Kenangan Merdeka

Merdeka 31 Ogos.

Assalamualaikum.
hari merdeka, kenangan
Hari ni 31hb Ogos, hari kebangsaan atau hari Merdeka seluruh rakyat Malaysia. Hari ni buat aku terkenang kenangan aku tiga tahun lepas, saat aku dirisik oleh suami aku sekarang. Merisik pada hari merdeka, wah!!, patriotik tak kami? Hihi.

Masa tu, walau pun ramai yang cakap tak elok buat keputusan terburu-buru, tapi aku tetap nekad jugak.

Sebab masa tu aku fikir apa lah lagi masa terbaik untuk kenal bakal suami yang aku baru jumpa balik 2 tahun setengah sebelumnya tu. Melainkan di masa ni, di mana dia adalah dia tanpa ada siapa sebagai penggerak perbuatan. Kalau pun dia baran, keji & apa jugak keburukan lainnya akan aku terima apa adanya. InsyaAllah.

Alhamdulillah bulan seterusnya, kami masih sama seperti pertama kecuali berubah sini & sana. Dia lah lelaki yang aku pilih untuk meneman aku atas dunia & aku lah perempuan yang dia setuju bertanggungjawab atasnya.

Terima kasih kerana redha dengan saya. Terima kasih kerana berkorban & tak pernah berkira. Saya sayang awak, fillah. Lillahi ta'ala kasihi lah saya kerana الله jua.

Kepada pengantin-pengantin Merdeka atau yang lain punya kenangan manis pada hari Merdeka, selamat ulangtahun.

Semoga kita semua bersatu semula di akhirat sana dengan teman karib kita ni. Amin.

Keep Reading»

Hargailah & Cintailah Siapa Takdir Untuk Kita

Belajar untuk menghargai.

Assalamualaikum.
menghargai, mencintai
Allah tak bagi kita apa yang kita nak tapi Allah bagi apa yang kita perlu, pernah dengar tak ayat tu? Allah tu Maha Mengetahui. Dia taw apa yang terbaik untuk hambaNya.

Kadang-kadang kita rasa kecewa, sedih, marah, pilu & macam-macam perasaan lah yang tak 'indah' bila tak dapat apa yang kita nak. Tapi kita sedar tak, yang kita nak tu bukan lah bagi apa manfaat pun pada kita. Dalam masa sama kita betul-betul nak, kita tak nampak pun dekat mana kekurangan & keburukannya. Bila dah sekian lama, baru lah kita sedar yang takdir Allah sebenarnya cukup indah buat kita.

Kekecewaan yang paling sakit adalah kekecewaan bila kita gagal memiliki orang yang kita sangat suka, sangat sayang & sangat cinta. Terasa hati bagai ditusuk-tusuk. Sakit, pedih, ngilu sampai nak tarik nafas pun rasa dada macam kena palu. Sesiapa yang pernah kecewa mungkin faham macam mana sakitnya perasaan kecewa tu.

Bila jadi macam tu, kita hanya ada dua pilihan. Sama ada redha & terima takdir tu atau memilih untuk ikut kata hati yang kecewa. Bagi yang redha dengan segala takdir Allah, alhamdulillah. Sebab kita kena yakin, pasti Allah dah merancang sesuatu yang lebih baik & lebih indah di masa depan. Mungkin Allah dah tetapkan seorang yang akan membahagiakan kita melebihi daripada insan yang kita cintai.

Jangan menolak untuk takdir yang lebih baik, lebih cantik & lebih indah yang Allah dah tetapkan.

Kata orang, nak memilih pasangan hidup, pilih lah dia yang mencintai kita, bukan dia yang kita cintai. Tu lebih baik. Sebab orang yang mencintai kita tak akan sekali-kali melukakan perasaan kita. Tak akan sesekali sanggup menyakiti kita, tak akan sesekali boleh tengok air mata kita mengalir disebabkan dirinya. Dia akan sanggup menjaga kita dengan sebaik-baiknya & sanggup berkorban apa ja untuk kita.

Bertuah sekiranya kita memiliki orang yang kita cintai & dia jugak mencintai kita. Sebenarnya bahagia tu mampu kita gapai kalau kita buat pilihan yang betul. 

InsyaAllah andai satu hari nanti hangpa bertemu dengan seseorang yang benar-benar mencintai hangpa, belajar lah untuk menerima dirinya. Belajar lah untuk mencintai kekurangannya. Belajar lah menyukai kelebihan dirinya. 

Setiap insan Allah jadikan ada kelebihan & kekurangannya. Jangan sebab ada satu kekurangan dia buat hangpa benci diri dia sedangkan banyak lagi kelebihan dia yang mungkin buat hangpa bahagia. Dan mungkin dapat menutup kekurangan diri hangpa.

Hargai lah & cintai lah siapa takdir untuk kita. Semoga kita sentiasa diberi kebahagiaan dunia & akhirat oleh Allah swt. Amin.

Keep Reading»

Jalan-jalan Ke Penang

Naik Jambatan Kedua Pulau Pinang

Assalamualaikum, hai semua.

