Banyak & Murah Makanan Kopitan Classic!

Hai semua, sihat ka?Hampa pernah makan dekat Restoran Kopitan Classic Penang Delight tak?Baru-baru ni aku keluar dengan adik aku nak p workshop kereta.Nasib lah ada adik yang baik ni temankan, kalau tak keseorangan lah.Terima kasih adik!!.

So, sementara menunggu kereta siap, aku pun ajak lah adik aku p berjalan dekat AEON yang kebetulan bersebelahan ja dengan workshop tu.Duk berjalan-jalan tu terasa lapar pulak, so aku pun duk mencari lah tempat makan yang best sikit, hihi.Bukak purse bajet tak berapa nak lebat, so cakap dekat adik, adik kita makan tempat murah dah lah ok.Adik buat muka pasrah ja.Kesian dia, haha.Akhirnya kami pun memilih lah untuk makan dekat Restoran Kopitan Classic Penang Delight ni.

Rasanya orang-orang belah utara biasa nampak Restoran Kopitan Classic Penang Delight ni kan?Ada branch yang lain aku rasa.Aku pun sebelum ni pernah nampak cuma tak pernah masuk sebab rasa was-was jugak.Aku tengok kebanyakan yang makan dekat situ kaum cina.Tengok menu & dekorasi dia pun macam chinese style.Tapi bila dah nampak ada tanda logo HALAL dari JAKIM berwarna hitam terus lega.Keadaan restoran dia pun bersih & selesa.Kali ni aku dengan adik aku cuba p makan dekat sini.
Sampai dekat kopitan, bisik dekat adik, adik ambik makanan dengan air yang murah-murah ja taw.Tengok menu sambil kira dalam kepala harga di noted.Buat tak cukup duit, parah!!.Hampa boleh tulis menu yang hampa nak.Memang banyak gila menu dia.Sampai tak taw lah nak pilih yang mana.Tengok semua nampak sedap ja.

Hampa nak makan western ada, makanan jepun ada, nak pelbagai chicken rice pun ada.Kids meal pun ada.Variety of drinks punyalah banyak.Boleh kata macam-macam ada lah.Naik rambang mata ni.So, ni yang kami pilih.
Dalam gambar nampak macam sambal tu, aku pilih lah ni ingat sambal lah.Rupanya tak.Makan pun macam kena paksa sebab tak pedas.Sedap dah sedap dah.
Pandai adik pilih ni, sedap!

Alhamdulillah, kenyang pun kenyang.Portion besar.Tapi dekat sini banyak makanan tak pedas lah.Sebab tak banyak makanan pedas aku bagi 4 bintang ja.Ikut tekak aku macam tu lah.Jum lah cuba tekak hampa pulak, hihi.Harga pun berpatutan, sangat affordable.



Keep Reading»

11 Tips Menyusu ketika bulan Ramadhan. No 5 Amat Penting Supaya Ada Tenaga.

Artikel Ramadhan & penyusuan ibu dari laman web yang aku baca ada mengatakan takda kesan sampingan yang signifikan terhadap pengurangan susu ibu semasa berpuasa di bulan Ramadhan.Badan wanita yang menyusukan anak akan membuat beberapa penyesuaian metabolik semasa berpuasa untuk memastikan agar pengeluaran susu ibu tak terganggu.Hebatnya penciptaan Allah!!.Penyusuan susu ibu digalakkan dalam Islam & dalam masa yang sama disyariatkan berpuasa dalam bulan Ramadhan.

Ianya normal kalau kuantiti susu sikit berkurang semasa bulan puasa sebab ibu tak makan & minum pada siang hari.Pernah dengar tak frasa susu ibu custom made?Susu ibu akan terus dihasilkan macam biasa bila ada demand yang berterusan & komposisi susu ibu yang dihasilkan mengikut apa yang ibu makan & minum.

Jangan risau kekurangan susu sebab badan sendiri akan adjust komposisi susu.Walaupun kuantiti berkurang sikit dari biasa, nutrisi yang terdapat dalam susu ibu pasti masih cukup untuk keperluan anak.Tapi apa pun ibu tetap kena ambik langkah berjaga-jaga untuk memastikan penghasilan susu masih optimum & tak berkurang secara mendadak.

Kalau ibu nak berpuasa sambil menyusu anak di bulan Ramadhan.Ibu boleh rujuk tips-tips dibawah ni.Apa yang kita fikir, yang kita cakap, yang kita rasa & kita buat adalah hantaran doa kepada Allah.Allah mengikut sangkaan hamba-Nya.Doa seorang ibu adalah doa yang senang makbul.Apa ja yang ibu lintaskan dalam hati pasti jadi kenyataan kalau Allah nak makbulkannya.Tak perlu menanti duduk bertelekung di sejadah menadah tangan.

"Bukankah apabila Allah berkata kun (jadilah) fayakun (maka jadilah)?Kalau Allah izinkan ia berlaku, bila-bila masa ja apa yang kita hajatkan akan jadi kenyataan".So, berhati-hati dengan ucapan kita, ibu!!.Mintak & doa benda yang baik ya!.Sentiasa positif yang susu ibu mesti ada & cukup untuk si comel ibu.

1. Cukup Rehat

Berasa letih saat berpuasa tu lumrah, apatah lagi kalau si ibu baru ja menyusu.Cuba untuk beristirahat sebentar, dengan tidur atau sekadar relaks menenangkan fikiran.Ibu menyusu perlu taw, semakin kerap payudara dihisap oleh bayi, maka penghasilan susu akan semakin banyak.Jadi, bila ibu rajin menyusu semasa berpuasa, penghasilan susu ibu akan tetap lancar.

