Tawaran Sale 11.11 PG Mall

Assalamualaikum semua.


Hari ni aku nak kongsikan dengan hangpa sempena Sale 11.11 di PG Mall. Ha, kita orang perempuan ni selalunya suka sangat lah dengar sale-sale ni kan. Dengan situasi sekarang ni, yang mana kes covid meningkat saban hari dan ada jugak kawasan yang dikenakan PKPD, so kita kena lah sentiasa berjaga-jaga dan menghadkan pergerakan di luar macam nak bershopping ni kan?. Tapi kita masih lagi boleh shopping secara online, betul tak?, haha. Sebab tu lah aku nak ajak hangpa tengok apa yang menarik tentang sempena Sale 11.11 di PG Mall ni.


Sale 11.11 Di PG Mall.


Mesti hangpa teruja kan nak taw apa yang istimewa tentang Sale 11.11 di PG Mall ni. Sabar dulu hangpa!, Bagi aku cerita sikit tentang PG Mall ni dekat hangpa.


PG Mall ni kalau hangpa nak taw ia adalah sebuah platform e-dagang pertama di Malaysia. PG Mall ni dah lama ditubuhkan sejak tahun 2017 lagi dan sampai sekarang PG Mall ni dah mempunyai lebih dari 1 juta pengguna. Selain tu, PG Mall ni telah disenaraikan sebagai Top 3 Platform atas talian yang paling banyak orang lawati di Malaysia oleh iPriceinsight. Hebat kan?. Top 3 tu hangpa, bukan senang nak sampai tahap tu kan!.


Tawaran Sale 11.11 PG  Mall


Untuk makluman hangpa jugak, salah satu tujuan PG Mall ni diwujudkan adalah untuk memperkenalkan dan seterusnya melebarkan  sayap industri tempatan dan kraftangan  Malaysia ke mata dunia. So, ni lah peluang yang terbaik untuk semua usahawan tempatan bagi mempromosikan produk depa ke pasaran luar, selain dari pasaran tempatan. Bagus kan?.


Tawaran Sale 11.11 Di PG Mall.


Ok lah, tak nak membebel panjang-panjang lagi. Jom aku kongsikan apa yang ada dalam Tawaran Sempena Sale 11.11 di PG Mall yang bermula pada 11 November 2020 nanti. Dengan berbelanja minima RM11, hangpa akan dapat potongan sebanyak 11% dan kos penghantaran percuma terhad pada RM4 taw!. Hangpa boleh gunakan diskaun kod ni ya : 1111.


Tawaran Sale 11.11 PG  Mall

Tawaran Sale 11.11 Di PG Mall.


Tawaran Sale 11.11 PG  Mall


Selain tu, Kempen Beli Barangan Malaysia ada jugak taw sempena Sale 11.11 di PG Mall ni. Kempen ni bermula  dari Julai hingga Disember 2020. Dengan berbelanja minimum RM50 hangpa akan dapat diskaun sebanyak RM20 (Coupoun Code : KBBM20) dan berbelanja minimum RM100, hangpa akan dapat diskaun sebanyak RM30 (Coupoun Code : KBBM30). Best tak best?.


Tawaran sale 11.11 PG Mall
Tawaran Sale 11.11 PG Mall
Tawaran sale 11.11 PG Mall
Tawaran Sale 11.11 PG Mall


Untuk Kempen Beli Barangan Malaysia ni, kuponnya hangpa hanya boleh gunakan di kedai yang terpilih ja macam  Gold Choice, Mizu, Hoe Hup Processing Sdn. Bh., Hexa, Hasani Book, Eco Breeze, Coop Health and Beauty, Old Town White Coffee, WangZheng Care dan 888 Official Store. Punya lah banyak  tawaran menarik hangpa, memang harus grab lah kan. Jom kita support #BarangBaikBarangkita !. Hangpa boleh layari website ni untuk lebih mudah https://pgmall.my/proudly-local-campaign.


Tawaran Sale 11.11 Di PG Mall.


Tawaran Sale 11.11 PG  Mall


Seterusnya untuk Sale 11.11 ni ada jugak PG Mall Payweek Bonanza yang bermula dari 25 Oktober 2020 hingga 5 November 2020. Payweek Bonanza ni merupakan pemacu pengambilan peniaga khas. Hangpa boleh mendaftar sebagai dealer dengan pembelian pembayaran penuh sebanyak RM3000 dan dengan menggunakan Code : KBBMND ni hangpa akan dapat lagi extra diskaun 1.5%. Selain tu hangpa jugak boleh mendaftar sebagai dealer yang utama dengan pembelian pembayaran penuh sebanyak RM5000 dan dengan menggunakan Code : KBBMPD ni hangpa aakan dapat jugak extra diskaun 2%. Hangpa jugak boleh dapatkan pembelian wealth card RM200.


Tawaran Sale 11.11 Di PG Mall


Tawaran sale 11.11 PG Mall


  • From 25 Oktober - 5 November 2020
  • Coupon Code : KBBM30 RM30  OFF, Min Spend RM100
  • RM235 per gram
  • Free Shipping
  • https://pgmall.my/TaiFook


Tawaran Sale 11.11 Di PG Mall.


Tawaran Sale 11.11 PG Mall

  • 24k Gold Plated Swarovski Dinar Casing Pendant.
  • Open For order now.
  • First 500 buyers get to purchase the pendant at RM648 only
  • https://pgmall.my/index.php?route=product/product&product_id=710700


Wah, banyak kan tawaran yang menarik sempena Sale 11.11 PG Mall ni. Hangpa jangan lepaskan peluang untuk shopping apa-apa taw 11.11 ni nanti. Yang bestnya kos penghantaran yang berbaloi dan diskaun yang menarik. Selamat Bershopping hangpa!.


Untuk maklumat lanjut hangpa boleh layari :

Website : https://pgmall.my/?Source=Blogger&BloggerID=688

Facebook : www.facebook.com/PGMallMalaysia

Instagram : www.instagram.com/pgmall.my/

Telegram : http;//t.me/pgmallofficial001


#PGMall #onlineshopping #shopping #MalaysiaNo1ecommerceplatform #ecommerceplatform #Shopnow #Shoponline #ByMalaysiansToMalaysians #BarangBaikBarangKita #1111sales #bonanzapayweek #taifook #Stayatho






















Keep Reading»

Berbahagialah Kita Diuji Dengan Kesakitan

Assalamualaikum semua.