Dah lama dah orang duk cakap pasal jambatan baru dekat Penang ni kan, aku dengan suami pulak baru ja p menjejakkan kaki nak tengok sendiri Jambatan Kedua Pulau Pinang ni. Takpa lah kan, at least sampai jugak kan? Hihi. Lagi pun kami bukannya orang Penang sebab tu lambat sikit sampai sini, haha.
pulau pinang, jambatan kedua
So trip percutian kami kali ni bukannya bermalam di sana, p pagi petang balik. Sebab esoknya ada kenduri rumah saudara suami. Alang-alang dah suami bercuti ni kami jalan-jalan lah ke Penang bawak Zahra. Tempat suami kerja dulu, katanya dah expert dengan Penang ni. Aku pulak, dah banyak kali jugak datang sini, dengan suami lah, time bercinta dulu, masa honeymoon pun, honeymoon dekat Penang. Tapi sebelum ni kami p penang, jambatan ni belum siap lagi. Last kami datang pun masa baru-baru kahwin dulu.
Tapi masih belum terlambat lagi kan? Haha. Sebab jambatan ni masih baru lagi kan dirasmikan oleh Perdana Menteri kita pada 1 Mac 2014. Ha, kira baru lagi lah kan?. Sebenarnya Jambatan Kedua Pulau Pinang ni atau nama rasminya ialah Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah dah siap dibina sepenuhnya pada Februari 2014 lagi. Ianya dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah bersempena nama yang di-Pertuan Agong yang ke-14.
pulau pinang, jambatan kedua
Dari sumber google, jambatan yang dah menelan kos RM4.5 bilion ni adalah sepanjang 24km (15 batu) merupakan jambatan yang terpanjang di Malaysia & Asia Tenggara. 17km (10 batu) daripada jambatan ni akan merentasi Selat Selatan, selat yang menghubungkan Pulau & Seberang Perai. 1.5km (1 batu) berada di kawasan Batu Maung, sementara 6km (3 batu) akan berada di kawasan Batu Kawan. Memang panjang pun masa aku naik dengan suami hari tu.

Jambatan ni jugak mempunyai kompleks tol bersepadu yang pertama di Malaysia & yang terbesar dengan mempunyai 28 lorong. Empat lorong dengan dua lorong motorsikal dibina di atas jambatan ni. Ianya merupakan sebuah jambatan yang menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang perai & Batu Maung di Pulau Pinang.

Dari atas jambatan ni boleh lah kita tengok pemandangan yang cantik & mendamaikan. Sejuk mata memandang tengok laut yang kebiruan tu. Zahra bukan main seronok lagi tengok laut, duk "Wau2"!!, haha.

Kata orang, suasana dari atas jambatan ni pada waktu malam lagi cantik. Penuh dengan kilauan lampu-lampu dekat sepanjang jambatan ni. Cer tengok gambar yang aku search dari google ni, cantik sungguh kan?
pulau pinang, jambatan kedua
Tu lah menariknya pasal Jambatan Pulau Pinang yang kedua ni. Kami cuma pusing-pusing ja, makan angin orang cakap. Dah naik jambatan, kami p makan & jalan-jalan dekat Queensbay Mall. Saja bawak Zahra jalan-jalan.
queensbay mall, pulau pinang
Ok lah walau cuma jalan-jalan, tapi seronok jugak. Apa yang penting happy dapat bawak Zahra jalan-jalan. Tu pun tak habis lagi nak jalan dekat Penang ni, tapi masa tak mengizinkan, Zahra pun tak berapa sihat. InsyaAllah kalau ada rezeki lagi, datang bermalam dekat sini. Baru puas berjalan.

Keep Reading»

Segmen Bloglist by Akupenghibur.com

Segmen Bloglist by Akupenghibur.com.

Assalamualaikum semua. Jum kita join segmen ni!!.
Segmen bloglist

{ Click banner di atas untuk sertai }

Hadiah :
 Bloglist untuk blog akupenghibur.com selama 1tahun
1 Blogger bertuah Feed Blog di Blog akupenghibur.com

Mula : 25 Ogos 2016 | Tamat :1 Sept 2016


Syarat-syarat wajib :

1. Tulis entry yang bertajuk Segmen Bloglist By Akupenghibur.com

2. Letakkan blog acik di bloglist blog kamu

3. Follow instagram  :
@acik21

4. Copy code di bawah dan paste ke ruangan html di blog kamu


Semoga berjaya ya untuk siapa yang join!.





Keep Reading»

Masalah Tiada Bekalan Air Paip

Masalah Gangguan Air Di Batu Kurau.

Assalamualaikum.

Hari ni takda air lagi. Minggu lepas pun macam tu jugak. Memang dekat kawasan aku tinggal ni selalu sangat takda air, selalu ja kes paip pecah lah apa. Lepas tu nak baiki, nak tunggu air paip ada balik tu punya lah lama. Kalau dapat makluman awal tu boleh lah kami simpan bekalan air siap-siap.
gangguan bekalan air
Macam petang ni, tak dapat makluman apa, tiba-tiba air takda ja. Check dalam tong air yang ada aku simpan minggu lepas tinggal setengah dah air dalan tong tu. Kalau dah habis air tu, terpaksa lah p lari mandi rumah TokWan Zahra dekat kampung tu ha. Sana air kampung so takda masalah lah. Boleh lah mandi puas-puas. Baru kepala segar, hihi. Di rumah aku ni kena lah jimat air, pemakaian terhad!.

