Suprise Delivery Buat Abah

SELAMAT HARI LAHIR ABAH.


Assalamualaikum semua. Tolong jangan muak sebab ulang-ulang cerita pasal sambutan birthday, haha. Banyak pulak insan-insan tersayang yang menyambut hari lahir dalam bulan April ni.

Semua orang suka dihargai. Namun kita semua berbeza cara dalam menggembirakan orang yang kita sayang. Bagi aku kegembiraan orang yang tersayang adalah satu kebahagiaan. Ha dekat bawah ni adalah pengalaman aku bagi kejutan untuk Abah aku.

Alhamdulillah untuk semua kesempatan. Hobi aku yang memberi & membuat kejutan buat Mak & Abah sempena hari istimewa. Aku taw tu takda lah seberapa & terlalu jauh nak dibandingkan dengan apa yang depa dah bagi. Tapi kan wajah happy depa cukup membahagiakan.

Sebelum ni pernah beli hadiah untuk depa & depa sangat hargai. Dan sampai hari ni aku masih membeli sesuatu untuk saling merai. Ada rezeki lebih kita bagi lah apa yang kita mampu. Syukur lah untuk apa yang masih di sisi. Moga diberkati.

16hb hari tu aku plan dengan kakak-kakak aku selaku anak perempuan Mak & Abah untuk buat kejutan buat Abah sempena hari lahir Abah. Sekarang kan dah famous perkhidmatan suprise delivery ni. 

Selamat hari lahir abah

Aku whatsapp kawan aku  minta dia hantarkan suprise delivery bouquet bunga ros & sepotong kek SR. Baik ja kawan aku tu ha. Moga murah rezeki Ain yang sudi hantar masa tu. Banyak betul kerenah aku. Sabar ja dia. Yang penting Abah aku terkejut & gembira masa tu. Tu yang best!!. Nanti aku review khidmat suprise delivery dia ya.

Ni adalah sesuatu yang sangat manis untuk dikenang. Bantuan melalui kawan aku yang sangat sporting memenuhi kehendak aku, berjaya membuatkan Abah terharu. Terima kasih untuk segala kerjasama. Alhamdulillah.

Selamat Hari Lahir Abah

Selamat Hari Lahir Abah!. Semoga dipanjangkan umur, & diberi kesihatan yang baik. Semoga ceria & bahagia selamanya. Aaminn. Love u Abah!.

Apa pun jom kita memberi. Kita hidup tak lama mana. Jadi hidup lah untuk memberi & bahagiakan lah yang tersayang selagi berkesempatan. Ada rezeki, kita kongsi. Insyaallah hidup akan aman & gembira buat semuanya!.

Keep Reading»

Review Diapers Tesco

DIAPERS MURAH TAPI BERKUALITI


Assalamualaikum semua. Lamanya tak tulis blog kan?. Sibuk memanjang kisahnya, haha. Hari ni gigih bangun awal pagi nak tulis blog.

Alhamdulillah, Nur Zahra Aressa seorang anak yang tak cerewet dalam banyak bab termasuk lah pampers. So, mudah!. Tak stick pada satu brand ja, boleh tukar-tukar. Jarang lah aku nak buat stok dekat rumah. Beli setakat sebungkus dua ja.

Aku selalunya akan beli harga yang paling murah atau banyak promosi harga. Sebab tu malas nak buat stok, tak nak semakkan ruang yang tak berapa banyak, haha.

Antara brand yang Zahra dah pernah pakai dari newborn sampai lah sekarang ialah Drypers Weewee Dry, Drypers Drypants, Huggies Drypants, Mamy Poko Easyfit Pants dan paling lama pakai Petpet Daypants. Tapi biasaya bertukar-tukar antara Drypers Drypants dengan Petpet Daypants ja. Maybe sebab depa selalu buat promo kud, hihi.

Purata Zahra tukar pampers sehari untuk sekarang ni (kalau tak poopoo), dalam 3 kali ja. Sekeping lepas mandi pagi, sekeping lepas mandi petang, sekeping sebelum tidur. Tak tukar kerap sebab biasanya tak penuh pun. Tapi kalau p jauh-jauh , biasanya extra sekeping. Nak tukarkan masa tengah hari untuk lebih selesa.