2. Pengambilan Air 

Kandungan utama susu ibu ialah air.Pastikan ibu minum air yang cukup dari tempoh selepas berbuka puasa hingga ke waktu sahur.Ibu digalakkan minum air suam & kalau boleh elakkan ais.Air suam membantu cepatkan pengaliran bendalir dalam badan.Selain tu, minum segelas susu setiap kali sahur boleh mengurangkan ancaman anemia bagi ibu hamil & menyusu.Anemia adalah berkurangnya kadar hemoglobin (Hb) dalam darah.

3. Mengepam Pada Waktu Malam

Pastikan ibu mematuhi jadual mengepam setiap hari macam biasa sepanjang bulan puasa untuk memastikan demand yang berterusan pada breast.Ni adalah contoh jadual mengepam di bulan puasa (bagi ibu yang masih buntu atau belum ada jadual mengepam yang konsisten):

Sesi 1-Selepas sahur atau sebelum Subuh.Masa ni hormon prolaktin tinggi, biasanya kuantiti susu lebih meriah berbanding waktu lain.

Sesi 2-Pam pada waktu tengahari, jam 12.

Sesi 3-Pada sebelah petang sebelum balik ke rumah.

Sesi 4-Sebelum tidur (agak-agak jam 11/12 malam)

*Jika ibu takda masa untuk mengepam pada waktu siang?Lakukan lebih aktiviti mengepam pada waktu malam.banyak demand, banyaklah supply ya!

4. Jangan Stress Jika Susu Kurang

Ibu rasa susu ibu berkurang?Jangan risau, teruskan mengepam supaya ada "demand and supply".Sentisa berfikiran positif & jangan stress.Stress boleh kurangkan penghasilan susu ibu.

5. Pengambilan Milk Booster.

Ibu dah kehilangan banyak tenaga & air setiap kali selepas menyusu & memerah.Jadi, setiap kali selepas menyusu & memerah, ibu digalakkan makan & minum.Makanan yang perlu diambil tak semestinya 2 pinggan nasi lemak atau 3 mangkuk laksa (ni untuk menambah lemak dalam badan ye lah, hihi).Ibu boleh cuba menggunakan milk booster macam Mamom Milk Booster atau Umma Lacto Milk Booster bagi menggalakkan susu badan.Amalkan ni pada bermula waktu berbuka hingga waktu sahur.Breast akan cepat refill sebab paras air & tenaga yang hilang tadi dah ditingkatkan semula.


Mamom Milk Booster

Umma Lacto Milk Booster

6. Elakkan Minuman Bikarbonat dan Minuman Berkafein

Ketahuilah bahawa kandungan gula dan kafein boleh mengganggu penghasilan susu ibu kalau diambil berlebihan.

7. Amalkan Madu atau VCO

Ibu jugak sangat digalakkan untuk memakan madu atau VCO setiap hari sepanjang berpuasa sebab ia merupakan sumber tenaga semula jadi.Selain daripada menambah stamina, ia mampu meningkatkan kadar serapan kalsium dalam tubuh.VCO atau Minyak Kelapa Dara macam D'Aura jugak amat sesuai untuk ibu menyusu.


D'Aura Minyak Kelapa Dara


8. Jangan Abai Sahur

Jangan meninggalkan waktu bersahur.Ibu kena amalkan sahur setiap pagi.Lambatkan sahur supaya makanan yang ibu ambil masa sahur tu menjadi sumber simpanan tenaga untuk meneruskan penyusuan & puasa dengan baik pada siang hari.Makanlah makanan yang kaya dengan protein dan apa sahaja makanan berbentuk sup.Kurangkan pengambilan makanan bergoreng dan berminyak kerana ia boleh mengurangkan nutrisi makanan yang diambil.

9. Banyakkan Buah Dan Sayur

Makanlah buah dan sayur yang ternyata mengandungi banyak khasiat & tinggi fiber yang bukan ja baik untuk tahap kesihatan ibu malah bagus untuk bayi jugak.

10. Makan Kurma Ketika Berbuka

Kurma adalah buahan syurga yang amat ajaib untuk ibu mengandung & meyusukan.Banyakkan makan kurma selepas berbuka puasa hingga waktu sahur untuk tenaga berpanjangan.Buat macam snack ja pun sedap.Breast cepat rasa penuh.InsyaAllah.Tips pengambilan kurma semasa bulan Ramadhan:

1. 3 biji semasa berbuka puasa

2. 1-2 biji semasa bangun menyusu waktu malam-sebelum tidur sediakan 1 bekas berisi buah kurma & 1 bekas berisi air suam.

3. 2 biji sebagai penutup sahur.(buat kurma milkshake untuk sahur pun sedap jugak kan?)

*Ada disebutkan dalam Al-Quran tentang kelebihan kurma untuk ibu mengandung & menyusukan, SubhanAllah!.

11. Bertawakal Dan Berserah Kepada Allah

Kita memang kena berusaha, berserah & bertawakal kepada Allah.Berdoa & memohon supaya dicukupkan susu ibu untuk anak & berdoa dikurniakan rezeki kekuatan & kesihatan untuk meneruskan puasa dengan baik.

Islam agama yang mudah & memudahkan.Kalau ibu mengalami situasi yang menyebabkan ibu tak dapat meneruskan puasa disebabkan komplikasi kesihatan utamanya, Islam memberi rukhsah puasa buat ibu menyusu.

*Tips ni boleh diamalkan selain dari bulan puasa jugak ya.Jum mula sekarang!

Selamat menempuhi ibadah puasa ibu.Ahlan wa sahlan ya Ramadhan!