Air minuman aku dah sediakan awal. Aku isi air paip tu dalam botol mineral yang besar. Bila-bila nak jerang air, nak memasak boleh lah guna air dalam botol tu. Berbotol-botol aku simpan. Langkah persediaan bila menghadapi kes takda air. Macam sekarang ni lah. Sediakan payung sebelum hujan orang kata. Hurm, ngam sangat!!.

Keep Reading»

Sambutan Hari Lahir Adik Asraf & Kak Tina

Acara tradisi setiap tahun, sejak kami kecil sampai lah sekarang. Besday aku ni memang takda lah sambutan, tapi sambutan besday Mak Abah & adik beradik yang lain tetap ada, hihi.

Besday Mak & Abang Lan dekat-dekat dalam bulan Januari. So, memang dah jadi kebiasaan sambut serentak. Macam besday Adik Asraf  dengan Kak Tina jugak lah, sama dalam bulan Ogos. Dari sejak aku bekerja sampai lah dah beranak pinak ni memang setiap tahun depa akan potong kek sama-sama.

Balik pada niat asal aku tulis entri ni. Nak cerita pasal sambutan besday Adik Asraf & Kak Tina minggu lepas. Aku beli kek dekat Pekan Batu Kurau ni ja, Chocolate Indulgence *tapi macam tak indulgence ja, haha.

Tahun ni besday depa sambut di rumah sewa baru kami lah. Mula-mula plan asal nak makan petang dekat luar, tapi bila aku fikir balik since Zahra ni aktif sangat, susah pulak nak handle bila nak makan nanti. So, terpaksa cancel plan asal. Makan-makan dalam rumah ja & kami buat malam. Sebab malam semua orang free.

Kami start buat besday tu lepas maghrib pukul 8. Sampai lah pukul 10 malam. Menu macam biasa lah, favoirite aku Laksa!!. Besday orang lain, masakkan favourite aku, hihi. Teruk lah aku ni.

Alhamdulillah semua berjalan dengan lancar. Budak Zahra tu paling seronok lah buat besday ni.Main-main sampai tak nak tidur. Tunggu Bonda dia naik angin baru lah nak masuk tidur, haha.

"Happy Birthday to Adik Asraf & Kak Tina. Semoga tahun ni lebih bermakna & diberkati Allah swt. InsyaAllah".

Gambar tak banyak aku dapat ambik. Yang tuan besdaynya tak nak bergambar. Hurm, leceh lah depa ni, hihi.




Keep Reading»

Babah Belanja Bonda Nandos!

Assalamualaikum semua. Cerita makan lagi wei!, hihi.

Kalau hari tu aku dah belanja suami aku makan dekat The Gate Cafe, minggu lepas dia belanja aku pulak, hihi. Dia tanya aku nak makan dekat mana, aku terus cakap, " Nak makan Nandos, pasal tak pernah makan, haha". Sambil senyum lebar macam ni :))). Suami aku ni memang tak pernah menolak kalau aku ajak makan dekat mana pun, hihi.

Kami p makan Nandos dekat AEON Jusco Taiping, pasal kami duduk dekat-dekat situ dah. Kali pertama ok makan Nandos *jakun sangat aih, hihi. Tengok menu macam ala-ala Kenny Rogers, tapi Kenny Rogers lagi meriah menunya. Harga pun lebih kurang.

Ni lah set yang kami ambil, order dua ja, aku dengan Zahra kongsi ja. Sos dia aku ambil mild ja, tak ambil hot punya. Hangpa boleh pilih tahap mana kepedasan yang hangpa nak.

Sos-sos dia ada Garlic Peri-Peri, Hot Peri-Peri, Extra Hot Peri-Peri, dan jugak Ketchup. Tapi jujur lah aku cakap, ni lidah aku lah ya. Aku memang tak boleh p dengan semua sos dia tu kecuali garlic. Sebab dia macam masam-masam sikit, aku minat masam-masam ni. Tak taw lah kalau aku salah pilih ka apa kan, tapi memang tak boleh nak p!!. Aku lagi suka Kenny Rogers, pasal sos dia sedap & side dish dia banyak, ada 3 side dish + muffin. Ni cuma pendapat aku ok.
Suami aku minum Americano. Dengar nama macam "Wah", Americano macam meletup ja!. Tu ha Americanonya. Macam kopi biasa ja. Nasib rasa boleh tahan. Air aku macam biasa lah antara air favourite aku walau dimana saja berada, Fresh Orange. Tapi kan kecik gila cawannya, pendek!. Tak puas minum.

So disebabkan kelaparan yang amat sangat, kami pun belasah makan ja. Sambil makan, sambil komen tu ni, dah macam juri pulak. Tapi ha, licin. Tinggal tulang jugak, haha.

Apa pun still sedap lagi. Cuma lain kali kena pandai buat pilihan lah kalau makan dekat sini. Sebab menu dia takda gambar, susah nak pilih. Anyway terima kasih suami belanja makan ya? Sayang awak, mmmuuuaaahhh, hihi.



Keep Reading»

Hutang Kita Kepada Anak-Anak

Kita selalu berhutang banyak cinta kepada anak kita.

