Zahra Suka Pakai Inai!.

ANAK SUKA PAKAI INAI


Assalamualaikum semua. 

Anak suka pakai inai

Zahra kan suka cantik-cantik, tu yang inai pun dia suka pakai, hihi. Yang ni tak ikut aku ok, sebab aku tak suka pakai inai.

Ni dia baru bubuh semalam, Pak Ndak dia lah tolong letak inai dekat kuku dia tu. Pandai pulak Pak Ndak dia letakkan inai tu, tak comot pun, hihi.

Anak suka pakai inai

Anak suka pakai inai

Tu ha jari dia pakai inai, comel ja. Siap pakai kaki tangan tu. Esok hilang warna inai tu nak pakai pulak lah tu. Haih lah Zahra, macam-macam lah awak ni!.


Keep Reading»

Dekorasi Hiasan Rumah

IDEA DEKORASI HIASAN RUMAH


Assalamualaikum semua. Harap semuanya sihat & bahagia sentiasa di samping keluarga. Selalu share pasal anak, pasal makan ja kan. So, kali ni nak share pasal dekorasi rumah pulak lah. Dah lama pendam hasrat nak cerita pasal dekorasi rumah ni, tapi maklum ja lah blogger tenggelam timbul macam ni lah kan. Sekejap ada, sekejap hilang.

Untuk hangpa yang dekat luar sana yang bekerja tu, macam mana hangpa deko rumah hangpa ya?. Tapi hari ni aku nak cerita pasal deko rumah kakak ipar aku lah, bukan rumah aku taw, hihi. Sebab cantik ja aku tengok deko rumah dia so aku nak sharekan lah dengan hangpa semua.

Sejak jadi isteri & ibu ni kan, memang syok sangat tengok deko rumah orang semuanya lawa-lawa. Takpa lah cari idea dulu nak mendeko, esok ada rumah sendiri senang. Cewah, berangan!.

Setahu aku lah kan, semua barang yang kakak ipar aku deko rumah dia ni dia beli dari Romantika. Kakak ipar aku ni memang rajin bab-bab mendeko rumah ni. Romantika kan memang banyak barang untuk mendeko, cantik-cantik sangat.

Idea Dekorasi Hiasan Rumah

Idea Dekorasi Hiasan Rumah

Idea Dekorasi Hiasan Rumah

Idea Dekorasi Hiasan Rumah

Walaupun nampak macam padat tapi still kemas & tersusun. 

Ok harapnya hangpa dapat lah sikit-sikit idea dari perkongsian aku ni. Lain kali aku tunjuk sudut lain pulak ya, hihi. Bila lah boleh nak deko rumah sendiri agaknya ya. Insyaallah, satu hari nanti, amin. Sampai sini dulu ya. Selamat mendeko buat hangpa semua!.



Keep Reading»

Jumpa Dengan BFF Tersayang

Best Friend Forever


Assalamualaikum semua.

Dah sekian lama tak jumpa, finally dua minggu lepas baru lah aku berkesempatan jumpa bff tersayang, Syarina. Tu pun jenuh nak plan taw, huh!.

Actually Ahad tu ada kenduri bapa saudara dia dekat kampung. So, dia plan, p kenduri sekejap lepas tu boleh lah lepak-lepak tengahari tu. Nasib baik en.suami aku tak balik minggu tu.

Yang bestnya, ni first time baru aku sampai rumah dia lepas dia kawen taw. Dia kawen pun dah nak masuk 4 tahun rasanya, haha. Sorry darling!.

Yang anak aku ni pulak si Zahra, duk perhati ja segala gerak geri anak BFF aku ni, Adam Rayyan. Nak-nak pulak si Adam ni jenis tak boleh duduk diam, asyik bercakap ja. Sampai Mama dia iaitu BFF aku gelarkan dia Azwan Ali, haha. Zahra perhati ja. Nak ikut jejak lah tu!!, hihi.

Rasa seronok bila sekali sekala dapat hang out macam ni dengan BFF walaupun sekejap!. Berjanji bagai nak bawak aku ni p makan apa, last-last janji tinggal janji. Benci taw!!. Lepas ni kita plan lain ok.

Best Friend Forever

Mak-mak ja yang over posing. Si anak macam tak berminat pun, haha.