Keep Reading»

First Giveaway By Izzati Suhaide

First Giveaway By Izzati Suhaide


First Giveaway By Izzati Suhaide
Klik SINI untuk join


Syarat-syarat adalah:

1) Buat tajuk entri "First Giveaway By Izzati Suhaide"

2) Follow blog berikut:

3) Follow IG:
zatiesuhaide, iz_hijabist, rizzdania, azlinda.alin, by_khaty, norazilah72, yanieyusuf, amysyeera, nizam84, anizz_annisaa, mreenadotcom

4) Like Page:



5) Masukkan blog berikut ke dalam bloglist anda:
Izzati Suhaide
Irrayyan
Mastura Din

6) Add facebook Parizan Mohd Zain

7) Follow G+
+Izzati Suhaide 
+Amanda Suria 

8) Like post berikut
http://bitly.com/1Tu9axb
http://bitly.com/21yfZUA
http://bitly.com/1NkfQS0
http://bitly.com/1X9lPvi
http://bitly.com/1OeP5cD
http://bitly.com/1X9lTLl
http://bitly.com/1TnvR65
http://bitly.com/1O1tCJk


Senarai hadiah:
1) Produk VCO - 8 x pemenang
2) Produk Hanalays - 1 x pemenang
3) Flower Shawls - 1x pemenang
4) Tudung Aidijuma - 1 x pemenang
5) Cash RM20 - 1 x pemenang
6) Cash RM10 - 4 x pemenang
7) Topup RM10 - 3 x pemenang
8) Rosesoap - 1 x pemenang
9) Novel Inggeris Far Away by Aisya Sofea - 1 x pemenang


*Hadiah akan bertambah jika penyertaan lebih 50*

Jom Join. Ajak rakan-rakan anda yang lain. Good Luck!

Tarikh tutup 31 Mei 2016 jam 11.59pm


Keep Reading»

Lelaki Taw Memasak, Kemestian Atau Kelebihan?

Lelaki kalau taw memasak, tu satu kemestian atau kelebihan?

Bagi aku kan, kemestian!!, hihi.Sebab takkan lah taw nak makan ja kan?Sekali sekala kalau kami orang perempuan ni nak berehat dari memasak & buat kerja-kerja dekat dapur, suami lah pulak ambik alih.Alah, masak yang ringkas pun ok ja.Kami pun nak jugak rasa air tangan suami kami.Kekadang tu kan orang perempuan ni teringin jugak nak duduk dekat ruang tamu, tengok tv sambil suami masak dekat dapur.Nak test market tengok best ke tak jadi orang lelaki ni, haha.Haip, jangan salah faham ok.Nak menguruskan rumahtangga masih tanggungjawab bersama.Benda-benda macam ni perlu jugak dalam perkahwinan.So, dapat lah kita memahami peranan & perasaan antara satu sama lain dengan lebih baik.Mana taw boleh mengeratkan lagi hubungan kita suami & isteri betui tak?

Haish memang harus lah kan, sebab dibuatnya isteri ni kena p kursus ka, ada hal apa ka, untuk jangka masa panjang pulak, contohnya 1 minggu ka 2 minggu ka.Takkan lah en.suami ni nak angkut anak makan kedai hari-hari?Kesian dekat anak, hihi.So, apa salahnya Babah turun padang sekali sekala masak & bagi anak rasa masakan Babah pulak.Senang lah hati isteri ni anak tinggal dengan suami.Sekurang-kurangnya makan minum anak terjaga, takda lah tak tentu arah.

Dan lagi, kalau lah si isteri dalam pantang, lelaki kena lah masak kan?Takkan hari-hari suami nak makan kedai?Lepas tu takkan lah suami nak makan makanan orang dalam pantang pulak.Memanglah ada ja lelaki yang tak kisah kan, bagus lah kalau macam tu.Tapi hati si isteri ni lah pulak yang tak sampai nak tengok suami makan makanan dalam pantang hari-hari.Sedangkan boleh ja depa nak makan apa pun.Eh, tapi kalau sesama berpantang pun romantik jugak kan, hihi.

Tu lah sebab lelaki tak boleh tidak mesti kena taw masak.

Kelebihan bila lelaki tu memang pandai masak & semua masakan depa adalah marvellous.Macam en.suami aku lah!!.Wah, memang extra package lah untuk aku, hihi.Nak pulak masakan dia tu memanglah lagi bagus & lebih sedap dari aku kan.Boleh lah awak ajar saya memasak kan sayang?Sebab awak kan hebat dah.Biar kita dua-dua pandai masak.Mesti tak bosan masakan yang kita masak sebab tentu ada pelbagai menu.

Keep Reading»

Maafkan Saya, Suami!!.

Beberapa hari lepas, tak sempat aku nak menulis di blog aku ni.Nak ja aku meluangkan masa dekat blog ni.Tapi kekadang tak upaya jugak.

Aku dulukan dengan tulisan & sajak dekat bawah ni.Semoga dapat kita jadikan muhasabah & panduan saat kita menghadapi ujian rumahtangga.

Dua batang kayu disatukan dengan paku.Dua ketul bata disatukan dengan simen.Dua hati disatukan dengan apa?Kata orang, dengan iman.Dua hati yang beriman akan senang disatukan.Kalau dua hati mengingati yang SATU, mesti senang keduanya bersatu.Macam tu lah dua hati suami & isteri, akan senang bersatu bila iman dalam diri masing-masing selalu ditingkatkan.

Bukan tak pernah terguris, bukan tak pernah bertelagah tapi kalau hati sesama masih ada Allah, nak berdamai akan jadi senang datang balik.Yang bersalah senang nak mintak maaf.Yang betui senang nak memaafkan.Takda dendam memanjang.Masam cuma sekejap.Pahit hanya sikit.Tu lah yang ditunjuk oleh teladan rumahtangga Rasulullah s.a.w.Ada ribut tapi hanya dalam cawan, ada gelombang tapi cepat jadi tenang.

