Review KITA Col'la Dari KITA Beauties

KITA Col'la Dari KITA Beauties, Campuran Minuman Botani

Assalamualaikum semua.

Memandangkan aku tengah free sekarang ni, aku ada nak review satu produk minuman kecantikan ni yang patut hangpa dapatkan  bagi yang nak tampil cantik berseri. Cewah, ayat tu bukan main lagi kan. Ok, sebenarnya aku ada dapat satu produk ni untuk direview & ianya adalah satu produk minuman kecantikan. Sebut ja pasal kecantikan ni semua orang pun excited kan, siapa ja tak nak cantik, betul tak?.

KITA Col'la Dari KITA Beauties, Campuran Minuman Botani

Hangpa pernah dengar tak pasal produk KITA Beauties ni?. Aku pun sebenarnya sebelum ni tak pernah dengar lagi pasal produk KITA Beauties ni. Masa nak review produk ni, baru aku taw yang KITA Beauties akan melancarkan produk depa Oktober ni exclusive for Guardian. Bila dah masuk farmasi ni, aku lagi lah jatuh cinta dengan KITA Beauties ni. Selain senang nak dapatkannya, kualiti produk ni jugak terjamin kan?. Tu yang buatkan aku lagi bersemangat nak review produk ni untuk hangpa semua, hihi.

KITA Col'la Dari KITA Beauties, Campuran Minuman Botani

Ni lah dia produk minuman kecantikan KITA Beauties tu. Nice kan packaging dia.

Ok, ni aku nak tanya hangpa ni, hangpa kalau nak beli apa-apa produk kecantikan, apa yang hangpa akan tengok dulu?. Kalau aku kan, first sekali aku akan tengok ingredients produk tu dulu. Aku akan pastikan bahan-bahan yang ada dalam produk tu, bermanfaat untuk aku. Macam bila aku dapat KITA Beauties ni hari tu, aku tengok dulu ingredients dia. Ingredients dia semua best weh!. Fungsi setiap ingredients KITA Beauties ni memang buat aku rasa jatuh cinta dengan produk ni, gitu!.

KITA Col'la Dari KITA Beauties, Campuran Minuman Botani

Ok, main ingredients untuk produk KITA Col'la ni ada empat yang mana terdiri daripada Pomegranate, Collagen Peptide, Asthaxantin & Omega 3 Sunflower Seed. Antara keempat-empat bahan ni, yang paling aku suka ialah Pomegranate iaitu buah delima. Kotak produk ni jugak dilengkapi dengan arahan cara membancuh & cara pengambilan.

Jom aku terangkan apa kelebihan keempat-empat main ingredients KITA Col'la ni:

Pomegranate - Meningkatkan kesihatan kulit.

Collagen Peptide - Anti penuaan yang terbaik.

Omega 3 Sunflower Seed - Biji matahari yang berkhasiat.

Asthaxanthin - Untuk mengurangkan kedutan & meningkatkan tahap kelembapan kulit.

KITA Col'la Dari KITA Beauties, Campuran Minuman Botani

Sedap ok hangpa rasa dia, serious!. Tak macam minuman botani yang lain, yang ni memang aku boleh telan, hihi. Dan yang penting, lepas aku dah try dua tiga sachet ni, aku rasa kulit aku macam dah lembap sikit. Kalau tak, aku ni jenis kulit kering taw hangpa. Setakat ni tu ja hasil yang mampu aku kongsikan, sebab masih terlalu awal kan aku consume KITA Col'la ni.

Untuk pengetahuan hangpa jugak, KITA Beauties ni didatangkan dengan pelbagai jenis produk minuman kecantikan antaranya ialah:

  • KITA Col'la : Pomegranate (anti aging)
  • KITA Ber'ies : Mix Beries (anti oxidant)
  • KITA Pu'th : Orange (brightening & farier skin)
  • KITA Blok'it : Lemon (powefull fat blocking(
  • KITA Fib're : Avocado (suitable for those with constipation problem)
  • KITA Ku'ros : Coco (helps you lose weight)K
  • KITA Mo'hair : Apple (hair vitamin)I
  • KITA Push Up : Strawberry (natural breat enlargement)

Menarik kan?. Dah tu banyak pilihan lagi, sesuai dengan setiap masalah yang hangpa hadapi. So, hangpa jangan lupa untuk dapatkan produk KITA Beauties ni di semua Guardian seluruh Malaysia & jangan lepaskan peluang untuk merasai nikmat kecantikan bersama KITA Beauties!.

