Rindu Nak Menulis!

 Assalamualaikum semua.


Ya Allah, serious aku tak perasan yang dah dekat 2 tahun aku tak update blog ni. Dekat facebook dan instagram ada jugak aku update macam-macam. Aku ni sibuk hangpa taw tak. Macam-macam kerja aku nak buat weh. Penat!. Mana dengan kerja hakiki lagi, kerja rumah lagi, part time bisnes lagi. Ya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan aku dan dimewahkan rezeki aku, Aamiin.


Nak Menulis Blog


Sori lah taw kalau siapa yang jengah dekat blog aku ni tapi takda cerita baru, hihi. Sebenarnya rasa macam ada banyak benda aku nak cerita tapi rasa macam kekeringan idea disamping tiada kecukupan masa.


Apa pun, aku nak ucapkan terima kasih kalau ada yang masih sudi jenguk-jenguk blog aku ni. InsyaaAllah aku akan mencuba cari masa menulis di blog ni untuk tatapan hangpa. Jujur aku cakap, aku tabik lah dengan sesiapa yang selalu update entri baru setiap hari tu. Sebab tu lah depa berjaya dan terkenal dalam dunia blogger ni.


Sebenarnya, aku memang rasa rindu nak menulis ni. Hangpa doakan lah aku semoga istiqomah ya, huhu. Doakan urusan aku dipermudahkan. Pernah lah aku bertekad nak rajin-rajin jenguk blog ni sekurang-kurangnya seminggu sekali, tapi tu lah, kelaut, haha.


Ok lah hangpa. Nanti aku update cerita-cerita aku dekat sini na. Banyak ja benda aku nak cerita, cuma masa tu terlalu mencemburui aku, hihi. Ok hangpa, take care ya.


    



Keep Reading»

Selamat Hari Kita!

Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan.

Alhamdulillah, Allah izinkan perkahwinan ini masuk tahun kesembilan. Allah izinkan untuk kita terus bersama 👫.


Selamat Ulangtahun Perkahwinan


Saling menerima buruk baik kita, gembira meraikan kebahagiaan kita, masih mengenggam kemas jemari menanti apa lagi bakal mendatangi. Bersama, sampai tua, inshaaAllah.


Awak tak sempurna. Dalam banyak elok, banyak jugak cela awak. Tapi, layaklah kita bersatu. Kerana saya jugak tak sempurna, wahai suami. Dalam banyak elok, banyak jugak cela saya. Maka setara awak dan saya.


Semoga kita terus menerus dalam jagaanNya dan kembali bersatu di Syurga Allah, Papa, Mama, Zahra, aamiin 🤲🏻.


I love u, Ami ❤️. Selamat Hari Kita 🎈.


Keep Reading»

4 Tourist Places Recommendation in Kuala Lumpur That You Must Visit!

Places Recommendation in Kuala Lumpur That You Must Visit

The capital of Malaysia, Kuala Lumpur is a city that lives no matter day or night. Around this city there are only interesting things to do, it doesn't matter if it's free or paid, old or young, it's really hard to discover. There are also many hotel and accommodation options that you can try, including Sunway Clio Hotel and Geno Hotel which have complete facilities.


Places Recommendation in Kuala Lumpur That You Must Visit


There are so many interesting activities to do in this world-class city. From strenuous activities to relaxing activities, there are many things to do with the family. Here, we list 4 interesting places in Kuala Lumpur to visit. Don't waste any more time, let's explore this colorful city!.


1. 99 Wonderland Park


Located about 15 kilometers from downtown Kuala Lumpur, this 23-acre recreational park promises an interactive family vacation. The park has several types of wild animals, a petting zoo, and a place to take pictures! Here you can get to know some local and foreign wild animals. Local animals on display include Malayan tapir and sun bear. In addition, there are also deer farms, ostriches, bird parks, peacocks, crocodiles, and snakes. For those with small children, the 3.5-meter tall giant dinosaur sculpture will surely make them excited. The landscape here is also very beautiful with Magical Bridge, Broadwalk, 2 Colorful Water Fountains, Golden Waterfall, 12 zodiac Walkway, and Sky Fountain with Koi Fish. You are advised to come at night because the park will be filled with an abundance of beautiful LED lights.


Places Recommendation in Kuala Lumpur That You Must Visit


2. Telecom Museum


The Telecom Museum is a museum located in a building that once used to be a place where manual telephones were placed and the basement contained cables for communication equipment. Now, its function has changed to the Telekom Museum. Having reached the age of almost a century, this building built in 1928 has been gazetted as a historical landmark by the National Archives of Malaysia. This building is located at the intersection of Jalan Gereja and Jalan Raja Chulan, KL. In terms of its design, this classic building is influenced by the Greek architectural style. Not just having an interesting and antique design, this museum itself is really interesting to visit because here you can see the development of telecommunication technology that the world has gone through, from morse code to digital communication technology.


