Kipas Hello Kitty Zahra

KOLEKSI BARANGAN HELLO KITTY ZAHRA.


Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak kongsi dengan hangpa koleksi baru barangan Hello Kitty Zahra.

Koleksi Barangan Hello Kitty Zahra

Sebenarnya kakak sulung aku, Kak Da yang mula-mula beli kipas ni. Cuaca pun panas ja kan sekarang, aku pun sebenarnya selalu guna kipas lipat ka apa kalau kekadang duduk dekat luar tak tahan cuaca panas. Dah tu kakak aku bagitaw pasal kipas Hello Kitty  ni. Memang besar sikit tapi masih comel, hihi. Harga pun berpatutan!. Apa lagi laju-laju lah aku kirim dekat kakak aku tu, haha. Zahra pun memang peminat Hello Kitty kan!.

Koleksi Barangan Hello Kitty Zahra

Zahra sebelum ni memang duk kumpul koleksi barang dari Hello Kitty. Aku pun apa lagi, tumpang lah sekaki, haha. Koleksi yang terbaru kipas ni lah. Comel ja ha!.

Koleksi Barangan Hello Kitty Zahra

Apa yang menarik pasal kipas ni ialah selain boleh disambung guna elektrik macam biasa, boleh jugak guna power bank kalau kita berada di luar rumah. So, sesuai lah kan kalau macam kita yang ada anak kecik ni kan?. Kalau panas pasang ja kipas ni bila ada aktiviti dekat luar rumah, mudah!.

Kalau hangpa berminat nak dapatkan kipas Hello Kitty ni, kata kakak aku, hangpa boleh dapatkannya berdekatan dengan The Store Sungai Buluh, kawasan kilang katanya. Aku pun tak pernah sampai sana wei!. Aku kirim ja dekat kakak aku. nasib lah aku tak taw tempat, tidak jenuh rambang mata, macam-macam ada katanya. Selamat mencari ya hangpa, haha!.

Keep Reading»

ZooMoo Astro 619 Mempersembahkan Leo The Wildlife Ranger

ZOOMOO ASTRO 619 MEMPERSEMBAHKAN CERITA BARU LEO THE WILDLIFE RANGER.


Rancangan Pendidikan Kanak-Kanak

Antara siaran tv kegemaran Zahra ialah siaran astro channel 611. Tapi Bonda baru taw yang wujudnya ZooMoo astro 619 ni. Dengarnya channel ni best sebab ianya cerita pengembaraan yang menarik di ZooMoo.

Dan yang paling best bulan Ogos ni, Leo The Wildlife Ranger & rakannya Katie bersama-sama anak anjing mereka akan ditayangkan di siaran ZooMoo astro 619. Cuti sekolah anak-anak kita kali ni pasti lebih menyeronokkan kan?. Haish, aku tak nak lah lepaskan peluang melanggan channel ZooMoo ni.

Rancangan Pendidikan Kanak-Kanak
ZooMoo Box

Rancangan Pendidikan Kanak-Kanak

Rancangan Pendidikan Kanak-Kanak

Siap dah kraft Zahra  yang bertemakan ZooMoo  Astro 619 Leo The Wildlife Ranger.

Rancangan Pendidikan Kanak-Kanak

Leo The Wildlife Ranger adalah rancangan tv bersiri mengisahkan ranger junior iaitu Leo & Katie belajar & mengembara mengenal hidupan liar & alam semulajadi. ZooMoo dibawakan oleh At Omen Studios. Disamping mengembara, belajar mengenal alam semulajadi, anak-anak  jugak mampu belajar & mengenal lebih dekat tentang hidupan liar, haiwan serta habitat mereka. Ni dapat membantu generasi anak-anak kita untuk lebih menghargai & menyayangi hidupan lain melalui Leo The Wildlife Ranger.