Tak jarang, kita marah anak kita saat kita penat. Kita membentak depa padahal depa belum betul-betul faham kesalahan yang depa buat. Kita buat depa menangis sebab kita nak lebih mengerti & didengarkan.

Tapi seburuk apa pun kita memperlakukan anak kita, segalak apa pun kita pada depa, semarah apa pun kita pernah membentak depa, depa akan tetap mendatangi kita dengan senyum kecilnya, menghibur kita dengan tawa kecilnya, menggengam tangan kita dengan tangan kecilnya. Seolah semuanya baik-baik ja. Seolah tak pernah jadi apa-apa sebelumnya.

Anak kita selalu punya banyak cinta untuk kita. Walau selalu kita tak membalas cinta depa dengan secukupnya. Kita selalu berhutang banyak kebahagiaan untuk depa.

Kita kata kita bekerja keras demi kebahagiaan anak kita, tapi kenyataannya depa lah yang justeru membahagiakan kita dalam lelah di sisa waktu & tenaga kita. Kita rasa yang kita boleh menghibur kesedihan depa atau menghapus air mata dari pipi-pipi kecil depa, tapi sebenarnya kita lah yang selalu depa bahagiakan. Depa lah yang selalu berhasil membuang kesedihan kita, melapangkan kepenatan kita, menghapus air mata kita.

Kita selalu berhutang banyak masa tentang anak-anak kita.

Dalam 24jam berapa lama masa yang kita miliki untuk berbicara, mendengarkan, memeluk, mendakap & bermain dengan anak kita?. Dari masa hidup kita bersama depa, seberapa keras kita bekerja untuk menghadirkan kebahagiaan sesungguhnya di hari-hari anak kita, melukis senyum sejati di wajah mungil depa.

Tentang anak-anak, sesungguhnya anak-anak kita lah yang selalu lebih dewasa & bijaksana daripada kita. Depa lah yang selalu mengajari & membimbing kita menjadi manusia yang lebih baik setiap harinya.

Seburuk apa pun kita sebagai orang tua, anak kita selalu sedia bila ja untuk menjadi anak-anak terbaik yang pernah kita punya.

Kita selalu berhutang kepada anak-anak kita.

Anak-anak yang setiap hari jadi korban dari betapa buruknya cara kita mengendalikan emosi. Anak-anak yang menanggung akibat dari nasib buruk yang setiap hari kita buat sendiri. Anak-anak yang mungkin masa depannya terkorbankan gara-gara kita tak boleh merancang masa depan kita sendiri.

Tapi anak kita tetap tersenyum, depa tetap bagi kita banyak cinta, depa selalu cuba buat kita bahagia.
Maka, dakap lah anak-anak kita, tatap lah mata depa, dengan kasih sayang & penyesalan.  Katakan pada depa,

"Maafkan untuk hutang-hutang yang belum Babah & Bonda terbayarkan. Maafkan kalau semua hutang ni telah membuat Allah tak berkenan".

"Maafkan kerana hanya pemaafan & kebahagiaan awak lah yang boleh buat hidup Babah & Bonda lebih baik dari sebelumnya".

Copy dari facebook Edlyena Assegaf Mikhail.

Keep Reading»

Pindah Rumah Sewa Baru

Assalamualaikum.

Yeah, Alhamdulillah. Dah selesai semua, ya semua!. Rumah dah cat, barang dah masuk, & langsir pun dah gantung. Sekarang tengah pokai, haha. Banyaknya kos nak pindah rumah kan? Kena slow-slow balik menabung. Apa pun syukur segala urusan Allah permudahkan. Dah dekat 3 minggu aku pindah rumah sewa baru. Alhamdulillah walaupun masih menyewa, tapi rumah yang ni lebih selesa.

Lokasi rumah baru ni tak jauh pun dari rumah lama. Masih lagi satu jalan, tapi lain kawasan. Rumah lama dekat bahagian belakang. Rumah sewa baru ni dekat hadapan jalan. Bercakap pasal pindah rumah ni kan, mak oi, penat!. Tu lah kan orang perempuan, konon barang macam tak banyak, sekali bila dah punggah. Aduhai, patah pinggang woi. Disebabkan masa suntuk, jadi kami kemas berperingkat. Makan banyak hari jugak lah kemas semua ni.

So basicly sekarang ni semuanya dah berjalan macam biasa. Dah unpack & susun semula semua baju & barang-barang macam biasa. Kawasan rumah selamat & teratur. Macam aku cakap lah, walaupun rumah ni selesa semua, tapi masih rumah sewa kan. Doa-doakan lah semoga cepat dapat rezeki untuk beli rumah sebiji. Siapa yang tak plan nak rumah sendiri. Tapi taw ja lah sekarang ni, mahal!. Telan air liur kalau tengok harga rumah sebiji. Tu semua jugak yang buat kita makin kuat kerja kan. Rezeki tu milik Allah. Kalau Dia nak bagi, sekejap ja Dia boleh bagi. Kita sebagai manusia kena usaha & banyakkan berdoa. InsyaAllah.

Nak kongsi sikit gambar rumah sewa yang dah siap cat & kemas. Dekorasi ala kadar ja ni, kalau ikut keinginan hati ni boleh masuk kategori muflis pulak nanti, hihi.