3. Taman Tugu


Feeling overwhelmed by tall buildings in the middle of the city?. No need to take yourself far from KL, you just need to set in a waze to go to Taman Tugu. Don't be surprised, the location of this green jungle is apparently still in the middle of the city of KL. The walking path is surrounded by the greenery of blooming trees. Complete with various facilities, along the walking space, there are many seats and hammocks for you to relax while closing your eyes and breathing fresh air. For those in wheelchairs, don't worry, you can use the special purple-painted path that is provided with full comfort. Regarding the facilities, this park is complete with a prayer hall and clean toilets. There is also plenty of space for picnics. If you come in the morning, you can have breakfast by buying food from the available food trucks.


4. Pavilion KL


Opened in 2007, Pavilion KL is a 1.37 million square foot complex that offers outdoor and indoor shopping experiences to visitors. Not just a shopping complex, Pavilion KL also houses an office block and two residential towers. With such a wide site, it is inevitable that there are countless shops to choose from, yes, not a few, but up to 450 shops!. One day is not enough to see everything. Want to entertain?. You also can do karaoke at Red Box or watch the latest movies at Golden Screen Cinemas.


Interested in exploring Kuala Lumpur?. Come on, explore every corner of Kuala Lumpur Malaysia with various accommodations from Traveloka. Don't miss interesting promos and discounts every day, especially for you!.





Keep Reading»

Memupuk Amalan Mencuci Tangan Yang Baik Dalam Kalangan Kanak-Kanak Dengan Kirei Kirei!

Assalamualaikum, hai semua. Hari ni aku nak kongsikan dengan hangpa dengan satu produk yang aku dah dapatkan untuk Zahra iaitu Sabun Tangan Anti Bakteria Kirei-Kirei. Ianya selamat untuk kanak-kanak taw hangpa. Sebagai ibu bapa, kita memang sentiasa nak jaga kebersihan dan penjagaan diri untuk anak kita kan. Apatah lagi sejak kebelakangan ni dah ada macam-macam virus yang muncul dan buat kita risau tentang kebersihan dan penjagaan diri anak-anak kita. Bila ada sabun tangan anti bakteria Kirei Kirei ni untuk kanak-kanak memang rasa lega dan tak risau nak bagi anak-anak guna.


Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria Selamat Untuk Kanak-Kanak

Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria Selamat Untuk Kanak-Kanak.

Dengan tujuan untuk memupuk amalan mencuci tangan yang baik dalam kalangan kanak-kanak, jenama pencuci tangan No. 1 Jepun, Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria ni telah menjalankan program mencuci tangan untuk murid-murid sekolah rendah di Lembah Klang sepanjang beberapa bulan yang lalu. Lebih 4,000 orang murid-murid mendapat manfaat daripada program ini dan produk bernilai RM50,000 telah disumbangkan kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kempen tersebut.


Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria Selamat Untuk Kanak-Kanak

Sejak dua tahun lalu, amalan mencuci tangan menjadi salah satu rutin harian yang paling ditekankan dalam kalangan masyarakat. Sejak itu, amalan ini telah dilihat sebagai kaedah yang berkesan dalam membantu mencegah penyebaran penyakit, yang biasanya disebarkan melalui kebersihan tangan yang kurang baik. Apabila keluarga kita sihat, kita tak perlu risau tentang ketinggalan waktu persekolahan, kerja atau aktiviti lain.


Mencuci tangan ialah cara yang mudah, menjimatkan dan berkesan untuk menghapuskan kuman, mencegah penyebaran kuman kepada orang lain dan mengelakkan penyakit. Ini amat berguna terutamanya untuk mencegah penyakit seperti penyakit Tangan, Kaki Dan Mulut (HFMD) dan Influenza, yang menyaksikan peningkatan kes di negara ini dalam tempoh beberapa bulan kebelakangan ini.


Walaupun ramai murid-murid mencuci tangan mereka dengan air, hanya sebilangan kecil yang benar-benar menggunakan sabun yang mampu membasmi kuman dengan lebih berkesan. Dengan itu, Kirei Kirei mencipta program yang menyeronokkan dan mendidik untuk memupuk amalan mencuci tangan dengan betul dalam kalangan murid-murid di Malaysia. 'Melentur Buluh Biarlah Dari Rebungnya'– pepatah ini menekankan kepentingan menerapkan nilai dan tabiat yang baik ketika seseorang itu masih muda. Melalui Program Sekolah Kirei Kirei 2022, lebih 4,000 murid-murid sekolah rendah telah dididik tentang kebersihan diri, dengan tumpuan khusus kepada kebersihan tangan.


Berikutan garis panduan yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kirei Kirei telah memulakan program di sekolah pada bulan Mac 2022 di sekolah swasta dan antarabangsa di sekitar Lembah Klang. Para pelajar mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti menarik, termasuk sesi bercerita tentang kuman dan kepentingan mencuci tangan. Mereka juga boleh membentuk dan menghiasi label pelekat botol Kirei Kirei mereka sendiri untuk dilekatkan pada botol bagi mempromosikan dan menggalakkan tabiat mengisi semula yang membantu mengurangkan sisa dan kebimbangan alam sekitar.


