Travel Ke 6 Tempat Menarik Di Belgium Eropah!.

Tempat Yang Wajib Dilawati Bila Ke Belgium, Eropah.

Assalamualaikum semua.

Allah, terasa lama tak menulis di sini, tapi aku gagahkan jugak jari-jemari ni, hihi. Aku buang semua rasa malas ni ke tepi demi nak kembali manfaatkan blog yang aku ada ni untuk berkongsi segala macam benda dengan hangpa. InshaaAllah.

Sebenarnya aku ada jugak berangan-angan nak bercuti ke luar negara, hihi. Alah, angan-angan tak perlukan bayaran kan hangpa. Mana taw satu hari boleh jadi kenyataan. Kita hanya mampu merancang ja, semuanya atas izin Allah. Aamiin.

Nak dijadikan cerita, kebetulan hari ni, aku ada terbaca tentang tempat-tempat menarik di Belgium, Eropah yang boleh kita kunjungi. Aku terasa nak kongsikan di sini dengan hangpa. Boleh aku dan hangpa jadikan rujukan kelak.

Belgium, Eropah.


Tempat Yang Wajib Dilawati Bila Ke Belgium, Eropah.

Untuk pengetahuan hangpa, Belgium adalah salah satu negara yang terletak di Eropah Barat dan sekaligus menjadikan Brussels sebagai ibu negaranya. Dengan keunikan bandar yang mempunyai gambaran seperti abad pertengahan ni, ia membuatkan negara ni dikunjungi oleh pelbagai pelancong dari luar negara yang tak putus-putus. Kekayaan dari segi sejarah dan senibina yang ada di negara ni telah menjadikan ia sebagai salah satu negara yang terkenal dikalangan kaki-kaki travel dari seluruh dunia. Negara ni jugak adalah satu entity yang amat penting di dalam sejarah di mana ianya menjadi lokasi bagi Perang Dunia Pertama.

Ha, tu lah serba sedikit sejarah mengenai Belgium. Hangpa ada tak rasa teringin nak ke Belgium?. Aku rasa bagi siapa yang ada bajet nak pergi melancong tu, hangpa kena p!. Sebab sekarang ni banyak taw airline yang tengah buat promo dan rugi kalau hangpa tak grab peluang ni weh!. Untung-untung hangpa book sekarang, perginya tahun depan. Sempat lagi nak saving kan!. Nak senang hangpa boleh guna Traveloka untuk membuat perbandingan bagi harga flight ticket. Tapi aku suggest Emirates Airlines Flight sebagai airlines yang hangpa boleh dapatkan untuk ke Belgium. Selain destinasi terbaik di Eropah, hangpa jugak boleh dapatkan cheap flights to Bali sebagai pilihan destinasi untuk bercuti di bahagian Asia. Ok, complete dah tips cuti untuk dua benua, gitchu!.

In case hangpa memang nak ke Belgium, aku nak share beberapa lokasi menarik yang menjadi tumpuan pengunjung dekat Belgium ni hasil dari pembacaan aku tadi. So that, hangpa boleh take note mana yang menjadi pilihan hati hangpa tu ok?. Meh baca dekat bawah ni.

Grand Palace, Brussels.


Tempat Yang Wajib Dilawati Bila Ke Belgium, Eropah.

Satu kawasan yang menggambarkan seni bina bangunan yang unik daripada abad ke-14 sehingga abad ke-17. Ia merupakan salah satu seni bina yang dikagumi bagi rakyat-rakyat di Belgium dan sekaligus diangkat sebagai tapak warisan dunia (UNESCO). Dengan keluasan 68x110 meter, di sekitarnya terdapat bangunan-bangunan tinggi dan disini jugak terletaknya Muzium Bandar Raya Brussel. Hangpa boleh datang sini dan bergambar sepuas-puasnya dengan berlatarbelakangkan bangunan-bangunan unik ni.

Atomium


Tempat Yang Wajib Dilawati Bila Ke Belgium, Eropah.

Ia merupakan salah satu monument yang sangat unik yang telah dibina pada tahun 1958. Dengan ketinggiannya yang mencecah 355 kaki, ia dibentuk secara bulatan-bulatan kecil yang disambungkan seperti bulatan atom. Monumen unik ni sering dijadikan kawasan untuk bergambar bagi pelancong-pelancong yang datang.

Bruges

Tempat Yang Wajib Dilawati Bila Ke Belgium, Eropah.