Keep Reading»

Traveloka Lancarkan Traveloka Sale-Abration Sehingga 31 March Ini!

RANCANG PERCUTIAN DENGAN TRAVELOKA

rancang percutian dengan traveloka



Assalamualaikum semua. Pejam celik, pejam celik sekejap ja dah nak habis bulan March kan?. Rasa macam baru semalam ja melangkah masuk tahun 2017.

Ada yang dah start plan nak p holiday ke mana-mana ka musim-musim cuti ni?. Aku pun teringin jugak nak p holiday, almaklumlah cuti tahunan banyak lagi ha, hihi. Kalau ikut hati, memang semua tempat aku nak p tapi kalau ikut pada budget tu, nak kena plan lah nak p mana kan.

Tudia aih, duk berangan dah ni. Harap lah jangan sekadar berangan-angan ya. Kena start usha promosi hujung tahun ni. Mana taw ada diskaun kan jimat lah sikit.

So, tak perlu lah aku nak perkenalkan lagi kepada hangpa apa tu Traveloka sebab aku rasa tentu hangpa pun dah taw kan?. Traveloka ni memang dah sangat dipercayai ramai sebab ianya memudahkan kita memdapat syurga percutian idaman kita. Wah, gitu!. Sebut ja percutian bajet, percutian mewah, atau trip kerja semuanya jadi mudah dengan adanya Traveloka ni.

Tak percaya??. Betul lah. Urusan merancang percutian melalui Traveloka ni jadi lebih mudah sebab proses 2-in 1 dimana kita dapat menempah tiket perjalanan & tempat penginapan dalam satu apps!. Malah kita dibagi pilihan untuk menempah melalui apps yang didownload dalam phone ataupun terus dari website depa.

Tapi kan aku rasa lebih mudah kalau kita teeus mendownload apps Traveloka dalam phone kita. Selain dapat memudahkan kita untuk membandingkan harga, menempah tiket flight atau merancang perjalanan seterusnya, kita dapat menjadi orang pertama yang taw mengenai berita & info Traveloka Apply-only hot deals dengan satu klik ja. Hah, hebat kan?

Apps macam ni memang dah babyak muncul macam cendawan selepas hujan kan?. Sekarang semuanya online ja. Tapi Traveloka masih mampu berdiri megah sebab kepercayaan dari ramai kaki travel yang tetap setia dengan Traveloka untuk merancang setiap perjalanan & percutian depa. Nak taw sebab apa?.

Sebabnya orang suka bercuti dengan Traveloka ialah:

TRAVELOKA MEMUDAHKAN


Macam hangpa semua taw betapa awesomemya Traveloka ni. Sebab kita dapat buat pilihan yang paling berbaloi untuk tempahan tiket penerbangan & hotel penginapan kita ke destinasi pilihan kita. Yup!, yang pastinya semua dalam satu platform!.

TRAVELOKA MENGUNTUNGKAN


Dengan Traveloka kita akan dapat harga bersih!. Segala harga yang kita nampak masa nak tempah tu, harga tu lah yang kita kena bayar. Takda caj tambahan, takda caj tersembunyi. Wah, untung tak?

Ok jum kita tengok apa pulak kelebihan bila berurusan dengan Traveloka untuk flight deals & hotel deals.

FLIGHT DEALS


Flight ni kalau boleh kita pilih yang murah-murah ja. Asalkan selesa & sampai dengan selamat, sebab duit tu lebih baik guna untuk beli ole-ole, haha. So, bercakap pasal flight ni, ada yang suka naik MAS, ada yang suka naik Air Asia, dan ada yang tak kisah naik mana-mana pun asalkan harga berpatutan.

Dengan Traveloka ni, kita boleh bandingkan harga flight diantara banyak syarikat penerbangan yang ada. So, dapat lah kita pilih yang mana berbaloi dengan membandingkan pada setiap aspek dengan hanya di hujung jari!.

Ni ada berita baik pasal harga penerbangan domestic & antarabangsa yang mesti hangpa suka, tapi yang tu sekejap lagi aku bagitaw na, hehe. Sabar!.