AllahuAkbar. Berbahagia lah kita sakit. For it reminds us betapa kita bukan sempurna. Dan insyaaAllah bila kita sedar kita biasa-biasa, kita akan rasa lebih malu nak besar-besar diri. Sebab kita takda apa-apa.


Berbahagialah Kita Diuji Dengan Kesakitan


Sebulan dah berlalu. Tapi masih segar dalam ingatan. Saat ini aku sedang bergelut dengan kesakitan. Suratan atau kebetulan di ward dan katil ni lah Mak aku yang tersayang menghembuskan nafas yang terakhir. Allahu, sebak di dada hanya Allah yang tahu.


Berbahagialah Kita Diuji Dengan Kesakitan


Bulan lepas aku dimasukkan ke hospital atas sebab kandungan gula yang naik mendadak dalam darah aku. 5 hari jugak aku duduk dalam ward weh. Serik rasa, haha. So, harus lah menjaga kesihatan baik-baik ya lepas ni.


Berbahagialah Kita Diuji Dengan Kesakitan


Di kesempatan ni, aku nak ucapkan pada yang sentiasa membantu, yang sentiasa ada dan yang sentiasa mendoakan, terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah membalas dengan seribu kebaikan buat kalian semua.


Sori lah taw kalau siapa yang jengah dekat blog ni tapi takda cerita baru, hihi. Sebenarnya rasa macam ada banyak benda nak cerita tapi rasa macam kekeringan idea gitu. Hangpa pernah tak rasa macam tu?, huhu. Apa pun terima kasih taw kalau ada yang masih sudi jenguk-jenguk blog aku ni. Doakan aku sentiasa diberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus menulis di sini ya. Nanti kita cerita lagi.


Keep Reading»

Glow Gelenggang Merawat Masalah Kulit Secara Semulajadi


GLOW GELENGGANG MEMBANTU MERAWAT KEGATALAN KULIT SECARA SEMULAJADI.


GLOW GELENGGANG MEMBANTU MERAWAT KEGATALAN KULIT SECARA SEMULAJADI.

Assalamualaikum semua. Apa khabar?. Aku harap hangpa semua sihat belaka ya. Hari ni aku nak cerita pasal produk yang berasaskan daun gelenggang yang mampu merawat masalah kulit.

Hangpa ada tak yang selalu kulit jadi gatal-gatal?. Gatal yang sampai tak boleh tidur malam tu. Atau gatal sampai tak boleh nak focus kerja atau study?. Ni aku nak share dengan hangpa ni, cara mudah nak hilangkan gatal-gatal tu semua. Hangpa boleh cuba pakai produk Glow Gelenggang ni. Produk ni inshaaAllah boleh hilangkan gatal hangpa.

Produk ni kalau hangpa nak taw berasaskan daun gelenggang (cassia alata) dan bahan premium lain. Kalau dulu kan petua orang lama, kita gunakkan daun gelenggang asli ditumbuk-tumbuk dan dicampurkan dengan belerang lepas tu sapu dekat tempat yang gatal, tapi sekarang kan mudah dengan adanya Glow Gelenggang ni.

GLOW GELENGGANG UNTUK RAWAT KULIT SENSETIF SUAMI.

GLOW GELENGGANG MEMBANTU MERAWAT KEGATALAN KULIT SECARA SEMULAJADI.

Set Glow Gelenggang ni aku dapatkan untuk membantu merawat kulit sensetif suami aku. Tapi aku dengan Zahra pun pakai sekali taw, hihi. Memang sesuai untuk seisi keluarga guna.

Suami memang kulit sensetif dari kecil lagi. So, sejak berkahwin dengan aku ni, aku kalau boleh memang akan carikan produk yang berasaskan BAHAN SEMULAJADI yang selamat dan bebas dari bahan-bahan kimia untuk dia. Bila aku diperkenalkan dulu dengan Glow Gelenggang ni, aku memang excited untuk mencuba. Mana taw berkesan bagi membantu mengurangkan kesan gatal kulit sensetif tu kan. Tak salah kita ikhtiar, betul tak?. Dan ni merupakan kali kedua aku try produk ni!.

Set Glow Gelenggang ni ada dua barang iaitu Minyak Organik Herba Glow Gelenggang dan Sabun Herba Glow Gelenggang.

MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG MENGANDUNGI HABBATUS SAUDA!.

GLOW GELENGGANG MEMBANTU MERAWAT KEGATALAN KULIT SECARA SEMULAJADI.
MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG ni mengandungi habbatus sauda, minyak zaitun, minyak argan, susu kambing, dan crystal menthol.

Minyak ni adalah minyak home made, takda bahan kimia merbahaya dan  jugak terdapat banyak positif feedback !. Untuk suami aku, aku pakaikan ja minyak organik herba ni. Minyak ni bukan untuk suami aku ja, kami sekeluarga pun pakai sekali jugak.

CARA PAKAI MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG HABBATUS SAUDA!.

Minyak organik herba ni sesuai untuk baby jugak taw. Dan ianya diyakini selamat. Rasa selesa ja bila pakai minyak organik herba ni. Cara nak pakai minyak organik herba ni pun mudah sangat :-

1.Buka botol MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG.
2.Picitkan 1x pump MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG.
3.Sapukan MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG ke tempat yang dikehendaki selepas mandi, 2 kali sehari.

Kalau untuk baby, sapukan MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG ni pun dah cukup memadai untuk rawatan macam panau dan ruam susu.

Cara simpan Minyak Organik Herba Glow Gelenggang , hendak lah disimpan di tempat yang kering dan tidak panas. Untuk mengelakkan ketidakberkesanan minyak organik herba.

SABUN HERBA GLOW GELENGGANG.


GLOW GELENGGANG MEMBANTU MERAWAT KEGATALAN KULIT SECARA SEMULAJADI.

Sabun Herba Glow Gelenggang ni wangi sangat taw hangpa, macam bau coco butter. Rasa macam nak makan ja, haha.  Sabun herba ni seelok-eloknya dipakai sebelum menggunakan Minyak Organik Herba Glow Gelenggang. 

Oleh kerana sabun herba ni sesuai untuk kulit gatal-gatal, aku pun pakai buat cuci muka sebab muka aku ni macam mudah sikit naik jerawat gatal tu, hihi. Sedap ja pakai sabun herba ni, kulit muka rasa lembut & fresh.


CARA PAKAI SABUN HERBA GLOW GELENGGANG.