Eh, panjang pulak intronya ha. Sebenarnya nak cerita pasal diaper Tesco ja, huhu. Untuk diaper lain, tak payah buat teview dah sebab mostly orang dah taw. Brand common lah katakan. Brand Tesco ni tak berapa favourite & famous kan. Sebab biasa lah including aku, brand-brand hypermarket ni macam double standard sangat.
Diapers murah tapi berkualiti

Tapi entah macam mana tergerak hati pulak nak try brand Tesco. Sebab ada tengok kawan buat review di FB kud, huhu. Lagi pun masa p usha diapers untuk dicuba, brand Tesco harga pun tak sayang untuk diberhentikan kalau anak tak serasi, kira jadi lah kan? Haha.

Lepas dah try pek Tesco Everyday Value ni, dari segi keserasian ok ja Zahra takda naik rashes atau apa-apa kesan dekat skin condition. Aku perasan kalau penuh pun tak bocor. Ok ja Zahra pakai dekat rumah kan sebab dia pun tak berapa lasak. Nak dekat habis se pek dah ni, hihi.

Ok ni points dari review aku pada Tesco Everyday Valueselepas dah habiskan satu pek:

✅Ada design yang colourful jugak. Tapi kan, apa kisah dak?. Haha. Design yang simple but still cute kan?

Diapers murah tapi berkualiti


✅Daya serapan ok. Tak pernah lagi lah meleleh atau pun bocor.

✅ Kadar kekeringan pun aku rasa ok. Tak pernah lah bila bukak diaper tu, ada rasa lembab-lembab dekat kulit. Tak taw lah sebab Zahra ni jarang nak penuh diaper dia, hihi.

✅Pelekat dia paling tahan rasa. Kalau terbukak pun boleh lekat balik macam biasa.

So, kesimpulannya, kalau harga murah lagi, memang aku dah tak teragak nak beli borong lagi. Sebab aku takda masalah dengan nak kerap tukar diapers since en.suami lagi suka kalau diapers kerap tukar. So kalau murah takda lah terasa membazir sangat kan, huhu.

Teringin jugak nak pakai washable nappies kan. Harga tu agak telan air liur untuk baru-baru nak buat collection ni kan. So disposable nappies adalah option terbaik untuk aku buat masa ni. Insyaallah bila dah sesuai aku akan tukar ke earth friendly nappies.




Keep Reading»

Sambutan Hari Lahir Amzar!

SELAMAT HARI LAHIR SEPUPU ZAHRA!


Assalamualaikum semua.

Lama gila tak update blog ni. Niat di hati ni memang nak sesangat tapi kekangan masa yang agak sibuk dengan aktiviti seharian amat lah dikesali. Hari ni curi-curi masa nak buat entry pasal sambutan hari lahir anak saudara suami aku Mohd Amzar Riezman pada minggu lepas.

selamat hari lahir sepupu zahra, sambutan hari lahir


Amzar ni sama tahun lahir dengan Zahra cuma Zahra muda sikit dari dia sebab Zahra lahir hujung tahun. Ni kira antara sepupu yang paling rapat dengan Zahra lah.

Mama si Amzar ni nak buat sambutan hari lahir Amzar tapi untuk keluarga ja. So, depa buat belah malam di rumah Mak Mertua aku. Mama Amzar dengan en.suami aku lah masakkan Bihun Sup, lepas tu ada abang ipar buatkan Mee Goreng, & ada lagi lah makanan-makanan ringan lain yang disediakan. Banyak jugak lah menu hari tu. Alhamdulillah semua habis. Gambar makanan aku tak sempat nak snap.