HOTEL DEALS


Sama jugak macam kos penginapan, bagi aku untuk hotel ni kalau boleh nak harga semurah yang boleh, haha. Ya lah, nak tidur ja kan. Sebab kita p bercuti ni nak jalan-jalan. Kalau nak tidur tu baik kita tidur dekat rumah, lagi best, hihi.

Tapi dalam pada nak murah tu, kita mesti lah nak yang selesa, & selamat. Tak kan p bercuti nak tidur hotel yang menakutkan, kita tengok pun seram sejuk, macam berpenghuni ja ha. So, Traveloka ni adalah kunci kepada semua yang kita inginkan. Yeah!.

Banyak hotel yang menjadi partner kepada Traveloka ni, lebih dari 100 hotel taw dekat asia ni. So, boleh lah kita pilih hotel yang sesuai dengan destinasi kita. Ya lah, takkan backpacker nak pilih suite mewah pulak kan, dan macam tu lah ada jugak pilihan untuk percutian family ataupun untuk sesiapa yang nak honeymoon. Haish, mood honeymoon tiba-tiba mucul, haha.

Dan kita jugak boleh pilih hotel dengan citarasa kita. Sama ada kita nak yang tenang dekat tepi pantai atau nak tengok keiindahan kota raya tempat orang. Nak tempat senang shopping ka, atau cari lokasi bersejarah & penuh adat. Tepuk dada, tanya selera. Senang cakap semuanya mudah lah dengan Traveloka ni.

TRAVELOKA SALE ABRATION


rancang percutian dengan traveloka


Ok, macam yang aku cakap dekat atas tadi, aku nak kongsikan berita baik buat hangpa semua. Dari 10hb hingga 31hb March ni, Traveloka akan melancarkan sebuah kempen yang dinamakan Traveloka Sale-Abration yang mana mampu membuatkan kaki travel, geng backpacker atau lovebirds yang nak mencari lokasi romantis untuk honeymoon bakal senyum lebar.

Dengan Traveloka ni, hangpa semua dapat terbang ke awan dengan harga murah tersangat wei!. Harga bermula dari RM40 untuk penerbangan domestic dan bawah RM100 untuk penerbangan antarabangsa.

Ha, takda idea nak p mana?. Jangan risau. Bukak ja laman web Traveloka, confirm juling biji mata tengok hotel-hotel indah dengan harga yang mampu milik. Nak lagi juling mata tu, dapat lagi potongan diskaun sehingga 79% untuk penginapan sempena Traveloka Sale-Abration ni. Fuhh, terbaik kan?

rancang percutian dengan traveloka

Ha, mudah kan dengan Traveloka ni. Aku dah install Traveloka Apps dah dekat phone. Nak usha-usha nak p mana lah ni, hihi. So, kalau hangpa ada planning jugak nak holiday ke mana-mana, jangan lupa layari laman web Traveloka ni untuk dapatkan info mengenai promosi Traveloka Sale-Abration ni. Apa lagi, jom p holiday!!.

Untuk maklumat lanjut:

Website : TRAVELOKA Malaysia

FB : Traveloka

Instagram : traveloka






Keep Reading»

Kuah Rojak Classic Recipe

KUAH ROJAK HOMEMADE


Kuah rojak sedap

Classic Recipe, ha sedap tak nama tu? Hihi. Aku yang letak nama tu untuk kakak aku yang sedang nak berjinak-jinak ke arah parttime bisnes ni. Kakak aku ni nama dia Kak Tina.

Kak Tina ni memang pandai  buat kuah rojak. Tinggal tak upload dekat FB ja lagi ni. Tapi selalunya dia amik tempahan kalau ada order ja. Kuah rojak dia memang menjadi pujaan ramai dah dekat kawasan rumah kami ni, haha.

Macam aku ni pun rajin duk tempah dekat dia. Tak mahal pun satu bekas macam gambar dekat atas tu RM6.00 ja. So, sekarang ni aku nak buat tempahan melalui online pulak untuk dia. Sebelum ni dia jual depends pada permintaan ja. Tapi takpa lepas ni hangpa kalau nak cuba, boleh lah order melalui aku ya!. Cuma kalau jauh tu ada postage lah ya.