Cara pakai sabun herba ni mudah ja :-

1.Sabun herba ini pakai ketika mandi. Boleh dipakai di badan & muka jugak.
2.Basahkan tapak tangan dengan air.
3.Usapkan tangan tu ke sabun hingga rata dan sapukan ke muka.
4.Bilas hingga bersih.

Lepas cuci, wah, rasa fresh dan lembut ja muka. Hilang rasa gatal terus dekat muka ni, hihi. Selepas cuci muka dengan Sabun Herba Glow Gelenggang, baru lah aku sapukan muka aku dengan Minyak Organik Herba Glow Gelenggang tu.

Sabun herba ni sesuai untuk masalah gatal, eczema, bisul, kurap, panau, resdung, dan kudis buta. 

Sabun ni tak perlu di potong-potong sebab ianya tak mudah cair, tak mudah putih dan tak mudah lembik. Teksturnya bersifat skrub, sedap ja bila buat mandi dan gosokkan di badan.

Untuk keberkesanan yang optimum, sabun herba ni hendak lah di pakai 2 kali sehari sebelum memakai minyak organik herba. Selepas sabun herba digunakan, hendak lah disimpan di tempat yang kering.

PENGALAMAN PERIBADI MENGGUNAKAN PRODUK GLOW GELENGGANG.

Aku dah gunakan kedua-dua produk ni selama dua minggu. Aku memang excited nak guna produk ni sebab aku suka bau yang sangat wangi dari Sabun Herba Glow Gelenggang tu. Serious taw hangpa. Memang wangi sangat sabun tu. Bau wangi yang semulajadi. Bau lemak-lemak butter coco pun ada, bau lemak-lemak vanila pun ada. Rasa macam nak makan pun ada, haha. 

Tu baru cerita pasal bau. Tentang tekstur sabun pulak, ada dua tekstur hangpa boleh rasa. Satu tekstur licin dibahagian depan sabun yang ada bentuk love dan satu lagi tekstur skrub di bahagian belakang sabun. Untuk sabun bertekstur licin, aku gunakan di bahagian yang mempunyai kesan-kesan luka kecil atau bahagian yang sensetif termasuk di muka supaya takda rasa sakit. Manakala bahagian sabun yang berskrub, aku sapu di bahagian yang kasar macam dekat siku dan lutut. 

Lepas dah mandi hangpa apply pulak Minyak Organik Herba Glow Gelenggang ni semasa kulit masih lagi basah. Minyak organik herba ni warna dia coklat kehitaman tapi bau dia wangi sama macam bau sabun herba tu. Hanya picit sikit dan sapu rata di bahagian yang gatal tu. Nanti hangpa akan perasan kulit jadi lebih lembap.
Macam kulit sensitif gatal yang suami  aku hadapi ni selalunya menyebabkan kulit menjadi kering dan gatal. Tapi lepas aku sapu minyak organik herba ni pada suami, rasa gatal tu sangat berkurang sebab kesan minyak organik herba tu melembapkan kulit di bahagian yang gatal tu. Sebelum tidur pun aku akan wajib sapu minyak organik herba pada suami aku. Jadi tidur suami aku lebih selesa sebab dah tak perlu terjaga sebab rasa gatal.

Selama 2 minggu aku gunakan kedua-dua produk Glow Gelenggang ni aku rasa sangat puas hati. Dan alhamdulillah sangat serasi dengan kulit suami. Aku memang recommend dekat hangpa yang ada masalah kulit gatal, resdung atau kulit kering untuk cuba produk Glow Gelenggang ni. Kalau anak-anak hangpa mengalami masalah ruam susu pun sesuai guna minyak organik herba ni taw. Nak kesan yang optimum guna 2 kali sehari.

Untuk maklumat lanjut atau untuk menempah, hangpa boleh layari laman sesawang atau FB Page Glow Gelenggang seperti di bawah ni:

Laman Sesawang : Glow Gelenggang

FB Page : Glow Gelenggang

Whatsapp : 014-544 5951











Keep Reading»

Special Mini Kit Goongbe

Goongbe, produk jenama penjagaan kulit semulajadi yang pertama dari Korea dengan formula yang ringan dan semulajadi.


Assalamualaikum hangpa. Selamat Hari raya Eidul Adha buat hangpa semua. Hari ni aku ada nak share sesuatu dengan hangpa. Weh, hangpa pernah dengar tak produk brand Goongbe?. Kalau tak pernah, ni yang aku nak share dengan hangpa ni.

Special Mini Kit Goongbe

Goongbe ni adalah jenama penjagaan kulit semulajadi yang pertama dari Korea dengan formula yang ringan dan semulajadi. Bahan utama Goongbe ni adalah Oji Relief Complex yang digunakan untuk bayi yang baru lahir sebab bahan yang digunakan tu sangat semulajadi bagi menenangkan kulit dengan selamat dan berkesan. Goongbe merupakan produk penjagaan kulit semula jadi premium yang dah diuji secara dermatologi, dan menjadi pilihan penggunanya sejak tahun 2008.

Special Mini Kit Goongbe

Dalam Special Mini Kit Goongbe ni terdiri daripada:

1) 30ml Moisture Cream
Ultra-Rich Moisturizing Cream provides 48-hour moisturizing effect by forming the moisture barrier.

2) 20ml Mild Sun Cream SPF30 PA+++
Creamy Mild Sun Cream softly lays on the skin providing protection from both UVA&UVB rays with 100% mineral filter.

3) 30ml Soothing Gel
Water-full Soothing Gel soothes the irritated, heated skin leaving your child's skin refreshed and moisturized by -2.9ºC instant cooling effect.

Semua produk penjagaan kulit Goongbe ni menampilkan ramuan teras yang unik iaitu "Oji Relief Complex", yang diekstrak dari lima pokok. Oji Relief Complex ni telah dibangunkan melalui ujian keberkesanan dan didapati menurunkan suhu kulit dan melembapkan dengan bahan-bahan semulajadi yang dapat mengurangkan kemerahan dan mengukuhkan halangan kulit.

Special Mini Kit Goongbe

Produk ni jugak bebas paraben,  phenoxyethanol, surfactant sulfat, dan warna tiruan. Ia melindungi kulit halus bayi dengan mengikuti prinsip "no harmful ingredient". Goonge ni jugak telah menerima gred Excellent on Germany's strict Dermatest  terjamin dan memenuhi standard global.

