Throwback Birthday Surprise!

Birthday Surprise Yang Buat Aku Terharu!.


Assalamualaikum semua.

Hari ni 25 haribulan 9 dah, so maknanya dah dekat 3 minggu birthday aku berlalu. Yeah, Happy Belated Birthday to me!!!. Alhamdulillah aku dah officially 29 tahun. Tambah satu nombor umur aku tapi belum tua lagi ok, hahaha. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi sebab mengurniakan umur yang panjang, sihat tubuh badan, rezeki yang luas & nikmat yang tak disangka-sangka.

Ok entry ni bukan aku nak membebel tak tentu pasal, hihi. Aku cuma nak ceritakan memori manis aku dalam blog ni. Aku ni kan mudah lupa, so dekat sini lah aku nak catat kenangan-kenangan tu semua.

Syukur Alhamdulillah, dihiburkan Allah melalui kawan sekerja & keluarga.Terkejut sangat. Rasa terharu pun ada setiap kali tengok balik gambar-gambar tu. Masya Allah, walau masih terasa dengan kehilangan Mak, tapi dengan segala kejutan ni buat aku rasa happy.

Bagi aku, tahun ni lah birthday aku yang paling gempak & sweet gitu. Tak pernah-pernah aku dapat birthday surprise dari family aku, tup-tup aku disurprisekan tahun ni, haha. Tahun lepas dekat sekolah dapat surprise gitu lah dari ofismate. Tahun ni pun ada dari dia ok. Serious terharu!!!. Aku taip ni pun rasa sebak.

Aku pun tak taw masa mana depa ni semua plan nak buat surprise ni. Pandai sungguh depa ni plan no. Aku tak taw sikit habuk pun, hihi. Bijak sungguh.

Birthday Surprise Yang Buat Aku Terharu!.
Surprise Cheesetart Dari Kakak No 1

Birthday Surprise Yang Buat Aku Terharu!.
Surprise Cake Dari Kakak No 2

Birthday Surprise Yang Buat Aku Terharu!.
Surprise Hadiah Dari Kakak No 3

Birthday Surprise Yang Buat Aku Terharu!.
Surprise Hadiah Dari Kakak Ofismate

Birthday Surprise Yang Buat Aku Terharu!.
Surprise Hadiah Dari Abang No 3

Ya Allah, berikan lah kegembiraan kepada mereka jika ada harinya mereka sedang bersedih sebagaimana mereka menggembirakan aku. Berikan lah mereka kasih sayang jika ada harinya mereka rasa kekurangan sebagaimana mereka membuat aku rasa disayangi.

Keep Reading»

Faktor Penting Sebelum Memiliki Medical Card

Faktor Penting Tentang Medical Card

"Puan ada medical card tak?". Ni selalunya pertanyaan wajib di tanya kan kalau kita ke hospital swasta!. Medical Card!. Apa tu medical card?. Medical card adalah kad kemasukan ke hospital (Swasta). Biasanya medical card ni boleh di dapati dengan membeli di operator insurans atau pun majikan yang memang menyediakan kebajikan staff untuk hospital. Jika kita ada medical card, pihak hospital akan bertanyakan medical card tersebut dari mana. Samada AIA, Great Eastern, Prudential, Zurich, PM Care, Takaful Ikhlas, Hong Leong, Ambank atau lain-lain. 

Bercakap tentang medical card ni, mungkin ada yang taw & ada jugak yang tak taw apa sebenarnya faktor penting tentang MEDICAL CARD ni. 

4 FAKTOR PENTING TENTANG MEDICAL CARD

4 FAKTOR PENTING TENTANG MEDICAL CARD

Kalau kita ada medical card yang di tanggung oleh syarikat kita bekerja, mungkin kita akan berasa lebih selesa dengan benefits yang dah ada. Bagi yang takda benefits medical card dari syarikat tempat bekerja tu, hangpa perlu ambil beberapa pengetahuan tentang medical card ni, sebelum hangpa membeli. 

4 FAKTOR PENTING TENTANG MEDICAL Card ni ialah jenisnya, harga, kena bayar deposit atau tak & macam mana nak beli medical card ni. 

Setiap syarikat insurance yang mengeluarkan medical card ni mempunyai kelebihan mereka tersendiri. Apa yang aku nak kongsikan di entri hari ni adalah dari operator AIA. 