Kuah rojak sedap

Kuah rojak sedap

Aku kadang belasah makan dengan epal hijau ja, hihi. Kena dengan mangga muda ka, jambu air ka nak makan dengan kuah rojak ni, lagi pergh!. Kalau takda tu belasah ja lah makan dengan apa yang ada. Ni nak cakap ni, kuah rojak ni sedap taw!. Cukup rasa, cukup pedas!. Bukan sebab kakak  aku yang buat ya aku cakap macam ni.

Menurut Kak Tina, kalau tak cukup pedas, boleh ja tumbuk cili lepas tu campur ja. Pergh!!. Lepas tu kan kalau rajin tumbuk kacang tanah, gaul dengan kuah rojak. Tudia, sedap wei!. Duk tulis pun duk rasa terliur dah. Buah epal pun habis dah ni, haish nak kena cari buah jugak ni.

Keep Reading»

Selamat Bertunang Anak Saudara!!.

Assalamualaikum. Baru hari ni aku dapat update entri setelah berberapa hari, huhu. Sibuk pulak sekarang ni. 

Syukur alhamdulillah, jumaat lepas 17 Mac 2017 seorang anak saudara suami aku telah melangkah selangkah lagi ke alam percintaan dua sejoli, wah gitu!!. Anak saudara suami aku telah bertunang dengan seorang pilihan hatinya yang berasal dari Baling, Kedah.

Ucapan selamat bertunang

Ucapan selamat bertunang

Ucapan selamat bertunang

Setelah hampir beberapa tahun depa mengenali hati budi masing-masing, akhirnya depa sepakat nak meneruskan hubungan depa selangkah lagi. Tahniah aku ucapkan buat depa. Selamat Bertunang Syukri & pasangan.

Ucapan selamat bertunang

Semoga depa kuat untuk menempuh hari-hari mendatang. Pelbagai dugaan & cabaran dah diharungi, aku doakan agar depa dipertemukan dalam rahmat & kasih sayang Allah. Semoga depa diberi kekuatan untuk terus melangkah ke hadapan sebab dekat depan sana banyak lagi ranjau yang kena depa tempuh. Aku doakan agar hubungan depa akan terus kekal sampai ke akhir hayat. Amin.

Keep Reading»

Banyakkan Susu Ibu Dengan MOMMA® Pregolact™

MOMMA® PREGOLACT™, MILK BOOSTER BUAT IBU HAMIL & MENYUSU




Assalamualaikum semua. Kebanyakkan ibu-ibu sekarang ni kan terutama 'first time mother" banyak yang mengalami masalah dalam penyususan susu ibu ni. Antara yang selalu aku dengar dikalangan ibu-ibu baru bersalin ni ialah tentang susu badan yang sikit & semakin berkurang.

Penyusuan susu ibu ni bila kita sebut nampak mudah ja. Betui ka semudah tu?. Dah kalau mudah kenapa masih ramai ibu yang tak berjaya nak menyusukan anak depa?. Sama lah macam situasi aku dulu. Penyusuan susu ibu ni pun memerlukan ilmu taw. Penyusuan susu ibu memerlukan protien yang mencukupi bagi menambah susu ibu. So, kita kena lah mencari alternatif yang lain yang lebih mudah & jugak berkhasiat.

Aku sekarang  tengah berkenalan dengan MOMMA® Pregolact™ Milk Booster. Mana lah taw nak merancang baby kedua pulak kan? Hihi. So, aku akan lebih bersedia. Berangan wei!!. Aku rasakan pengambilan milk booster adalah sangat penting bagi ibu menyusu sebab bila ibu sihat, penghasilan susu ibu pun bertambah & anak kita pun ceria.

Apa tu milk booster?. Milk booster adalah penambah susu badan. Rasangan yang terbaik  untuk meningkatkan production susu ibu secara semulajadi ialah baby kita iaitu dengan cara direct feed. Menyusu secara terus & kerap. Selain dari direct feed ni, kita boleh lah ambil makanan tambahan yang boleh kita percayai boleh menjadi milk booster pengeluaran susu ibu dengan jayanya.

Dekat bawah ni aku ada nak kongsikan dengan hangpa antara milk booster untuk ibu menyusu & ibu hamil yang aku dah research. Eceh, semangat research tu!, haha. So, bagi hangpa yang mengalami masalah penyusuan tu, insyaallah milk booster ni boleh membantu hangpa dengan sebaiknya.