"Make your skin & body happy"

👉 KITA Beauties

Jemput tengok video aku ni hangpa. Tekan link dekat atas tu ok. First time buat video review produk ni. Maaflah kalau nampak macam tak pro, aku ni newbies lagi bab-bab video. Tapi bersemangat nak kongsikan dengan hangpa semua tentang produk KITA Beauties ni, hihi.

Untuk maklumat lebih lanjut:


Facebook : KITA Beauties

Instagram : @kita_beauties

Keep Reading»

Anak Dara Kesayangan Bonda

Assalamualaikum semua.

Hari ni aku nak cerita pasal anak dara kesayangan aku ni. Hihi, sebab dah lama tak tulis blog & dah lama tak tulis pasal anak dara aku ni.

Anak Perempuan Bonda

Ni anak dara kesayangan aku ni si Zahra. Paling manja & paling mengada.

Dia cakap nama dia Zahara, sebelum ni dia pelat kan, haha. Tapi sekarang mulut dia kalau bercerita macam orang tua. Sekarang dia dah 5 tahun  ( bulan 11 ni cukup 5 tahun ) & next year masuk 6 tahun dah dekat Prasekolah.

Anak Perempuan Bonda

Zahra ni kalau bab bergaya bagi dekat dia lah hangpa oi. Dah lah suka berangan depan cermin, haha. Suka duk berdandan rambut, nak pakai cekak lah, clip rambut lah. Nak pakai baju apa semua dia yang pilih, over taw!.

Anak Perempuan Bonda

Ni memang buah hati pengarang jantung aku taw hangpa. Dia kuat menyakat. Akal tu panjang ja kalau dekat umah. Kalau aku panggil suka buat tak taw. Lepas tu bila cakap, Zahra tak sayang Bonda lagi hari ni kan?. Dia rasa dia nak sayang dia datang lah dekat aku. Kalau dia taknak, dia akan jerit "Taknak", sambil gelak & lari tinggalkan aku macam tu ja, hihi.

Tapi apa pun dia lah segala-galanya bagi aku. Bila nak tidur malam tu dia akan tidur dengan aku, nak aku teman dia tidur, peluk dia. Peluk tu sebab dia takut aku tinggal dia, haha. Tu yang buat aku rasa terharu tu. I love u so much anak!.



Keep Reading»

Kelas Renang Untuk Kanak-Kanak & Muslimah

Kelas Renang Di Swimrush Swimming  Academy


Assalamualaikum semua.

Selamat Malam hangpa!. Hangpa dah tidur ka?. Tidur apa awal-awal wei, esok kan hari minggu, hihi. Hangpa, aku nak tanya ni. Hangpa kalau hujung-hujung minggu kan, apa aktiviti hangpa buat dengan anak-anak hangpa?. P beriadah?, p taman permainan ka bagi anak p tuisyen?.

Macam aku kan, bila hujung minggu kadang-kadang aku bawak anak aku p jalan-jalan. Ya lah nak luangkan masa bersama. Sebab masa cuti lah yang ada untuk berikan perhatian lebih sikit pada anak. Masa hari bekerja ni, terhad sikit lah masanya kan.

Tapi baru-baru ni kan aku ada belikan anak aku kolam renang, so boleh lah cuti esok ni aku lawan berenang dengan dia dalam kolam tu, haha. Aku ni pun bukannya taw berenang hangpa, berenang dalam air cetek tu lepas lah. Teringin jugak nak belajar berenang ni, tapi dekat belah Taiping ni setahu aku takda lagi kelas renang. Tidak boleh aku join kan. Yang ada kelas renang ni pun jauh sangat, tapi bagi sesiapa yang duduk area KL nun, boleh lah join.

