Susu Pilihan Buat Zahra

Assalamualaikum semua.

Cerita Pasal Susu Zahra.


Cerita Pasal Susu Zahra, Pediasure Pilihan Bonda

Ni bukan iklan promosi ya. Ni nak cerita pasal susu FM si Zahra tu lah. Hangpa yang mengikuti blog aku mesti dah sedia taw yang Zahra ni selalu sangat bertukar susu. Tapi dalam tempoh 5 bulan ni, dia masih kekal dengan susu yang sama. Alhamdulillah.

Sebelum ni bermacam-macam jenis susu dah dia minum. Zahra ni sebelum ni minum susu tak lah kerap & banyak. Dulu minum 4 scoop 5 oz ja. Tapi sejak minum susu Pediasure ni makin bertambah pulak minum susunya ke 7oz bersamaan 3 scoop susu. Susu Pediasure coklat ni kena buat cair sikit kalau tak Zahra nak berak susah . Purata minum sebelum ni sehari 1-2 kali ja, huhu. Tapi sekarag maunya  2-5 kali sehari. Ok lah tu kan.

Zahra ni dari kecik lagi dah minum susu FM. Dulu Zahra ni kecik ja, sekarang lah nampak tembun sikit. Puas lah aku bagi makan vitamin lah apa lah, duk kecik situ lah. Makan pun tak banyak. Sedih ja tengok anak kurus keding, huhu.

Sampai lah aku cuba beli Pediasure coklat ni. Kenapa susu Pediasure, bukan susu lain? Ntah lah wei, dah jodoh kud, haha. Kebetulan susu ni sepupu Zahra minum, so aku pun try beli jugak yang ni. So, bermula lah perjalanan Zahra bersama susu ni.

Perubahannya selepas sebulan Zahra minum susu ni, nampak badan dia makin naik, selera makan makin bertambah. Pilihan yang tepat memilih Pediasure. Dari Raya Haji yang lepas sampai lah sekarang. Tak tukar susu lagi jenama lain pulak. Mak aku tak bagi tukar lain dah. Ni ja lah nampaknya. Kos duit susu tu kencang lah sikit kan, haha. 

Biar ja lah. Berak Zahra pun cantik, setiap hari lawas. Berat badan pun naik nicely. Dari kurus keding tu nampak lah tembam sikit. So tak payah tukar. Setia pada Pediasure.

Harga susu Pediasure ni kategori boleh tahan jugak lah, 400gm RM40.50, 850gm RM81.30. Susu FM ni bukannya cukup untuk sebulan. Macam Zahra stok untuk dia biasa aku beli 1 tin besar dan 1 tin kecik lebih kurang. Rabak kan? Huhuhu. Biasa stok susu murah beli dekat kedai ubat cina ja.

Kekadang rasa macam nak tukar ja susu yang murah sikit. Tapi Mak tak bagi lah. Suruh teruskan ja dengan Pediasure ni. Mak kata nanti tukar, hilang pulak selera budak tu nak bersusu, tengah minum susu ni biarkan lah.

Cerita Pasal Susu Zahra, Pediasure Pilihan Bonda

Cerita Pasal Susu Zahra, Pediasure Pilihan Bonda

Cerita Pasal Susu Zahra, Pediasure Pilihan Bonda

Ye lah Zahra sekarang makin kuat susu pulak kan. Takpa lah Zahra Bonda tak kisah, janji awak sihat, awak memebesar dengan bijak, hihi.

Keep Reading»

Zahra Dah 2 Tahun 3 Bulan.

Bila Anak Aku Dah Besar & Pandai!.



Assalamualaikum semua. Dah lama aku tak bercerita pasal anak perempuan aku tu Nur Zahra Aressa. Sibuk ja bisnes lah, kerja lah, lansung tak sempat nak cerita pasal Zahra, haish. Ok, macam biasa ya, aku menulis entry ni bukan lah untuk menunjuk-nunjuk atau nak heboh satu kampung pasal anak aku pandai ka apa ka. 

Tapi bila menulis dekat sini, dapat lah aku merekodkan kisah hidup aku & family aku agar ianya akan dapat dibaca semula oleh anak-anak aku bila depa dewasa nanti. So, dari sini dapatlah depa taw tentang perjalanan hidup kami membesarkan depa tanpa rasa jemu & mengenal erti lelah. Ceh, bermadah pujangga lah pulak, hihi.

