Bukit Merah Laketown Resort Here I Come

Assalamualaikum semua.

Bukit Merah Laketown Resort Perak

Hangpa pernah p Bukit Merah Laketown Resort tak?. Bagi yang pernah, best kan?. Entri aku kali ni, aku nak share sikit dengan hangpa yang tak pernah p tu.

Untuk pengetahuan hangpa, Bukit Merah ni terletak di Semanggol, Perak. Dekat ja dengan rumah aku, lebih kurang 40 minit macam tu. Tapi kan kalau jenis kaki travel ni, dia tak kira dekat ka jauh, mesti dia nak terjah jugak kan. Hangpa kalau datang sini, experience dia, aku jamin mesti tak merugikan. Bukit Merah Laketown Resort ni berbintang 3. Nanti dah sampai sana, hangpa cuba cari bintang tu ya, haha. Apa tunggu lagi hangpa, pack bag hangpa, isi petrol sampai penuh, reload touch & go & jom kita travel!.

Pagi-pagi ni dekat sana, memang best taw. Sebab kita dapat hirup udara yang segar & nyaman. Ya lah kan, macam hangpa yang tinggal di bandar tu, asyik duk sedut asap kenderaan & lori yang tak servis, asap kilang yang hitam tu, so dekat sini dapat lah hangpa hirup udara yang fresh. Sekaligus dapat bersihkan paru-paru hangpa tu. Ha, ada macam gaya doctor tak aku?, hihi. Bukan apa hangpa, bila kita hirup udara segar, minda kita pun terjaga.

Bukit Merah Laketown Resort Perak

Dekat dalam resort ni ada taman tema taw hangpa. Waktu operasi dia ialah pada pukul 10.00 pagi. Kalau hangpa p sini sampai lebih awal dari tu, hangpa jalan-jalan  dulu dalam resort tu sementara tunggu taman tema tu bukak kan.

Bukit Merah Laketown Resort Perak

Bukit Merah Laketown Resort Perak

Bukit Merah Laketown Resort ni menjadi tarikan utama sebab taman tema tu lah. Ianya sesuai untuk setiap generasi tak kira budak-budak, orang dewasa & jugak warga emas. Harga yang ditawarkan pun sangat berbaloi dengan bermacam aktiviti yang hangpa boleh buat dalam taman tema tu. Ada boomerang, beachfront wave pool, water speed slide, body slide, giant tune rides, lazy rudes & macam-macam lagi lah. Kalau hangpa rasa stamina hangpa kuat, hangpa boleh lah cuba semua. Aku hari tu p pun tak dapat nak cuba semua aktiviti. Ramai yang cakap puas hati sebab kualiti air not bad, tambahan pulak kebersihan persekitaran pun terjaga. So, hangpa jangan risau dengan penyakit yang banyak pada masa sekarang ni kan.

Bukit Merah Laketown Resort Perak

Dekat sini jugak hangpa boleh jalan-jalan dekat Eco Park. Eco Park ni terletak di bahagian persisiran Tasik Bukit Merah & ramai cakap tempat ni sangat indah & menarik. Memang tempat destinasi pelancongan lah. Yang menariknya lagi ialah hangpa kena berjalan untuk mendapat ilmu & mengenali lebih dari 60 spesis burung tempatan & eksotik, macam-macam spesis reptilia, rama-rama yang berwarna-warni yang pasti akan membuatkan hangpa selfie tak berhenti, haha. Sambil ambil gambar, sambil menikmati kehijauan hutan hujan dari 400 meter pelantar laluan & berjalan sepanjang denai alam semula jadi.

Selain tu, bila hangpa dah sampai dekat Bukit Merah Laketown Resort ni, banyak tempat menarik yang boleh hangpa lawati berdekatan dengan resort ni. Contohnya macam, Zoo Taiping & Night Safari, Muzium Taiping, Taman Tasik Taiping & banyak lagi lah tempat yang menarik yang hangpa boleh kunjungi. Orang cakap dah alang-alang kan, boleh lah singgah terus.