Mama Amzar ada sediakan goodies jugak untuk tetamu-tetamu cilik tu. Dekat dalam dia ada berisi gula-gula, kacang, & untuk budak perempuan buku diary yang kulit dia animasi comel-comel tu, budak lelaki pulak dapat set pen warna warni. Menarik jugak kan macam tu?.

selamat hari lahir sepupu zahra, sambutan hari lahir

Decoration yang simple, alah budak lelaki biasa ja kan. Kalau kita yang ada anak perempuan ni yang jenuh nak merenyah buat itu ini. Ok lah tu kan?, dari takda lansung, hihi. Belon tu aku kerah anak-anak buah , sepupu sepapat suami aku yang tiupkan. Bukan setakat kerah tiupkan belon ja, gantung belon pun aku suruh depa.

selamat hari lahir sepupu zahra, sambutan hari lahir


selamat hari lahir sepupu zahra, sambutan hari lahir

Alhamdulillah, dengan majlis macam ni dapat lah keluarga semua berkumpul, walaupun ada jugak yang tertinggal kan. Masing-masing ada komitmen. Kepada yang hadir, bagi hadiah & duit tu, aku bagi pihak Mama Amzar ucapkan ribuan terima kasih ya. Maaf lah kalau layanan tak memuaskan, hihi.

Untuk anak buah Maksu, Amzar. Maksu nak ucapkan Selamat Hari Lahir yang ketiga. Maksu, Paksu & Zahra sayang dekat Amzar. Semoga Amzar jadi anak yang soleh ya buat Mama & Abah, jadi anak yang membanggakan Mama & Abah, jadi budak yang cerdik pandai ya nak!!. Aminn.

Keep Reading»

Le'Sanda Sweet Foundation Dengan SPF60

Le'Sanda Sweet Foundation Dengan SPF60


Malam - malam ni aku nak kongsikan dengan hangpa semua satu produk best punya. Aku pakai sekali terus jadi agen taw!. Serious aku memang bab-bab kulit ni cerewet sikit. Dan memang takut sangat nak cuba produk-produk lain. Tapi yang ni memang meletop sangat!!.

Nak cari foundation yang ringan, tak melekit, mesra solat, mudah dipakai & dibersihkan?. Cuba lah Le'Sanda Sweet Foundation. Confirm puas hati!.

Agen Lesanda Sweet Foundation

Le'Sanda Sweet Foundation mengandungi Lavender Oil, ekstrak Aloe Vera & Vitamin C serta SPF60.

KELEBIHAN ALOE VERA



✔Mencegah kulit menjadi kering.
✔Bagus untuk merawat jerawat sebab boleh membunuh bakteria & mengurangkan keradangan kulit.
✔Melembabkan kulit tapi tidak memberikan kulit rasa bermjnyak.
✔Bertindak sebagai lapisan pelindung pada kulit daripada sinaran matahari.

KELEBIHAN LAVENDER OIL


✔Memberikan keharuman kepada sweet foundation ini.
✔Selain menambah aroma, lavender oil juga bermanfaat untuk membersihkan kulit sebab memiliki sifat anti-bakteria.
✔Dapat membantu meningkatkan kecatikan kulit kehrana memiliki sifat antioksidan yang tinggi yang dapat mencegah kesan iritasi akibat.

KELEBIHAN VITAMIN C


✔Mengeringkan jerawat.
✔Menghilangkan jerawat.
✔Mengatasi keradangan kulit akibat jerawat.
✔Mencegah bakteria yang menyebabkan jerawat.
✔Mencerahkan kulit daripada masalah jeragat & tompok-tompok penuaan.

🌞 SPF60- Menghalang & menjaga kulit kita daripada sinar UV.

KELEBIHAN LE'SANDA SWEET FOUNDATION


✅Teksturnya gebu, halus & ringan.
✅Tidak menebal pada kulit.
✅Meresap ke dalam kulit & tak berminyak.
✅Tak bercampuk & melekit.
✅SPF60 untuk melindungi kulit dari sinar UV.
✅Wangian yang menusuk kalbu.

TESTIMONI LE'SANDA SWEET FOUNDATION


Ni aku sertakan testimoni pengguna Le' Sanda Sweet Foundation.




Sesiapa yang nak order, boleh whatsapp dekat info dibawah ya. Nak tanya ka, nak beli ka, & jangan lupa & jangan lupa follow instagram ok?. Lepas ni gebu gebas lah hangpa kan, haha. Hangpa calit, hangpa gebu!!.

Maklumat lanjut :

Whatsapp : 0165747917
Instagram : syuhaina_atikah
Facebook : Syuhaina Atikah


Keep Reading»

Anak Kreatif Dengan Mewarna

MINAT ANAK DALAM MEWARNA


Assalamualaikum semua.