Kalau ditanya pada dua hati yang bercinta, siapa yang lebih cinta pasangan dia?Siapa yang lebih cintakan Allah, dialah yang lebih cintakan pasangan dia.Dah tu, janganlah kita hanya fikir macam mana nak kekalkan cinta antara kita berdua.Tapi kita kena usaha dulu agar mencintai pada yang Esa.Kalau kita bersama cintakan yang Maha Kekal, pasti cinta kita akan berkekalan jugak.Insyaallah.

Paku pun boleh berkarat, simen boleh retak, macam tu lah iman.Boleh turun & naik.Iman tu ada 'virusnya'.Virus iman iaitu ego.Jangan ada ego, cinta pasti hancur.Orang ego ni merasa diri dia lebih mulia, pasangan dia lebih hina.So, mana ada cinta?Cinta tu ibarat dua tangan yang saling bersentuhan.Takda tangan yang lebih bersih.Dengan sentuhan, keduanya saling membersihkan.Tapi tangan yang ego, tak nak bersentuhan.Konon takut dikotorkan oleh tangan yang lain!.

Cari lah dekat mana Allah dalam rumahtangga kita.Apa Allah masih dibesarkan dalam solat yang kita dirikan bersama ahli keluarga kita?Apakah dah lama rumah kita jadi pusara akibat kering zikir & bacaan Al-Quran?Penyakit ego menimpa bila hati dah tak terasa lagi kebesaran Allah.Orang yang ego ni cuma tengok kebesaran diri dia lalu pandang hina pada pasangan dia.Hati yang ego tu mesti dibasuh dengan rasa tauhid melalui ibadah.

Firman Allah, 
"Dan berilah peringatan.Sesungguhnya peringatan tu memberi manfaat kepada orang mukmin".

Sedangkan orang mukmin pun kena diperingatkan apatah lagi kita yang belum mukmin ni?Iman tu boleh menambah & berkurang.Untuk pastikan ia selalu bertahan & bertambah, hati kena berterusan bermuhajadah.Lawan hawa nafsu yang duk ajak kepada ego dengan ingatkan yang Allah benci pada orang yang ego walaupun sasaran ego tu suami atau isteri kita sendiri.

Bila kita salah jangan malu mengaku kalah.Cepat mengakuinya & hulurkan kata mintak maaf.Ular yang menyusur akar tak akan hilang bisanya.Macam tu lah suami yang mintak maaf pada isterinya.Dia tak akan hilang kewibawannya bahkan bertambah tinggi.Bukan ka orang yang merendahkan diri akan ditinggikan Allah darjatnya?So, buangkan ego diri dengan biasakan diri memintak maaf tak kira masa kita rasa kita betui, apatah lagi bila kita yang salah.

Kita dalam gelanggang rumahtangga bukan dekat ruang mahkamah.Rumahtangga wadah untuk kita kongsi segalanya.Perkahwinan satu perkongsian, bukan satu persaingan.Kalau kita menang pun apa gunanya?Kita akan tetap terus hidup bersama, tidur sebantal, berteduh dekat bawah bumbung yang sama.

Muhajadahlah sekuatnya menentang ego.Bisik selalu pada hati, Allah cintakan orang merendah diri.Allah benci orang yang tinggi diri.Pandanglah pasangan kita sebagai sahabat yang paling rapat.Kita & dia hakikatnya satu.Ya, hati kita masih dua, tapi dengan iman ia menjadi satu.Bukan satu dari segi bilangan, tapi satu dari segi rasa.Ingat, hanya dengan iman, ego akan luntur, cinta akan subur!.
Maafkan saya wahai suami, kekadang saya rasa saya lah isteri yang terlalu banyak menerima sedangkan awak tak pernah meminta.Kekadang saya rasa, saya lah isteri yang baru terjaga sedangkan awak tak pernah terlena.Kekadang saya bersuara tanpa berfikir, semua kata saya menjadi salah.Datanglah sini & pegang tangan saya.Sementara saya cerita kehidupan isteri harap difahami.Kekadang saya sakiti hati awak, bila saya tolak sentuhan awak, tu tak bermakna saya tak sayangkan awak.Kekadang saya berubah pada pandangan awak, tapi sayang, tu tak betui.Takda apa yang paling saya hargai daripada kehidupan manis bersama awak.Kekadang saya fikir sejuta tahun, ianya terlalu singkat.Saya hanya nak bagi taw betapa sayangnya saya, betapa syukurnya saya, awak pelindung saya.Berjauhan dengan awak, saya lah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita mencipta kerukunan keluarga.Namun saya tetap saya yang ini.Maafkan saya suami.




Keep Reading»

DIDI & Friends Lagu Kanak-Kanak No 1 Dekat Malaysia


Fenomena Didi & Friends


Hora Horey!!! Hangpa pernah tonton tak Siri Animasi Lagu Kanak-Kanak Didi & Friends dekat Astro Ceria atau Youtube? Haaaa, kalau hangpa ada anak kecik bawah 6 tahun, aku memang rekemen sangat bagi anak hangpa tonton Lagu Animasi ni, baby bawah setahun pun layan jugak taw. Silap-silap kita mak bapak ni pun layan sekali, hihi. Memang layan sungguh. Semua lagu dia best. Untuk pengetahuan hangpa, dah lebih 130 juta views di Youtube taw!

Tak caya? Cuba tengok video dekat bawah ni.