Mesti ramai ja ibu-ibu dekat luar sana pening kan bila nak beli milk booster ni sebab banyak sangat lambakkan jenama-jenama milk booster ni di pasaran. Bila dah survey, study segala kelebihan & kekurangan, akhirnya tak jadi beli pulak sebab pening nak pilih yang mana satu boleh jadi milk booster yang terbaik. Aku pun selalu jadi macam ni taw bila nak beli apa-apa.

Bila dah betangguh tak jadi nak beli, susu badan mula lah drop. Ni memang sangat serious taw. Tambahan pulak bila kita dah stress nak pilih jenama yang mana satu, tu pun jadi salah satu faktor yang menyumbang kepada susu drop.

Di pasaran ada pelbagai jenis milk booster macam dalam bentuk tablet, serbuk, pil, perisa susu, perisa coklat & macam-macam lagi. Dalam entri ni aku nak kongsikan satu jenama yang sangat top dikalangan ibu-ibu menyusu iaitu jenama MOMMA® Pregolact™ Milk Booster.

BACA INI DAHULU SEBELUM BELI MOMMA® PREGOLACT™ 


milk booster buat ibu menyusu & susu untuk ibu hamil

MOMMA® Pregolact™ Milk Booster ni adalah produk susu bernutrisi yang boleh membantu ibu yang hamil & menyusu untuk kekal sihat & cergas. Ia jugak dapat membekalkan nutrisi yang lengkap buat anak di dalam kandungan atau anak yang disusukan. MOMMA® Pregolact™ Milk Booster jugak dapat meningkatkan & memekatkan susu ibu. Produk ni merupakan milk booster paling dipercayai ibu menyusu di Malaysia.

Selain tu MOMMA® Pregolact™ Milk Booster adalah produk susu yang diformulasi dengan Activ-4 Plus  & dikhaskan untuk ibu hamil & menyusu yang mementingkan kecantikan, kesihatan, tenaga ekstra, perkembangan otak bayi yang baik & meningkatkan kuantiti & kepekatan susu badan.

milk booster buat ibu menyusu & susu untuk ibu hamil

Aspek-aspek ini penting bagi setiap wanita yang bergelar isteri & ibu :

✔Cantik - Membantu menghalus , melicinkan & mencantikkan kulit ibu & bayi.

✔Sihat - Membantu memberi kesihatan yang baik & merawat stress.

✔Bertenaga - Membantu memberi tenaga segera buat ibu-ibu yang sering keletihan.

✔Bijak - Mengandungi EPA & DHA yang dapat membantu meningkatkan perkembangan otak bayi.

✔Milk Booster - Melancarkan saluran susu, meningkatkan pengeluaran serta kepekatan susu badan bagi ibu yang mempunyai masalah susu kurang.

KELEBIHAN MOMMA® PREGOLACT™


☑Meningkatkan kuantiti susu ibu (milk boster).

☑Memekatkan susu ibu (bayi lebih kenyang & tidur lena).

☑Mencantik & menghaluskan kulit ibu & bayi.

☑Memberi tenga kepada ibu.

☑Baik untuk perkembangan otak bayi.

☑Meningkatkan kesihatan ibu & mengurangkan stress.

CIRI-CIRI MOMMA® PREGOLACT™

milk booster buat ibu menyusu & susu untuk ibu hamil



✔Puremilik

✔Tiada gula

✔Tiada krimer

✔Rendah lemak

✔Bahan-bahan semulajadi

✔Penggunaan untuk 30 kali (1 bulan)

✔Ada sijil HALAL Jakim & lulus KKM

✔Produk tambah susu paling dipercayai ibu menyusu di Malaysia.

MOMMA® Pregolact™ Milk Booster diperbuat daripada formulasi rahsia & terkini daripada campuran 12 bahan semulajadi termasuk bahan-bahan sunnah yang berfungsi membekalkan nutrisi yang lengkap bagi memenuhi keperluan ibu & bayi. 5 dari 12 bahan semulajadi yang digunakan telah terbukti berkesan dapat membantu meningkatkan kuantiti & menambah kepekatan susu ibu.