Ok, untuk pengetahuan semua budak kecik anak Bonda tu sekarang dah mencecah usia 2 tahun 3 bulan. So, dia bukan lah budak kecik lagi sebenarnya, dah jadi toddler pun. And of course akan jadi seorang kakak pulak lepas ni nanti, hehe. Harapnya dia akan jadi seorang kakak yang best & caring just like her Babah!.

So far, Zahra punya development & language production skills sangat memberangsangkan. Dah banyak words yang dia boleh produce dengan confident & boleh difahami oleh orang-orang tua disekeliling dia. Kekadang tu terkejut jugak aku bila dia tiba-tiba sebut satu perkataan baru yang aku tak persaan pun aku pernah ajar.

Sebagai contoh, hari-hari setiap pagi dia nak minum susu, dia nak buat sendiri. Nak masukkan susu dalam botol. Aku cakap tiga sudu ja Zahra. So, dia pun mula mengira satu, dua, tiga!, sudah. Hihi, pandai ja dia sekarang. Sebab sebelum ni setiap kali aku pimpin tangan dia sambil naik anak tangga yang ada dekat rumah kami, aku akan counting 1 to 10. Dan selama aku duk ajar tu lah dia tak pernah sekali pun nak sebut betul. Geram taw Zahra ni!. Bila time nak buat susu tu pandai pulak dia mengira. Rupanya dia duk hafal dalam hati kud selama ni bila aku duk ajar dia mengira time naik tangga tu. Ingatkan dia tak ambik peduli pun.

So, tu lah yang dia dah boleh buat. Antara lain yang budak kecik tu dah boleh buat ialah:

1)Pandai Knock pintu & bagi salam bila nak masuk rumah atau nak masuk bilik. Tapi salam dia bunyi "Ekom" @ "Alam" ja lah, haha. Nak masuk bilik air pun bagi salam.

2)Dah pandai baca ALPHABET, tapi letters yang depan ja lah dia taw macam A, B & C. Yang belakang dia tak taw dah!.

3)Dah pandai menghafal nama-nama anggota badan. So, sekarang dia dah taw mana tu rambut, hidung, mulut, mata, tangan, perut, telinga, kaki, pipi. Yang ni aku selalu ajar dia.

4)Bila naik kereta dia akan menjerit excited bila nampak LOYI (Lori), Bas & Kereta.

5)Bila lalu kedai-kedai yang ada signboard or billboard, dia macam kenal pulak huruf-huruf tu yang sempat dia ingat. Contohnya hari tu dia nampak perkataan "OPPO" dekat kedai telefon hari, lepas tu dia terus cakap, macam telefon Bonda lah!.

6)Suka sangat menari. Yang ni confirm ikut perangai Babah dia. Babah dia tu memang suka ja menari dekat Zahra sebab nak bagi Zahra gelak, hihi. Nanti si Zahra pun ikut lah. 

7)Dah hafal nama-nama family members yang rapat dengan dia. Contohnya, Tok Wan, Opah, Tok, Ibu, Abah, Kak Cik, Kak Long, Alam (Alang), Lala, Makcik, Pakteh, Pak Mi. Sebelah aku & sebelah suami.

8)Dah pandai nak snap gambar orang guna kamera handphone. Siap cakap, "senyum" lagi dekat kita. Huh, pegang kamera pun tak betul.

9)Paling aku terharu sekali, setiap hari bila dia tengah main-main, tiba-tiba ja dia akan datang dekat aku & peluk aku kuat-kuat. Sambil letak kepala dia dekat dada aku, dia akan cakap "Sayang Bonda, Geyam lah dekat Bonda". Lepas tu dia terus kiss mmuuaahh dekat Bonda dia ni, hihi. Sebagai Ibu, aku rasa sangat dihargai oleh anak sendiri. Rasa terharu sangat bila dia buat macam tu.

10)Dan dia dah berhenti isap puting sehingga hari ni, alhamdulillah.

Hurm, macam banyak lagi ja kalau nak dituliskan. Takpa lah, kalau aku rajin nak rekodkan lagi, nanti lah aku sambung lepas ni ya. Kalau nak cerita semuanya memang tak habis-habis lah kan. Ibu mana yang tak bangga dengan pencapaian anak sendiri. 

Aku tak nak bandingkan anak aku dengan anak orang lain. Setiap orang berbeza-beza. Ada yang lagi bijak pandai. Tapi pada aku, pada tahap & usianya  sekarang, perkembangan dia adalah normal & memberangsangkan. So, sebagai Babah Bonda Zahra, apa yang kami janjikan kami akan bagi yang terbaik untuk anak-anak kami. Semoga Allah swt permudahkan segala urusan kami sekeluarga. Amiin.



