkan tanda-tandanya. Macam kulit makin kendur dan kurang anjal terutamanya dekat muka dan leher,  haish.


Tapi, hangpa jangan risau SAFI ada keluarkan rangkaian produk baharu antipenuaan dan menganjal dengan formulasi yang dipertingkatkan lebih dari Safi Rania Gold. Ia mampu mengurangkan dagu berlapis untuk wajah tampil lebih anjal, runcing dan tirus serta lebih muda dari usia, ewah.


SAFI YOUTH GOLD LLIFTING GOLDEN C DUO SERUM


Ni kite nak share dengan hangpa produk Safi BAHARU iaitu Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum yang diformulasikan dengan Teknologi Golden C-Lift, kombinasi Vit C dan Nano Emas 24K yang lebih berkesan dari Vitamin biasa. Ia jugak diperkaya dengan Duo Age-Correcting Actives iaitu gabungan Golden C dan Ceramide 3 untuk 7 dimensi pembaharuan keremajaan kulit kita.


7 DIMENSI PEMULIHAN KEREMAJAAN KULIT

✔️Melindungi kulit daripada pengoksidaan. 

✔️Menjadikan kulit lebih lembut. 

✔️Meningkatkan kelembapan kulit. 

✔️Mengurangkan garis halus Dan kedutan. 

✔️Memulihkan kulit rosak. 

✔️Menganjalkan. 

✔️Meningkatkan keanjalan Dan keelastikan kulit. 


SAFI YOUTH GOLD LLIFTING GOLDEN C DUO SERUM

Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum ni jugak mampu merawat secara mikro dan mengurangkan tanda penuaan seperti dagu berlapis dan kulit kendur selain mengurangkan 50% dagu berlapis dalam masa 15 minit, wow kan!.


Nak try tak sekarang?. Nak beli?. Nah kite share link ni :


Lifting Golden C Duo Serum -  https://bit.ly/3izM0fm

Lifting 24K Serum Cleanser - https://bit.ly/3FpssEj


Selain tu,  hangpa jugak boleh dapatkan rangkaian produk ni di semua cawangan farmasi macam Watsons, Guardian, Aeon Wellness & Caring serta laman e-dagang rasmi Wipro Unza di Shopee dan Lazada.


Jom SYGkan kulit kita dengan Safi Youth Gold Lifting Golden C Duo Serum ni!.


Keep Reading»

Selamat 31 Syuhaina Atikah !

Selamat Hari Lahir!


Selamat Hari Lahir




Usia ke 31 pada 7 Sept 2021.


Tak kurus, tak lawa, tak kaya dan tak seistimewa mana. 31 yang tak istimewa mana. Namun masih diberi nafas hingga ke hari ni. Terima kasih Allah, bagi aku nyawa sehingga hari ni. Terima kasih yang masih stay. Hangpa ajar aku erti syukur. Terima kasih yang dah pergi, hangpa ajar aku erti hargai.


Selamat hari lahir buat diri ini!. Semoga usia ini dalam keberkatan dan redha Allah, semoga usia ini terus memberikan kebaikan kepada orang lain, dan semoga Allah berikan husnul khotimah. Aamiin.  


Banyak ucapan dan doa buat aku, kalau tak sempat balas dekat kotak komen tu, sori taw. Jangan marah, jangan kata aku sombong pulak. Kekadang tak perasan 🙈.


Tapi dalam hati ni, demi Allah yang Maha Mencintai, terima kasih. Apa lah agaknya kebaikan yang aku pernah buat , sampai macam ni sekali aku disayang, dikasih kalian, uhuk 😆


Terima kasih semuanya ❤️.


Love,

Syuhaina Atikah 💕. 


Keep Reading»

Selamat Hari Raya Eidullfitri

Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir Batin



Buat seluruh keluarga, kalian lah yang terpenting dalam hidup saya.


Buat sahabat, jangan lah lupakan saya bila kita terpisah nanti.


Buat musuh, maafkan lah saya jika nampak salah di mata awak.


Buat yang sayang saya, saya jugak sayang dan hormati awak semua.


Buat yang suka sakitkan hati saya, terima kasih sebab mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan.


Buat yang pergi dan meninggalkan, semoga berbahagia hendaknya.


Buat yang tak mengenali saya di dunia blog ni, terima kasih kerana masih setia menerima saya sebagai teman. Hadap segala cerita saya, yang kadang entah apa2, walaupun kita tak pernah bersua muka.


Maafkan lah diri ni sekiranya pernah menyakiti, menghina, membohongi, terkasar bahasa, menyinggung dan membuat sesiapa pun terasa hati.


Sesungguhnya saya hanya insan biasa yang tak sempurna dan takkan pernah sepi dari kesilapan. 


Dalam sedar atau tanpa sedar, seribu kemaafan sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang didinding ataupun disudut hati awak semua.