Keep Reading»

Review Diapers Zahra

Assalamualaikum.

Dah lama entri ni terperap, hihi. Dulu-dulu sibuk tanya kawan-kawan diaper apa yang depa pakaikan untuk anak masing-masing. Masing-masing ada pendapat sendiri tapi semuanya nasihat yang sama dekat aku. Cuba dulu, test dulu. Kulit anak kita tak sama kan. Ada yang tahan lasak. Ada kulit baby yang super sensetif. Buat masa ni aku pernah guna dua brand diapers ni ja. Boleh kira paling famous lah di kalangan kawan-kawan aku.

1.Drypers
Drypers ni takda lah tahan pipis macam Mamypoko tu. Kalau siang hari tu dalam tiga empat kali tukar jugak lah Drypers ni. Kalau dengan Drypers boleh habiskan dalam 5, 6 keping lah sehari. Kira banyak lah tu, hihi. Nasib baik Drypers ni tak semahal Mamypoko & poket Babah Bonda tahan lagi nak beli diapers brand ni untuk Zahra. Sebab kena tukar banyak kali? Zahra ni jenis kulit yang sangat sensetif. Jadi bila dah basah, dah kencing 2, 3 kali, dia dah jadi gatal-gatal. Merengek mintak tukar. Sebab tu lah. Tapi boleh tahan jugak Drypers ni. So, aku boleh bagi Drypers 4/5 bintang.

2.Mamypoko
Di sini aku nak cerita review Mamypoko ni pulak untuk Zahra yang aku baru guna tak sampai sebulan lagi. Tak dinafikan, Mamypoko ni sememangnya brand yang tahan lasak. " Tahan pipis" bak kata depan pack tu, hihi. Mamypoko ni yang diapers taw? Bukan yang pull up pants punya. 

Zahra kalau pakai Mamypoko ni, mesti tido nyenyak punya, takda merengek-rengek dah. Ni kalau kes kencing malam ja lah. Kalau berak tu memang nak kena tukar jugak lah. Kalau tak tunggu lah tangisan bagai kena dera!. Kalau dia takat kencing malam ja, pakai diapers ni sampai lapan jam pun Zahra tahan taw. Bila check pagi-pagi lepas subuh, memang kering!. Lain pulak rasanya sebab diapers dah berat. Aku taw mesti banyak kencing dia meresap dalam diapers tu. Tapi bila check dengan tangan, memang kering!. Tak macam diapers yang lain. Memang terbukti tahan pipis, hihi.

Bagi aku ia sangat best. Diapers ni permukaan dia lembut sangat. Macam kapas. Daya serapan pun sangat bagus & permukaan punggung baby akan kering sepanjang masa. Sepanjang aku jadi Bobda ni baru 1 kali aku beli, hihi. Aku sebenarnya suka sangat dengan diapers ni tapi tak boleh lah beli selalu, parak! Haha.

Selain tu, kulit Zahra pun tak merah, sensitif bila pakai diapers ni. Ikutkan Zahra ni jenis yang kulit sensetif jugak. Kalau nak tanya aku berapa bintang nak bagi Mamypoko ni, aku boleh bagi berbintang-bintang gitu, haha.

Tapi kalau mak-mak dekat luar sana nak tanya diapers dekat atas ni boleh bocor ke tak, terus terang aku cakap, tak taw, huhu. Kesimpulannya, diapers ni kena trial & error, hihi. So untuk bakal ibu dekat luar sana, untuk newborn ni beli diapers sikit ja. Sebab nak cuba kan.

Diapers ni sebenarnya kena ikut kulit baby & keselesaan dia. Ada baby yang boleh pakai ja jenis apa pun. Ada baby pulak punggung jenis high maintenance. Nak yang mahal ja, haha. Anak hangpa suka pakai yang mana?




Keep Reading»

Hadiah Dari Babah

Assalamualaikum semua. Selamat berhujung minggu.

Katanya Babah dah lama berhajat nak belikan anak dara dia basikal. Bagi aku, aku lebih suka Zahra yang sedang membesar dibelikan hadiah yang lebih cenderung pada pembelajaran. Contoh macam meja study yang aku beli tu. Atau buku, atau bahan bacaan atau apa ja barang belajar.

Tapi takpa lah, Zahra kecik lagi, hihi. Kecik ka? Dah Babah nak belikan untuk anak dia, apa salahnya. Yang penting anak Babah Bonda happy, cukup. Benda lain kita tolak tepi dulu ok.

Masa mula-mula pilih basikal, mama pilih basikal yang memang sesuai untuk Zahra, warna purple & ada tempat duduk belakang serta bakul di bahagian depan. Basikal tu memang besar sikit & nampak tak sepadan dengan Zahra. Tapi bukannya Zahra tak besar kan, Zahra akan besar. Boleh lah gunakan sampai besar.

Tapi entah kenapa Zahra terpandang basikal ni, Zahra suka yang ni. Ok mama pun pilih lah yang ni untuk Zahra. Dari segi body semua memang tak jauh beza dengan basikal lama Zahra. Tapi aku suka jugak yang ni, comel!. Hurm, esok dah besar kena beli basikal lain pulak lah.