Tu sebab lah aku nak suggestkan dekat hangpa supaya plan elok-elok. Kalau nak p bercuti, biar betul-betul serba lengkap, sebab takut tak sempat nak melawat kali kedua dah ke sini, so kali pertama tu biar lah dapat semua pengalaman kan?.

Sebelum nak p tu, aku nak nasihatkan hangpa supaya survey & cari dulu information secukup rasa. Baru lah tak terasa kekok bila sampai dekat situ. Tapi orang cakap lagi best, kalau kita main redah ja. Nak dapatkan feel kejutan yang tak disangka tu, haha. Tu memang style backpackers kan?. So, its up to hangpa lah kan nak buat macam mana. Tapi yang aku betul-betul suggestkan ialah untuk hangpa book Bukit Merah Laketown Resort online di Traveloka. Memang mudah hangpa & silap-silap hangpa dapat offer yang murah & berbaloi.

Bukit Merah Laketown Resort Perak

Bukit Merah Laketown Resort Perak

So, apa tunggu lagi?. Buka fon hangpa, buka Traveloka, & book resort. Kalau boleh kan, hangpa ambik yang atas air punya. Minta cuti dengan boss or lecturer kalau hangpa student lagi. Jangan lupa minta izin Mak Ayah. Tak pun bawak ja depa sekali. Jangan lupa bawak baju mandi, isi minyak & reload touch & go taw, hihi. Dah tu, pack baju hangpa & jom!!!.

Keep Reading»

Mobile Apps Cannis Dengan Fungsi 7 Dalam 1

Assalamualaikum semua.

Sekarang kan banyak aplikasi e-dagang di pasaran yang bersaing secara sihat malah turut memberikan kita pengguna pelbagai pilihan untuk membeli belah dia mana-mana platform & aplikasi yang diinginkan.

App Mobile Cannis

Cannis merupakan aplikasi yang menggabungkan e-dagang, membeli belah atas talian, penyiaran secara lansung & blockchain yang meliputi asas harian macam makanan, minuman, hiburan, pakaian malah merangsang model perniagaan & memacu gelombang baru APP.

Ong Tee Keat berkata, pertumbuhan pesat pengguna media sosial China, kadar penembusan telah meningkat dengan ketara, & kebangkitan blockchain telah membatalkan industri semasa & operasi sosial. Blockchain, kebijaksanaan & internet adalah anatara tiga teknologi teratas yang China perlu perkukuhkan.

"Cannis adalah platform merintis perancangan program, teknologi produk, promosi operasi & visualisasi data. Ia mempunyai hampir 100 jurutera profesional & pasukannya mempunyai keupayaan penyelidikan & pembangunan yang kuat".


App Mobile Cannis

Sejak Mac tahun ni, Cannis telah memperolehi syarikat-syarikat teknologi berturut-turut termasuk internet, permainan dalam talian, peranti mudah alih, & perkongsian data yang besar, & pada masa yang sama, ia telah menjadi rakan kongsi google, & meningkatkan kebolehbacaan APP Cannis, & keselamatan sistem.

"Cannis APP menggabungkan tujuh fungsi paling popular peranti mudah alih, termasuk siaran lansung dalam talian, e-dagang lansung, permainan dalam talian, video pendek, social media, belanja diskaun & pembayaran digital. Ia akan mengumpul lebih daripada sepuluh ribu pengguna dalam masa 24 jam".


App Mobile Cannis

Tudia hangpa, seronok lah kan siapa yang kaki shopping tu. Boleh shopping macam-macam dekat Cannis ni.

Aplikasi Cannis ni, hangpa boleh download di Google Play Store. Tapi buat masa ni, belum lagi terdapat di Apple Playstore. Walau bagaimana pun, hangpa masih boleh install melalui http://api.ickapy.com/download/index.html ikuti arahan yang diberikan.

"You think it, we build it".

Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Website : www.cannis.app

Instagram : www.instagram.com/CannisApp

Facebook : ww.facebook.com/CannisApp




Keep Reading»

Penghantaran Bunga Secara Online Dengan Flower Chimp

Penghantaran Bunga Secara Online.

Assalamualaikum semua.

Siapa dekat sini suka bunga?. Best kan kalau tiba-tiba dapat suprise jambangan bunga, nak pulak dari orang tersayang. Best sangat!!!.

Siapa yang tak suka suprise kan. Tak kisah lah untuk occasion apa pun, tapi bila dapat suprise tu kan, kita akan rasa dihargai sangat.

Penghantaran Bunga Secara Online

Flower Chimp.

Kalau hangpa nak cari bunga yang segar kan, aku nak suggest dekat hangpa Flower Chimp ni. Hangpa cuba masuk ke website dia, gerenti rambang mata wei!!!  Ada macam-macam pilihan bunga & yang pasti semuanya cantik & berpatutan dengan harga.

Flower Chimp ni jugak ada menawarkan pelbagai package mengikut kategori, contohnya untuk birthday, new baby, get well & banyak lagi lah. Senang ja hangpa pilih yang mana nak dalam ni & semuanya serendah RM89 ja. Murah kan?.

Penghantaran Bunga Secara Online

Penghantaran Bunga Secara Online

Selain tu, yang menariknya di Flower Chimp ni, depa ada menawarkan perkhidmatan ke seluruh negeri termasuk Sabah & Sarawak. Menarik kan?. Boleh lah hangpa nak hantar ke mana ja di seluruh Malaysia dengan hujung jari ja, hihi.

Penghantaran Percuma.

Penghantaran Bunga Secara Online


Di Flower Chimp ni, hangpa boleh nikmati penghantaran secara percuma ke seluruh negeri tanpa pembelian minimum. Free delivery hangpa, bestnya!. Depa jugak menawarkan perkhidmatan penghantaran pada hari yang sama dengan tempahan sebelum jam 1 petang. Mudah lah kan nak buat suprise lepas ni, in case kita terlupa nak plan dari awal.

Di Sebalik Tabir Flower Chimp.

Penghantaran Bunga Secara Online


Kalau hangpa nak taw, dua jejaka ni ialah tulang belakang Flower Chimp. Depa ni adalah merupakan dua usahawan Jerman yang dah lama bertapak ke Asia Tenggara.

Maximilan Lotz merupakan CEO Flower Chimp & beliau lah yang bertanggungjawab menguruskan pasaran Flower Chimp ni. Beliau bersama rakan kongsi yang jugak COO Niklas Frassa berhasrat meningkatkan lagi insfrastuktur bagi memudahkan pelanggan yang menggunakan perkhidmatan depa.

Depa jugak yakin dengan kuasa 'online marketing' & impak dari 'social media' , depa mampu berkembang lebih jauh.

Ha, apa tunggu lagi hangpa. Untuk maklumat lanjut, sila layari:

Flower Chimp Malaysia

Website: https://flowerchimp.com

Facebook: www.facebook.com/FlowerChimpMy

Instagram: @flowerchimp




Keep Reading»

Cheese Tart Yang Sedap!

Assalamualaikum semua.


Aku selalu beli cheesetart ni dekat sini taw Sweetlala Homemade. Kira macam pelanggan setia dah ha. Kalau rasa teringin ka atau ada event apa-apa mesti terus order dekat sini.

Ni last aku order minggu lepas. Hadiah untuk hari pertunangan anak saudara aku. Masa mesej K.Dila tu dia kata ok boleh buat, alhamdulillah ada rezeki aku. K.Dila suruh ambik Jumaat petang tu. Tapi kalau petang mesti tak sempat punya. Aku habis kerja pukul 5.00 petang, K.Dila tutup kedai pukul 6.00 petang. Dari tempat kerja aku nak kesana tu lebih kurang 45 minit lah jugak.