Lagu Kalau Rasa Gembira



Lagu Chan Mali Chan



Lagu Lompat Si Katak Lompat

Tudia, layan tak? Ada banyak lagi lagu-lagu Didi & Friends  yang anak hangpa boleh tonton dekat Youtube & Astro Ceria. Gerenti anak hangpa suka punyalah!!.

Ada tak dekat sini yang  nak beli DVD Original Didi & Friends? Kalau ada yang nak beli boleh lah terus p beli online dekat website ni The Baby Store . Ada Volume 1 & Volume 2. Stoknya amat terhad ok.Apa lagi tunggu, dapatkan lah untuk anak hangpa satu!!.








Keep Reading»

Kali Pertama Zahra|Muzium Perak

Sepanjang aku menetap di Taiping ni, memang aku pernah jugak lah melawat Muzium Perak ni.Tapi dah lama aku tak p ke sana.Kalau dulu masa aku p, masuk percuma ja.Sekarang dah dikenakan bayaran & bayarannya tak lah begitu mahal.
Harga Tiket

Dewasa dengan pemegang Mykad :RM2.00
Kanak-kanak dengan pemegang Mykid :Percuma
Warga emas & OKU :RM1.00

Muzium Perak ni sebenarnya luas jugak taw, ada dua tingkat.Ada pelbagai jenis haiwan seni tradisional & topeng-topeng.Ditingkat atas pulak dipaparkan sejarah tamadun orang asli.Dekat bawah ni aku ada kongsikan gambar-gambar yang sempat aku ambik.Jum layan gambar ok!!.
Ni lah Muzium Perak.Lawa kan bangunan dia.Dibina pada tahun 1886.
Bahagian tingkat bawah merupakan kawasan haiwan & rangka haiwan.
Rangka gajah, mengkagumkan!
Perkahwinan tradisional Melayu, Cina & India jugak dipaparkan sejarahnya.
Museum kids corner pun ada taw.

Kawan-kawan yang tinggal area Taiping atau luar Taiping, kalau takda idea nak jalan mana dekat Taiping ni aku cadangkan bawak lah anak-anak p melawat Muzium Perak ni.Bukan apa dengan lawatan ke muzium ni dapat bagi banyak manfaat & ilmu pengetahuan pada kita.Kawasan muzium ni pun agak besar & menarik.So, bagi sesiapa yang tak pernah p boleh lah plan p hujung minggu ni.Insyaallah anak hampa mesti seronok.

Selain bawak anak, nak bawak Mak Ayah, Tok, Tokwan & Adik Beradik pun boleh jugak.Boleh lah terus p melawat Zoo Taiping, Taman Tasik Taiping dan lain-lain tempat menarik yang berdekatan jugak kawasannya.Harapnya dapat lah entry ni menolong sesiapa yang nak jalan ke mana hujung minggu ni.


Keep Reading»

Baca Ni Dulu Sebelum Beli MaMom Milk Booster

Kebanyakkan ibu terutama "first time mother" mengalami banyak masalah dalam penyusuan susu ibu ni.Antara yang selalu aku dengar dikalangan ibu bersalin ni ialah tentang susu badan yang sikit & semakin berkurang.Penyusuan ibu ni bila kita sebut nampak mudah ja.Betui ka semudah tu?Dah kalau mudah kenapa masih ramai ibu yang tak berjaya nak menyusukan anak depa?sama lah macam aku situasi ni.

Penyusuan susu ibu ni pun memerlukan ilmu taw.Dulu masa aku mengandungkan Zahra, aku ada jugak membaca pasal kehamilan, penyusuan & juga penjagaan baby.Tapi bila dah bersalin, aku masih tak berjaya menyusukan Zahra secara direct selepas bersalin malah ditambah pulak dengan susu formula sebab susu aku yang tak cukup tu.Masa tu kan rasa sakit, sedih. stress, down & macam-macam lah lagi.Nasib baik tak meroyan ja ha, hihi.

Tapi, Alhamdulillah syukur sangat-sangat sebab aku ada suami yang amat memahami.Banyak bagi sokongan & tak bagi tekanan pada aku.Takda rezeki aku nak menyusukan Zahra.Apapun aku berharap untuk next baby aku akan lebih bersedia dengan segala kaedah & kemudahan yang ada sekarang.

Penyusuan ibu ni memerlukan protein yang mencukupi bagi menambah susu ibu.So, kita kena lah mencari alternatif lain yang lebih mudah & jugak berkhasiat.Aku sekarang tengah berkenalan dengan MaMom Milk Booster .Mana lah taw nak merancang baby kedua pulak ka, so aku akan lebih bersedia, hihi.Berangan!!.Aku rasakan pengambilan supplemen adalah sangat penting bagi ibu menyusu sebab bila ibu sihat, penghasilan susu ibu pun bertambah & anak kita pun ceria.

Dekat bawah ni aku nak kongsikan antara supplemen ibu menyusu yang aku dah research.Eceh, research hang!!, haha.So, bagi sesiapa yang mengalami masalah penyusuan tu, insyaAllah supplemen ni boleh membantu hangpa sebaiknya.

Jenama Milk Booster Pilihan.


Mesti ramai ja ibu-ibu dekat luar sana pening kan bila nak beli milk booster  ni sebab banyak sangat lambakkan jenama-jenama milk booster ni di pasaran.Bila survey punya survey, study kelebihan & kekurangan, akhirnya tak jadi beli sebab pening kepala nak pilih yang mana satu.Aku pun jenis macam ni lah.Bila tak jadi beli atau bertangguh, susu badan mulalah berkurang.Ini memang sangat serius.Tambahan pulak stress nak pilih jenama yang mana satu pun jadi salah satu faktor yang menyumbang susu berkurang.