Untuk pengetahuan hangpa, produk Goongbe ni dah ada taw dalam pasaran Malaysia!. Hangpa boleh dapatkan dekat semua butik @sasamalaysia. So, tunggu apa lagi hangpa, jom pakat pi serbu Sasa!.

Keep Reading»

Meh Jenguk Blog Sekejap

Assalamualaikum semua.

Ya Allah dah dekat 4 bulan tak update blog. Memang lama kali ni. Dekat facebook dan instagram ada jugak update. Macam-macam kerja nak buat sekarang. Penat!. Mana dengan kerja hakiki lagi, kerja rumah lagi, part time bisnes lagi. Ya Allah, semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki.

Sori lah taw kalau siapa yang jengah dekat blog ni tapi takda cerita baru, hihi. Sebenarnya rasa macam ada banyak benda nak cerita tapi rasa macam kekeringan idea gitu. Hangpa pernah tak rasa macam tu?. Terima kasih kalau ada yang masih sudi jenguk-jenguk blog aku ni. InsyaaAllah aku akan  terus mencuba menulis selama mana di blog ni untuk tatapan hangpa. Aku tabik lah dengan sesiapa yang selalu update entri baru setiap hari tu. Sebab tu lah depa berjaya dan terkenal dalam dunia blogger ni.

Sebenarnya memang rasa rindu nak menulis ni. Hangpa doakan lah aku semoga istiqomah ya, huhu. Doakan urusan aku dipermudahkan. Tekad kali ni nak rajin-rajin jenguk blog sekurang-kurangnya seminggu sekali, inshaaAllah.

Ok lah hangpa. Nanti aku update cerita-cerita aku dekat sini na. Macam-macam benda aku nak cerita, sampai tak taw dah nak cerita yang mana dulu, hihi. Take care ya hangpa.

Keep Reading»

Tshirt Microfiber Lengan Panjang Dari BOXY.MY

Baju Tshirt Yang Murah, Berkualiti Tinggi Dan Selesa Untuk Dipakai


Assalamualaikum, hai hangpa.

Macam mana hangpa dalam tempoh #PKP ni?. Aku harap hangpa semua sihat dan dilindungi dari wabak Covid 19 ni. Hari ni aku nak share dengan hangpa satu kedai dalam website ni yang menjual tshirt yang selesa dan murah.

BOXY


Website yang aku maksudkan ni ialah www.boxy.my. Dekat sini memang ada segala jenis tshirt yang hangpa nak. Dan yang bestnya tentang website ni ialah depa ada lebih kurang 24 warna pilihan baju dengan saiz yang pelbagai. BOXY ni menjual pelbagai jenis tshirt contohnya macam Polo Shirt, Tshirt Plain, Microfiber dan Cotton Tshirt.

Pilihan baju pulak boleh dikatakan semuanya ada. Jenis kain apa yang hangpa nak pun ada. Hangpa jangan terkejut, hangpa boleh dapatkan baju ni dengan harga serendah sehelai RM14.90. Takda minimum order taw. Best tak best?. Kalau hangpa beli sehelai pun masih boleh dapat dengan harga tu. Murah kan?.

Baju Tshirt Yang Murah, Berkualiti Tinggi Dan Selesa Untuk Dipakai

Aku sendiri pun dah beli sehelai tshirt dekat website ni untuk suami aku. Senang ja weh cara nak beli dekat website ni. Mana yang kaki shopping online tu, pejam mata pun boleh dah beli tshirt ni, haha. Hangpa bukak website tu, pilih baju mana hangpa suka, lepas tu bayar. Done!.

Baju Tshirt Yang Murah, Berkualiti Tinggi Dan Selesa Untuk Dipakai

Aku hari tu beli tshirt microfiber lengan panjang kolar bulat suami aku. Warna pilihan aku ialah biru gelap. Sengaja aku pilih warna yang gelap, kalau kotor tu tak lah nampak sangat kan.

Baju Tshirt Yang Murah, Berkualiti Tinggi Dan Selesa Untuk Dipakai

Material dia memang best weh. Material kain microfiber ni tak panas, serap peluh dan longgar. Memang sesuai kalau hangpa nak beli untuk bersukan. Suami aku cakap selesa sangat baju tu.

Baju Tshirt Yang Murah, Berkualiti Tinggi Dan Selesa Untuk Dipakai

Aku memang puas hati lah beli tshirt dekat BOXY ni. Harga murah, kain berkualiti dan proses penghantaran pun cepat.

Kalau hangpa berminat nak dapatkan tshirt ni, hangpa boleh layari laman web :


Keep Reading»

Glide Technology Sdn Bhd Perkenal “Wajah Baru” Minyak Pelincir Glide Lubricants Keluaran Bumiputera

Minyak Pelincir Berkualiti Tinggi, MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-16 API SP/SN PLUS dan MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-20 API SP/SN PLUS.

Sekarang kan terdapat bermacam  jenis minyak pelincir kenderaan untuk kegunaan yang berbeza-beza di pasaran, betul tak?. Tapi, pastikan hangpa memilih minyak pelincir yang sesuai dan berkualiti tinggi bagi memastikan dapat memberikan perlindungan optima untuk enjin kereta hangpa!.

Minyak Pelincir Berkualiti Tinggi, MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-16 API SP/SN PLUS dan MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-20 API SP/SN PLUS.

Baru-baru ni Syarikat Glide Technology Sdn Bhd telah melancarkan dua gred produk baru depa  iaitu MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-16 API SP/SN PLUS dan MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-20 API SP/SN PLUS.

Minyak Pelincir Berkualiti Tinggi, MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-16 API SP/SN PLUS dan MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-20 API SP/SN PLUS.

Majlis pelancaran “ The New Glide” tu diadakan di Holiday Inn Glenmarie, Kuala Lumpur dan telah dirasmikan sendiri oleh CEO Glide Group iaitu Ybhg Dato’ Muhazli Bin Muhamad, CEO - Glide Technology Sdn Bhd. Tahniah!.

Untuk pengetahuan hangpa, Glide Technology Sdn Bhd merupakan salah satu syarikat di bawah Glide Group. Syarikat ni ditubuhkan pada 16 Januari 2007, di mana ia memfokuskan pembuatan minyak pelincir di bawah jenama Glide Lubricants.

Minyak Pelincir Berkualiti Tinggi, MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-16 API SP/SN PLUS dan MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-20 API SP/SN PLUS.