So aku tanya K.Dila boleh tak aku p ambik time rehat Jumaat tu. Jumaat kan rehat lama. Dia kata boleh ja, lega aku. Elok aku sampai sana, elok siap. Alhamdulillah.

Hangpa taw tak, air tangan K.Dila ni, masa first bite cheesetart ni kan memang sedap!. Sebelum ni aku dah pernah try cheesetart ni, kek chocolate moist, congo bar, kek berhantu & macam-macam lagi lah.

Nah aku share link facebook & instagram K.Dila ya:

Facebook : Adila Sweetlala

Instagram : adilasweetlala

Do check if u like to taste it ya !!!.



Keep Reading»

Selamat Bertunang Amira & Pasangan.

Assalamualaikum semua.

Syukur alhamdulillah, Sabtu lepas 4 Ogos 2018, seorang anak saudara aku telah melangkah selangkah lagi ke alam percintaan dua sejoli, wah gitu!!!. Anak saudara aku dah bertunang dengan pilihan hatinya, orang sini-sini jugak.

Selamat Bertunang Anak Saudara

Dah beberapa tahun depa mengenali hati budi masing-masing, akhirnya depa sepakat nak meneruskan hubungan depa selangkah  kehadapan lagi. Tahniah aku ucapkan buat depa. Selamat Bertunang Amira & pasangan.

Selamat Bertunang Anak Saudara

Selamat Bertunang Anak Saudara

Semoga depa kuat untuk menempuh hari-hari mendatang. Pelbagai dugaan & cabaran dah diharungi, aku doakan agar depa dipertemukan dalam rahmat & kasih sayang Allah. Semoga diberi kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan sebab dekat depan sana banyak lagi ranjau yang nak kena depa tempuh. Aku doakan agar hubungan depa akan terus kekal sampai ke akhir hayat.

Keep Reading»

Cerita Pampers & Susu Botol

Assalamualaikum semua.


Akan tiba satu masa, pasti kita sebagai Ibu akan mencari jalan macam mana nak memisahkan anak-anak dari terus minum susu dengan botol & jugak memakai pampers.

Kisah aku memisahkan pampers buat anak aku Zahra, boleh aku katakan ianya cukup mudah. Sebab sebelum usia 3 tahun, anak aku dah tak pakai pampers lagi. 

Alhamdulillah, Zahra sendiri yang mintak tak nak pakai pampers. Sepanjang tak pakai pampers ni, pernah lah Zahra 'tercicir' 2 ke 3 kali macam tu. Lepas tu, dia ok dah.

Gigih lah aku mengajar supaya anak aku cepat pandai menggunakan tandas. Takda sistem tandas tiruan buat anak aku. Terus ja ke tandas biasa. Alhamdulillah, belah malam pun Zahra tak pernah kencing tilam. Kalau dia nak ke tandas pun, dia akan kejutkan aku.

Tapi bila bercakap soal nak ceraikan botol, aku tewas!!!, haha. Zahra dulu tak lama menyusu badan. Aku tengah tunggu masa nak ajar Zahra minum susu dengan cawan. Tapi bila diajar terus minum dri cawan, cara minum anak pun jauh berbeza. Dia akan minum seteguk-dua berbanding kalau dalam botol tu, sekali lalu ja habis dah satu botol.

So, aku biarkan dulu Zahra minum susu botol. Nak tengok nanti dah sekolah dia malu tak nak minum susu botol lagi, hihi. Kadang-kadang rasa kesian bila nak menceraikan botol buat anak, padahalnya tu semua hanya proses biasa.

Keep Reading»

Safi Balqis OxyWhite Untuk Kulit Cerah & Berseri

Assalamualaikum semua.

Nak memiliki kulit wajah yang sihat berseri & cerah sempurna ni memang menjadi idaman setiap wanita kan?. Betul tak hangpa?. Jangan tak nak mengaku lah ya, hihi. Aku pun secara jujurnya kan, nak jugak kulit wajah yang licin & cerah. tapi dalam masa yang sama nak kulit yang sihat. Kalau boleh tak nak lah wajah ni dicemari dengan bahan yang berbahaya yang boleh memudaratkan keadaan kulit wajah kita kan.