Keep Reading»

Syurga Seorang Isteri

Cinta Suami Isteri.


Assalamualaikum semua.


Dugaan paling besar adalah bersabar. Jadi seorang isteri, hal yang amat kritikal bagi kita ialah suami. Kita makhluk Allah yang sarat dengan emosi & kadang terlalu menuruti kata hati, lalu memang satu hal yang menakutkan kalau ada kata-kata & tindak tanduk kita yang melukai hati suami dalam sengaja atau tak sengaja.

Rasulullah sebut dengan jelas tentang perangai orang perempuan. Saat berdepan dengan satu ja pun keburukan suami, si isteri boleh lupa dengan kebaikan lain suaminya. Perangai ni lah yang paling banyak menjerumuskan perempuan ke neraka. Allah. Betapa ngerinya.

Jadi seorang isteri, banyak-banyakan lah minta maaf dari suami. Mungkin ada terkurang layanan kita, terkasar bahasa kita, terlajak berprasangka, tercerita tentang aibnya pada sesiapa.

Allah ya Allah, rendahkan hati kita untuk merayu kemaafan darinya. Jangan kita hanya nampak kelemahan dia tapi kita lupa kelemahan kita. Jangan kita sibuk besar-besarkan kesilapannya tapi kita pandang kecil kesilapan kita.

Pandang muka suami kita, siapa pun dia, tu lah yang Allah dah pilihkan sebagai jodoh kita. Tu lah lorong nikmat, tu lah jugak lorong ujian Allah buat kita.

Semua buruk baik dia boleh jadi asbab kebaikan untuk kita. Mungkin untuk tundukkan ego kita. Mungkin untuk Allah bagi pahala melalui sabar kita. Mungkin untuk latih kita berdikari & keluarkan potensi diri. Ada sebabnya. Pasti ada sebabnya!.

Mintak Allah jaga rumahtangga kita. Kalau ada hal tentangnya yang kita tak suka, banyakkan berdoa pada Allah. Kita tak boleh ubah suami kita. Tapi Allah boleh. Minta dari Allah. Jaga hubungan kita dengan Allah agar mudah kita minta Allah jaga rumahtangga kita.

Masya-Allah, indahnya kesudahan hidup seorang isteri andai  dia mati dalam keadaan mendapat redha seorang suami. Indahnya janji Allah bahawa isteri yang diredhai suaminya boleh masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya. Indah sangat, kawan-kawan!. Tak teringin ka kita untuk mendapatkannya?

Hari ni, ayuh simpan niat untuk jadi isteri yang lebih baik daripada semalam. Simpan hasrat untuk cuba & kemudian cuba. Allah pandang usaha kita. Allah pasti beri ganjaran walaupun pada sekecil-kecil usaha kita. Insyaallah.

Jadikan lah kami isteri yang menyejukkan hati suami kami ya Allah. Aamin. Buat peringatan kita bersama ya.


Keep Reading»

Aiskrim Malaysia Zahra

Tempahan Aiskrim Malaysia.

Assalamualaikum semua.

Tempahan aiskrim malaysia

Hari ni nak cerita lagi pasal aiskrim Malaysia berzaman kaduk & sekarang dah jadi viral trending semula tu. Kita semua taw kan sekarang aiskrim Malaysia dah kembali tapi dalam versi yang berbeza. Ianya telah divarietykan perisanya. Aiskrim Malaysia is back!. Tapi kali ni dengan versi baru & kreatif. 

Aku masih lagi menjual aisktim Malaysia dan yang pasti harganya masih kekal sama. Dulu masa permulaan aku start jual dalam rumah ja. Budak-budak jiran yang datang. Tapi sekarang aku dah bukak gerai depan rumah aku, so dah jual di gerai tu. Alhamdulillah dapat sambutan.

Tempahan aiskrim malaysia

Tempahan aiskrim malaysia

Kalau boleh nak ja aku perluaskan jualan aiskrim Malaysia aku ni lagi. Stok masuk sehari 60 batang, dua hari habis lah. Insyaallah, plan untuk aiskrim ni, aku nak open pre order untuk majlis, minimum order 50 ke atas, aku terima. 

So kalau ada sesiapa berminat nak tempah untuk majlis apa-apa boleh lah contact aku ok. Perisa apa nak kita boleh runding bincang. Dijamin bersih, halal & sedap ya, hihi.