Bruges merupakan salah satu bandar yang mempunyai ciri-ciri bangunan daripada abad pertengahan. Di bandar Bruges ni jugak terdapatnya terusan yang dinamakan sebagai 'Venice of The North'. Di bandar Bruges ni hangpa boleh tengok istana-istana dan ciri-ciri rumah yang berkonsepkan sejarah Viking pada satu ketika dahulu. Banyak aktiviti yang hangpa boleh buat dekat sini antaranya berbasikal di sekeliling bandar, naik perahu untuk meneroka terusan di bandar Bruges ni, dan boleh menikmati coklat panas di kafe-kafe yang ada dekat sini.

The Battlefield of Flanders


Tempat Yang Wajib Dilawati Bila Ke Belgium, Eropah.

Kalau hangpa nak taw, ni adalah salah satu lokasi yang menjadi tumpuan pelancong di mana ia merupakan tempat peperangan semasa Perang Dunia Pertama. Kalau hangpa dah sampai dekat sini, hangpa dapat tengok lagi setting defense masa depa berperang satu ketika dulu. Ada parit-parit kecil tempat depa untuk berjalan dan menyorok. Banyak jugak kawasan tanah perkuburan dekat sini ianya bertujuan bagi memperingati pejuang-pejuang depa yang dah mati.

Menneken Pis


Tempat Yang Wajib Dilawati Bila Ke Belgium, Eropah.

Ha, yang ni yang best aku nak cerita ni. Dekat Belgium ni terkenal dengan satu patung kecil yang diperbuat daripada batu dan namanya ialah Menneken Pis. Di mana ia membawa maksud 'Budak Kecil Kencing'. So, apa yang menariknya pasal patung ni?. Padahal  patung budak kecil lelaki tu tengah kencing berdir, hihi. Antara cerita yang paling popular dekat sini ialah, "Masa peperangan yang berlaku pada abad ke-14 dulu, ada tentera asing yang cuba menyerang Brussel dengan meletupkan tembok kota ni dengan bom. Nak dijadikan cerita, budak tu mengintip perbualan depa dan terdengar rancangan jahat depa. Lalu budak tu telah membuang air kecil di fius bom tersebut dan menggagalkan plan depa untuk meletupkan tembok kota tersebut". Macam tu lah ceritanya. So, dekat sini di mana-mana kedai yang ada hangpa mesti jumpa dengan patung Menneken Pis ni.

Mini Europe


Tempat Yang Wajib Dilawati Bila Ke Belgium, Eropah.

Mini Europe ni terletak bersebelahan ja dengan Atomium dan kalau hangpa nak masuk, lebih baik beli tiket online sebab lebih murah. Apa yang ada dekat dalam Mini Europe ni ialah terdapatnya replika-replika atau seni bina bagi negara-negara di Eropah. Setiap replika tu jugak merupakan ikon bagi negara-negara tersebut. Antaranya Eiffel Tower sebagai ikon negara Perancis dan Kota Paris, Jam Besar sebagai ikon bagi Kota London, Windmill sebagai ikon kepada Belanda dan banyak lagi. Even Grand Palace pun ada jugak. Kalau hangpa ke sini, hangpa akan kagum sangat sebab bangunan yang besar di kecilkan dan sangat details.

Ok gais, ni lah dia lokasi-lokasi menarik yang hangpa boleh terjah dekat Belgium nanti yang dapat aku kongsikan. By the way, dekat Belgium ni terkenal dengan coklat taw. Katanya, hot chocolate dia popular dekat sini. Tapi hangpa kena hati-hati jugak, sebab tak semua coklat dekat sini halal. Sebelum nak beli atau order tu, hangpa tanya dulu yang jual tu beragama Islam atau pun tak. Jangan tanya halal ka tak, sebab tak semua faham. So, tanya Islam atau tak, lepas tu baru tanya coklat mana yang halal atau pun tak. Tu lah tambahan tips untuk hangpa.

Ok, sampai sini dulu taw. Selamat Bercuti bagi yang dah plan nak bercuti tu. Semoga bermanfaat entry ni untuk hangpa.




Keep Reading»

Bihun Segera Vit's Terbaik & Halal Di Malaysia

Vit's Bihun Segera Berusia 45 Tahun.


Assalamualaikum semua.

Vit's Bihun Segera Berusia 45 Tahun.

Ada peminat bihun segara tak dekat sini? . Mesti ada punya lah kan?. Hari ni aku nak kongsi dengan hangpa satu jenama bihun segera yang jenama dia mesti hangpa dah taw. Hangpa taw tak jenama Vits ni dah berusia 45 tahun, lama dah kan tu?. Aku pun takda lagi time tu, hihi.

