Servis Cuci Rumah

KHIDMAT MEMBERSIH RUMAH.


Assalamualaikum semua.

Khidmat Membersih Rumah


Kepada ibu-ibu bekerjaya yang duduk area Batu Kurau & Kamunting, yang agak takda masa nak kemas rumah tu, ni ha ada perkhidmatan membersih rumah yang agak berbaloi ja persesi.

Perkhidmatan Membersih Rumah:

RM80 per 2 jam (2 orang pekerja)

Membersih rumah (ruang tamu, bilik tidur, tandas, dapur)

Mingguan (Sabtu & Ahad) / Cuti Am.

Jika ada sebarang pertanyaan sila whatsapp:

Sue : 01116474996

Done by female

Batu Kurau & Kamunting

Kami menyediakan perkhidmatan yang terbaik & memuaskan.





Keep Reading»

Aiskrim Malaysia Zahra Kembali!.

AISKRIM MALAYSIA ZAHRA.


Assalamualaikum semua.

Aiskrim Malaysia Zahra

Hari ni nak cerita pasal aiskrim Malaysia Zahra dah kembali!. Aiskrim Malaysia Zahra is back!. Tapi harga pun dah naik ya untuk tahun 2018 ni.

Aku dah start balik menjual aiskrim Malaysia ni & semestinya sebarang tempahan jugak aku terima. Dulu masa permulaan aku start menjual dari rumah ja. Sekarang ada kedai kawan-kawan aku yang mengambil tempahan aiskrim Malaysia untuk jual di kedai depa.

Aiskrim Malaysia Zahra

Kalau boleh aku memang nak perluaskan lagi jualan asikrim Malaysia aku ni. Stok masuk sehari 60 batang, dua hari habis lah. Inshaallah, plan untuk aiskrim ni, aku nak open order  untuk majlis, kenduri & lain-lain. Minimum order 50 ke atas, aku terima.

So, kalau ada sesiapa yang berminat nak tempah untuk majlis apa-apa, boleh lah contact saya ok. Nak berapa banyak, perisa apa, kita boleh bincang. Dijamin bersih, halal & sedap ya, hihi.

Aiskrim Malaysia Zahra

Perisa Aiskrim Malaysia Zahra
  • Sumi
  • Choki-Choki
  • Milo
  • Green Tea
  • Oreo
Untuk maklumat lanjut:
Whatsapp : 0165747917.

Keep Reading»

Sambutan Hari Lahir Mak.

SAMBUTAN HARI LAHIR.


Assalamualaikum semua.

Macam biasa, setiap tahun anak-anak Mak ni mesti plan sesuatu untuk sambutan hari lahir Mak. Kali ni kami raikan makan-makan ringan ja dekat rumah & kami belikan kek favourite Mak sebiji. Terima kasih Ateh Tina sebab sponsor sambutan hari lahir Mak tahun ni.

Isnin lepas balik ja dari kerja, aku dengan kakak aku terus ja p ambik kek yang kami dah tempah dari orang yang selalu aku tempah. Nanti aku share dengan hangpa na. Lepas tu terus ke Pasar Malam beli kan makanan yang nak dimakan untuk sambut hari lahir Mak ni. Kami beli ayam Uncle Bob jugak, sebab Mak kata teringin nak makan. Menu lain ada lah kami beli keropok lekor, apam balik, kacang rebus, & jagung rebus.

Kami anak beranak ja nak makan pun. Jum tengok gambar sekitar sambutan hari lahir Mak kali ni.

Sambutan Hari Lahir

Zahra dengan Sakinah dah excited, nak tunggu sepupu-sepupu depa yang lain datang lagi beberapa minit tu pun dah depa rasa macam lama sangat. Jenuh aku nak coolkan budak-budak ni. Kek favourite Tok Pah yang sedap & cantik. Tengok pun terliur dah. Marble kek ja. Sebab kek ni ja yang Tok Pah suka makan.

Sambutan Hari Lahir

Sambutan Hari Lahir

Sementara menunggu anak cucu Tok Pah yang lain sampai, selfie lah dulu ya hangpa, haha.