So, ni lah basikal baru Zahra hadiah dari Babah. Tiap petang mesti Zahra nak naik dekat luar rumah pusing-pusing.

Ni pulak basikal lama Zahra. Basikal pertama Zahra. Masa tu umur Zahra baru setahun. Hadiah ni dari aku. Masih cantik lagi. So, simpan ja lah dalam stor, hihi.


Keep Reading»

Doakan Aku & Suami Berjaya

Assalamualaikum, hai semua.

Setiap orang mesti ada cita-cita & impian kan? Aku selalu bayangkan nak ada bisnes sendiri, teringin nak ada produk sendiri & nak berjaya. Tapi nak membina kejayaan mesti kita kena melalui pelbagai dugaan & cabaran.

Aku pernah jual macam-macam barang sebelum ni. Macam-macam lah aku cuba nak berniaga. Orang kata berniaga suka-suka & cari pengalaman. Aku memang suka cuba-cuba menjual ni. Saja nak tengok sejauh mana aku boleh p dalam bisnes kecil-kecilan. Mana taw yang kecil-kecilan ni lama-lama akan jadi besar-besaran. Pergh, berangan!, hihi. Selain dari nak cari pengalaman, dapat jugak pendapatan sampingan.

Cepat sangat masa berlalu. Allah ja taw betapa aku rindu life kerjaya part time aku. Allah ja taw betapa aku gila nak aktif berbisnes macam dulu. Dalam banyak-banyak kerjaya part time, hati aku memang pilih bisnes sebagai karier part time aku. Sebab aku dah fall in love sampai mati dengan ilmu berdikari sendiri ni. Allah ja taw apa aku rasa & apa aku nak.

Wallahi, bila kita bekerja & ada perniagaan sendiri, rasa kebergantungan kita pada Allah makin meluap-luap. Makin kita craving untuk apa yang kita nak, makin kuat kita menangis doa pada Allah hari-hari. Seriously, tak tipu. Berniaga bukan macam makan gaji, tak sama. Berniaga ni bila kita dah dapat 1 pelanggan, kita punya seronok tu, Allah!!. Bukan main lagi kita sorak sorang-sorang macam dapat piala dunia. MasyaAllah, perasaan tu yang tak boleh beli tu. Mahal!.

Sekarang Allah izinkan aku berniaga kecil-kecilan dekat rumah aku. Alhamdulillah. Rezeki anak, walau buat kecil-kecilan pun ada pelanggan datang beli. Masa ni makin aku rasa banyak benda aku boleh perbaiki dalam ibadah aku, & rasa hampir pada Allah tu makin hari, makin kuat.

Bila kita capai benda yang kita nak, mesti lagi syok & bermakna kalau kita raikan kejayaan dengan orang  yang tersayang kan. Sama-sama berjaya. Susah senang sama-sama, kan best macam tu? Aku dengan suami sama-sama berniaga. InsyaAllah semoga apa yang kami rancang berjaya juga pada akhirnya. Banyak lagi yang kami kena belajar. Aku harap kami dapat berjaya bersama go through cabaran & dugaan berniaga ni. Berniaga bukan senang kan? Harapnya semua berjalan lancar. Yang penting kena kerja keras & rajin berusaha lagi & lagi.

Berjaya bersama ialah sama-sama susah, sama-sama senang. Tak kisah lah sampai mana pun kita p. As long as sama-sama harungi semua. Tu lah kunci kejayaan bagi orang yang nak berjaya kan?




Keep Reading»

The Gate Cafe

Minggu lepas p jalan-jalan dekat Taiping dengan en.suami. Dah lama tak jumpa & keluar makan sama. Last minit plan yang selalunya menjadi kan. So ambil peluang kami ronda-ronda Taiping. Tapi tak banyak sangat tempat kami p jalan-jalan sebab suami tak berapa sihat.

Yang best aku nak kongsikan, kami p makan dekat The Gate Cafe berhadapan kedai makan Bomba. Tempat date dulu-dulu ni, hihi. Kedai ni tengah hari dah buka. Ada masakan western, burger, ala2 Thai. Sebenarnya memang banyak lah menu. Semuanya nampak sedap belaka. Harganya pun berpatutan.


Longan+Apple Asamboi

BBQ Chicken Chop~Sedap!

Siapa yang p jalan-jalan Taiping memang aku rekemen p makan dekat sini. Memang terbaik. Selamat mencuba!!.

Keep Reading»

Nur Zahra Aressa Dah 1Tahun9Bulan

Assalamualaikum.

Lama tak update pasal anak kesayangan aku ni. Sekarang ni seronok dia dah pandai semua. Tapi ada kala buat perangai pelik dia jugak. Bila dah besar ni, ada lah perangai-perangai bijak dia keluar, hihi. Semalam genap lah anak Bonda berusia 1 Tahun 9 Bulan.

Sekarang ni dia dah potpet-potpet, tapi cakap bahasa dia lah. Jerman ada, latin pun ada, haha. Lepas tu tengok aku, aku pun ok yaka, macam bersembang balik dengan dia. Kekadang tu keluar jugak bahasa yang aku faham macam bla, bla, ayam. Bla, bla, tv. Macam balik rumah TokWan dia, turun kereta p tengok ayam. Kalau dapat call dari mama & papa, 'ekum alam , papa beli lat, bina, totak'.  Wajib pesan macam tu, haha.