1. Jenis Medical Card


4 FAKTOR PENTING TENTANG MEDICAL CARD

Medical AIA ni terbahagi kepada tiga. Iaitu medical card individual, medical card keluarga & medical card pakej (simpanan, perlindungan & medical).

Medical Card Individual AIA

Medical Card Individual AIA ni ialah kad insurance untuk kemasukan hospital sahaja. Cover untuk individual atau orang perseorangan.

Medical Card KELUARGA AIA

Medical Card Keluarga AIA ni sama macam di atas. Ia bertujuan untuk kemasukan hospital sahaja. 

Medical Card Keluarga AIA ni pulak akan cover untuk keluarga seperti:-

1. Diri sendiri + suami / isteri.

2. Diri sendiri + anak.

3. Diri sendiri + suami / isteri + anak.

Di mana anak akan di cover sehingga maksimum 4 orang & bawah 18 tahun sahaja. Had limit tak berkongsi, setiap seorang akan miliki 1 kad medical AIA. 

Medical Card Pakej

Medical card pakej ni adalah untuk individual. Di mana ianya pakej bersama simpanan, perlindungan & jugak medical. 

Hangpa boleh jugak tambah untuk perlindungan Haji & umrah serta banyak lagi.

2. Harga Medical Card


4 FAKTOR PENTING TENTANG MEDICAL CARD

Harga medical card AIA untuk ketiga-tiga jenis di atas adalah berlainan. Masing-masing mempunyai kelebihannya tersendiri. 

Medical Card Individual AIA

Harganya agak murah. Serendah RM70 sebulan sahaja. Seperti biasa, harga insurance ni mengikut umur. Lagi tua kita, lagi mahal harganya taw. Dan, kalau dah ada sakit kritikal, kita tak boleh beli insurance. Ini perkara normal ya!.

Berbalik pada kes medical card individu ni, harga setiap tahun atau beberapa tahun tak fixed (tetap) ok. Harga akan berubah mengikut keadaan. Tapi, kalau kita takda bajet yang tinggi. Tak salah mencuba harga yang rendah ni.

Medical Card Keluarga AIA

Harga Medical keluarga AIA ni sama macam di atas. Murah tapi tak tetap sepanjang tahun (boleh contact personal kalau nak taw details).

Harga Medical Card Keluarga AIA ni serendah :-

1. Diri sendiri + suami / isteri RM130.

2. Diri sendiri + anak.

3. Diri sendiri + suami / isteri + ANAK RM340.

Ianya memang murah, kalau untuk pertama kali nak memiliki kad medical keluarga. Hangpa boleh cuba yang murah ni.

Medical Card Pakej

Untuk pakej medical card ni harganya serendah RM150 seorang untuk sebulan. Agak mahal sikit tapi kan...
  • Harga takkan naik setiap tahun.
  • Ada pampasan kematian, hilang upaya kekal, kemalangan, kematian kemalangan, & menghidap sakit kritikal.
  • Ada simpanan & bonus.
  • Boleh keluarkan duit simpanan & bonus.
  • Polisi Matang, akan dapat duit simpanan.
Tips jimat, bayar lah secara tahunan,  berbanding bayaran tahunan.

3.Deposit Masuk Hospital


4 FAKTOR PENTING TENTANG MEDICAL CARD

Ramai yang tak percaya tentang AIA PLATINUM HOSPITAL yang tak memerlukan deposit jika admitted.

Ya!. Tak tipu!. Memang betul, pemegang Medical Card AIA tak perlu bayar deposit jika ke hospital PLATINUM LISTS ni.

Hangpa boleh semak di LOCATE US.

4 FAKTOR PENTING TENTANG MEDICAL CARD
Avisena - platinum hospital AIA

4 FAKTOR PENTING TENTANG MEDICAL CARD
Prince Court - platinum hospital AIA

4. Beli Medical Card

Tips lain untuk beli medical card ni adalah :-

1. Beli masa sihat, sebab bila dah sakit nanti susah atau kemungkinan besar tak boleh mohon.

2. Walaupun kalau ada medical card dekat tempat kerja kita, ianya bukan untuk selamanya. Nanti, bila kita dah tak berkhidmat disitu atau perkhidmatan kita tak di perlukan lagi, mungkin umur kita dah banyak, harga insurans pada masa tu mungkin boleh mencecah ke RM300 atau 400 sebulan.