So, macam mana cara kita nak banyakkan susu ibu dengan memilih milk booster yang berkesan?


Dekat pasaran ada pelbagai jenis milk booster macam dalam bentuk tablet, serbuk, pil, perisa susu, perisa coklat dan macam-macam lagi.Dalam entry ni aku nak kongsi satu jenama yang sangat top dikalangan ibu-ibu menyusu iaitu jenama MaMom.

Ok takpa, kalau hangpa jenis yang sangat sibuk & takda masa, aku sarankan hangpa cuba produk MaMom Milk Booster ni.Sebab produk MaMom Milk Booster ni dalam bentuk tablet.So senang kan, kekadang ada orang yang tak boleh nak ambil secara serbuk.Kalau aku, aku lebih senang ambil secara tablet atau pil.Selain tu, botol dia jugak tak besar, hangpa nak bawa kemana-mana ja pun boleh.Mudahkan?

Ciri-Ciri MaMom Milk Booster

  • Tablet kunyah yang mudah!
  • Susu melimpah-limpah
  • Berkesan seawal 24 jam ( *berdasarkan ribuan testimoni diterima)
  • Ada sijil Halal JAKIM, KKM dan lulus lab test SIRIM
  • Digunakan di hospital dan farmasi
  • Produk Malaysia, kini dieksport keluar negara
  • Produk tambah susu PALING DIPERCAYAI ibu menyusu di Malaysia dan Indonesia


Copp!!.Sebelum tu jum kita tengok apa kata ibu yang pernah guna MaMom Milk Booster ni.Macam mana ibu-ibu ni dah jatuh cinta & mendapat kesan yang sangat positif selepas menggunakan supplemen ni.

Ibu 1
"Alhamdullilah.. rasa susu dah banyak. Pagi ini dapat 8oz.. syukur sangat-sangat... rezeki anak"

Ibu 2
"Alhamdullilah.. selepas 2 minggu susu bertambah-tambah meriah.. ini baru pusingan pertama pump.. 3 hari pertama makin dah nampak susu makin bertambah.. inshaAllah akan repeat order"

Ibu 3
"Saya baru makan semalam.. pagi tadi breast sudah bengkak.. saya terus pam, sebelah sahaja boleh dapat 1 botol penuh.. biasanya 3oz pun payah.. Alhamdullilah seronok sangat."

Ibu 4
"Salam sis.. ada berita gembira! Susu dah banyak tau sis.. Hari tu kan saya beritahu hari 1st consume MaMom susu tiba-tiba drop.. tapi saya nekad teruskan jugak amik MaMom.. dan hari ini bila pump sebelah sahaja dapat 7-8oz. Total kedua belah dapat 15oz. Sangat terkejut sis sebab sebelum ini belum pernah dapat banyak ini."

Ibu 5
"Ada perubahan. Alhamdullilah increase, officemates pun try. Now semua nak order. Nak repeat order 4 kotak"

Ini hanya sebahagian kecil ja feedback mengenai produk ni.Ada banyak lagi sebenarnya.
Dekat mana nak dapatkan produk ni?

Hangpa boleh dapatkan terus melalui The Baby Store.Hanya order online ja.Terus sampai ke rumah hangpa.

Kenapa aku sarankan beli melalui The Baby Store?Ni sebab setiap belian hangpa membeli di website ni, hangpa dapat kumpul mata ganjaran dimana hangpa dapat tebus pada belian seterusnya. Wah, memang menjimatkan!!

Oppss!!.Lupa.Setiap pendaftaran baru, hangpa dapat 200 mata ganjaran yang boleh ditebus untuk belian pertama.Wow.

Selain itu, ni adalah website yang boleh dipercayai.Kalau hangpa rasa risau bab-bab kena tipu dengan seller online ni, di website ni hangpa tak perlu risau.Konfiden 100% selamat.Website pun cun!.

Jum klik link ni ---> http://thebabystore.com.my/MaMom-Milk-Booster
Kongsikan kebahagiaan , kongsikan kebaikan.
Jangan fikir panjang lagi & biarkan anak hangpa tak dapat merasai susu yang paling berkhasiat di dunia ni iaitu susu ibu.Insyallah aku doakan kejayaan hangpa & aku jugak dalam perjalanan penyusuan ibu ni.

Happy Breastfeeding Mommies!!.




Keep Reading»

Duit Hasil Berniaga Hadiah Untuk Anak

Hai semua!!.Selamat berhujung minggu, aku minggu lepas keluar ke Taiping untuk hantar surat di PPD.Macam biasa lah rutin aku sekarang.Sejak bekerja seorang ni semua pun nak kena buat.

Ok lah, bila dah datang Taiping ni, berseorangan pulak, terus teringat dah lama nak belikan Zahra sesuatu yang dah lama aku idamkan nak beli.So, boleh lah aku belikan dengan hasil jualan aiskrim Malaysia aku tu.Kalau boleh memang aku nak belikan Zahra meja kecil dengan kerusi sekali, senang dia nak duduk kan.Mesti hampa tertanya kan, kecik-kecik lagi dah belikan meja kenapa?sebabnya aku tengok Zahra ni kalau p mana-mana, dia cukup berkenan dengan meja kecil.