Sekarang ni tak nak dah pakai pakaian yang aku pilih. Dia nak pilih sendiri. Susah jugak ya, sebab kadang yang dia pilih tu tak sesuai, hihi. Pampers, hurm. Ya dia masih lagi pakai pampers saiz M PetPet Daypants. Bila lah nak tukar saiz besar sikit ni Zahra.

Sebelum ni dia memang takut bunyi mercun, tapi dah besar ni dah pandai main mercun. Tapi mercun PopPop ja lah, hihi. Selalunya bunyi hon dia terus lari dekat aku sebab takut. Mungkin sebab bunyi kuat.

Bab terlampau suka sesuatu tu dah nampak dah la ni. Dia dah pandai suka teddy bear, kasut yang comel-comel, bantal kartun-kartun. Budak perempuan, macam tu lah. Mula lah dia pegang dari mula tidur sampai esok pagi.

Gelak sesorang tu biasa lah. Memang dah lama dia buat macam tu. Duk dalam kereta ka, tengah main ka, kuat perasan budak tu!!.

Lagi tiga bulan, inshaAllah Nur Zahra Aressa masuk 2 tahun.  Cepatnya masa berlalu. Sedar tak sedar dah 1 Tahun 9 Bulan aku menjadi seorang Bonda. Sedar tak sedar anak Bonda dah besar dah. Suka senyum, suka mengusik & suka mengigit, hihi. Banyak betul gelagatnua sekarang ni, semua benda dia nak kacau. Bonda sibuk nak berbisnes Aiskrim Malaysia lah apa lah, dia pun sibuk nak menjual. Anak Bonda!, Anak Bonda!.

Semoga Zahra sentiasa sihat walafiat, cepat besar & sentiasa dilindunginya. Menjadi anak yang solehah & berjaya di dunia & akhirat. Amin. Bonda sayang Zahra sangat!.

Keep Reading»

Tempahan Nasi Ayam Zahra

Assalamualaikum, hai.

Baru hari ni sempat nak tulis entri balik. Ni lah kisahnya, Alhamdulillah Chef suami ada menerima tempahan Nasi Ayam pada minggu lepas. Rezeki anak kami Zahra mungkin, syukur. Makanya sehari sebelum tarikh tu aku & mak Ayah mertua berkampung di rumah kakak suami bagi menyiapkan tempahan tersebut. Lebih senang ada ramai yang menolong. Masing-masing ada tugas untuk diuruskan. Budak Zahra jangan tanyalah, sibuk ja dia tu, haha!. Orang sibuk, dia pun sama sibuk.

Alhamdulillah berjaya jugak kami menyempurnakan amanah orang. Lebih kurang mintak halal ya? Agak kelam kabut sebab depa pun buat tempahan mengejut. Terima kasih kepada pelanggan yang dah buat tempahan dengan kami.



Syarat Tempahan
Nasi Ayam, Nasi Tomato, Nasi Lemak
  • Beroperasi dari Pokok Sena, Kedah. Batu Kurau, Kamunting & Taiping, Perak.
  • Tempahan perlu dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh dikehendaki & sila nyatakan nama & tarikh dikehendaki terlebih dahulu.
  • Tempahan sah diterima setelah deposit sebanyak 50% dari harga jual telah di bank-in ke dalam akaun.
  • Para pelanggan boleh datang sendiri untuk mengambil produk.
  • Servis penghantaran ada disediakan untuk kawasan yang berhampiran dengan Pokok Sena, Batu Kurau, Kamunting & Taiping. Sila mesej @ whatsapp saya untuk pengesahan servis penghantaran, 0134550660/ 0165747917.


Keep Reading»

Kenapa Orang Yang Paling Kita Sayang Selalu Sangat Sakitkan Hati Kita?

Assalamualaikum.

Niat hati malam ni nak tulis entri panjang-panjang, tapi nampaknya dengan mood yang mendung ni, hajat tak tertunai, huhu. Pendek-pendek cukup lah ya. Suka lah entri pendek-pendek.

Kenapa orang yang paling kita sayang selalu sangat sakitkan hati kita? Bagi aku simple & mudah. Letaknya pada paling sayang. Sebabkan kita terlalu sayang, paling sayang pada seseorang, walaupun silap yang dia buat tu sangat lah kecil umpama kuman, ianya tetap buat kita sakit hati. Cakap ikut pengalaman babe!. Kita takkan rasa sakitnya sangat-sangat bila kita takda rasa sayang sangat-sangat. Betui ka apa aku cakap ni? Rasa sakit hati tu datang dengan rasa sayang. Dan sebab tu lah, ada sesetengah orang tak suka terlalu simpan rasa sayang yang banyak pada orang, takut hati disakiti.

Kita cakap dia yang paling kita sayang. Kita cakap jugak dia yang sakitkan hati kita. Mana yang kita nak korbankan & give in? Orang paling kita sayang atau rasa sakit hati? Ohh, mungkin ada yang cakap, sakit hati simpan lama-lama jadi nanah, membusung. Wei, kalau macam tu apa guna komunikasi? Apa guna kesefahaman? Apa guna kasih sayang yang kita ada, betui tak? Fikirkan tu. *acah macam penceramah kursus kahwin pulak aku ni, haha.