3. Beli dengan agen yang dipercayai. Yang benar-benar agen dari syarikat insurance tersebut.

Ni aku perkenalkan salah seorang agen insurance AIA, LINDA.

Nak info, tekan ja link ni : LINDA MEDICAL CARD

FULL TIME
AIA LIFE PLANNER / CONSULTANT
❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️


TAK PERLU DEPOSIT HOSPITAL.

❤️AIA KAD MEDICAL MAMPU MILIK❤️

SERENDAH ⬇

1. 👨 Individu = RM70.

2. 💑 Suami + Isteri = RM130.

3.👨/👩 SUAMI ATAU ISTERI + 4 Anak RM250.

4. 👪SUAMI + ISTERI + 4 ANAK RM340m

(Anak yg Berumur di Bawah 18 Tahun Sahaja).

ATAU

ADA BUDGET LEBIH? 😃 BOLEH UPGRADE KE PELAN 3 IN 1.

❤️Pelan Simpanan💰+ Kad Medical + Faedah Kematian ❤️.

Bermula dari RM 150 Sebulan 💕.

*Premium Tertakluk Kepada UMUR ,PEKERJAAN & STATUS MEROKOK

=====================================

13 FAEDAH Kad Medical AIA💪

✔PERLINDUNGAN Sehingga Umur 100 TAHUN.

✔Perlindungan Kad Medical bermula dari RM100k sehingga Rm1.5 JUTA Setahun polisi!.

✔Rawatan Dialisis Buah Pinggang (Pesakit Luar).

✔Rawatan Kanser  (Pesakit Luar).

✔Rawatan Denggi (Pesakit Luar).

✔Transplan Organ / Sumsum Tulang.

✔Rawatan Susulan Fisioterapi & Akupunktur.

✔Rawatan Kejururawatan Di Rumah.

✔Rawatan Pesakit Luar (Kemalangan).

✔Faedah Penjaga Harian.

✔Rawatan Gigi Pesakit Luar (Kemalangan).

✔ Elaun Tunai Harian di Hospital Kerajaan.

✔Pemindahan & Penghantaran Pulang Perubatan Kecemasan (dari Oversea Ke Malaysia)-USD 1 MILLION.

=====================================

❤️KeIstimewaan Kad Medical AIA❤️

❌TAK PERLU BAYAR Deposit (AIA Platinum Panel) SWIPE kad ja.

❌TIADA Ko Insurans (Bil 100% dibayar oleh AIA).

❌TANPA Had Seumur Hidup. (Amaun Perlindungan diperbaharui Setiap Tahun).

❌Tak Payah BERSESAK & "Q" LAMA" di Hospital Awam.

❌Tak "BURN DUIT SIMPANAN $" untuk Bayar Bil Hospital . IF NO Medical Card KENA BAYAR PAKAI DUIT SENDIRI 😭.

⭕Carian Hospital Panel Melalui Aplikasi AIA Locator

⭕ Lebih 90+ hospital panel di Malaysia. Hospital Bertaraf 5 BINTANG.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi : LINDA MEDICAL CARD

FULL TIME
AIA LIFE PLANNER / CONSULTANT

Keep Reading»

Dari 29 Tahun Aku!.

Selamat Ulang Tahun Buat Diri Sendiri


Assalamualaikum semua.

Allah memang sangat baik, masih bagi aku kesempatan merasakan nikmatnya menghirup segarnya udara hari ni & bagi aku kesempatan untuk memperbaiki diri & masih bagi aku nikmat kesihatan hingga ke hari ini.

Selamat Ulang Tahun Buat Diri Sendiri

Semalam 7hb September 2019, hari ulangtahun aku yang ke 29. Semalam hari bermakna buat aku, hari dimana aku dilahirkan. 29 tahun yang lalu ketika pertama kalinya aku melihat dunia. Tak terasa dah sampai usia aku dalam kedewasaan.

Sekarang aku makin dewasa, & aku masih mencuba mengais & menerjang hidup. Aku masih belajar untuk selalu merasa & mengucap syukur  atas berkat & kurniaan Allah.

