Melawat TeddyVille Museum Penang!.

Muzium Patung Beruang


Assalamualikum semua.

Siapa ja yang tak teruja dengan kecomelan patung beruang kan?. Dari yang sekecil-kecil, sampai lah yang sebesar-besar orang dewasa. Patung beruang ni memang syok dipeluk kan?. Aku rasa, mesti ada antara hangpa ni yang sampai sekarang masih jadikan patung beruang ni, sebagai bantal busuk hangpa kan, haha.

Sejarah Patung Beruang

Berbalik pada tujuan asal aku menulis entry ni ialah aku nak sharekan dengan hangpa aktiviti aku pada hujung minggu lepas. Aku nak tanya hangpa ni, hangpa taw tak yang dekat Malaysia  ni ada Muzium Patung Beruang?. Dan muzium ni merupakan yang pertama di Asia Tenggara. Muzium ni jugak dikatakan menyimpan koleksi patung beruang yang terbanyak di Malaysia.

Nak taw tak dekat mana lokasi muzium ni?. Di TeddyVille Museum, Penang.  Dan untuk pengetahuan hangpa, muzium ni terletak di dalam bangunan DoubleTree Resort by Hilton Penang (Level G), Batu Feringghi.

Sejarah Patung Beruang


Sedikit info menarik untuk hangpa tentang kenapa patung beruang ni dipanggil teddy bear?. Sebab ia dinamakan teddy bear ialah bersempena nama Presiden Amerika Syarikat ke-26, Theodore Roosevelt. 'Teddy' adalah nama timangan Theodore yang beliau sendiri tak suka sebenarnya. Dan patung beruang yang pertama kali dicipta ialah pada tahun 1902. 

So, apa kena mengena Theodore ni dengan sejarah teddy bear?. Pada tahun 1902, sewaktu beliau menyelesaikan kemelut di daerah Mississippi & Lousiana, beliau meluangkan masa untuk mengikuti satu pertandingan berburu. Namun, apabila beliau diminta untuk menembak seekor beruang hitam Amerika yang diikat pada sebatang pokok, beliau bukan sahaja menolak, bahkan meminta beruang tu dilepaskan.

Theodore seperti kebanyakkan kita pada hari ni, menganggap ia tidak mencerminkan semangat kesukanan yang sebenar (memandangkan ia adalah pertandingan memburu).

Situasi berkenaan mendapat liputan meluas media sehingga menjadi topik dalam kartun politik di akhbar The Washington Post oleh Clifford Berryman. Morris Michtom pulak terinspirasi daripada kartun berkenaan lalu meminta izin Theodore untuk menamakannya 'Teddy's Bear' & meletakkan patung anak beruang pertama di cermin pameran kedainya. Seperti yang dijangka, patung berkenaan laris dijual.

Mini Penang Dalam Versi Patung Beruang


So, untuk pengetahuan hangpa, TeddyVille Museum ni terbahagi kepada 23 bahagian yang membawa kita kepada beberapa lokasi ikonik di Pulau Pinang. Selain tu, ada jugak bahagian yang memberi tribute kepada tokoh yang menjadi kebanggaan di Pulau Pinang.

Sejarah Patung Beruang

Sejarah Patung Beruang

Sejarah Patung Beruang

Masuk ja dalam muzium ni, hangpa akan jumpa Galeri Utama terlebih dahulu. Galeri Utama ni menempatkan sejarah patung beruang & sebahagian koleksi patung beruang yang termahal & yang berusia hampir beratus tahun di dunia.

Bahagian-bahagian seterusnya akan membawa hangpa ke tempat-tempat utama di Pulau Pinang dalam versi patung beruang.

Sejarah Patung Beruang

Sejarah Patung Beruang

Antaranya ialah Kota Cornwallis, Weld Quay, Batu Feringghi, Bayan Lepas, Borabora & Bukit Bendera.

Sejarah Patung Beruang

Siap ada satu bahagian yang mempamerkan pertandingan perahu naga yang popular tu.

