Selamat Ulangtahun Perkahwinan!
Assalamualaikum semua.
Dah lama aku biarkan blog aku ni tak berupdate, aku sibuk weh!. Aku sibuk kerja, sibuk dengan urusan rumahtangga & anak. So kisahnya, dalam entry hari ni aku nak cerita pasal Hari Anniversary aku yang lepas. Dah dekat seminggu berlalu baru nak cerita, hihi.
Sekejap ja weh masa berlalu. Dah 6 tahun aku & suami aku hidup bersama. Alhamdulillah, terima kasih Allah kerana memanjangkan jodoh kami & bahagiakan kami. Bergaduh sekali sekala tu biasa lah kan. Tu lah lumrah orang berumahtangga. Tapi lepas kita gaduh tu, masing-masing akan lebih memahami pasangan masing-masing.
Anniversary kami jatuh pada 15hb Oktober. Tapi disebabkan 15hb tu aku tak available nak balik Kedah dekat suami aku, so aku dah delivery awal-awal lagi suprise box untuk dia. Macam sambutan anniversary tahun-tahun sebelumnya, aku hantar suprise ja dekat dia. Cuma kali ni aku delivery sendiri, hihi.
Kepada Ami,
Kita takda gambar kahwin yang perfect. Setiap tahun, gambar-gambar macam ni lah yang saya guna untuk lafaz selamat buat kita.
Selamat Ulangtahun Perkahwinan yang ke 6, kekasih 💖.
Macam-macam dah yang kita tempuh. Bermacam rasa, pelbagai peristiwa. Semua kita hadap dengan gelak & gaduh. Dari senang kita susah, melantun senang kembali susah, merangkak semula, bertahan semata. Semua kita dah biasa kan?. Asalkan berdua, steady yeah!. Ingat tak?. Terus ingat sampai bila-bila taw!.
Jangan putus asa Ami. Kerana saya adalah awak. Dan awak adalah saya. Kita cuma sempurna, bila kita ada bersama. Saya sayangkan kita ❤️. Sampai tua, selamanya.
Semoga ikatan perkahwinan kita ni kekal selamanya. Biarpun Ami jauh & tak dapat sentiasa bersama-sama saya & Zahra, namun doa & kata-kata semangat dari Ami dah cukup untuk saya & Zahra.
Akhir kata, terima kasih buat semua yang mendoakan kebaikan buat kami.
Keep Reading»