Semalam bertambah usia  aku dalam hitungan aku & berkurang pula usia aku dalam hitungan Allah. Tak terasa, hari demi hari terus berganti. Minggu ke minggu terasa singkat sekali. Bulan pun kian berganti bulan, tahun berganti tahun. Allah, singkat sekali rasanya 29 tahun.

Terima kasih  Allah, sudah menambah umur aku satu tahun lagi. Entah berapa umur lagi yang nanti KAU berikan pada hambaMu ini. Tapi aku mohon KAU berikan kesempatan untuk aku membuat yang terbaik dalam menjalani episod kehidupan ini.

Terima kasih  Allah, untuk setahun yang luar biasa yang KAU berikan padaku. Terima kasih untuk jalan yang KAU lapangkan & segala kemudahan yang KAU berikan. Terima kasih jugak untuk pelajaran yang KAU berikan, bahawa semua akan indah pada waktunya. KAU bukakan mata aku, bahawa walaupun sering aku rasa pahit & perih, rancanganmu selalu yang terbaik & indah.

Setahun ni aku banyak belajar tentang hidup. Belajar bahawa semua yang ada di dunia ni hanya milikMu semata. Semuanya boleh KAU ambil bila masa saja & KAU gantikan dengan kehendakMu. Ya Allah, ajarkan lah aku agar tak meminta kembali apa yang hilang, tapi ajarkan pada aku untuk percaya bahawa apa yang KAU berikan adalah yang terbaik. Aku pasrahkan setiap tarikan nafasku & setiap langkahku hanya padaMu kini & selamanya.

Di hari ulang tahun aku ini, aku ingin mengirim doa untuk arwah Ibuku & juga keluargaku yang sangat aku sayangi.

Ya Allah, KAU ampunkan lah dosa Ibuku. Terangi & lapangkan lah kuburnya. Permudahkan urusannya. Limpahkan lah rahmatMu ke atas rohnya Ya Allah. Tempatkan lah dia di kalangan para solehah. Haramkan wajah Ibuku dari azab api nerakaMu. Kurangkan lah siksa kuburnya Ya Allah. Kasihani lah Ibuku Ya Allah. Berikan lah syurga tanpa hisab buatnya.


Ya Allah, berikan kesejahteraan, perlindungan & cintamu buat keluargaku. Panjangkan lah usia mereka agar mereka dapat memberi manfaat pada yang lain. Jadikan lah mereka termasuk dalam hambaMu yang sentiasa bersyukur terhadap rezeki & anugerah yang KAU berikan. Aamiin Ya Rabb...

29 tahun lalu, semalam 7hb September lahir aku seorang biasa dari seorang ibu yang luar biasa. 29 tahun sudah aku berada di dunia ni, namun belum puas berbuat apa-apa untuk membuat semua orang tersayang bangga dengan kehadiran aku di dunia ni. 29 tahun jugak sebenarnya terlalu lama untuk aku tak menghasilkan apa-apa. 29 tahun tu terlalu lama untuk dihabiskan begitu saja, namun 29 tahun terlalu sebentar jika dihabiskan bersama orang-orang tersayang.

Aku lahir & membesar dalam keluraga yang biasa. Hidup macam biasa seperti orang lain. Tapi aku hidup diantara orang yang sangat luar biasa. Keluarga yang luar biasa, teman yang luar biasa & orang sekeliling yang luar biasa. Depa semua bagi ilmu yang terbaik buat aku. Kalau aku diberikan kesempatan untuk memilih hidup sekali lagi, aku akan tetap meminta hidup macam ni. Cuma aku minta supaya dimurahkan & dicukupkan rezeki selalu.

Ya Allah, jadikan lah sisa hidupku sebagai kebahagiaan, menjadi pemenang dalam kehidupanku. Akan aku bangkitkan semangat dalam jiwaku untuk menjadi yang terbaik buat keluargaku & orang yang aku cintai & mencintaiku. Semoga aku bisa memanfaatkan sisa umurku sebaik mungkin dengan kebaikan dalam pelbagai bentuk. Ya Allah, dengan penuh rendah hati aku memohon, berkati lah setiap langkah perjalanan hidupku. Aamiin Ya Rabb...


Keep Reading»