Di majlis pelancaran tersebut, Glide Technology Sdn Bhd turut memperkenalkan rekaan botol dan pelekat botol  baru untuk ke semua produk yang dikeluarkannya.

Minyak Pelincir Berkualiti Tinggi, MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-16 API SP/SN PLUS dan MAXIGLIDE BEYOND FULLY SYNTHETIC SAE 0W-20 API SP/SN PLUS.

MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 adalah rangkaian terbaru bagi produk Glide Lubricant, di mana ia menekankan ciri-ciri penjimatan penggunaan bahan api dan mengurangkan pelepasan.

MaxiGlide BEYOND SAE 0W16 dan MaxiGlide BEYOND SAE 0W20 turut menyediakan ‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi Molybdenum untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien. 

Minyak enjin multigred dengan kelikatan yang rendah jugak baik untuk keadaan enjin waktu baru mula dihidupkan supaya enjin berjalan dengan lancar. Sesuai untuk penggunaan enjin daripada kenderaan cekap tenaga (Energy Efficient Vehicles (EEV)). Standard API: API SP/SN PLUS (RC)

Kesemua produk “berwajah baru” yang dilancarkan ni, dah hampir enam tahun menembusi pasaran Jepun. Bersandarkan pengalaman tersebut, Glide Technology Sdn Bhd telah menambah baik formula agar lebih sesuai dipasarkan di Malaysia.

Melalui kaji selidik serta saringan ujian selama tiga tahun, akhirnya  Glide Technology Sdn Bhd, berjaya menghasilkan minyak pelincir berkualiti tinggi bagi memberikan perlindungan  maksima serta jangka hayat enjin kenderaan yang tahan lebih lama daripada biasa.

Di samping tu, ia jugak akan menjimatkan penggunaan bahan api serta dengan campuran tambahan ‘coating effect’ daripada penggunaan teknologi ‘Molybdenum’ untuk meningkatkan lagi perlindungan anti haus, karat dan mengurangkan haba supaya enjin dapat berfungsi dengan lebih efisien.

Untuk dua gred yang baru dilancarkan ni Glide Technology Sdn Bhd menumpukan kepada pengguna kenderaan baru yang memerlukan performan kenderaan yang terbaik dan kenderaan yang tak lagi menghantar ke pusat servis yang ditetapkan.

Harga pasaran untuk produk MaxiGLIDE BEYOND SAE 0W-16 API SP/SN PLUS adalah RM190.00 dan MaxiIGLIDE BEYOND SAE 0W-20 API SP/SN PLUS adalah  RM170.00.

Bagi hangpa yang ingin mendapatkan produk yang baru dilancarkan ni boleh menghubungi pengedar-pengedar sah Glide  di seluruh Malaysia atau hubungi talian khidmat pelanggan dan jualannya di talian 03-78422170 atau email ke admin@glidetechnology.com.my 

Keep Reading»

Travel Ke 6 Tempat Menarik Di Belgium Eropah!.

Tempat Yang Wajib Dilawati Bila Ke Belgium, Eropah.

Assalamualaikum semua.

Allah, terasa lama tak menulis di sini, tapi aku gagahkan jugak jari-jemari ni, hihi. Aku buang semua rasa malas ni ke tepi demi nak kembali manfaatkan blog yang aku ada ni untuk berkongsi segala macam benda dengan hangpa. InshaaAllah.

Sebenarnya aku ada jugak berangan-angan nak bercuti ke luar negara, hihi. Alah, angan-angan tak perlukan bayaran kan hangpa. Mana taw satu hari boleh jadi kenyataan. Kita hanya mampu merancang ja, semuanya atas izin Allah. Aamiin.

Nak dijadikan cerita, kebetulan hari ni, aku ada terbaca tentang tempat-tempat menarik di Belgium, Eropah yang boleh kita kunjungi. Aku terasa nak kongsikan di sini dengan hangpa. Boleh aku dan hangpa jadikan rujukan kelak.

Belgium, Eropah.


Tempat Yang Wajib Dilawati Bila Ke Belgium, Eropah.

Untuk pengetahuan hangpa, Belgium adalah salah satu negara yang terletak di Eropah Barat dan sekaligus menjadikan Brussels sebagai ibu negaranya. Dengan keunikan bandar yang mempunyai gambaran seperti abad pertengahan ni, ia membuatkan negara ni dikunjungi oleh pelbagai pelancong dari luar negara yang tak putus-putus. Kekayaan dari segi sejarah dan senibina yang ada di negara ni telah menjadikan ia sebagai salah satu negara yang terkenal dikalangan kaki-kaki travel dari seluruh dunia. Negara ni jugak adalah satu entity yang amat penting di dalam sejarah di mana ianya menjadi lokasi bagi Perang Dunia Pertama.

Ha, tu lah serba sedikit sejarah mengenai Belgium. Hangpa ada tak rasa teringin nak ke Belgium?. Aku rasa bagi siapa yang ada bajet nak pergi melancong tu, hangpa kena p!. Sebab sekarang ni banyak taw airline yang tengah buat promo dan rugi kalau hangpa tak grab peluang ni weh!. Untung-untung hangpa book sekarang, perginya tahun depan. Sempat lagi nak saving kan!. Nak senang hangpa boleh guna Traveloka untuk membuat perbandingan bagi harga flight ticket. Tapi aku suggest Emirates Airlines Flight sebagai airlines yang hangpa boleh dapatkan untuk ke Belgium. Selain destinasi terbaik di Eropah, hangpa jugak boleh dapatkan cheap flights to Bali sebagai pilihan destinasi untuk bercuti di bahagian Asia. Ok, complete dah tips cuti untuk dua benua, gitchu!.

In case hangpa memang nak ke Belgium, aku nak share beberapa lokasi menarik yang menjadi tumpuan pengunjung dekat Belgium ni hasil dari pembacaan aku tadi. So that, hangpa boleh take note mana yang menjadi pilihan hati hangpa tu ok?. Meh baca dekat bawah ni.

Grand Palace, Brussels.


Tempat Yang Wajib Dilawati Bila Ke Belgium, Eropah.

Satu kawasan yang menggambarkan seni bina bangunan yang unik daripada abad ke-14 sehingga abad ke-17. Ia merupakan salah satu seni bina yang dikagumi bagi rakyat-rakyat di Belgium dan sekaligus diangkat sebagai tapak warisan dunia (UNESCO). Dengan keluasan 68x110 meter, di sekitarnya terdapat bangunan-bangunan tinggi dan disini jugak terletaknya Muzium Bandar Raya Brussel. Hangpa boleh datang sini dan bergambar sepuas-puasnya dengan berlatarbelakangkan bangunan-bangunan unik ni.