Kesan semulajadi akan dapat kita rasakan jika diamalkan berterusan selama 7 hari. Selain diperkaya dengan pelbagai nutrisi MOMMA® Pregolact™ Milk Booster jugak mempunyai rasa susu coklat yang sedap & tak berbau hamis.

KHASIAT MOMMA® PREGOLACT™ BUAT IBU HAMIL & MENYUSU


☑Menaikkan HB.

☑Kurang alahan (morning sickness).

☑Menghilangkan rasa letih, lesu & penat.

☑Meningkatkan perkembangan otak.

☑Mengelakkan sakit pinggang & kejang kaki.

☑Merawat stress.

☑Merawat masalah kulit kepala gatal atau rambut gugur.

☑Meningkatkan imunisasi badan.

☑Penggalak susu ibu (milk booster).

☑Mengurangkan masalah kulit kering atau eczema.

☑Mengurangkan risiko demam kuning.

☑Tenaga ekspress buat ibu yang selalu kepenatan.

☑Kulit ibu & bayi menjadi cantik & halus.

☑Anak cerdas & bijak.

Ok, tunggu dulu!. Sebelum tu jom kita tengok apa kata ibu yang pernah guna MOMMA® Pregolact™ Milk Booster ni. Macam mana ibu-ibu ni dah jatuh cinta & mendapat kesan yang sangat positif selepas menggunakan supplement ni.

TESTIMONI MOMMA® PREGOLACT™

Testimoni Momma Pregolact,milk booster buat ibu hamil & menyusu

Testimoni Momma Pregolact,milk booster buat ibu hamil & menyusu

Testimoni Momma Pregolact,milk booster buat ibu hamil & menyusu

Testimoni Momma Pregolact,milk booster buat ibu hamil & menyusu

Testimoni Momma Pregolact,milk booster buat ibu hamil & menyusu

Untuk tengok lebih banyak testimoni hangpa boleh layari Testimonial Momma Pregolact : Susu Pilihan Ibu Hamil & Menyusu

DEKAT MANA NAK DAPATKAN MOMMA® PREGOLACT™ NI?


Untuk maklumat lanjut mengenai MOMMA® Pregolact™ Milk Booster ni hangpa boleh terus layari Facebook & Website MOMMA:

Facebook : Momma Club


Atau hangpa boleh terus walk in ke kedai beralamat :

MOMMA Industries Sdn Bhd,
No 6-25-3, Tingkat 2, Jalan Medan Pusat Bandar 8A,
Bangi Sentral, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor.

 Hotline tempahan : 016-92306968 / 016-924 6962

Google Map / Waze : Momma Club

Insyaallah aku doakan kejayaan hangpa & aku jugak dalam perjalanan penyusuan ibu ni. Kongsikan kebahagiaan, kongsikan kebaikan. Happy Breastfeeding Mommies!!.



Keep Reading»

First Time Bawak Zahra Tengok Wayang!.

Pengalaman bawak anak tengok wayang


Assalamualaikum semua. Aku suka nak cerita pasal ni. Zahra tak mengamuk ka  duduk dalam panggung tu?.

Ok lah. Hari ni aku nak cerita pasal tu. Kalau nak taw kami suami isteri ni memang kaki wayang. Nak tunjuk tiket-tiket wayang yang aku simpan time bercinta dulu pun tak ingat pulak letak dekat mana, hihi. Ni pun sebab duk jauh takpa lah. Kalau dekat-dekat, maunya tiap minggu p tengok wayang. Eceh, haha.

Asal en.suami balik dari Kedah ja sure tengok wayang. Tu salah satu aktiviti yang wajib ada. Aktiviti wayang ni terhenti lepas aku bersalinkan Zahra. Dekat 2 tahun dah berhenti tengok wayang. Sebab tak berani bawa Zahra masuk wayang takut dia melalak, haru pulak kan.

Pengalaman bawak anak tengok wayang

Sampai lah umur Zahra dah 2 tahun 3 bulan ni, aku berani-beranikan diri bawak dia jugak. Percubaan berjaya. Minggu lepas kami p tengok J Revolusi. Dia tak nangis. Cuma kesian dia duk terkejut bila part aksi-aksi ganaa & bunyi-bunyi kuat. 