Kirei Kirei menjadikan amalan mencuci tangan lebih mudah dan menyeronokkan dengan video 7 langkah mencuci tangan sambil diiringi lagu 'Selamat Hari Lahir'. Video "sebelum dan selepas" yang memaparkan penggunaan cahaya UV turut dikongsi bersama pelajar. Video ini menunjukkan bahawa teknik mencuci tangan yang tidak betul boleh meninggalkan kuman dan bakteria yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar. Bagi memupuk amalan mencuci tangan yang betul, Kirei Kirei turut menyumbangkan produk Kirei Kirei Foaming Hand Wash bernilai RM53,000 kepada sekolah-sekolah yang terlibat dalam kempen ini. Produk-produk ini diletakkan di seluruh perkarangan sekolah, seperti kantin, tandas, singki, dan kawasan lain yang sesuai supaya pelajar dapat menjaga kebersihan tangan pada bila-bila masa. Poster dan pelekat cermin juga diletakkan di tempat yang strategik sebagai peringatan tentang tujuh langkah mencuci tangan.

Kazuo Mabuchi, Pengarah Urusan Southern Lion Sdn. Bhd., menekankan kepentingan memimpin melalui teladan. "Sebagai ibu bapa dan penjaga, sudah menjadi tanggungjawab kita untuk mengajar anak-anak kita ke arah tabiat kebersihan yang baik. Kanak-kanak belajar dengan cara meniru tingkah laku orang dewasa dalam kehidupan mereka, dengan mengajar mereka cara yang betul untuk mencuci tangan, ia lebih mudah untuk rutin ini diamalkan dan menjadi tabiat sihat sepanjang hayat. Misi kami di Southern Lion adalah untuk membawa kehidupan yang lebih bahagia, bersih dan sihat kepada semua rakyat Malaysia dengan memperkenalkan produk seperti Kirei Kirei. Dengan menghasilkan produk untuk menyokong kebersihan yang lebih baik, kami berharap untuk mengubah, menambah baik dan memberi kesan positif kepada kualiti hidup mereka". "Saya berharap Program Sekolah Kirei Kirei 2022 dapat memberi impak yang besar dan positif kepada generasi akan datang. Berdasarkan sambutan hebat daripada program tahun ini, kami akan terus mendekati lebih banyak sekolah dalam fasa seterusnya. Sasaran kami adalah untuk mengadakan lebih banyak sesi di sekolah-sekolah di Lembah Klang!", sambung Mabuchi.


Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria Selamat Untuk Kanak-Kanak

Kirei Kirei Memupuk Amalan Mencuci Tangan Yang Baik di Sekolah-Sekolah Rendah Sekitar Kawasan Lembah Klang


Sabun Pencuci Tangan Anti-bakteria Kirei Kirei yang selamat untuk kanak-kanak didatangkan dalam dua varian :


* Moisturizing Peach

* Nourishing Berries

Setiap varian boleh didapati dalam,

* Bentuk botol 250ml (RM12.50)

* Pek isi semula 200ml (RM8.50)


Hangpa boleh dapatkan produk Kirei Kirei ni di cawangan Don Don Donki, AEON, AEON Maxvalu, AEON Wellness, Jaya Grocer, Village Grocer dan Ben’s Independent Grocer yang terpilih. Selain tu, hangpa jugak boleh beli secara online di Lazada atau Shopee dengan penghantaran terus ke depan pintu rumah. Lagi senang kan, jimat masa dan tenaga. Untuk lebih info tentang Kirei Kirei, hangpa boleh ke Facebook dan website rasmi Kirei Kirei Malaysia taw.


Tentang Kirei Kirei

Kirei Kirei diperkenalkan buat pertama kalinya sebagai sabun pembersih tangan pada tahun 1997 di Jepun. Produk ini telah dihasilkan berikutan beberapa siri penularan keracunan makanan besar-besaran di Jepun, disebabkan oleh bakteria patogenik E. coli O157 menjadikannya isu sosial yang besar pada tahun 1996. Ini menyebabkan syarikat menjalankan misi sosial untuk memupuk "tabiat mencuci tangan" bagi melindungi kanak-kanak daripada bakteria dan virus, dengan mencipta sejenis produk yang dapat membantu mereka memupuk tabiat ini. Untuk memupuk tabiat mencuci tangan di kalangan kanak-kanak, seluruh keluarga perlu mengamalkan tabiat ini. Tabiat ini tidak boleh dipupuk melalui disiplin tegas dan paksaan, ia perlu dilakukan dengan perasaan gembira supaya kanak-kanak berasa seronok sewaktu mencuci tangan. Kami percaya amalan kerap mencuci tangan harus dijadikan tabiat yang boleh dinikmati bersama seisi keluarga dan ini merupakan konsep sabun pembersih tangan Kirei Kirei.


Kirei Kirei Sabun Tangan Anti Bakteria Selamat Untuk Kanak-Kanak


Selepas beberapa tahun Kirei Kirei diperkenalkan di Jepun, ia menjadi Sabun Pembersih Tangan No. 1 negara tersebut pada tahun 2000. Sabun ini menduduki kedudukan tersebut selama 21 tahun berturut-turut, dan masih lagi menjadi Sabun Pembersih Tangan No. 1 di Jepun pada tahun 2021.


Keep Reading»