Atomium


Tempat Yang Wajib Dilawati Bila Ke Belgium, Eropah.

Ia merupakan salah satu monument yang sangat unik yang telah dibina pada tahun 1958. Dengan ketinggiannya yang mencecah 355 kaki, ia dibentuk secara bulatan-bulatan kecil yang disambungkan seperti bulatan atom. Monumen unik ni sering dijadikan kawasan untuk bergambar bagi pelancong-pelancong yang datang.

Bruges

Tempat Yang Wajib Dilawati Bila Ke Belgium, Eropah.

Bruges merupakan salah satu bandar yang mempunyai ciri-ciri bangunan daripada abad pertengahan. Di bandar Bruges ni jugak terdapatnya terusan yang dinamakan sebagai 'Venice of The North'. Di bandar Bruges ni hangpa boleh tengok istana-istana dan ciri-ciri rumah yang berkonsepkan sejarah Viking pada satu ketika dahulu. Banyak aktiviti yang hangpa boleh buat dekat sini antaranya berbasikal di sekeliling bandar, naik perahu untuk meneroka terusan di bandar Bruges ni, dan boleh menikmati coklat panas di kafe-kafe yang ada dekat sini.

The Battlefield of Flanders


Tempat Yang Wajib Dilawati Bila Ke Belgium, Eropah.

Kalau hangpa nak taw, ni adalah salah satu lokasi yang menjadi tumpuan pelancong di mana ia merupakan tempat peperangan semasa Perang Dunia Pertama. Kalau hangpa dah sampai dekat sini, hangpa dapat tengok lagi setting defense masa depa berperang satu ketika dulu. Ada parit-parit kecil tempat depa untuk berjalan dan menyorok. Banyak jugak kawasan tanah perkuburan dekat sini ianya bertujuan bagi memperingati pejuang-pejuang depa yang dah mati.

Menneken Pis


Tempat Yang Wajib Dilawati Bila Ke Belgium, Eropah.

Ha, yang ni yang best aku nak cerita ni. Dekat Belgium ni terkenal dengan satu patung kecil yang diperbuat daripada batu dan namanya ialah Menneken Pis. Di mana ia membawa maksud 'Budak Kecil Kencing'. So, apa yang menariknya pasal patung ni?. Padahal  patung budak kecil lelaki tu tengah kencing berdir, hihi. Antara cerita yang paling popular dekat sini ialah, "Masa peperangan yang berlaku pada abad ke-14 dulu, ada tentera asing yang cuba menyerang Brussel dengan meletupkan tembok kota ni dengan bom. Nak dijadikan cerita, budak tu mengintip perbualan depa dan terdengar rancangan jahat depa. Lalu budak tu telah membuang air kecil di fius bom tersebut dan menggagalkan plan depa untuk meletupkan tembok kota tersebut". Macam tu lah ceritanya. So, dekat sini di mana-mana kedai yang ada hangpa mesti jumpa dengan patung Menneken Pis ni.

Mini Europe


Tempat Yang Wajib Dilawati Bila Ke Belgium, Eropah.

Mini Europe ni terletak bersebelahan ja dengan Atomium dan kalau hangpa nak masuk, lebih baik beli tiket online sebab lebih murah. Apa yang ada dekat dalam Mini Europe ni ialah terdapatnya replika-replika atau seni bina bagi negara-negara di Eropah. Setiap replika tu jugak merupakan ikon bagi negara-negara tersebut. Antaranya Eiffel Tower sebagai ikon negara Perancis dan Kota Paris, Jam Besar sebagai ikon bagi Kota London, Windmill sebagai ikon kepada Belanda dan banyak lagi. Even Grand Palace pun ada jugak. Kalau hangpa ke sini, hangpa akan kagum sangat sebab bangunan yang besar di kecilkan dan sangat details.

Ok gais, ni lah dia lokasi-lokasi menarik yang hangpa boleh terjah dekat Belgium nanti yang dapat aku kongsikan. By the way, dekat Belgium ni terkenal dengan coklat taw. Katanya, hot chocolate dia popular dekat sini. Tapi hangpa kena hati-hati jugak, sebab tak semua coklat dekat sini halal. Sebelum nak beli atau order tu, hangpa tanya dulu yang jual tu beragama Islam atau pun tak. Jangan tanya halal ka tak, sebab tak semua faham. So, tanya Islam atau tak, lepas tu baru tanya coklat mana yang halal atau pun tak. Tu lah tambahan tips untuk hangpa.

Ok, sampai sini dulu taw. Selamat Bercuti bagi yang dah plan nak bercuti tu. Semoga bermanfaat entry ni untuk hangpa.




Keep Reading»

Bihun Segera Vit's Terbaik & Halal Di Malaysia

Vit's Bihun Segera Berusia 45 Tahun.


Assalamualaikum semua.

Vit's Bihun Segera Berusia 45 Tahun.

Ada peminat bihun segara tak dekat sini? . Mesti ada punya lah kan?. Hari ni aku nak kongsi dengan hangpa satu jenama bihun segera yang jenama dia mesti hangpa dah taw. Hangpa taw tak jenama Vits ni dah berusia 45 tahun, lama dah kan tu?. Aku pun takda lagi time tu, hihi.

Baru-baru ni, aku rasa teringin pulak nak mencuba bihun segera Vit's ni. Sebab aku ni boleh dikatakan antara peminat bihun segera jugak. Sedap lah weh bihun segera Vit's ni. Ada dua perisa, satu bihun Segera Vit's perisa Ketam dan satu lagi perisa Sayuran. Dua-dua pun sedap, cukup rasa supnya, bihun pun rebus 1 minit ja dah lembut sangat. Sebab tu lah namanya Bihun Segera Vit's, hihi.


Vit's Bihun Segera Berusia 45 Tahun.

Kalau hangpa nak buat versi instant pun mudah sangat, letakkan air panas, masukkan perencah, minyak dan cili. Dah siap!. Guna microwave pun boleh. Ikutlah citarasa masing-masing kan. Bihun Cawan Segera Vit's pun ada taw hangpa. Ha, yang cawan tu nak bawak p travel pun sennag kan. Hari ni aku nak kongsikan jugak dengan hangpa kisah Vit's menjadikan hangpa wanita Superwomen. Menarik kan?.