Ada satu hari ni Zahra ikut aku p kedai alat tulis, Zahra jerit dari luar kedai "Bonda!!, kaler, kaler Bonda!".

Alah, macam mana pulak Zahra boleh nampak colour pensil dekat rak alat tulis tu. Jenuh aku mengelak wei. Ish, dah jodoh agaknya Zahra nak nampak colour pensil tu.

Dah tu kena lah sediakan buku mewarna untuk dia memconteng. Nanti tak pasal-pasal ja dinding atau lantai jadi mangsa. Buat masa ni aku tak nampak lah Zahra ni duk conteng ikut suka hati dia. Tapi kalau buat bersepah sesuka hati, ya tu memang!. Haha.. Takpa lah Zahra. Bonda kemaskan nanti. Sepahkan ja lah.

So aku pun belikan dia colour pensil tadi & 3 buah buku mewarna. Buat syarat, hihi. Aku pilih buku yang ada pelbagai gambar yang cantik- cantik.

Minat Anak Dalam Mewarna

Walaupun tak ikut macam warna asal, tapi boleh lah kan, haha. Aku biarkan Zahra ambil & guna apa ja warna yang dia suka. Selagi tak conteng dinding. Bising Tok Pah hang nanti Zahra oi, hihi. Excited punya pasal sampai habis semua buku Zahra nak warna.

Minat Anak Dalam Mewarna

Minat Anak Dalam Mewarna

Minat Anak Dalam Mewarna


KELEBIHAN AKTIVITI MEWARNA


✅ Mengenal Warna

Anak seronok nak kenal warna sambil mewarna gambar-gambar yang menarik perhatian. Kaedah mudah ajar anak kenal warna selain dari guna flash cards.

✅ Tempat Luahan Perasaan

Anak boleh menconteng semahu-mahunya untuk melepaskan perasaan marah (sebagai contoh). Takda lagi baling-baling mainan sampai pecah berderai.

✅ Membina Motor Halus

Menggerakkan otot-otot tangan dengan cara bagaimana untuk memegang & menggunakan colour lensil dengan betul.

✅ Kemahiran Melukis

Dengan keseronokan menggunakan colour pensil, anak boleh lukis imej yang dia suka. Setakat ni Zahra pass lukis bentuk bulat ja, hihi.

TIPS MUDAH MENGAJAR ANAK MENGENAL WARNA


☑ Guna barang yang anak suka. Zahra suka pegang remote TV. Butang remote ada macam-macam warna. Dari situ boleh ajar dia.

☑ Nyanyi lagu. Salah satu cara aku berhibur bersama Zahra adalah dengan menyanyi. So, aku kena rajin cari & belajar nyanyi lagu yang ada lirik serta pergerakan yang berkaitan dengan warna.

☑ Main teka warna time melipat baju.

Hasilnya, Zahra jadi kreatif. Bila semalam aku drive kereta nak terlanggar kucing, Zahra terus cakap "Bonda, kucing tu lintas tak bagi signal kan!". Ni pun kira kreatif jugak kan? Huhu.

Keep Reading»

Mandian 'elephant' Untuk Zahra

SET MANDIAN CARRIR JUNIOR


Assalamualaikum semua. Entri di waktu malam dikala melihat si Zahra tengah tido. Cium-cium dia wanginya alahai anak Bonda yang seorang ni. 

Dulu sebelum lahir aku beli set mandian baby dari Anakku. Suka sebab ada bekas. Senang nak bawak ke mana- mana.

Sebelum-sebelum ni pun memang mandian Zahra aku tukar-tukar antara Carrier Junior
& Anakku supaya tak boring, hihi.

Kelmarin aku dengan Zahra p kedai nak beli set mandian Zahra. Aku ni memang berkenan sangat dengan bauan Carrier Junior ni. Tapi masa Zahra kecik-kecik dulu tak pernah beli. Bila dah besar-besar ni baru start beli.

Set mandian carrie junior

Set mandian carrie junior

Tapi betul taw, baunya best sangat. Ada bau macam buah-buah gitu. Sweet ja baunya. Sesuai lah dengan Zahra yang cute tu kan? Hihi. Masa p kedai nak beli set mandian tu, bila Zahra tengok ja Carrier Junior spontan dia cakap 'elephant'. Memang dia panggil elephant sebab ada gambar gajah kan depan botol tu, haha. Pandai lah dia tu!.