Perisa Aiskrim Malaysia Zahra

Sumi
Oreo
Choki-choki
Milo
Strawberry Susu
Green Tea
Neslik

Untuk maklumat lanjut:
Whatsapp: 0165747917

Keep Reading»

Manniqueen Argan Oil Elixir

Manniqueen Argan Oil Elixir sesuai untuk masalah kulit berminyak & berjerawat.


Sesuai untuk kulit berminyak, berjerawat, rahsia make up flawless

Assalamualaikum semua. Banyak-banyak minyak, yang ni aku sangat tertarik sikit sebab katanya sesuai untuk sesiapa yang alami masalah kulit berminyak & berjerawat.

Tapi hangpa jangan risau, produk ni walaupun berasaskan minyak tapi tak akan berminyak lansung pun kulit hangpa tu. Malah macam baby gitu.

Apa yang bestnya Manniqueen Argan Oil Elixir ni?


Sesuai untuk kulit berminyak, berjerawat, rahsia make up flawless

Muka berminyak, make up bercapuk & tak tahan lama? Rambut bercabang, kering & tak bermaya? Kulit kering & tumit merekah? Percaya tak kalau aku cakap dengan sebotol argan oil ni hangpa boleh selesaikan semua masalah ni?

Ya betul!. Dengan sebotol Manniqueen Argan Oil Elixir ni hangpa boleh selesaikan semua masalah ni. Sebotol ja boleh tahan sampai berbulan taw!.

Manniqueen Argan Oil Elixir.


✅Formula dari Jepun tapi 100% buatan Malaysia.

✅Dah dapat kelulusan KKM (NOT161101641K).

✅Tinggi dengan kandungan vitamin C & E dan omega 6 & 9.

✅Boleh digunakan pada kulit (muka & badan) serta rambut.

Kenapa Manniqueen Argan Oil Elixir jadi pilihan?


💓 Meresap dengan pantas tanpa kesan berminyak!.

💓 Tekstur yang pekat dari serum-serum lain.

💓 Tiada kesan melekit lansung!.

💓 Baunya yang sangat wangi.

Antara kegunaan-kegunaan Manniqueen Argan Oil Elixir:


KULIT

✔️ BOLEH DICAMPURKAN KE DALAM FOUNDATION UNTUK KESAN MAKEUP YANG LEBIH GLOWING.

✅ SAPUKAN KE KULIT BADAN ATAU MUKA SEBAGAI PELEMBAB.

✔️ BOLEH MEMUDARKAN PARUT.

✅ BOLEH MENGECUTKAN JERAWAT.

✔️ MENGURANGKAN PENGELUARAN MINYAK SECARA BERLEBIHAN.

✅ SELAMAT DIGUNAKAN UNTUK MELEGAKAN KULIT KERING DAN GATAL AKIBAT ECZEMA.

✔️ SELAMAT DIGUNAKAN DIBAHAGIAN MATA DAN BIBIR.

✅ BOLEH DIGUNAKAN SEBAGAI MAKEUP REMOVER.

✔️ BOLEH DICAMPURKAN DENGAN SERBUK KOPI ATAU GULA UNTUK DIJADIKAN SEBAGAI SCRUB BADAN ATAU MUKA.

RAMBUT 

✅ BOLEH MENGELAKKAN RAMBUT BERCABANG DAN MENGGERBANG.

✔️ MENGUATKAN STRUKTUR RAMBUT DARI AKAR.

✅ BOLEH MENGURANGKAN KELEMUMUR.

✔️SAPUKAN KE RAMBUT SETIAP KALI SELEPAS DIBASUH DAN DIKERINGKAN MENGGUNAKAN TUALA.

Hasil guna Manniqueen Argan Oil Elixir.


Sesuai untuk kulit berminyak, berjerawat, rahsia make up flawless,testimonial

Sesuai untuk kulit berminyak, berjerawat, rahsia make up flawless,testimonial

Sesuai untuk kulit berminyak, berjerawat, rahsia make up flawless,testimonial

Sesuai untuk kulit berminyak, berjerawat, rahsia make up flawless,testimonial

Sesiapa yang nak order boleh whatsapp di info dekat bawah ni ya. Nak tanya ka, nak beli ka, dan jangan lupa follow instagram taw? Lepas ni genu gebas lah hangpa kan. Flawless gitu, hihi.

Maklumat lanjut:
Whatsapp: 0165747917 (Syuhaina Atikah)
Instagram : syuhaina_atikah


Keep Reading»

Wah, dah lama tak berblog!!.

Lama tak berblog.


Hai semua. Assalamualaikum.