“Superwomen” Kini Lebih Senang Nak Uruskan Masa Dengan Vit's.


Vit's Bihun Segera Berusia 45 Tahun.

Wanita “Supermoden” zaman kini melambangkan seorang yang Multitasking, mampu bersaing dengan golongan lelaki dalam semua perkara, wanita sebagai seorang anak, seorang isteri, ibu yang penyayang, dan seorang pekerja yang berdedikasi. Seperti Pepatah Melayu ada mengatakan ‘tangan yang menghayun buaian juga mampu menggegarkan dunia. Sekarang, dah takda alasan lagi untuk wanita bekerja, dalam masa yang sama menjadi isteri dan ibu, bahkan bakal menjadi yang lebih hebat dari golongan lelaki.

Namun, untuk merealisasikan semua tugas tu, wanita perlukan bantuan untuk memastikan semua perkara dapat dilakukan dengan baik dan menepati masa. Dengan mempraktikkan tips pengurusan masa yang bijak, pemilihan makan dan bantuan kita sebenarnya mampu untuk bekerja dalam masa yang sama mampu menguruskan keluarga dengan lebih berdedikasi. Menjaga makanan saja tak cukup kerana perubatan semula jadi memerlukan pendekatan menyeluruh atau holistik yang membabitkan pembersihan badan, ketenangan minda dan rohani. Sama ada membawa faedah atau padah, jangan salahkan makanan kerana kuasa memilih ada di tangan kita dan kita yang bertanggungjawab terhadap tahap kesihatan diri.

Pemilihan makanan Halal adalah sangat penting. Punca suatu makanan dan minuman tu ada berkaitan dengan sumbernya, cara pemprosesan, premis atau tempatnya. Jika ia berkaitan dengan haiwan, ia hendaklah disembelih mengikut ketentuan Syarak. Manakala haram suatu makanan dan minuman tu, bergantung kepada sumber dan bahannya, cara pemprosesannya dan keadaan premisnya. Misalnya makanan dan minuman yang diproses menggunakan dan mengandungi bahan-bahan haram seperti lemak atau daging babi, anjing dan haiwan lain yang tak disembelih mengikut syarak, darah, arak, najis, racun dan sebagainya.

Kita dituntut supaya mencari makanan yang halal. Mencari yang halal tu adalah wajib. Maknanya umat Islam disuruh mencari kalau ia makanan dan minuman carilah yang benar-benar halal lagi baik, bersih dan berkhasiat. Gaya hidup yang sibuk dipenuhi tugasan pejabat boleh menjadikan kita tak sempat untuk memasak. Belum lagi cerita bagi orang yang sememangnya pemalas sejak azali, hihi. Untungnya kita di zaman ni, jika kita lapar, hanya dengan beberapa sentuhan jari diperanti, makanan sedia dihantar didepan pintu termasuk jugak makanan segera yang mampu membantu wanita zaman kini untuk menjadi lebih efisyen dalam menjalankan tugas penting setiap hari.

Vit's Bihun Segera Berusia 45 Tahun.

Melihat kepentingan seorang wanita di zaman yang lebih moden ni, Vit’s telah menghasilkan dan mengeluarkan satu lagi produk makanan yang dapat membantu wanita moden di luar sana yang memerlukan bantuan dari segi masa tanpa menghiraukan faktor kesihatan dan halal. Vit’s Bihun Ketam dalam Sup Pedas telah mendapat sambutan hebat terutamanya kepada golongan wanita yang disebutkan di atas. Bihun Sup Ketam Pedas ni telah dapat membantu ramai wanita di luar sana serta dihasilkan tanpa gluten (sesuai untuk hindar dari alahan), tanpa pengawet serta diperbuat 100% dari beras.

Vit’s merupakan kilang mihun segera Malaysia yang berstatus Halal Jakim semenjak 12 tahun yang lepas dan berusia 45 tahun. Vit’s dah bertapak di Malaysia agak lama dan produknya mudah untuk di cari sehinggakan pada yang tiada masa jugak masih membeli melalui online platform seperti di Shopee, Lazada, Fave, Superbuy dan banyak lagi.

Vit’s jugak telah melancarkan kempen “Vit’s Kan Ada”. Jom tonton.


Untuk lebih info dan promosi tentang Vit's, hangpa boleh layari laman web yang aku berikan di bawah ni :

Website : www.vitsnoodles.com

Facebook: https://www.facebook.com/vitsnoodles/

Keep Reading»

SUMBANGAN KEMBALI KE SEKOLAH OLEH TOP KEPADA PELAJAR ORANG ASLI

SUMBANGAN KEMBALI KE SEKOLAH OLEH TOP KEPADA PELAJAR ORANG ASLI MENCATAT REKOD TIGA KALI GANDA SASARAN DANA.

Assalamualaikum, hai semua. Hari ni aku nak kongsikan dengan hangpa tentang Sumbangan Kembali ke Sekolah Oleh TOP Kepada 674 Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana bagi tahun 2020. Bagus kan ada sumbangan macam ni. Dapat jugak meringankan beban dan menceriakan anak-anak  yang memerlukan.

Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana

Sumbangan Kembali ke Sekolah oleh TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana.

Tahun persekolahan 2020 bagi 674 pelajar Orang Asli bermula dengan penuh semangat apabila mereka menerima keperluan kembali ke sekolah yang lengkap menerusi kempen 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP'.

Kempen TOP, jenama bahan pencuci inovatif dari Jepun yang memberi fokus kepada komuniti Orang Asli ini telah mencatat rekod dari segi jumlah penerima dan sumbangan yang eksentif. Sumbangan dari TOP ini  merangkumi pakaian seragam sekolah baru, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan, buku kerja, buku aktiviti, bekalan alat senu dan kraftangan serta alat muzik.

Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana

Selain dari tu, TOP juga telah bekerjasama dengan Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKAO) untuk menghantar keperluan kembali ke sekolah kepada komuniti-komuniti Orang Asli yang menetap di kawasan pendalaman Perak, Pahang dan Negeri Sembilan. Dengan ini murid-murid dapat hadir ke sekolah dengan keperluan yang lengkap, jugak dapat meringankan kewangan keluarga mereka.

Kempen ini juga selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (MEB) 2013-2025(1) yang memberi penekanan untuk menambah baik pencapaian murid Orang Asli dengan kerjasama pihak kerajaan swasta yang melibatkan ibu bapa dan komuniti dalam usaha membantu mengubah sistem pendidikan.