ZooMoo memenangi the Best Preschool Prorgamme di Asian TV Awards 2016. Ia merupakan saluran tv pendidikan berkualiti tinggi untuk kanak-kanak prasekolah khususnya.

Rancangan Pendidikan Kanak-Kanak

Watak-watak didalam Leo The Wildlife Ranger jugak menghiburkan & bakal menarik minat anak-anak hangpa. Watak utamanya Leo, Katie, Hero & Rocky. Aplikasi ZooMoo jugak boleh hangpa muat turun secara percuma di apps store, dimana anak-anak boleh melihat photo, video, mengenai haiwan & banyak lagi yang menarik. Jadi jangan lupa menonton & bereksplorasi bersama anak-anak dengan menonton Leo The Wildlife Ranger di ZooMoo saluran Astro 619 bermula Sabtu 19 Ogos jam 12.05pm & ulang tayang pada 4.05pm/ 8.05pm.

Hangpa jangan lupa tonton sama-sama ok!

Keep Reading»

Kinder Joy With Suprise!

DAPAT MAKAN CHOCOLATE, DAPAT HADIAH PERCUMA.


Kita kan kalau pasal makan & dapat hadiah memang lah kita suka kan?. Ya lah benda free, siapa nak bagi kan?. So, meh sini aku bagi taw apa benda yang makan chocolate dapat free hadiah tu.

Bentuk bulat macam telur, tapi bukan telur. Boleh terbelah dua macam durian, tapi bukan durian. Warna orange macam buah orange tapi bukan dia, hihi. Haish, macam mana rupanya chocolate comel ni ya.

Dapat Makan Chocolate, Dapat Hadiah Percuma

Dapat Makan Chocolate, Dapat Hadiah Percuma

Percaya tak ni ada hadiah?. Sekejap aku tunjuk taw. Ni ha dekat bawah ni koleksi hadiah yang Zahra dah dapat.

Dapat Makan Chocolate, Dapat Hadiah Percuma

Tengok tu berapa banyak hadiah yang Zahra dah dapat. Boleh bayangkan tak berapa kali dah Zahra duk mengepau aku belikan dia benda alah ni. Dah lah harga, boleh bagi botak kepala, huhu.

Dapat Makan Chocolate, Dapat Hadiah Percuma

Ni lah dia si peminat Kinder Joy ni, dapat makan, & dapat hadiah percuma.

Memandangkan ada yang tak percaya dalam Kinder Joy ni ada hadiah, so aku buat entry ni. Jadi bila anak-anak hangpa sibuk sangat nak mainan kan, hangpa beli ja Kinder Joy ni. Jimat lah sikit dari mainan lain kan?, haha. Dapat makan chocolate lepas tu dapat hadiah lagi kan. Jimat lah sikit belanja, boleh gitu?.

Jum kita berbueno yuk!!!.



Keep Reading»

Semangat Kemerdekaan Meriah Di Sekolah Aku

HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YANG KE-60


Assalamualaikum semua.

Minggu lepas masuk ja sekolah tengok dah terpasang jalur gemilang  serta bendera negeri dekat tapak perhimpunan. Wah, bukan main meriah!. Hujung bulan ni kita akan menyambut  Hari Merdeka kan?. Rasanya semua sekolah pun dah mula pasang bendera di sekolah masing-masing. Apa pun semangat tu yang penting.

Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-60

Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-60

Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-60

Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-60

Hari Kemerdekaan Malaysia Yang Ke-60

Memupuk semangat cintakan negara ni bukan ja dekat tempat kerja, malah ianya perlu diterapkan kepada generasi anak-anak muda sekarang. Selalunya sambutan Hari Kemerdekaan dimulakan dengan upacara menaikkan bendera Malaysia iaitu "Jalur Gemilang". Dan sewaktu bendera Malaysia dinaikkan tu lagu "Negaraku" dinyanyikan bersama-sama dengan penuh semangat.