Lama dah tak bukak blog ni. Terasa rindu yang amat nak menulis. Hari ni baru ada kesempatan nak bukak blog aku ni. Kerja dekat office banyak sungguh. Awal tahun ni sibuk lah dengan kerja auditnya, dengan aku tak sihatnya. Lepas aku, Zahra pulak sambung demam. Sampai terabai lah blog aku ni.

Tak sampai hati sebenarnya nak tinggalkan lama-lama blog ni. Sebab takut pulak nanti bila dah lama tak aktif, blog ni tak laku, haha.

Kalau ada yang datang blogwalking dekat blog aku ni mesti rasa tak best kan sebab takda entry baru. Maaf lah ya, hihi.

Terus terang cakap ada kekurangan idea sikit. Ya lah, bila kita nak menulis sesuatu yang menarik, mesti lah ada idea kan. So, terfikir jugak tapi idea tu macam tak nak datang ja, haha. Insyaallah, aku akan menyusul tulis sesuatu yang menarik dalam sehari dua ni ok, hihi. See you soon!!.

Keep Reading»

Filem Pendek TNB Sempena Tahun Baru Cina 2017

Iklan Perayaan Tahun Baru Cina 2017 Penuh Mesej Tersirat Dari TNB.



Masih lagi dalam mood Sambutan Tahun Baru Cina. So, disini aku nak kongsikan iklan tahun baru cina yang 'win' dihati aku untuk tahun ni dari Tenaga Nasional Berhad (TNB). Alhamdulillah iklan di Malaysia ni masih kekal diterapkan nilai-nilai murni.

Selalu kita tonton iklan-iklan perayaan sebelum ni yang mengharukan, TNB sekali lagi berjaya mempersembahkan iklan perayaan yang tak kurang hebatnya. "Cooking Hustle" diarah oleh Quek Shio Chuan dengan jalan cerita yang berkisahkan tentang tiga puteri yang cuba mengambil hati ibu mertua mereka yang sangat garang melalui masakan.

Aku nak ajak hangpa semua tengok mesej yang tersirat nak disampaikan dalam iklan ni. Kelakar, comel & bermakna. Paling unik nama dish tu, punya lah panjang, haha. Ok, aku malas nak cakap banyak, jom kita sama-sama tengok.


Hah, hangpa dah tengok kan? Haha. Comel ja kan. Tapi membawa makna yang sangat besar. Bukan iklan kosong ja taw. Ternganga aku tengok aksi-aksi kesemua menantu tu berkungfu dekat dapur. Aku puji kesungguhan depa dalam memenuhi keinginan si ibu mertua.


#TNBCNY2017 webfilm ni menyampaikan mesej yang sangat mendalam dengan menekankan erti sebenar Table Of Harmony atau makan besar. 

Tahun Baru Cina adalah masa untuk keluarga mengenepikan segala perbezaan & merapatkan semula ikatan. Dengan kehadiran ahli keluarga dari jauh berkumpul untuk makan besar lebih penting & bermakna daripada aneka juadah yang terhidang. Walaupun kekadang sikap & pendapat yang berbeza diantara ahli keluarga boleh menyebabkan pertelagahan.

Perbezaan tersebut  harus diraikan bukan diketepikan sama macam meraikan & menikmati hidangan tahun baru yang beraneka saiz, rasa & rupa. Macam tu lah jugak ahli keluarga kita. Bersatu teguh, bercerai pasti roboh. Seharusnya sesama ahli keluarga menerima kelebihan & kekurangan baru lah wujudnya kebahagiaan & kemesraan.



Table of Harmony


Apa menu makan besar hangpa? Untuk taw apa Mystery Dish makan besar, hangpa kena menjawab soalan. Lepas ja hangpa menjawab soalan tu, ia akan memaparkan menu Mystery Dish yang boleh digambarkan sifat peribadi hangpa. So, kalau nak taw Mystery Dish hangpa sendiri, hangpa boleh ikut step ni:

1) Buka website : http://betterbrighter.my/tableofharmony

2)Klik Unveil Mystery Dishes


3)Klik Discover What Mystery Dish You Are & Join The Table


4)Lepas tu hangpa pilih antara jawapan A,B, C atau D.



Macam aku Mongolian Chicken Wing. Haha, katanya walaupun orang menganggap aku ni mudah menakut-nakutkan, aku sebenarnya agak garang bila keadaan menjurus ke arah tu.


Untuk keterangan lanjut sila ke:

Facebook : TNB Careline

Instagram : tenaga_nasional

Website: https://betterbrighter.my/tableofharmony









Keep Reading»