A'Bloom Koleksi Terbaru Dari Althea

Assalamualaikilum semua.

Hari ni dah 27 Syawal kan. Ada yang masih dalam mood raya ka?. Hari ni aku nak share dengan hangpa, hari tu sebelum raya, aku ada simpan stok barangan beauty. Ya lah, nak raya kan. Harus lah nak cantik. Bukan rumah dengan baju ja nak cantik, muka pun nak cantik jugak, hihi.

Aku ni jarang lah nak berhabis duit untik barang beauty ni. Sebab aku rasa macam barang beauty ni semua mahal-mahal, huhu. Tapi kan hangpa, bila dah kenal dengan jenama beauty ALTHEA dari Korea ni, rupanya harganya mampu milik lah jugak. Serious hangpa, mampu milik!. Kalau hangpa tak percaya, jom aku cerita dekat hangpa satu persatu barangan ALTHEA yang aku terima nun jauh dari negara Korea ni.

4 Produk Dalam Kotak Althea A'Bloom



Ni ha, cantik kan kotak depa. Siap tema raya tu hangpa!. Pandai lah orang Korea ni ambil hati kita kan, haha.


Cantik depa bungkus kotak, pinky!.


Apa yang ada dalam kotak Althea A'Bloom ni ialah  A'Bloom BHA Blackhead Blaster, Mask Muka yang diasaskan dari buah-buahan, Giant Meringue Puff & jugak 3 pcs Baby Meringue Puff.

Mask Muka A'Bloom Dari Althea (RM2/1pc)

Mask Muka A'Bloom Dari Althea

Aku suka mask dari A'Bloom ALTHEA ni, sebab semuanya ada fruit based. Bau dia pun bau buah. Jom aku kenalkan dengan hangpa dengan 4 masks dari A'Bloom Althea ni.

A'Bloom Brightening Lemon Lime - Sparkle Me Bright

Mask ni membantu untuk mencerahkan kulit kerana mengandungi Vitamin C dari Lemon & Lime. Mask ni jugak mengandungi double dose dari ekstrak limau & kapur untuk menghilangkan bintik gelap. Mask ni mengandungi teh hijau yang dapat mencerahkan kulit & menenangkan kulit. Bahan utama dalam mask ni ialah, ekstrak buah niacinamide, citrus limon (lemon), ekstrak buah jeruk citrus aurantifolia (lime), & ekstrak daun camellia sinensis. Mask ni sesuia dipakai untuj semua jenis kulit termasuk kulit kombinasi.

A'Bloom Moisturizing Watermelon - Water Me Long

Mask ni mengandungi ekstrak tembikai & ditambah dengan lavender untuk penghidratan & memberikan lembaoan pada kulit. Buah tembikai mengandungi banyak air. Jadi, ia membantu dalam menyuburkan kukit & menenangkan kulit .

Lavender pulak mempunyai bauan yang indah & memberikan kesan yang menenangkan & menyegarkan kulit.

A'Bloom Nourishing Avocado - Avo Cuddle Me

Mask ni kaya dengan antioksidan jntuk menyuburkan & melindungi kukit daripada faktor alam sekitar yang berbahaya & mencegah wrinkles. Mask ni mengandungi ekstrak avocado & bunga raya (Hibiscus Sabdariffa) untuk memberikan kesan yang lembut pada kulit.

A'Bloom Anti Blemish Peach - Ac Me Peach

Mask ni pulak dapat membersihkan & melegakan kkuit yang sensetifm diadun dengan ekstrak buah peach & tea tree oil untuk mengawal minyak, mengimbangi kelembapan & membersihkan kulit serta melembutkan kulit. Mask ni sesuai untuk kulit berminyak.

Cara Guna Mask Dari A'Bloom Althea

Mula-mula hangpa kena cuci muka dulu. Lepas tu pakai mask di muka. Hindarkan dari bahagian mata & jugak mulut. Biarkan selama 10-20 minit di muka & tanggalkan.

Lepas tu, buat sikit urutan di muka dengan jari-jemari ajaib untik bagi esen mask yang hangpa pakai tu sekata & meresap dengan cepat.

A'Bloom Giant Meringue Puff (RM8/1pc)

Meringue Puff Giant & Baby

Dalam kotak A'Bloom Althea ni jugak ada Giant Meringue Puff. Di mana saiznya lebih besar berbanding baby meringue puffs.

Fungsinya ialah ia boleh digunakan untuk meratakan foundation. Tak kira secara kering atau dibasahkan. Kalau dibasahkan ianya akan menjadi lebih besar sehingga 1.5 kali ganda.

Giant Meringue Puff ni bukan diperbuat dari soan biasa. Ianya diperbuat dari material high density latex free foam. Lembut, kenyal & tak mudah koyak!.

A'Bloom Baby Meringue Puff (RM11/3 pcs)

Baby Meringue Puff ni ada 3 pcs dalam 1 box. Sama macam Giant Meringue Puff jugak, ia diperbuat dari latex yang berkualiti tinggi. Ia boleh digunakan di kawasan mata, hidung & di celah-celah kawasan yang sukar digunakan oleh span & giant puff.

Baby Meringue Puff ni boleh digunakan untuk meratakan foundation atau bedak 2 way cakes. Tak kira lah ketika baby puff badah atau kering.

A'Bloom BHA Blackhead Blaster (RM16)

BHA Blackhead Blaster

BHA Blackhead Blaster ni  direka untuk mengatasi masalah whitehead & blackhead. Bentuk dia memang pratikal, dalam bentuk stick ala-ala lipstick tu kan. Hangpa pusing ja, terus pakai. Boleh di bawa kemana-mana.

BHA Blackhead Blaster ni mengandungi apricot seed powder bagi mengeluarkan sebum berlebihan & tea tree oil yang dapat menenangkan kulit & mencegah kemerahan pada kulit. Ia boleh digunakan setiap hari hari kerana BHA Blackhead Blaster bersifat lembut & tak mencederakan kulit.

Cara Guna BHA Blackhead Blaster Dari A'Bloom Althea

Hangpa kena basahkan muka dulu dengan air suam. Lepas tu keringkan muka dengan tuala. Muka dah kering, baru lah hangpa sapukan stick ni di seluruh muka & hidung hangpa. Selain tu, hangpa jugak boleh urutkan muka hangpa untuk beberapa saat & baru lah hangpa bilas dengan air bersih.

So hangpa, apa tunggu lagi. Cepat lah dapatkan 1 kotak ALTHEA A' Bloom sekarang!. Untuk maklumat lanjut mengenai produk Althea ni, hangpa boleh layari:

Website : ALTHEA

Facebook : Althea

Instagram : altheakorea

6 comments

  1. comel giler puff tu!
    berkenan.
    aida memang guna puff tu utk ratakan foundation.
    tapi, brand lain la.
    lembut.
    sedap nyer golek-golek kat muka :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Comel kan aida. Harga pun mampu milik yg ni + memang extra lembut.

      Delete
  2. Senang dah nak singkirkan black head lepas ni. tak perlu nk sakit2 dah kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan k.ana. Senang ad produk singkirkan blackhead tu.

      Delete
  3. best semua produk yang ada dlm ni

    ReplyDelete