Baru-baru ni, aku rasa teringin pulak nak mencuba bihun segera Vit's ni. Sebab aku ni boleh dikatakan antara peminat bihun segera jugak. Sedap lah weh bihun segera Vit's ni. Ada dua perisa, satu bihun Segera Vit's perisa Ketam dan satu lagi perisa Sayuran. Dua-dua pun sedap, cukup rasa supnya, bihun pun rebus 1 minit ja dah lembut sangat. Sebab tu lah namanya Bihun Segera Vit's, hihi.


Vit's Bihun Segera Berusia 45 Tahun.

Kalau hangpa nak buat versi instant pun mudah sangat, letakkan air panas, masukkan perencah, minyak dan cili. Dah siap!. Guna microwave pun boleh. Ikutlah citarasa masing-masing kan. Bihun Cawan Segera Vit's pun ada taw hangpa. Ha, yang cawan tu nak bawak p travel pun sennag kan. Hari ni aku nak kongsikan jugak dengan hangpa kisah Vit's menjadikan hangpa wanita Superwomen. Menarik kan?.

“Superwomen” Kini Lebih Senang Nak Uruskan Masa Dengan Vit's.


Vit's Bihun Segera Berusia 45 Tahun.

Wanita “Supermoden” zaman kini melambangkan seorang yang Multitasking, mampu bersaing dengan golongan lelaki dalam semua perkara, wanita sebagai seorang anak, seorang isteri, ibu yang penyayang, dan seorang pekerja yang berdedikasi. Seperti Pepatah Melayu ada mengatakan ‘tangan yang menghayun buaian juga mampu menggegarkan dunia. Sekarang, dah takda alasan lagi untuk wanita bekerja, dalam masa yang sama menjadi isteri dan ibu, bahkan bakal menjadi yang lebih hebat dari golongan lelaki.

Namun, untuk merealisasikan semua tugas tu, wanita perlukan bantuan untuk memastikan semua perkara dapat dilakukan dengan baik dan menepati masa. Dengan mempraktikkan tips pengurusan masa yang bijak, pemilihan makan dan bantuan kita sebenarnya mampu untuk bekerja dalam masa yang sama mampu menguruskan keluarga dengan lebih berdedikasi. Menjaga makanan saja tak cukup kerana perubatan semula jadi memerlukan pendekatan menyeluruh atau holistik yang membabitkan pembersihan badan, ketenangan minda dan rohani. Sama ada membawa faedah atau padah, jangan salahkan makanan kerana kuasa memilih ada di tangan kita dan kita yang bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan diri.

Pemilihan makanan Halal adalah sangat penting. Punca suatu makanan dan minuman tu ada berkaitan dengan sumbernya, cara pemprosesan, premis atau tempatnya. Jika ia berkaitan dengan haiwan, ia hendaklah disembelih mengikut ketentuan Syarak. Manakala haram suatu makanan dan minuman tu, bergantung kepada sumber dan bahannya, cara pemprosesannya dan keadaan premisnya. Misalnya makanan dan minuman yang diproses menggunakan dan mengandungi bahan-bahan haram seperti lemak atau daging babi, anjing dan haiwan lain yang tak disembelih mengikut syarak, darah, arak, najis, racun dan sebagainya.

Kita dituntut supaya mencari makanan yang halal. Mencari yang halal tu adalah wajib. Maknanya umat Islam disuruh mencari kalau ia makanan dan minuman carilah yang benar-benar halal lagi baik, bersih dan berkhasiat. Gaya hidup yang sibuk dipenuhi tugasan pejabat boleh menjadikan kita tak sempat untuk memasak. Belum lagi cerita bagi orang yang sememangnya pemalas sejak azali, hihi. Untungnya kita di zaman ni, jika kita lapar, hanya dengan beberapa sentuhan jari diperanti, makanan sedia dihantar didepan pintu termasuk jugak makanan segera yang mampu membantu wanita zaman kini untuk menjadi lebih efisyen dalam menjalankan tugas penting setiap hari.

Vit's Bihun Segera Berusia 45 Tahun.

Melihat kepentingan seorang wanita di zaman yang lebih moden ni, Vit’s telah menghasilkan dan mengeluarkan satu lagi produk makanan yang dapat membantu wanita moden di luar sana yang memerlukan bantuan dari segi masa tanpa menghiraukan faktor kesihatan dan halal. Vit’s Bihun Ketam dalam Sup Pedas telah mendapat sambutan hebat terutamanya kepada golongan wanita yang disebutkan di atas. Bihun Sup Ketam Pedas ni telah dapat membantu ramai wanita di luar sana serta dihasilkan tanpa gluten (sesuai untuk hindar dari alahan), tanpa pengawet serta diperbuat 100% dari beras.