Nampaknya lepas ni takda masalah lah nak bawak Zahra tengok wayang lagi. Boleh lah biasakan dia dengan suasana dalam wayang. Dia tak meragam kan, tak menangis dalam wayang tu, lega. Di takda p jalan merata ka apa dalam wayang tu. Mungkin sebab gelap kan, so dia macam takut lah nak kemana-mana, haha.

Zahra pun macam boleh faham pulak tengok wayang tu. Siap dia tanya-tanya. Kenapa darah? Kenapa bergaduh? Kenapa pukul?. Fokus ja tengok cerita melalui celah-celah tangan dia sambil makan popcorn, haha. Tanpa ada bunyi pun!. Sebab takut dia tutup muka dengan tapak tangan dia. 

Kalau berbunyi tu, ada lah tu dia nak tanya apa-apa. Biasa lah budak kan, suka bertanya. Tapi pandai Zahra ni. Dia cakap pun tak cakap kuat-kuat. Cakap slow-slow ja. Siap bisik dekat telinga.

So sekarang dah takda masalah lah nak bawa Zahra p tengok wayang. Sebab dia behave ha. Hari tu aku risau dah takut aku kena keluar dari wayang tu kalau Zahra tak nak duduk. Tq Zahra sebab awak senang di handle bila tengok wayang, hihi.

Hangpa macam mana, pernah tak ada pengalaman bawak anak p tengok wayang?

Keep Reading»

Review Filem | J-Revolusi

J Revolusi  Filem Aksi Melayu Terbaik!



Assalamualaikum semua. Lepas ja p event Caliph hari Sabtu tu, kami p tengok wayang filem J Revolusi. En. suami lah beria sangat nak tengok. En.suami teruja nak tengok cerita ni lepas dia tengok official trailer cerita ni yang nampak macam menarik ja. Terus lah dia ajak aku p tengok lepas habis event tu. Sesungguhnya kami dua ni adalah pengemar filem Melayu. Support industri filem tempatan lah wei!, haha.

So, aku nak buat review sikit lah pasal filem aksi Melayu ni. Sebelum-sebelum ni memang aku ada ternampak 'teaser' poster filem ni dekat panggung wayang lah, dekat tv lah, youtube lah. Wah tak sangka pulak filem negara kita rupanya. Filem ni dah ditayangkan  bermula pada 2 Mac 2017 lagi. Ok lah filem ni. Ada aksi, ada lawak, ada part sedih. Memang best jalan ceritanya!

Sinopsis J Revolusi


J Revolusi mengisahkan tentang seorang ahli Unit Tindak Khas (UTK), Jay Zulkarnain (lakonan Zul Ariffin) yang perlu menyelamatkan adik perempuannya, Dian (lakonan Fazura) yang merupakan seorang agen penyamaran yang telah diculik oleh seorang lelaki misteri yang pernah memerangkap Jay untuk satu kes pembunuhan. Jay berusaha untuk menyelamatkan adiknya walaupun pelbagai rintangan yang harus dihadapi.

Filem yang bergenre aksi & drama ni merupakan arahan  sulung dari Zul Azhar. Zul Ariffin telah dipilih sebagai peneraju utama filem ini. Selain Zul Ariffin, filem ini dibintangi oleh Izara Aishah, Nur Fazura, Farid kamil, Azad Jasmin, Iedil Putra & ramai lagi. Filem yang diklasaifikasikan untuk tontonan 13 tahun ke atas sahaja (P13) & ditayangkan dalam bentuk 2D.

Review J Revolusi



Tepuk tangan dulu!!. Yeah!!. Sekali lagi aku katakan, ni adalah filem Melayu yang tak mengecewakan. Aku puas hati lah menonton filem ni. Serious best!. Rasa macam nak p repeat tengok lagi, haha.

Filem ni membuatkan aku berfikir yang kita tak mampu nak buat semuanya serba sempurna setiap masa. Dan tak semestinya apa yang kita nak tu kita akan dapat. Macam dalam filem ni, watak Jay yang sangat sempurna dengan misi yang dijalankan & berakhir dengan kegagalan dalam misi ni.

