Review KITA Col'la Dari KITA Beauties

KITA Col'la Dari KITA Beauties, Campuran Minuman Botani

Assalamualaikum semua.

Memandangkan aku tengah free sekarang ni, aku ada nak review satu produk minuman kecantikan ni yang patut hangpa dapatkan  bagi yang nak tampil cantik berseri. Cewah, ayat tu bukan main lagi kan. Ok, sebenarnya aku ada dapat satu produk ni untuk direview & ianya adalah satu produk minuman kecantikan. Sebut ja pasal kecantikan ni semua orang pun excited kan, siapa ja tak nak cantik, betul tak?.

KITA Col'la Dari KITA Beauties, Campuran Minuman Botani

Hangpa pernah dengar tak pasal produk KITA Beauties ni?. Aku pun sebenarnya sebelum ni tak pernah dengar lagi pasal produk KITA Beauties ni. Masa nak review produk ni, baru aku taw yang KITA Beauties akan melancarkan produk depa Oktober ni exclusive for Guardian. Bila dah masuk farmasi ni, aku lagi lah jatuh cinta dengan KITA Beauties ni. Selain senang nak dapatkannya, kualiti produk ni jugak terjamin kan?. Tu yang buatkan aku lagi bersemangat nak review produk ni untuk hangpa semua, hihi.

KITA Col'la Dari KITA Beauties, Campuran Minuman Botani

Ni lah dia produk minuman kecantikan KITA Beauties tu. Nice kan packaging dia.

Ok, ni aku nak tanya hangpa ni, hangpa kalau nak beli apa-apa produk kecantikan, apa yang hangpa akan tengok dulu?. Kalau aku kan, first sekali aku akan tengok ingredients produk tu dulu. Aku akan pastikan bahan-bahan yang ada dalam produk tu, bermanfaat untuk aku. Macam bila aku dapat KITA Beauties ni hari tu, aku tengok dulu ingredients dia. Ingredients dia semua best weh!. Fungsi setiap ingredients KITA Beauties ni memang buat aku rasa jatuh cinta dengan produk ni, gitu!.

KITA Col'la Dari KITA Beauties, Campuran Minuman Botani

Ok, main ingredients untuk produk KITA Col'la ni ada empat yang mana terdiri daripada Pomegranate, Collagen Peptide, Asthaxantin & Omega 3 Sunflower Seed. Antara keempat-empat bahan ni, yang paling aku suka ialah Pomegranate iaitu buah delima. Kotak produk ni jugak dilengkapi dengan arahan cara membancuh & cara pengambilan.

Jom aku terangkan apa kelebihan keempat-empat main ingredients KITA Col'la ni:

Pomegranate - Meningkatkan kesihatan kulit.

Collagen Peptide - Anti penuaan yang terbaik.

Omega 3 Sunflower Seed - Biji matahari yang berkhasiat.

Asthaxanthin - Untuk mengurangkan kedutan & meningkatkan tahap kelembapan kulit.

KITA Col'la Dari KITA Beauties, Campuran Minuman Botani

Sedap ok hangpa rasa dia, serious!. Tak macam minuman botani yang lain, yang ni memang aku boleh telan, hihi. Dan yang penting, lepas aku dah try dua tiga sachet ni, aku rasa kulit aku macam dah lembap sikit. Kalau tak, aku ni jenis kulit kering taw hangpa. Setakat ni tu ja hasil yang mampu aku kongsikan, sebab masih terlalu awal kan aku consume KITA Col'la ni.

Untuk pengetahuan hangpa jugak, KITA Beauties ni didatangkan dengan pelbagai jenis produk minuman kecantikan antaranya ialah:

  • KITA Col'la : Pomegranate (anti aging)
  • KITA Ber'ies : Mix Beries (anti oxidant)
  • KITA Pu'th : Orange (brightening & farier skin)
  • KITA Blok'it : Lemon (powefull fat blocking(
  • KITA Fib're : Avocado (suitable for those with constipation problem)
  • KITA Ku'ros : Coco (helps you lose weight)K
  • KITA Mo'hair : Apple (hair vitamin)I
  • KITA Push Up : Strawberry (natural breat enlargement)

Menarik kan?. Dah tu banyak pilihan lagi, sesuai dengan setiap masalah yang hangpa hadapi. So, hangpa jangan lupa untuk dapatkan produk KITA Beauties ni di semua Guardian seluruh Malaysia & jangan lepaskan peluang untuk merasai nikmat kecantikan bersama KITA Beauties!.

"Make your skin & body happy"

👉 KITA Beauties

Jemput tengok video aku ni hangpa. Tekan link dekat atas tu ok. First time buat video review produk ni. Maaflah kalau nampak macam tak pro, aku ni newbies lagi bab-bab video. Tapi bersemangat nak kongsikan dengan hangpa semua tentang produk KITA Beauties ni, hihi.

Untuk maklumat lebih lanjut:


Facebook : KITA Beauties

Instagram : @kita_beauties

4 comments

  1. wah menarik ni yg penting nya natural kan

    ReplyDelete
  2. Jemput join segmen sy ya
    https://ciknurul23.blogspot.com/2019/09/segmen-bloglist-sii-nurul.html?m=1

    ReplyDelete