Jujur cakap kan, aku kadang-kadang terasa jugak sakit hati dengan orang yang aku sayang. Walau hanya untuk perkara kecil, hati tetap sakit, huhu. Tapi bagi aku, aku cuba untuk tak tunjukkan rasa sakit hati aku. Aku cuba overcome dengan berkomunikasi dengan dia, bersembang supaya aku lebih lagi mengenal dia. Distract aku daripada terus-terusan sakit hati & nak mengenal seseorang bukan cerita sehari dua, it tooks u a whole life. Sebab manusia berubah. Kekadang aku fikir, sikap aku ni nanti akan memakan diri aku semula ka? Sebab asyik makan hati, simpan. Bila nak besar? *padahal memang dah besar pun, haha. Entah lah. Just pray for the best. Marilah kita sayang-menyayangi ya. Ngee.
Oh ya, dan jangan lah asyik sangat sakitkan hati orang yang sangat-sangat sayangkan hangpa, ok? Hihi.

Keep Reading»

Jalan- Jalan Pantai Merdeka

Hai update lagi hari ni, haha. Semakin rajin nampak, semoga berterusan rajin hendaknya. Ok hari ni nak cerita pasal aktiviti hujung minggu aku sabtu yang lepas. Alhamdulillah berpeluang menjejakkan kaki ke Pantai Merdeka sekejap. Acah-acah macam weekend getaways, bak kata orang putih, hihi.

Sebenarnya aku memang dah lama teringin nak p sini dari dulu lagi tapi sampai ke sudah masih belum kesampaian sebab sibuk, takda teman & tak taw tempat, haha. Macam teruk sangat kan?. Tapi lepas ni insyaAllah dah taw dah lah sebab dah p dah. Disebabkan kakak ipar & biras aku pun cuti hari tu, jadinya kami pun gerak bersama lah.

Gerak pukul 2.00 petang dari rumah sampai sana lebih kurang pukul 4.00 petang. Jauh jugak wei!!. Suami aku drive, biras & kakak ipar tunjukkan jalan. Sebab depa lagi terer sikit kawasan-kawasan situ.

Apa yang menarik dekat pantai Merdeka ni? Hurm, basically dekat sini ada pantai, laut & bagi aku tu dah cukup best, haha. Lepas tu dekat sini ada orang menjual di sepanjang pantai. Kira macam panjang jugak lah sebab aku pun tak larat nak berjalan sampai habis nak tengok barang. Dan yang paling best adalah dapat makan dekat sini. Pergh, berkelah tepi pantai ni memang cukup syok!. Makan ikan goreng pun jadi sedap. Tapi maaf ya, aku terlupa nak snap gambar makanan.

Lepas makan tu kami lepak-lepak dekat situ ja lah. Suami aku nak naik bot, takut lah aku, huhu. Katanya kalau dari Pantai Merdeka nak ke Tanjung Dawai tak lama sangat dalam 10 minit ja naik bot. Bayaran naik bot sehala dikenakan sebanyak RM2.00. Tu kalau nak ke Tanjung Dawai ja. Dekat situ ada jugak disertakan pakej untuk keliling beberapa pulau dengan bayaran RM450.00 tak silap aku. Lupa dah baca haritu.


Menurut kata kakak ipar aku, Tanjung Dawai tu merupakan tempat jualan borong barang-barang kering. Macam ikan kering, sotong kering, ikan bilis & macam-macam lagi lah. Untuk mak cik-mak cik yang suka borong tu boleh lah p sana. Tapi aku macam teringin jugak nak explore apa yang ada dekat sana & nak ambil gambar sikit-sikit. Lain kali mungkin, hihi.

Ok dah, rasanya macam dah panjang sangat dah aku mengarang karangan aku hari ni. Maaf lah rasa macam nak taip tak nak stop ja walaupun aku taw takda orang yang nak baca sangat pun, huhu. Jumpa di entri yang lain ya!



Keep Reading»

Sambutan Hari Raya Di Sekolah

Assalamualaikum.

Dah lama tak sempat nak update blog sebab kekangan masa. Baru beberapa hari ja tak update blog, dah blur. Ok,  merapu!!. Dua minggu lepas sekolah aku adakan jamuan hari raya. Suasana sangat lah meriah. Pakai baju raya warna-warni. Yang lelaki pakai baju melayu. Ada lah dua tiga orang yang pakai baju santai. Memang happening lah jamuan kali ni. Ada karoke, ada macam-macam pertandingan.

Gambar? Eh tentulah ada dari awal jamuan sampai habis jamuan. Keja snap sana, snap sini, haha. Over pulak aku, hihi. Biar lah kan, bukan selalu. Tapi yang aku upload dekat sini sikit ja lah. Panjang pulak entry ni kalau semua gambar aku upload. Jom layan gambar dekat bawah.





Dengan ucapan Alhamdulillah, maka besurai lah semuanya, hihi. Eh nak belanja 1 gambar lagi. Tengok bawah, jangan marah haa.




Keep Reading»