Vit’s merupakan kilang mihun segera Malaysia yang berstatus Halal Jakim semenjak 12 tahun yang lepas dan berusia 45 tahun. Vit’s dah bertapak di Malaysia agak lama dan produknya mudah untuk di cari sehinggakan pada yang tiada masa jugak masih membeli melalui online platform seperti di Shopee, Lazada, Fave, Superbuy dan banyak lagi.

Vit’s jugak telah melancarkan kempen “Vit’s Kan Ada”. Jom tonton.


Untuk lebih info dan promosi tentang Vit's, hangpa boleh layari laman web yang aku berikan di bawah ni :

Website : www.vitsnoodles.com

Facebook: https://www.facebook.com/vitsnoodles/

Keep Reading»

SUMBANGAN KEMBALI KE SEKOLAH OLEH TOP KEPADA PELAJAR ORANG ASLI

SUMBANGAN KEMBALI KE SEKOLAH OLEH TOP KEPADA PELAJAR ORANG ASLI MENCATAT REKOD TIGA KALI GANDA SASARAN DANA.

Assalamualaikum, hai semua. Hari ni aku nak kongsikan dengan hangpa tentang Sumbangan Kembali ke Sekolah Oleh TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana bagi tahun 2020. Bagus kan ada sumbangan macam ni. Dapat jugak meringankan beban dan menceriakan anak-anak  yang memerlukan.

Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana

Sumbangan Kembali ke Sekolah oleh TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana.

Tahun persekolahan 2020 bagi 674 pelajar Orang Asli bermula dengan penuh semangat apabila mereka menerima keperluan kembali ke sekolah yang lengkap menerusi kempen 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP'.

Kempen TOP, jenama bahan pencuci inovatif dari Jepun yang memberi fokus kepada komuniti Orang Asli ini telah mencatat rekod dari segi jumlah penerima dan sumbangan yang eksentif. Sumbangan dari TOP ini  merangkumi pakaian seragam sekolah baru, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan, buku kerja, buku aktiviti, bekalan alat senu dan kraftangan serta alat muzik.

Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana

Selain dari tu, TOP juga telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKAO) untuk menghantar keperluan kembali ke sekolah kepada komuniti-komuniti Orang Asli yang menetap di kawasan pendalaman Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Dengan ini murid-murid dapat hadir ke sekolah dengan keperluan yang lengkap, jugak dapat meringankan kewangan keluarga mereka.

Kempen ini juga selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MEB) 2013-2025(1) yang memberi penekanan untuk menambah baik pencapaian murid Orang Asli dengan kerjasama pihak kerajaan swasta yang melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam usaha membantu mengubah sistem pendidikan.

Menurut kata Ketua Pengarah JAKAO, Prof Dr Juli Edo kempen ini banyak membantu ratusan keluarga Orang Asli juga memberi motivasi kepada kanak-kanak supaya terus belajar di sekolah.

"Dari sektor swasta, TOP telah memberi sumbangan kembali ke sekolah cukup besar kepada komuniti Orang Asli. Sumbangan ini memberikan nilai tambah kepada bantuan yang telah disediakan oleh JAKOA pada para pelajar Orang Asli. Kerjasama strategik di antara pihak kerajaan dan swasta dapat memberi semangat positif kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru" kata Prof Dr Juli Edo lagi.

Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana

Untuk info hangpa lagi TOP ni dah menjalanakan kempen ni selama lima tahun untuk memberi motivasi kepada pelajar daripada komuniti kurang berkemampuan dan isi rumah B40 supaya mereka boleh mencapai kecemerlangan serta boleh meningkatkan keyakinan diri dan harga diri. Selain mendidik mereka supaya menjaga pakaian agar dapat tampil bersih dan selesa. Setakat ni, seramai 2,474 orang pelajar telah menerima manfaat ni taw hangpa. Bagus kan ada kempen macam ni.

Selain tu TOP yang terkenal dengan cucian Micro Clean Tech™ ni dengan rangkaian Anti Sebum dibangunkan oleh Lion Corporation Japan yang mampu menanggalkan sisa kotoran nyata dan tersembunyi untuk kehidupan yang bersih.

TOP jugak telah bekerjasama dengan peruncit utama, TESCO untuk menjalankan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember 2019. Tiga puluh sen daripada jualan produk terpilih TOP dari semua cawangan TESCO di seluruh negara dan Tesco Online telah disalurkan ke tabung kempen 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP'.

Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li menyatakan bahawa tindak balas orang ramai kepada kempen ini sangat memberangsangkan dengan kutipan hampir tiga kali ganda daripada yang dijangkakan. Ini membuktikan sokongan kepada masa depan kanak-kanak Orang Asli yang lebih cerah.

Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana

"Menerusi kempen ini, memang jelas TOP dan pelanggan kami prihatin kepada kesejahteraan kanak-kanak Orang Asli dan mahu menyokong komuniti ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama daripada JAKOA, Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, tok batin, rakan niaga kami TESCO dan semua pelanggan. Bersama-sama kita memberi masa depan yang lebih cerah kepada 674 orang kanak-kanak Orang Asli ini", kata Cik Ling.

Pasukan TOP menyerahkan keperluan kembali ke sekolah di Pos Tenau, juga adakan bengkel mencuci pakaian bagi berkongsi tip-tip membersih dan mengekalkan kebersihan pakaian seragam mereka dengan baik. Setiap keluarga yang hadir juga menerima satu pek bahan pencuci TOP Super White Micro Clean Tech untuk digunakan di rumah. Kanak-kanak pula mengalu-alukan kedatangan pasukan TOP dengan nyanyian lagu-lagu dalam bahasa Semai.

"Kanak-kanak di Pos Tenau memang kreatif, berbakat dan bersemangat berdikari. Kegembiraan mereka menerima keperluan kembali ke sekolah ini menukar majlis penyerahan kepada satu sambutan. Kebolehan mereka termasuklah kanak-kanak yang masih kecil, untuk mencuci pakaian seragam dengan tangan, patut dicontohi ramai. Mereka nyata membawa tagline Belum Bersih sehingga Dimikro Bersih dengan sepenuh hati" kata Cik Ling lagi.

Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana

Selain tu, Tok Batin Tenau di Perak, Yok Komlok A/L Sentor memberitahu komunitinya sangat bersyukur di atas bantuan dan motivasi kepada murid-murid sekolah.

"Kebanyakan keluarga mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah dan kos keperluan kembali ke sekolah sememangnya sangat tinggi. Namun, kami juga mahu anak-anak menerima pendidikan dan gembira untuk pergi ke sekolah. Apabila kami mendapat tahu bahawa komuniti Pos Tenau telah terpilih untuk kempen ini, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru sangat gembira. Terima kasih kepada kempen 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP!" katanya lagi.

Selain tu Tok Batin Ayof bin Eka dari Kampung Parot Gong yang jugak seorang guru di SK Putra, Simpang Durian mengakui bahawa sumbangan ni cukup komprehensif, menyeluruh dan sangat dialu-alukan oleh komunitinya.

"Seramai 110 orang kanak-kanak dari perkampungan di kawasan ini menerima pakaian seragam sekolah baru, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan dan buku kerja. Ada juga bekalan alatan senu dan kraf serta sebuah ukulele. Ibu bapa dalam komuniti kami tidak perlu lagi membeli sebarang kelengkapan sekolah. TOP dan rakyat Malaysia telah menunjukkan mereka mengambil berat ke atas kanak-kanak Orang Asli," katanya lagi.

Di bawah ni aku sertakan senarai penerima sekolah Orang Asli, lokasi dan jumlah pelajar:

No.
Sekolah
Bilangan Pelajar Orang Asli

  1.  
SK Pos Musoh, Perak
70

  1.  
SK Pos Lemoi, Pahang
84

  1.  
SK Pos Bersih, Perak
147

  1.  
SK Putra, Negeri Sembilan
110

  1.  
SK Pos Tenau, Perak
79

  1.  
SK Sg Mas, Pahang
79

  1.  
SK Sg Mok, Pahang
105
Jumlah
674

Untuk maklumat lanjut tentang program TOP  ni, hangpa boleh dapatkan di :


No Tel - 1-800-88-0133

Keep Reading»

Ulangtahun Kelahiran Arwah Mak

Selamat Ulangtahun Kelahiran Mak


Assalamualaikum semua.


Terlewat lagi aku mencoretkan ucapan ulangtahun kelahiran buat arwah Mak kali ni. Sibuk sungguh aku kan?, hihi.

Hangpa taw, kalau Mak masih ada, tanggal 15 haribulan Januari hari tu adalah yang ke 68 tahun usianya. Tapi ianya takkan dirai lagi, namun akan sentiasa diingati.

Takda dah rutin biasa aku, sorok- sorok beli cake, beli hadiah buat ratu hatiku yang kini telah pergi. Yang jumlahnya takda satu pun mampu balas segala baktinya.

Selamat Ulangtahun Kelahiran yang ke-68 Mak. Nak peluk tak boleh, Acik doakan Mak ja ok? 😘.

Love you Mak! ❤️. Ringdu.

AL-FATIHAH
LATIPAH BINTI BAHAROM
150152-28122018

Keep Reading»