Tu ha meja dalam gambar dekat atas tu lah yang aku belikan tadi untuk Zahra.Punya lah seronok dia, nak pulak meja tu ada gambar kartun kegemaran dia lagi lah dia teruja.
Yang kakak sakinah pun seronok jugak tengok meja Zahra.Siap puji-puji lagi ha.Tetiba dua-dua orang ni jadi rajin pulak nak menulis.Apa pun seronok tengok depa.
Semoga anak Bonda ni jadi anak yang berguna, rajin, soleh & semua lah yang terbaik untuk Zahra.
Meja dekat atas tu aku amik stok yang baru.Kalau boleh tak nak lah yang display kan.Jenuh lah gigih PakNdak dengan Ibu Zahra pasang meja tu.Haih, comel ja meja Zahra tu kan?So, kalau dah cantik tu harus lah taw macam mana cara nak guna kan, hihi.Ni kecik lagi takpa lah, dimaafkan.

Keep Reading»

Sedap Dengar 'Tak Mau' Dia

Seronok tengok perkembangan anak kita kalau dah bercakap kan.Aku pun sendiri jadi teruja bila Zahra dah boleh bercakap sikit-sikit & mintak sesuatu.Walaupun tak fasih, tapi Zahra menunjukan yang dia semangat dalam berkomunikasi.

Ni antara perkataan yang Zahra pandai cakap contohnya:Mama, Papa, Opah, Tok, Wan, & boleh kata semua panggilan dalam keluarga dia boleh sebut.Tapi takda lah fasih betui kan.Dah pandai mintak susu, mintak ikut, pandai cakap 'tak mau', tapi bercakap cara dia lah.Dia punya 'tak mau' tu cukup sedap aku dengar, haha.Tu dekat bawah aku ada masukkan video, jemput tengok na.

Nombor pun dia dah boleh dah, tapi bunyinya macam ni, satu, dua, tida, ampat, lima, enam, ujuh, lapan, milan, seuluh.Aku duk taip ni pun rasa nak gelak ha.Kira ok lah kan.

Tu lah antara sebahagian daripada perkataan yang biasa.Ada ja lagi yang lawak didengar.Memang seronok!!.

Takpa lah apa pun aku & suami, kami selalu nak menghabiskan masa yang banyak untuk Zahra.Dapatlah kami cuba untuk kenal isi hati Zahra lebih mendalam.Nak buat semuanya dengan dia, nak bercakap banyak dengan dia.Kami harap supaya hubungan ni semakin erat & supaya daya percakapan Zahra semakin meningkat.




Keep Reading»

Cermin Mata Baru Mak

Rasanya cermin mata lama Mak dah nak kena tukar dengan yang baru.Mak cuma boleh nampak tak sampai 10% pun dari cermin mata yang sedia ada.Ini mungkin disebabkan power mata Mak dah bertambah, tapi keadaan cermin mata tu sendiri pun dah memang kabur.Aku pun dah tak ingat bila tahun aku buatkan cermin mata Mak yang tu.Kena cari jugak cermin mata baru ni.

Kebetulan hari tu aku ada nak beli barang sikit, so kami pun bergerak ke Econsave Kamunting.Jarak dari rumah lebih kurang 5km.Dapat parking pun tak berapa jauh dari pintu utama.Memang senang sikit untuk aku dengan family yang seadanya ni.

Pada mulanya aku singgah di satu kedai di pintu utama.Nak taw harga cermin mata baru.Agak ramah jugak penjual cermin mata dekat sini, senang sikit nak bersembang.Tapi tak dapat nak lama, sebab ada pelanggan lain yang datang pada masa tu.

Aku pun p beli barang dulu dekat dalam Econsave.Econsave ni besar pun tak berapa besar jugak lah.Puas jugak lah memusing satu Econsave.Nak beli barangnya sikit ja, rambang mata yang lebih, hihi.

Selesai beli barang ja, aku keluar & singgah di kedai cermin mata yang aku p tadi.Orang takda pun dekat kedai tu.Aku pun membelek-belek lah cermin mata yang sesuai untuk Mak aku dekat sini.Harga pun boleh tahan.
Mak pun setuju lah dengan design cermin mata yang aku pilih.Tambah dengan cermin UV protection & bila panas jadi gelap.Mata Mak diperiksa sekali lagi untuk memastikan power cermin yang akan dibuat.Pertambahan power pada mata bahagian kanan.Silau pun ada bertambah & yang pastinya duit pun bertambah lah ya, hihi.Lepas selesai semuanya, aku diberitahu yang cermin mata Mak akan siap dalam masa seminggu.

Dalam masa seminggu aku pun dapat panggilan telefon dari kedai cermin mata yang Mak buat hari tu.Dengan pantas aku & Mak p mengambil cermin mata baru Mak yang dah siap.Lega rasa bila dapat buatkan Mak cermin mata baru.Senang sikit Mak nak membaca, mengaji.Boleh tengok semuanya dengan jelas balik, Alhamdulillah.
Comei dak Mak kami?



Keep Reading»

Hari Usahawan SKSA

Seperti biasa lah kan, zaman sekarang ni sekolah buat hari usahawan atau hari kantin.Kata budak sekarang the best ever day ialah Hari Usahawan, yaka?

Hari Usahawan ni mula dijalankan pukul 10.00 pagi hingga 3 petang.Tapi aku pulak turun dari pejabat pukul 11.00 lebih.Kena selesaikan kerja sikit dulu.Masa aku turun tu, aku pun tak sangka nampak meriah jugak ha.Dah tu aku terus ja ke gerai-gerai jualan tu nak cari makan.Lapar!!, hihi.

Macam biasalah kan dekat sini semua urusan dengan kupon.Satu buku kupon RM10.00.Aku dah berhabis dekat sini RM20.00, hihi.Takpa lah bagi sokongan pada sekolah kan.

Ramai ja yang jual makanan sedap-sedap.Nasi lemak, ayam goreng, burger, nugget, laksam & macam-macam lagi lah.Dah naik berpinar mata aku tengok makanan, haha.Yang aku sempat beli laksam & ayam goreng.Siap tapau lagi!!.Tudia, gila membeli belah hang.Puaslah aku duk meronda sana sini.Sebenarnya ada ja gerai lain yang dibuka tapi tak semua lah aku ambik & letak dekat sini.