Lepas tu, ikrar taat setia dilafazkan sebagai janji taat setia rakyat kepada negara. Pada Hari kemerdekaan, pemimpin negara turut memberikan ucapan kepada seluruh rakyat Malaysia. Sambutan yang gilang gemilang akan menjadi perhatin dari pelbagai bangsa malahan ia menjadi tarikan bagi pelancong yang datang ke Malaysia.

Sedar tak sedar kita dah pun nak masuk pertengahan bulan Ogos kan & bakal menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia yang ke-60. Tema Hari Kemerdekaan 2017 ialah Negaraku Sehati Sejiwa.

Apa plan hangpa pada Hari Kemerdekaan 31 Ogos nanti?. Aku takda plan apa pun, memandangkan en.suami pun sibuk duk berniaga kan. Dalam hati ni terasa jugak nak bawak Zahra keluar sambut di Taiping. Kalau Babah dia free boleh lah. Mesti best kan?. Dapat bagi Zahra rasa sambutan Hari Merdeka. Tapi tu lah, kena plan dulu macam mana sebab esoknya tu kan dah Hari Raya Aidiladha kan. Takut sibuk nak tolong Tok Pah buat persiapan raya haji lah.

Keep Reading»

Hobi Zahra Kumpul Mainan

KOLEKSI MAINAN ZAHRA


Assalamualaikum semua. Selamat berhujung minggu !!.

Well, aku rasa mesti ada diantara hangpa yang anak hangapa suka kumpul mainan macam anak aku ni kan, hihi. Tapi ni macam Bonda dia ja yang lebih kan, haha. Zahra duk kumpul model-model dari anime atau movie, koleksi mainan dari mc donalds & macam-macam lagi.

Hobi ni macam kena spend duit lebih sikit kan, tapi berbaloi. Silap-silap kalau kena koleksi kita tu kemudian kita jual balik selepas 3, 4 tahun tu mesti harga dah mencanak-canak naik gila. Ceh, berangan tu, haha. Tapi kan yang lagi best bila satu tema koleksi tu kita berjaya kunpul semuanya.

Ha, kat bawah ni hangpa tengok koleksi Zahra.

Koleksi Mainan Zahra

Koleksi Mainan Zahra

Koleksi Mainan Zahra

Koleksi Mainan Zahra

Koleksi Mainan Zahra


Keep Reading»

Raintown Mee Sotong

MEE SOTONG TAIPING & NASI AYAM HAINAN TERBAIK


Assalamualaikum semua & selamat malam.

Hangpa sedia maklum tak yang dekat Taiping ni macam-macam makanan duk ada. So, memang sesuai lah kalau aku selalu kongsi tempat makan best di Taiping ni kan?.



Mee Sotong Taiping, Nasi Ayam Hainan Terbaik

Hari ni aku nak kongsi lagi satu port makan best dekat Taiping, atau dengan lebih tepat lagi dekat daerah Kamunting. Belakang Masjid Kamunting. Raintown Mee Sotong ni baru  beroperasi pada minggu lepas. Raintown Mee Sotong ni jugak merupakan perniagaan suami aku & kawan dia.

Mee Sotong Taiping, Nasi Ayam Hainan Terbaik

Kalau hangpa nak makan Mee Sotong, Pasembur, Nasi Ayam Hainan, boleh lah datang ke Raintown Mee Sotong ni. Kedai ni dekat dengan Masjid Kamunting, di belah belakang. Hangpa semua mesti kena cuba kalau dah sampai Taiping taw!. Balik boleh buat modal cerita dekat kawan-kawan, haha.

Raintown Mee Sotong ni tentu akan menjadi pilihan hangpa sebab konsep "mudah & pelbagai" gitu. Macam-macam ada dekat sini wei. Mee Sotong, Nasi Ayam, Pasembur, Roti Bakar Telur Meleleh & macam-macam lagi lah.