Produk terbaru keluaran safi

Siapa tak kenal dengan jenama halal no 1 tempatan ni iaitu SAFI?. Safi telah memperkenalkan formulasi terbaharu dalam rangkaian penjagaan kulit Safi Balqis yang diperkaya dengan fomulasi oxywhite  iaitu gabungan nano oxygen & nano biowhite agar kulit wajah tampil lebih sihat & cerah sempurna. Keluaran baharu dalam dunia kecantikan Safi ni dikenali sebagai Safi Balqis OxyWhite.

Produk terbaru keluaran safi

Formulasi baharu Safi Balqis OxyWhite ni hadir dalam rona bungkusan serta reka bentuk produk yang menarik untuk memudahkan ianya di bawa kemana sahaja. Kombinasi warna biru laut & hijau daun yang bersifat nature menaikkan jiwa wanita agar tampil segar & berseri digunakan pada pembungkusan rangkaian Safi Balqis OxyWhite bagi kulit wajah normal.

Produk terbaru keluaran safi

Aku suka dengan krim pelembab OxyWhite ni sebab ianya tak melekit, sejuk & wangi ja kulit muka kita lepas pakai.

Produk ni hangpa boleh dapati di seluruh Malaysia termasuk pasaraya & pasaraya hiper utama. Selain tu, untuk maklumat lanjut mengenai produk jenama Safi ni, hangpa boleh layari laman :





Keep Reading»

Petua Turunkan Suhu Panas Jika Anak Demam

PETUA TURUNKAN SUHU PANAS ANAK DEMAM.


Petua tradisional


Apa nak buat kalau anak kita kerap demam malam?. Semua Ibu Ayah pun akan berhadapan dengan gejala ni & akan rasa resah ja kan. Selalunya siang hari anak cukup aktif namun tiba-tiba demam di malam hari. Selalunya Ibu Ayah mula lah tak lena tidur malam sebab anak demam malam ni kebiasaannya kuat meragam!.

Apa Itu Demam?.


Demam sebenarnya merupakan reaksi tubuh kepada jangkitan virus atau bakteria. Bahagian dalam otak yang disebut hypothalamus berfungsi mengawal suhu badan. Hypothalamus akan bertindak meningkatkan suhu badan sebagai cara melawan jangkitan.

Oleh itu, suhu badan yang meningkat akan menyebabkan organisma asing yang masuk ke badan tidak boleh bertahan sekaligus menjadikan anak kita demam.

Apa pun bukan semua demam memerlukan ubat. Kalau anak kita masih aktif, makan & minum susu, takda apa yang perlu kita risaukan. Inshaallah. Dalam masa tiga ke lima hari demamnya akan kebah.

Anak demam malam jugak tak akan mengancam nyawa kecuali darjah kepanasannya sangat tinggi. Pada waktu tu lah anak yang demam malam ni mungkin  beralih kepada masalah kesihatan yang lebih serious.

Cara Meredakan Demam Malam.


Pastikan Anak Betul-Betul Demam.

Suhu badan manusia berubah-ubah mengikut waktu & keadaan badan. Oleh itu, dapatkan lah termometer bagi menyukat suhu anak-anak. Termometer yang digalakkan ialah termometer digital, kerana lebih selamat digunakan berbanding termometer kaca merkuri, kerana ketepatannya sedikit berkurangan. Suhu badan biasanya adalah diantara 36-37.4 darjah celcius. Ketahui tahap demam anak kita berpandukan suhu berikut:

  • Demam ringan : 37.5-38.4 darjah celcius
  • Demam biasa : 38.4-39.9 darjah celcius
  • Demam tinggi : 40.0-41.4 darjah celcius

Lakukan Kaedah 'Spoging'.

'Spoging' atau menjelumkan kepala anak kita merupakan salah satu alternatif untuk menurunkan suhu anak demam malam. 