Hangpa berminat tak nak taw pasal kelas renang tu?. Meh aku nak share.

Kelas Renang Di Swimrush Swimming  Academy


Swimrush Swimming Academy Menawarkan Kelas Renang Untuk Kanak-Kanak & Muslimah


Swimrush Swimming Academy Menawarkan Kelas Renang Untuk Kanak-Kanak & Muslimah

Hangpa yang duduk area Batu Caves, Bangsar, Cheras & Shah Alam, hangpa boleh lah join kelas renang 'Basic Water Safety : Swim Fearless" by team Swimrush Swimming Academy ni pada setiap hujung minggu. Tapi bagi yang tak dapat nak sertai kelas ni pada hujung minggu, hangpa jangan risau sebab bukan hanya pada hujung minggu ja kelas ni diadakan, hari bekerja pun ada & kelas ni diadakan selepas pada waktu bekerja. Awesome kan?.

Untuk pengetahuan hangpa lagi, antara perkhidmatan yang disediakan oleh Swimrush Swimming Academy ni ialah perkhidmatan mengajar kelas renang untuk kanak-kanak & dewasa khususnya muslimah.

Depa jugak ada menawarkan kelas persendirian (private) & jugak menyediakan servis lifeguard. Pilihan belajar secara persendirian iaitu Home To Home Basis dimana jurulatih renang akan datang ke rumah hangpa. Yang bestnya hangpa, takda caj pengangkutan akan dikenakan ok!.

Bermula dari kanak-kanak seawal umur 5 tahun dah boleh join kelas ni. Kalau dekat kan, confirm aku masukkan Zahra dalam kelas renang ni dah. Di Swimrush ni jugak, bukan sekadar teknik asas renang ja yang diajar tapi silibis di Swimrush ni jugak menekankan kemahiran water survival & confidence program.

Selain tu, bagi yang tak taw macam mana nak menyelam dalam air, hangpa boleh belajar diving sedalam 1.2-1.8 meter. Sesuai untuk hangpa yang berminat nak belajar diving.

Swimrush Specialities


Swimrush Specialities

  • Hanya jurulatih wanita yang mengajar untuk kelas wanita.
  • Memberi penekanan tentang anti-drown. Jurulatih di Swimrush adalah lifeguard, jadi akan ada sesi Water Survival Techniques & meningkatkan Water Confidence.
  • Mengajar teknik asas : Breastroke, Freestyle, Backstroke & Butterfly.
  • Unik : Menyediakan Men Swimming Class secara eksklusif di cawangan Batu Caves.
  • Berpengalaman mengajar pelajar yang ada masalah "waterphobic".
  • Menyediakan kelas ganti.
  • PERCUMA Swimming Cap.
  • Turning from Zero to Hero Swimmer.

Cawangan Swimrush Swimming Academy

Cawangan Swimrush Swimming Academy

🌼 Batu Caves : Kompleks Seri Siantan - Available kids, ladies & men swimming class.

🌼 Bangsar : Jalan Turi Bukit Bandaraya - Private Pool - Kids swimming class.

🌼 Cheras : Kompleks Sukan Desa Tasik - Available for ladies & kids swimming class.

🌼 Shah Alam Seksyen 14 : Private Pool - Only ladies swimming class.

Untuk maklumat lebih lanjut & bagi pendaftaran kelas, hangpa boleh hubungi :

Call / Whatsapp : 

0133654711 Aisha @ 0175732807 Hazman






Keep Reading»

Bisnes Kad Simple & Cantik Dari BG Design

Tempah Dan Design Kad Murah Dari BG Design


Assalamualaikum semua. Selamat Hari Raya Eidul Adha, Maaf Zahir & Batin. Hangpa p mana raya-raya ni wei?. Aku tak kemana pun, dekat rumah ja. Malam ni terajin pulak nak update blog ni, hihi.