Ada jugak buat tayangan filem.Ada 2 bilik tayangan dibuka untuk hari tu.Menarik lah tayangan buat adik-adik dekat sekolah ni.Aku tak p masuk pun, takda geng lah, haha.
Lepas tu ada tuju lagu, 2 lagu 50sen.Murahnya!!.Djnya cikgu Kelantan, ulang-ulang lagu pantai timur lah.Dah rasa macam duk di Kelantan pulak ha, haha.Tapi menarik lah.
Ada game roket air wei, macam best ja kan?Untuk main roket air ni gunakan kupon bernilai 50sen seorang & siapa yang dapat masukkan botol air dalam gelung tu siap dapat hadiah gula-gula lagi.Memang dapat sambutan betui game rocket ni.Penuh ja!!.Abang- abang cleaner pun seronok cuba game tu, nampak?hihi.

Meriah jugak Hari Usahawan yang dianjurkan sekolah aku ni.Memang tak sangka pulak sambutannya agak baik.Guru besar pun nampak seronok, cikgu-cikgu pun.Semoga tercapai matlamat depa, InsyaAllah.





Keep Reading»

Berbaloi Miliki Si Aldo Compatto


Aku rasa baby stroller ni merupakan salah satu kemudahan yang wajib ada untuk keluarga yang ada anak kecil.Nak pulak yang kaki travel.Dan hari ni aku nak kongsikan kelebihan Aldo Compatto ni dengan hangpa.Salah satu keistimewaannya ialah boleh kita bawak ke dalam kapal terbang taw!.Wah, menarik kan?

Selain tu, kalau hangpa tak nak kereta hangpa sempit disebabkan baby stroller, Aldo Compatto ni lah jawapannya.Senang ja nak angkut kemana-mana.Boleh main campak-campak ja dalam bonet tu, hihi.Memang berbaloi beli si Aldo ni, sebab apa?Baca bawah ni:


Reka bentuk yang “Super-Compact” dan ringan (52x44x18cm bila dilipat), empat tayar, buka dan lipat boleh dibuat dengan satu tangan, seat boleh laras dan fabrik boleh dibuka   dan dibasuh.

Kurang kedalaman tempat duduk berbanding baby stroller yang standard, sedikit   beralun jika diatas permukaan yang kasar dan bakul shopping yang kecil.

Hangpa taw, rekaan baby stroller ni adalah hampir sama dengan jenama terkemuka Babyzen YOYO.Perbezaan ketara dia adalah kualiti dia sedikit berbeza terutama fabrik & frame stroller dia. Tapi ianya masih berbaloi untuk kita miliki sebab harga dia jugak jauh lebih murah & ianya boleh lipat dan buka dengan satu tangan.Teruja tak dengar?haha.

Walaupun kualiti dia sedikit kurang berbanding Babyzen YOYO tapi ianya masih berbaloi & berganda sebab banyak aksesori yang diberi & padding seatnya lebih tebal & seat boleh dibaringkan sehingga 180° berbanding Babyzen YOYO hanya lebih kurang 150°.Maknanya ia jugak sesuai untuk Newborn.So, bakal-bakal ibu tu boleh lah mencubanya.

Kalau hangpa beli si Aldo ni, apa yang hangpa akan dapat sekali dalam kotak tu?

  • Chassis
  • Seat cover and backrest
  • Hood
  • Raincover
  • Manual instruction
  • Cup holder
  • Bumper bar
  • Stroller bag
  • Shoulder strap
  • Stroller restrap
  • Newborn leg cover

Apa yang aku suka pasal si Aldo ni?

Ianya sangat “Rare” untuk mencari buggy stroller yang betui-betui tahan lasak.Si Aldo ni adalah buggy stroller yang sangat berbaloi untuk dimiliki sebab rekaan yang lasak & ringan.Ianya sangat sempurna terutama siapa yang tinggal dekat bandar.

Kelebihan terbesar si Aldo ni adalah saiznya apabila dilipat iaitu berukuran 52 x44 x18cm dimana hampir sama saiz handbag yang oversize.Wau!!.

Tambahan pulak stroller ni mudah dikawal dengan satu tangan tapi perlu hangpa jaga jugak sebab tak boleh dibiarkan stroller hangpa tu terlepas tanpa dipegang sebab stroller ni ringan & bila ditiup angin ianya boleh bergerak dengan sendiri.So, kena hati-hati ya!.

Stroller ni sesuai digunakan dari bayi yang baru lahir sehingga berat anak hangpa 18kg.Berat stroller ini hanya 5.95kg ja & mudah dibawa kemana-mana sebab disertakan jugak dengan shoulder strap & stroller bag.Memang mudah sangat!.Boleh dikatakan stroller ni sangat inovatif & sangat lasak.Memang bagus untuk keluarga yang suka berjalan-jalan & yang tak suka kalau stroller tu penuh ja ruang dekat dalam kereta depa.Untuk dapatkan si Aldo ni, aku rekemen hampa beli di The Baby Store .  
Sebab apa?sebab ada diskaun hebat menanti hangpa.Selain tu setiap pendaftaran baru akan menerima 200 Reward Points yang boleh ditebus pada pembelian pertama & setiap ringgit yang hangpa belanja akan dapat mata ganjaran untuk ditebus pada belian seterusnya.Sangat awesome wei!!!.Penjimatan berganda taw.Dah tu, hangpa duk tunggu apa lagi?serang lah!!, haha.



Keep Reading»