Kerana kedamaian dan ketenangan akan hadir disaat hati dan jiwa melepaskan semua kebencian dalam kemaafan. Kerana memaafkan tu adalah "Dendam yang paling indah".


Yang jauh tu waktu, yang dekat tu mati, yang besar tu nafsu, yang berat tu amanah, yang mudah tu berbuat dosa, yang panjang tu amal soleh, yang indah tu saling memaafkan.


Selamat Hari Raya EidulFitri, Maaf Zahir Batin walau dimana ja awak semua berada.


Tahun ni kita masih lagi beraya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sama-sama lah kita patuhi SOP dan larangan yang ditetapkan ya. Semoga Allah menjauhkan kita, keluarga kita dan orang yang kita sayang dari penyakit Covid berbahaya serta mereka yang terkena juga akan sembuh dan selamat secepatnya. Aamiin Ya Rabb 🤲🏻❤️.





Keep Reading»

Selamat 31 Suami!

Selamat Hari Lahir Suami!.


Selamat Hari Lahir Suami


Assalamualaikum semua. Alhamdulillah, terima kasih Allah. Engkau hadirkan temanku, kekasihku, Syurgaku dan Babah kepada anakku. Selamat hari lahir suamiku!.


Umur awak dah meningkat setahun lagi. Alhamdulillah Allah bagi awak kesihatan yang baik untuk terus berjuang demi anak kita dan keluarga kecil kita. Semoga awak selalu tabah, sentiasa dilindungi Allah dan dipanjangkan umur. Doa saya akan sentiasa mengiringi perjalanan hidup awak.


Takda hadiah yang terindah selain doa dan ucapan ini untuk awak.


Selamat Hari Lahir Suami


Selamat 31 Kekasih. Saya rasa sayang pada awak suatu ketika dulu. Dan masih sayang awak sekarang. Semoga saya akan sayang awak selamanya. Sampai tua, sampai Syurga Allah, inshaaAllah.


Semoga awak sihat. Semoga awak selalu bahagia. Semoga awak terus dalam jagaan yang kuasa. Saya sayang awak kerana Allah ❤️.


Yang menjaga jasad, cinta dan hati ini hanya untuk awak,

Syuhaina Atikah.



Keep Reading»

Salam Ramadan Kareem 2021


Ucapan Salam Ramadan


Assalamualaikum semua. Syukur, alhamdulillah, kita dah berada di pertengahan Ramadan. Rasanya masih belum terlambat kan untuk aku ucapkan Salam Ramadan Kareem 2021 pada hangpa semua. Cepatnya masa berlalu, taw-taw ja dah masuk 16 Ramadan dah. Semoga Allah terima semua amal baik kita, aamiin.


Salam Ramadan Kareem 2021


Tahun ni kita masih lagi menyambut bulan Ramadan dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). Walaupun tak dibenarkan merentas negeri, tapi aku bersyukur sebab kita dibenarkan untuk Solat Terawih dan p Pasar Ramadan macam biasa, hihi.

Walaupun kita dah dibenarkan un tuk Solat Terawih dan berkunjung ke Pasar Ramadan, diharapkan kita semua dapat patuh pada SOP yang dah ditetapkan. Jangan disebabkan sikap kita yang tak bertanggungjawab dan sambil lewa tu, orang lain yang akan terima akibatnya.


Jaga diri ya semua. Patuh pada SOP!. Kita mesti menang!. Salam Ramadan Kareem semua. Jumpa lagi next entri ok.

Keep Reading»

Rasa Rindu Nak Menulis

 Assalamualaikum semua.

gambar ihsan google


Ya Allah, dah dekat 5 bulan tak update blog. Memang lama kali ni. Dekat facebook dan instagram ada jugak update. Macam-macam kerja nak buat sekarang. Penat!. Mana dengan kerja hakiki lagi, kerja rumah lagi, part time bisnes lagi. Ya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.

Sori lah taw kalau siapa yang jengah dekat blog ni tapi takda cerita baru, hihi. Sebenarnya rasa macam ada banyak benda nak cerita tapi tak sempat jugak make berceloteh delay sini.

Tapi kan, terima kasih lah taw kalau ada yang masih sudi jenguk-jenguk blog aku ni. InsyaaAllah aku akan  terus mencuba menulis selama mana di blog ni untuk tatapan hangpa. Aku tabik lah dengan sesiapa yang selalu update entri baru setiap hari tu. Sebab tu lah depa berjaya dan terkenal dalam dunia blogger ni.

Sebenarnya memang rasa rindu nak menulis ni. Hangpa doakan lah aku semoga istiqomah ya, huhu. Doakan urusan aku dipermudahkan. Tekad kali ni nak rajin-rajin jenguk blog sekurang-kurangnya seminggu sekali, inshaaAllah.

Ok lah hangpa. Nanti aku update cerita-cerita aku dekat sini na. Macam-macam benda aku nak cerita, sampai tak taw dah nak cerita yang mana dulu, hihi. Take care ya hangpa.

Keep Reading»