Tempah Dan Design Kad Murah Dari BG Design

Aku ni kan hangpa sebenarnya dah lama teringin nak tempah bisnes kad ni. Walaupun sebagai blogger yang suam-suan kuku ja kan, bagi aku bisnes kad ni penting sebenarnya. Bukan apa, kekadang join event tu, depa ada jugak ajak bertukar-tukar kad, kalau takda kad macam mana kan, huhu.

Aku pun mencari lah servis design bisnes kad yang murah. Nak jadikan cerita, aku memang kenal dengan owner BG Design ni, sebab dia pun blogger jugak. Tapi kenal melalui alam maya ja lah, tak pernah besrsua muka pun. Bila dah taw ada kawan yang buat bisnes kad ni, terus aku usha & tanya harga dekat dia.

Kad Bisnes Bertemakan Blog Sendiri


Kalau hangpa nak taw, BG Design ni menawarkan pelbagai servis percetakan dengan harga yang sangat berpatutan. Yang bestnya, hangpa boleh request nak design macam mana mengikut kesukaan & citarasa hangpa sendiri tapi dikenakan caj lah untuk design yang baru. Murah ja, mampu milik harganya. Macam aku ni, aku memang serahkan bab design ni pada BG Design untuk buatkan. Cuma aku request, design kad aku ni dibuat bertemakan template blog aku. Aku bagitaw aku nak simple ja & background colournya putih.

Takpa kalau hangpa takda idea atau tak taw nak desigm macam mana, BG Design ni boleh designkan istimewa untuk hangpa. Design dia memang eksklusif & fresh!.

Tempah Dan Design Kad Murah Dari BG Design

Tempah Dan Design Kad Murah Dari BG Design

Ni ha hasilnya, hangpa tengok lah sendiri. Apa macam, nice tak hangpa?. Bab Material kad ni aku tak berapa nak arif sangat. Cumanya permukaan kad aku ni, aku pilih yang glossy. Kertas glossy ni permukaannya licin, so tak mudah rosak kalau kena air.

Hangpa yang mana berkenan dengan kad aku ni & rasa nak tempah macam ni jugak, aku memang recomendkan BG Design ni. Sebab, harga depa memang sangat berpatutan & servis tip top hangpa!. Pantas!.

Pelbagai Produk Percetakan Daripada BG Design

Bisnes Kad Simple & Cantik Dari BG Design


BG Design ni bukan ja menawarkan khidmat mencetak & mendesign bisnes kad, ada banyak lagi produk percetakan yang ditawarkan oleh BG Design, antaranya ialah mencetak & mendesign banner, flyers, logo, kad kahwin, sampul duit raya & kalendar. Manalah taw kud hangpa perlukan khidmat yang tersebut, boleh lah cari BG Design.

Untuk maklumat lanjut, hangpa boleh hubungi BG Design di:

Laman Web : BG Design Resources




Keep Reading»

Antioxidant Serum|Sanny & Joleen Lifestyle

Serum Berasaskan Bahan Organik

Assalamualaikum semua.

Hai hangpa, selamat malam!. Malam ni aku nak sharekan dengan hangpa semua mengenai Antioxidant Serum. Zaman sekarang ni kan, macam-macam produk serum yang ada dekat pasaran kan, tapi zaman sekarang jugak kita lebih mementingkan produk yang mengandungi bahan-bahan organik, betul tak?. Aku sendiri pun, kalau nak beli serum ka apa, aku lebih mementingkan bahan-bahan organik yang terkandung dalam produk tu.

Serum Berasaskan Bahan Organik

So, hangpa pernah dengar tak pasal Antioxidant Serum ni?. Aku rasa tak ramai yang taw kan?. Takpa, meh sini aku nak cerita sikit sebanyak pasal Antioxidant Serum ni.

Antioxidant Serum ni adalah produk buatan Malaysia oleh Sanny & Joleen Lifestyle. Misi Sanny & Joleen Lifestyle ni adalah untuk menghasilkan produk-produk yang ringkas & jugak premium kepada penggunanya tanpa bahan-bahan kimia yang merbahaya serta dengan harga yang berpatutan.