Carrier Junior ni bedaknya tak kasar. Pakai pun rasa tak panas. Kalau pack kecik macam ni cepat ja habis ha. Tapi tak menyesal lah beli ni taw, memang wangi & lembut sangat bau dia. Untuk baby pun sesuai. Kekadang tu Mak baby pun teringin nak guna jugak sebab wangi, haha.

So lepas ni setia lah dengan Carrie Junior ha. Wangi ja bila cium Zahra. Tahan lama pulak tu bau dia. Bit pricey sikit berbanding Anakku tapi sangat berpuas hati!.

Keep Reading»

Resepi Dadih Yang Cepat & Mudah

HOMEMADE DADIH


Assalamualaikum semua.

Hangpa semua apa khabar hari ni?. Aku tengah mengumpul kekuatan ni untuk melaksanakan segala kerja, haha. Insyaallah. 

By the way, aku dah pernah kongsikan resepi dadih yang sangat sedap sebelum ni kan, hihi. Biasa tu aku beli dadih instant tu ja, hari tu masa birthday Zahra ja aku buat sendiri. So, gigih lah masa tu aku google resepi. Yang aku buat ni ikut resepi yang guna coffeemate. Memang lembut & sedap. Lagi sedap lah dari yang instant tu sebab rasa dia lagi berlemak.

Tengok sini resepi yang aku buat sendiri hari tu Resepi Mudah Dadih

Minggu lepas aku buat guna yang instant ja. Nak cepat & mudah kan. Saja nak membasahkan tekak yang kekeringan seharian, hihi. Lama dah tak buat ni. Kalau guna instant ni lebih mudah lah kan. Dia punya  step nak masak pun dah tersedia dekat luar plastik tu. Tapi dekat sini aku bagikan sekali lah ya cara nak masak dadih tu.



RESEPI DADIH INSTANT


1 bungkus Dadih Instant (ikut nak perisa apa, ada macam-macam)
1 tin susu cair
1.2 liter air (bersamaan dua botol besar mineral water)
1 cawan gula (ikut lah nak manis mana)
Secubit garam

✔Masak air hingga mendidih. Masukkan susu, garam & gula. Masak sehingga mendidih tapi jangan terlalu lama kita biarkan mendidih nanti dadih jadi keras pulak. (kena sentiasa mengacau dadih tu ya)
✔Padamkan api dan biarkan seketika.

✔Kemudian masukkan perisa pilihan kita.
✔Biarkan dadih suam, baru lah ditapis & dimasukkan kedalam bekas yang kita nak.

✔Sejukkan dalam peti ais sebelum dimakan.

Dadih ni kan kalau setiap kali buat, alhamdulillah mesti licin, haha. Depa dekat rumah ni kan memang suka sangat makan dadih. Kena pulak time panas-panas tu kan, wah bahagianya!, haha. Terasa nak buat dadih pulak balik nanti, hihi.



Keep Reading»

Selamat Hari Lahir Mak Mertua!

SELAMAT HARI LAHIR IBU MERTUAKU


Kassim Selamat?? Siapa Kassim Selamat tu? Lawyer kah? Majistert kah? Apa? Ahli Muzik!!, hahaha. Apa hal pulak tiba-tiba terkeluar dialoq dari filem P. Ramlee Ibu Mertuaku ni kan. Drama sangat aku ni taw, hihi.

Tapi entri aku kali ni bukan nak cerita pasal filem Ibu Mertuaku tu. Hari ni aku nak cerita pasal Mak Mertua aku iaitu Puan Selamah Abd Hamid. Kelmarin 3hb April merupakan hari lahir Mak Mertua aku. Selamat Hari Lahir Mak. Semoga bertambah sihat & ceria selalu ya. Terima kasih sebab menjadi Mak Mertua saya selama 3 tahun ni.


ucapan selamat hari lahir buat mak mertua, selamat hari lahir mak mertua


ucapan selamat hari lahir buat mak mertua, selamat hari lahir mak mertua

Selamat Hari Lahir Mak!!. Semoga dikurniakan kesihatan yang sempurna, umur yang bermanfaat & hidup yang dirahmati di dunia & akhirat. Aminn.