Sambutan Hari Lahir

Gambar makanan jangan dilupa!.

Setelah perut sabar menyanyi-nyanyi macam-macam lagu, semua dah ada, apa lagi serang lah makanan-makanan yang sedia ada, haha. Baru balik keja kan, memang dah lapar dah. Tengok makanan tu bernafsu ja nak makan.

Sambutan Hari Lahir

Lepas makan terus ke acara wajib!. Ramai-ramai menyanyikan lagu "Selamat Hari Lahir Tok" & potong kek.

Alhamdulillah. Diberikan rezeki & dipermudahkan urusan semua yang turut serta dalam sambutan hari lahir kali ni. Nampak Tok Pah seronok, anak cucu tumpang seronok sama.

Akhir kata dari anak cucu Tok Pah, Selamat Hari Lahir Tok tersayang, semoga sihat sentiasa, panjang umur & dimurahkan rezeki selalu. Sayang Tok Pah!!!.


Keep Reading»

Selamat Hari Lahir Mak!.

UCAPAN SELAMAT HARI LAHIR BUAT MAK.


Assalamualaikum semua.

Ucapan Selamat Hari Lahir


Alhamdulillah. Allah masih memberi kesempatan pada aku untuk terus bersama Mak. Selamat hari lahir Mak!. Semoga Mak sentiasa berada di dalam lingkungan redha & kasih Allah.

Sesungguhnya, Mak adalah Mak terbaik untuk aku & adik beradik. Menjadi sahabat, pendengar setia & penasihat terbaik buat kami semua. Tiada gantinya Mak dihati aku. Takda hadiah yang mahal, yang mampu aku belikan. Namun kasih sayang aku sepenuhnya buat Mak.

Aku sentiasa mendoakan kesejahteraan Mak. Dalam menjangkau usia 66 tahun, Mak lasih gagah melayan kerenah aku. Takda lelah untuk Mak keluhkan. Walaupun, hakikatnya memang terlalu penat bila bergelar seorang Mak. Terima kasih Mak atas dorongan & nasihat buat aku.

Mak wanita hebat dalam hati aku. Kasih Mak lebih hebat dari kasih aku. Semoga aku boleh menjadi sekuat Mak, setabah Mak & sejelita Mak. Terima kasih Mak!.

Keep Reading»

Resepi Popia Riben Viral

POPIA RIBEN VIRAL


Assalamualaikum semua.

Popia riben viral

Projek malam kelmarin bersama-sama anak saudara. Buat popia riben @ popia kipas. Habuan kudap-kudap depan tv.

Bahan-bahan untuk buat popia riben viral ni simple ja hangpa taw. Cuma proses dia tu lah agak renyah. Nasib baik lah ramai pembantu kan.

Ni aku selitkan sekali resepi popia riben:

RESEPI POPIA RIBEN VIRAL


Popia riben viral

Bahan-bahan membuat popia riben viral:

1. Sosej.
2. Kulit popia (saiz kecil).
3. Straw besar.

Popia riben viral

Cara-cara membuat popia riebn viral:

1. Hiris sosej, tak tebal & tak nipis sangat. Sederhana ja.

2. Ambil straw besar & tekap pada sosej untuk kita buat lubang.

3. Potong dua kulit popia & lipat macam kipas.

4. Ambil sosej yang dah kita buat lubang tadi & masukkan kulit popia yang telah dilipat. ( biar sama tengah)

5. Bentukkan seperti riben @ kipas.

Popia riben viral

Step terakhir, panaskan minyak & goreng popia tersebut sampai warna bertukar kekuningan. Toskan. Siap untuk dimakan. Nak lagi sedap cicah dengan sos cili.

Senang ja kan buat popia riben viral ni?. Selamat mencuba!



Keep Reading»

Zahra Dah 3 Tahun!.

ANAK DAH TIGA TAHUN.


Assalamualaikum semua.