Kandungan Antioxidant Serum

Kandungan Antioxidant Serum

Bahan-bahan utama yang terkandung dalam Antioxidant Serum ni ialah Tocotrienol (Vitamin E), Panthenol (Pro-Vitamin B5), Niacinamide (Vitamin B3), Calendula & Olive Oil. Serum ni tak mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya serta takda wangian sintetik, perwarna tambahan & alkohol.

Keistimewaan Antioxidant Serum


Keistimewaan Antioxidant Serum

Apakah keistimewaan Antioxidant Serum ni berbanding dengan serum-serum yang ada dekat luar sana?. Antioxidant Serum ni istimewa sebab ia mengandungi 'Tocotrienol'. Apa tu Tocotrienol?. Tocotrienol ni adalah premium Vitamin E yang mengandungi 40-60 kali ganda antioxidant berbanding dengan Vitamin E alpha-tocopherol yang biasa digunakan produk-produk lain. Tocotrienol ni telah terbukti dalam kajian!. Hangpa semua boleh try p search dekat Google. Selain tu, Antioxidant Serum ni diformulasikan tanpa minyak & sejuk.

Antioxidant Serum ni mampu mencerahkan & menyihatkan kulit serta menghidrat kulit. Serum ni boleh hangpa pakaikan di kulit muka & jugak badan. Ianya tak berminyak & cepat meresap ke dalam kulit. Hangpa boleh gunakan dua kali sehari, selepas mencuci muka atau badan. Waktu yang disarankan untuk hangpa pakai serum ni ialah pada waktu siang & jugak malam.

Hangpa boleh dapatkan serum ni di mana-mana farmasi berdekatan hangpa. Senarai farmasi hangpa boleh tengok  di sannyjoleen.com

Untuk maklumat lanjut, hangpa boleh terus ke:

Fb : Sanny & Joleen


Keep Reading»

Brown Sugar Boba Fresh Milk|Monday Brew Cafe

Brown Sugar Boba Fresh Milk Viral

Assalamualaikum hangpa.

Brown Sugar Boba Fresh Milk Viral

Bulan lepas aku berkesempatan merasa Brown Sugar Boba Fresh Milk yang tengah duk viral sekarang tu dekat Monday Brew Cafe ni. Padahal aku rasa Monday Brew Cafe ni dah lama bertapak dekat Taiping ni. Tapi sebelum ni takda pulak aku berminat nak bertandang je sini, hihi.

Brown Sugar Boba Fresh Milk Viral

Dekat sini signaturenya memang Brown Sugar Boba Fresh Milk lah. Signature ni rupanya banyak tempat lain yang jual. Tapi ni memang first time aku nak rasa air boba ni. Orang ramai jugak dekat cafe ni tapi still masih dalam kawalan, takda nak kena tunggu lama pun. Tak sempat nak order lagi memang depa dah suggest dekat aku Brown Sugar Boba Fresh Milk ni dengan harga RM10.90. Harga ok kan, tapi sedap ka?.

Sedap Tak Brown Sugar Boba Fresh Milk Monday Brew Cafe ni?

Brown Sugar Boba Fresh Milk Viral

Fresh milk ni kalau kita minum dia saja, memang sedap lah kan. Tapi bila dah ada tambahan brown sugar ni, rasanya mungkin lain sikit kan. Than, bila aku rasa, sedap weh!. Boba dia pun ok tak terlalu manis @ pahit. So, balance semuanya dari segi rada & tahap kemanisan. banyak jugak boba dia letak dalam tu.

Untuk rate, mungkin 3/5 macam tu, hihi. Ni pendapat peribadi aku lah mengikut tekak aku. Hangpa boleh p cuba sendiri taw. Pasal isu Halal tu, terpulang pada hangpa lah. Selagi hangpa yakin, hangpa minum. Kalau ada rasa was-was tu, jangan minum ok.



Keep Reading»

Beautea by Safi Keluaran Terbaru Dari Safi Malaysia

Assalamualaikum semua.

Terima kasih pada yang masih sudi datang singgah ke blog aku.