Cara untuk melakukan 'spoging' ini adalah:

Sediakan air suam dalam besin & 3 helai tuala kecil.

  • Rendamkan tuala & perahkan airnya.
  • Kemudian, lapkan air suam pada kepala anak perlahan-lahan menggunakan tuala pertama & biarkan.
  • Lapkan air suam pada kedua-dua ketiak anak menggunakan tuala kedua & biarkan di celah ketiak.
  • Akhir sekali, lapkan air suam pada paha & celah paha menggunakan tuala ketiga serta biarkan seketika.
  • Ulangi cara tersebut & lakukan selama 30 minit.

Berikan Anak Ubat Demam Mengikut Dos &Waktu Yang Ditetapkan.

Kalau dos pertama diberi pada jam 6 pagi, berikan dos seterusnya pada jam 12 tengahari, 6 petang & jangan lupa berikan dos yang terakhir diantara jam 11-12 tengah malam. Kalau kita dapat mematuhi waktu ni, anak demam malam boleh tidur dengan selesa & suhu malamnya tak terlalu tinggi.


Galakkan Anak Minum Air Dengan Banyak.

Kebiasaannya anak demam malam akan mengalami suhu yang tinggi pada sebelah malam. Oleh itu, letakkan lah sebotol air dekat tepi katil anak-anak & segelas cawan. Jika anak-anak boleh memahami, bagitaw depa supaya menghabiskan segelas air dalam masa 1 jam contohnya. Minta lah dia minum sikit-sikit, tapi kerap.

Kalau anak masih kecil, kita sebagai ibu ayah harus lah rajin memberikan anak minum sikit-sikit tapi kerap. Contohnya setiap 10-15 minit. Suapkan 2-3 sudu air kepadanya. Alternatif lain adalah kita boleh masakkan makanan yang mempunyai kandungan air yang banyak macam sup ayam, bubur & lain-lain.

Pakaikan Anak Dengan Pakaian Nipis.

Ibu Ayah digalakkan memakaikan anak kita dengan baju yang nipis supaya haba boleh kel;uar terutamanya anak demam malam. Pakaian yang tebal akan meningkatkan suhu badan anak-anak. Kain kapas sangat digalakkan kerana ia dapat menyerap peluh dengan baik & anak kita jugak akan lebih selesa.

Petua Tradisional Menuruinkan Suhu Anak Demam.


Daun Bunga Raya

Ambilkan beberapa helai daun bunga raya & ramaskan daun tersebut sehingga hancur & keluar lendirnya, kemudian sapukan pada kepala & ubun-ubun anak kita. Ulang beberapa kali sehingga demam anak kita kebah.

Kepala Muda

Kita boleh jugak cuba berikan anak kita minum air kelapa muda dua kali sehari. Sekiranya demam anak kita berpanjangan & masih tak nak kebah biarpun dah beberapa kali makan ubat. Inshaallah suhu badan panas tu akan mulai turun.

Sirih Pinang

Sediakan beberapa helai daun sireh & sebiji buah pinang. Lalu tumbukkan kesemua bahan tu sehingga hancur & lumat & campurkan dengan sedikit air suam. Sapukan pada kepala anak kita yang demam. Lakukan tiga kali sehari sehingga demam anak reda.

Info Penting

Sekiranya anak kita mempunyai tanda-tanda di bawah ni, ia bermakna anak kita memerlukan rawatan serious daripada doktor.

  • Kelenjar leher bengkak.
  • Mata merah.
  • Tak fokus.
  • Ruam.
  • Muntah.
  • Pening kepala.
  • Menangis & merengek.
  • Sensetif pada cahaya.
  • Tak boleh bergerak disebabkan badan sakit.
Sekiranya suhu anak demam malam masih tinggi dalam 2-3 hari, bawa lah berjumpa dengan doktor bagi memastikan si manja kita tak menghidap penyakit berbahaya sepeti demam denggi atau meningitis iaitu radang pada otak.





Keep Reading»