Keep Reading»

Jus Caliph Untuk Zahra

CALIPH - SUPPLEMENT SUNNAH TERBAIK UNTUK ANAK


Assalamualaikum semua. Hangpa pernah dengar jus Caliph tak?. Rasanya dah ramai yang pernah dengar pasal jus Caliph ni kan.

Caliph supplement sunnah terbaik untuk anak

Masa mula-mula dengar pasal jus Caliph ni, masa tu aku fikir, biar betul?. Jus ja kud. Jus kan biasanya kita bancuh dengan air buat minum kan?. Macam mana pulak minum jus boleh membantu imunisasi anak pulak kan?. Siap kata boleh buat minda anak jadi cerdas. Betul ka ni?. Masa tu aku takda lah terfikir nak try jus Caliph ni.

Tapi kan Zahra ni, selalu selsema taw, main air lebih sikit selsema. Kenapa entah. Demam ka, tak demam ka, memang kadang-kadang dia akan selsema. Selalu macam tu. Everytime dia selsema aku sapu vicks tak pun minyak herba asma mujarab. Biasanya lepas tu lega lah. Tapi sampai bila nak macam tu kan. Kesian dekat Zahra selsema ja.

Dalam bulan lepas aku belikan Zahra jus Caliph ni. Ramai yang bagitaw lepas bagi jus Caliph dekat anak, anak jarang demam. So aku pun nak try bagi dekat Zahra. Kud lah serasi. Lama taw aku study pasal jus Caliph ni. Oleh sebab jus Caliph ni ada makanan sunnah macam madu, kurma, kismis tu semua, lepas tu takda pemanis tiruan. So,apa salahnya cuba bagi dekat Zahra. Alhamdulilah, Zahra memang serasi dengan jus Caliph ni.

Caliph supplement sunnah terbaik untuk anak

Caliph supplement sunnah terbaik untuk anak

Aku start bagi Zahra jus Caliph ni dari bulan lepas sampai sekarang. Alhamdulillah, Zahra jarang demam, selesema, batuk apa dah. Kalau ada pun tak lah teruk. Bersyukur sangat Allah gerakkan hati aku bagi jus Caliph dekat anak & Allah izinkan Zahra sentiasa sihat.

Lepas tu kan jus Caliph ni kan boleh tambah selera makan anak jugak. Ha, yang ni pun aku perasan dekat Zahra. Bayangkan lepas makan nasi sepinggan, kadang-kadang dua pinggan, dia boleh mintak nak susu lagi. Takut Bonda tengok Zahra makan, haha.

Cuba lah untuk anak hangpa tengok. Banyak feeback positif. Anak jarang demam, jarang sakit. Yang mana liat bangun pagi tu mudah bangun pagi. Yang mana anak sembelit tu, dah tak sembelit lagi. Kalau sebelum ni anak susah nak makan, lepas bagi jus Caliph, asyik nak makan ja.

So, kalau anak hangpa mudah sakit, kurang selera makan, sembelit, try lah bagi jus Caliph ni. Kesian lah dekat anak-anak kita kan. Insyaallah tak rugi. Memang harga dia mahal sikit. 1 botol jus Caliph ni ada 350ml. Bagi dekat anak 2 kali sehari, pagi & malam. Sukatan bergantung pada umur anak. macam Zahra 1 susu besar. Jadi sebotol tahan 2-3 bulan.

Caliph supplement sunnah terbaik untuk anak

Jus Caliph ni kan bagi gitu ja taw. Tak payah bancuh dengan air. Jus Caliph bukan jus untuk buat air minuman taw, hihi. Zahra suka jus Caliph ni!. Alhamsulillah jadi takda masalah nak bagi  dia makan jus Caliph ni.

Sebelum ni Zahra susah nak makan ubat, tapi kalau bagi jus Caliph , Zahra suka. Takda masalah nak bagi. Siap mintak lagi. Takda masalah taw kalau nak bagi lebih, sebab takda pemanis tiruan. Tapi jenuh lah oi, mahal!, haha.

Untuk info tentang jus Caliph hangpa boleh klik sini:






Keep Reading»