Ni aku nak tanya hangpa ni, hangpa selalu minum teh kan?, tapi hangpa taw tak yang teh ni jugak banyak kelebihannya untuk bagi kulit kita sihat & cantik. Dalam teh ni ada ciri-ciri anti-oksidan, anti-penuaan & anti-radang yang dapat membantu menjaga kulit kita agar sihat & berseri. Teh mengandungi kafien & kaya dengan catechins & polyphenols, dua antioksidan yang dikenali untuk melawan jerawat & penuaan. Hari ni aku nak kenalkan hangpa dengan rangkaian produk terbaru keluaran Safi Malaysia yang berasaskan teh iaitu Beautea by Safi.

Beautea by Safi Produk Keluaran Terbaru Safi Malaysia

Beautea by Safi Produk Keluaran Terbaru Safi Malaysia

Beautea by Safi ni ada 4 jenis iaitu:

1.White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser.
2.Black Tea & Black Orchid Detoxifying Cleanser.
3.Apricot Tea Revitalising Face Scrub.
4.Green Tea & Neem Anti-Acne Gel Cleanser

Hangpa taw tak apa kelebihan produk ni?. Kelebihan produk keluaran Safi Malaysia kali ni berbanding yang sebelum ni adalah produk Beautea by Safi ni diasaskan daripada ekstrak teh premium yang terpilih & menyegarkan serta gabungan bahan semulajadi bagi menyahkan kesan negatif pada muka kerana pencemaran, tekanan & produk kosmetik yang mampu breakdownkan kulit wajah kita. Dalam Beautea by Safi ni jugak ada anti PM 2.5.


Produk Beautea by Safi ni jugak dah diuji secara dermatologi yang mana ianya Alcohol Free, Paraben Free, SLS/SLES Free & Silicon Free.

Review Produk Beautea by Safi

Daripada 4 pilihan produk Beautea by Safi dekat atas tu, aku dah mencuba 2 daripadanya iaitu Apricot Tea Revitalising Face Scrub dan White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser.

Beautea by Safi - White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser

Beautea by Safi - White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser

White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser ni best sebab ia merupakan gel pembersih yang lembut & bebas sabun serta mampu membersihkan liang yang tersumbat & mengeluarkan kekotoran. Rumusan yang ada dekat dalam gel pembersih ni kaya dengan antioksidan bagi mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat & mengurangkan saiz liang-liang roma kita. Paling best sebab dia wangi!.

Beautea by Safi - Apricot Tea Revitalising Face Scrub

Beautea by Safi - Apricot Tea Revitalising Face Scrub

Bestnya dapat scrub muka kan, hihi. Scrub ni pun best jugak sebab ia membersihkan liang pori & membuang lapisan kulit mati tanpa mengeringkan kulit. Ia dirumus dengan ekstrak apricot & white tea yang kaya dengan antioksidan & membantu memulihkan tekstur kulit licin untuk kulit yang lebih cerah & berseri.


So, aku padankan dua-dua ni bagi mendapatkan kesan yang lebih baik untuk kulit muka aku. Setakat ni aku serasi ja dengan produk keluaran Safi ni. Nak guna pun yakin produk Safi ni sebab berstatus Halal & jugak bebas dari bahan kimia berbahaya. Hangpa pun jom lah try produk terbaru Safi, Beautea by Safi ni. Produk yang mampu milik dengan kualiti premium.

Lepas aku pakai produk Beautea by Safi ni kan, aku rasa kulit muka aku tak terlalu kering & rasa fresh. Tapi takda lah terlalu ketara, mungkin sebab baru lagi guna kan. So kita bagi masa sikit untuk dia sebati dengan kulit muka.

Dekat Mana Nak Dapatkan Produk Beautea by Safi?

Dekat Mana Nak Dapatkan Produk Beautea by Safi?

Hangpa boleh dapatkan di Watsons secara online atau boleh ja walk in ke Watsons yang berhampiran. Untuk pembelian online, klik http://bit.ly/2JTltHO







Keep Reading»