Mee Sotong Taiping, Nasi Ayam Hainan Terbaik

Mee Sotong Taiping, Nasi Ayam Hainan Terbaik

Nasi Ayam ni macam versi chinese style gitu taw. Aku sebelum ni kalau nak makan ayam versi chinese style sah-sah aku terjah The Chicken Rice Shop. Tapi yang tu agak pricey lah kan. So tak boleh amal selalu, haha. Untuk versi rakyat marhaen macam aku ni, yang harga mampu bayar, kaedahnya Nasi Ayam suami aku ni lah aku terjah, hihi.

Mudah ja nak cari lokasi Raintown Mee Sotong ni hangpa. Terletak betul-betul belakang Masjid Kamunting. Apa pun meh aku kongsi info lokasinya dengan hangpa semua na.

Alamat : No.14. Jalan Medan Kamunting 5, Medan Kamunting, 34600 Kamunting, Perak.

No.Tel : 019-5055354


Jemput singgah na hangpa!.



Keep Reading»

Budak Suka Makan Durian!

PEMINAT BUAH DURIAN


Assalamualaikum semua.

Aku tak suka makan durian, haha. Walaupun rasa dia sesedap mana pun. Aroma terapi dia tu berpanjangan yang nantinya kalau dah bercampur dengan bau kepam, boleh buat hangpa muntah hijau. Tapi takpa lah dah tak makan duk diam-diam ja lah kan?, haha.

Suami aku duk tak boleh terima kenapa aku tak suka makan durian, hihi. Pelik dia kata. Siap cakap durian sedap woo!. Makan sebiji pun tak cukup.

2,3 minggu yang lepas kan, pokok durian dekat dengan rumah mertua aku ada luruh jugak. Seronok lah Zahra dengan Babah dia makan durian. Si Zahra tu suka sangat durian taw?. Masa kecil dulu pun Babah dia dah ajar makan kan, jangan jadi macam Bonda katanya, haha.

Peminat Buah Durian

Peminat Buah Durian

Peminat Buah Durian

Tu hangpa tengok lah cara dia makan durian. Bukan main lagi ha. Kalau biar dia makan, sebiji pun dia boleh habiskan, haha. Memang anak Babah part ni.

Alhamdulillah, sebab bila dia makan tu takda lah dia jadi demam ka, cirit birit ka, risau jugak kan. Makan lah Zahra dah awak suka.


Keep Reading»

Ayah Mertua Kembali Ke Rahmatullah



Assalamualaikum semua.

Alfatihah..innalillah hiwainna ilaihirajiun.. DaripadaNya kita datang dan kepadaNya jua kita kembali. Minggu lepas, 28.07.2017 bersamaan 4 Zulkaedah 1438H, jam 7.30 pagi, ayah mertua yang dikasihi pergi jua menghembuskan nafas yang terakhir, allahu. Tak terbendung rasa kesedihan ni, rasa kehilangan ni.


Ya Rahim, campakkan lah rasa ikhlas dan redha aku, anak-anak, ahli keluarga & saudara mara arwah dengan pemergiannya. Aamiin. Alfatihah. Semoga roh ayah ditempatkan dikalangan orang-orang beriman dan beramal soleh.

Kehilangan orang yang tersayang dalam hidup kita memang suatu yang menyedihkan. Tetapi kenangan bersama tetap berada dalam ingatan. Tak akan terpadam selagi jasad dikandung badan.

Kenangan demi kenangan yang tercipta sepanjang menjadi menantu ayah. Walaupun hanya untuk 4 tahun Allah izinkan aku menjadi sebahagian dari kehidupan dia. Allahu Rabbi, sesungguhnya ayah insan yang banyak membantu aku & suami. Dengan tenang raut wajahnya, lembut tutur bicaranya, gurau senda dia, sedih hati ni. Terkadang sengan tak sedar, mengalir air mata. Semuanya dalam kenangan.

Keep Reading»