Sejarah Patung Beruang

Sejarah Patung Beruang

Sejarah Patung Beruang

Selain tu, ada jugak bahagian yang didedikasikan untuk perayaan mengikut bangsa. Contohnya macam, Thaipusam, Tahun Baru Cina & Hari Raya Aidilfitri.

Sejarah Patung Beruang

Sejarah Patung Beruang

Muzium ni jugak ada mempamerkan keunikan & keistimewaan  Malaysia & Pulau Pinang, khususnya macam warung durian, warung char kuey teow & aktiviti mencanting batik.

Sejarah Patung Beruang

Bahagian tribute, tokoh kebanggaaan Pulau Pinang yang menjadi pilhan ialah Lagenda Tan Sri P.Ramlee, pembuat kasut antarabangasa yang terkenal iaitu Datuk Jimmy Choo & tokoh sukan skuash Datuk Nicol Ann David serta jaguh badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei.

Pada aku kan, muzium ni memang sesuai sangat untuk hangpa bawak family, terutamanya anak-anak hangpa. Bukan setakat nak bagi depa teruja dengan kecomelan patung beruang ni semua, tapi depa jugak boleh mengenali Pulau Pinang dengan lebih mendalam. Muzium ni ada menyediakan papan maklumat informasi tentang setiap tempat & tokoh di setiap bahagian bagi memberi pengetahuan kepada pelawat.

Apa yang menariknya lagi tentang muzium ni ialah muzium ni ada background muzik taw hangpa. So, setiap kali hangpa masuk ke satu bahagian yang lain, muzik jugak akan bertukar mengikut cerita & tema pada bahagian tersebut.

Bukan ja dapat melihat pameran, hangpa jugak boleh bergambar dengan patung beruang yang ada dekat muzium ni. Ada banyak port bergambar yang menarik dekat sini. Boleh lah hangpa bergambar sakan kan. Aku pun masuk sini tak berhenti ambik gambar, haha.

Sejarah Patung Beruang

Sama lah macam kebanyakkan muzium lain. Pada bahagian terakhir sekali ialah merupakan kedai cenderahati yang mana hangpa boleh dapatkan koleksi patung beruang atau cenderahati lain yang bertemakan patung beruang.

So, lepas ni kalau hangpa ke Pulau Pinang, jangan lupa untuk singgah ke TeddyVille Museum Penang ni ya. Confirm, ia akan jadi pengalaman yang menyeronokkan untuk hangpa.

Berikut ialah maklumat berkaitan TeddyVille Museum untuk rujukan hangpa:

Alamat : 
TeddyVille Museum
56, Jalan Low Yat, 11100 Batu Feringghi, Penang, Malaysia.

Harga Tiket : 
Dewasa - RM36 (My Kad RM27)
Pelajar - RM29 (My Kad RM22)
Kanak-kanak - RM25 (My Kad RM15)

Waktu Perkhidmatan : 
Setiap Hari (9am-6pm)

No. Telefon : 016-5505949

E-mel :
beary@teddyvillemuseum.com

Laman Web :
teddyvillemuseum.com






8 comments

  1. Wah boleh lah kita pakat pi nanti cuti sekolah kan..

    ReplyDelete
  2. bestnya dapat pergi muzium teddy bear, suka tengok nampak menarik dan cute sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti bonde p penang, try lah singgah sini bonde. Comel2 ja teddy bear tu semua.

      Delete
  3. Comelnya muzium teddy bear ni aina. Kak ana jadi minat pula nak masuk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betui k.ana, comel. Nanti k.ana dtg jalan2 penang, try lah singgah.

      Delete
  4. Salam hi, mcm kenal je heheh done follow sini mellyacrayola.blogspot.com.

    Dah p jgk last year, comey gilaaa !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha, kite jumpa hr tu ek dekat expo taiwan?. Tq follow kite.

      Best kan muzium teddy bear ni.

      Delete