Menurut kata Ketua Pengarah JAKAO, Prof Dr Juli Edo kempen ini banyak membantu ratusan keluarga Orang Asli juga memberi motivasi kepada kanak-kanak supaya terus belajar di sekolah.

"Dari sektor swasta, TOP telah memberi sumbangan kembali ke sekolah cukup besar kepada komuniti Orang Asli. Sumbangan ini memberikan nilai tambah kepada bantuan yang telah disediakan oleh JAKOA pada para pelajar Orang Asli. Kerjasama strategik di antara pihak kerajaan dan swasta dapat memberi semangat positif kepada kanak-kanak, ibu bapa dan guru" kata Prof Dr Juli Edo lagi.

Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana

Untuk info hangpa lagi TOP ni dah menjalanakan kempen ni selama lima tahun untuk memberi motivasi kepada pelajar daripada komuniti kurang berkemampuan dan isi rumah B40 supaya mereka boleh mencapai kecemerlangan serta boleh meningkatkan keyakinan diri dan harga diri. Selain mendidik mereka supaya menjaga pakaian agar dapat tampil bersih dan selesa. Setakat ni, seramai 2,474 orang pelajar telah menerima manfaat ni taw hangpa. Bagus kan ada kempen macam ni.

Selain tu TOP yang terkenal dengan cucian Micro Clean Tech™ ni dengan rangkaian Anti Sebum dibangunkan oleh Lion Corporation Japan yang mampu menanggalkan sisa kotoran nyata dan tersembunyi untuk kehidupan yang bersih.

TOP jugak telah bekerjasama dengan peruncit utama, TESCO untuk menjalankan kempen mengumpul dana CSR bermula 15 November hingga 15 Disember 2019. Tiga puluh sen daripada jualan produk terpilih TOP dari semua cawangan TESCO di seluruh negara dan Tesco Online telah disalurkan ke tabung kempen 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP'.

Pengurus Pemasaran (Divisyen Penjagaan Fabrik) Southern Lion Sdn Bhd, Ling Ai Li menyatakan bahawa tindak balas orang ramai kepada kempen ini sangat memberangsangkan dengan kutipan hampir tiga kali ganda daripada yang dijangkakan. Ini membuktikan sokongan kepada masa depan kanak-kanak Orang Asli yang lebih cerah.

Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana

"Menerusi kempen ini, memang jelas TOP dan pelanggan kami prihatin kepada kesejahteraan kanak-kanak Orang Asli dan mahu menyokong komuniti ini. Kami ingin mengucapkan terima kasih diatas sokongan dan kerjasama daripada JAKOA, Jabatan Pendidikan Negeri yang terlibat, tok batin, rakan niaga kami TESCO dan semua pelanggan. Bersama-sama kita memberi masa depan yang lebih cerah kepada 674 orang kanak-kanak Orang Asli ini", kata Cik Ling.

Pasukan TOP menyerahkan keperluan kembali ke sekolah di Pos Tenau, juga adakan bengkel mencuci pakaian bagi berkongsi tip-tip membersih dan mengekalkan kebersihan pakaian seragam mereka dengan baik. Setiap keluarga yang hadir juga menerima satu pek bahan pencuci TOP Super White Micro Clean Tech untuk digunakan di rumah. Kanak-kanak pula mengalu-alukan kedatangan pasukan TOP dengan nyanyian lagu-lagu dalam bahasa Semai.

"Kanak-kanak di Pos Tenau memang kreatif, berbakat dan bersemangat berdikari. Kegembiraan mereka menerima keperluan kembali ke sekolah ini menukar majlis penyerahan kepada satu sambutan. Kebolehan mereka termasuklah kanak-kanak yang masih kecil, untuk mencuci pakaian seragam dengan tangan, patut dicontohi ramai. Mereka nyata membawa tagline Belum Bersih sehingga Dimikro Bersih dengan sepenuh hati" kata Cik Ling lagi.

Sumbangan Kembali ke Sekolah TOP Kepada Pelajar Orang Asli Mencatat Rekod Tiga Kali Ganda Sasaran Dana

Selain tu, Tok Batin Tenau di Perak, Yok Komlok A/L Sentor memberitahu komunitinya sangat bersyukur di atas bantuan dan motivasi kepada murid-murid sekolah.

"Kebanyakan keluarga mempunyai beberapa orang anak yang masih bersekolah dan kos keperluan kembali ke sekolah sememangnya sangat tinggi. Namun, kami juga mahu anak-anak menerima pendidikan dan gembira untuk pergi ke sekolah. Apabila kami mendapat tahu bahawa komuniti Pos Tenau telah terpilih untuk kempen ini, murid-murid, ibu bapa dan guru-guru sangat gembira. Terima kasih kepada kempen 'Cerahi Kehidupan Bersama TOP!" katanya lagi.

Selain tu Tok Batin Ayof bin Eka dari Kampung Parot Gong yang jugak seorang guru di SK Putra, Simpang Durian mengakui bahawa sumbangan ni cukup komprehensif, menyeluruh dan sangat dialu-alukan oleh komunitinya.

"Seramai 110 orang kanak-kanak dari perkampungan di kawasan ini menerima pakaian seragam sekolah baru, kasut, stoking, beg, alat tulis, buku latihan dan buku kerja. Ada juga bekalan alatan senu dan kraf serta sebuah ukulele. Ibu bapa dalam komuniti kami tidak perlu lagi membeli sebarang kelengkapan sekolah. TOP dan rakyat Malaysia telah menunjukkan mereka mengambil berat ke atas kanak-kanak Orang Asli," katanya lagi.

Di bawah ni aku sertakan senarai penerima sekolah Orang Asli, lokasi dan jumlah pelajar:

No.
Sekolah
Bilangan Pelajar Orang Asli

  1.  
SK Pos Musoh, Perak
70

  1.  
SK Pos Lemoi, Pahang
84

  1.  
SK Pos Bersih, Perak
147

  1.  
SK Putra, Negeri Sembilan
110

  1.  
SK Pos Tenau, Perak
79

  1.  
SK Sg Mas, Pahang
79

  1.  
SK Sg Mok, Pahang
105
Jumlah
674

Untuk maklumat lanjut tentang program TOP  ni, hangpa boleh dapatkan di :


No Tel - 1-800-88-0133

Keep Reading»