Anak Dah Besar

Alhamdulillah, syukur Nur Zahra Aressa binti Muhammad Zulfitri dah 3 tahun 2 bulan. Sihat budaknya. Cerdik & banyak cakap!. 

Anak Dah Besar

Pengalaman 3 tahun membesarkan Zahra, wah mencabar sangat. Tapi Bonda & Babah happy sangat. Zahra lah pendamai saat Bonda & Babah berselisih faham. Baru Bonda nak merajuk, terus tergelak tengok teletah Zahra.

Elok Babah nak muncung sedepa lebih dari Bonda, terus tersenyum-senyum tak jadi merajuk dengan ragam awak Zahra, hihi.

Macam-macam pengalaman baru dengan Zahra. Menjelang nak masuk 3 tahun ni, haish hari-hari Bonda urut dada. Hari-hari jugak Bonda duk membebel. Ada ja yang nak dibebelkan, hihi. Sabar banyak-banyak lah ya.

Anak Dah Besar

Apa pun Zahra, Bonda & Babah akan terus mendoakan Zahra semoga  menjadi anak yang solehah, anak yang hebat dunia & akhirat. Hebat menjadi hamba Allah yang baik, bijak menilai ilmu, cemerlang dalam kerjaya & kehidupan. Semoga Zahra sentiasa merendah diri, hormat Bonda & Babah & orang yang lebih tua.

Terlalu indah kenangan bersama Zahra. Tak tergambar rasanya dengan kata-kata. Terima kasih Ya Allah untuk anugerah ini. Terima kasih Ya Alalh anak ini masih diberi nikmat kehidupanMu, semoga dengan umurnya kini, maka dia lebih bersedia menghadapi cabaran yang serba baru dalam kehidupannya.

Anak Bonda & Babah, Bonda & Babah sayang awak sangat!.

Keep Reading»

Selamat Bersekolah Tahun 2018.

HARI PERTAMA PERSEKOLAHAN.


Assalamualaikum semua. Hari ni dah start bersekolah kan?. Selamat bersekolah tahun 2018 semua anak-anak.

Hari Pertama Persekolahan

Hari ni merupakan hari pertama persekolahan bagi sesi 2018. Zahra tak start sekolah lagi tahun ni, hihi.

Hari ni hari kedua tahun 2018 tapi merupakan hari pertama persekolahan untuk anak-anak jejakan kaki balik ke sekolah setelah bercuti hampir sebulan.

Alhamdulillah, hari ni proses kembali ke sekolah berjalan lancar. Dipermudahkan Allah segala urusan untuk anak-anak semua kan?.

Selamat belajar di tahun 2018 untuk semua anak-anak SKSA & anak-anak sedara aku. Semoga terus maju jaya & berjaya dalam pelajaran. Semoga jadi insan berguna di kemudian hari, aamiin.

Keep Reading»

Azam Tahun Baru 2018.

AZAM TAHUN BARU 2018.


Assalamualaikum semua.

Azam tahun baru

Hai 2018, bye 2017. Apa azam hangpa untuk tahun 2018?. Tercapai tak lagi azam hangpa untuk tahun 2017?, hihi.

Aku sebenarnya tak berapa suka nak berazam-azam ni. Sebab memang kelaut ja. Tapi untuk tahun 2018 ni, aku adalah something yang aku nak & semoga tercapai pada tahun 2018 ni. Terutamanya untuk blog aku ni.

Aku kan full time kerja & part time blogger. So, adalah event yang aku tak dapat nak join & produk-produk review yang aku terpaksa tolak sebab bz dengan kerja. Tapi inshaallah tahun ni, aku akan cuba fokus half-half pada kerja & blog.

Apa lagi harapan & azam aku ya?

Ha, tahun ni, aku nak lebih dilimpahkan rezeki & lebih berjaya dalam dunia blogging ni.

Yang lain-lain azam tu biar aku simpan untuk aku ja lah ya. Risau kalau taip dekat sini, sekadar taip ja, haha.

Salam tahun baru 2018 & semoga tahun ni lebih baik dari sebelumnya, hihi.

Keep Reading»