Filem ni penuh dengan aksi yang mendebarkan. Seawal 15 minit pertama, kita dah disajikan dengan aksi mantap para pelakon. Membuatkan aku keliru pada permulaan jalan ceritanya. Sebab selalunya di awalan cerita ianya baru untuk pengenalan. Relaks dulu. Tapi dalam filem ni, terus kepada misi yang nak dilaksanakan. Tapi apa pun aku suka dengan semua aksi yang dipaparkan, Dan katanya semua aksi di dalam filem ni dilakukan sendiri oleh pelakon Zul Ariffin & Farid Kamil. Terbaik!. 

Yang menceriakan filem ni adalah watak 'Herman / Skodeng' yang dilakonkan oleh Azad Jasmin, seorang pegawai UTK yang sangat banyak cakap & kelakar. Bila muncul ja watak 'Skodeng', confirm hangpa akan gelak, haha Watak lain macam Dian (lakonan fazura), Eddie (lakonan Izara Aishah) & Andra (lakonan Farid Kamil) turut melakonkan watak depa dengan baik.

Haish kalau boleh nak ja cerita sampai habis, hihi. Tapi kena simpan sikit sebab hangpa kena lah p tengok sendiri wei nak taw best ka tak filem ni. Insyaallah dengan sokongan rakyat Malaysia, filem ni mampu mengutip kutipan "box office". Setiap filem tu ada kekuatannya tersendiri. Ok gais, jangan lupa p tengok J Revolusi na!.  

Berapa Bintang?

Ikhlas aku bagi 

4.5/5 

BINTANG









Keep Reading»

The Journey With Combo Pack Caliph

Caliph Combo Pack


Assalamualaikum semua. Hari ni aku nak sangat berkongsi sesuatu yang bernilai aku rasakan. Aku ni kalau bab anak, memang aku anggap benda tu bernilai taw!, haha.

Hangpa pernah dengar tak Caliph Kids Supplement?. Sebenarnya aku pun baru ja cuba Caliph Kids Supplement ni. Lepas dah tengok testimoni-testimoni  yang menarik, aku rasa teruja pulak nak mencuba. Aku nak cuba untuk Zahra lah ni sebab  Zahra belum lagi ambil apa-apa supplement sebelum ni.

caliph combo pack, peraduan cabutan bertuah  the journey with caliph

Kalau hangpa yang ada anak & berminat nak mencuba Caliph supplement ni memang aku suggestkan. Sebab ianya bermanfaat untuk kesihatan fizikal & perkembangan otak anak kita. Caliph supplement ni mengandungi khasiat dari kurma & estrak buah-buahan untuk memberi nutrisi yang lengkap kepada anak kita.

Caliph jugak ada mengeluarkan produk untuk kanak-kanak seawal baby lagi. Dan kini Caliph muncul dengan Caliph Combo Pack yang pastinya lebih murah & berbaloi untuk dimiliki!.

Untuk pengetahuan hangpa semua, Caliph supplement ni dah berada dipasaran sejak setahun yang lepas & ianya mendapat sambutan yang menggalakkan dari ibu bapa di luar sana. Tambahan pulak dengan karakter kesayangan kanak-kanak Didi and Friends yang menjadi icon Caliph ianya pasti mendapat sambutan yang hangat kan?


Pelancaran The Journey With Combo Pack Caliph Di Alor Setar


caliph combo pack, peraduan cabutan bertuah  the journey with caliph

Kelmarin aku ada menghadiri majlis pelancaran The Journey With Combo Pack Caliph untuk zon utara yang diadakan di De Romansion Snowing Cafe Alor Setar Kedah. Pelancaran ni dihadiri oleh para ibu bapa yang merupakan pelanggan setia Caliph termasuk jugak para media & blogger serta para usahawan.

Pelancaran ni adalah bertujuan bagi memperkenalkan Caliph supplement yang kini muncul dalam combo pack khas yang lebih murah & menjimatkan. Selain tu, majlis pelancaran ni jugak adalah untuk meraikan sempena ulangtahun ke-2 Caliph di pasaran.

Pertandingan Cabutan Bertuah The Journey With Caliph


Sempena ulangtahun ke-2 Caliph ni dipasaran, Caliph berbesar hati melancarkan combo pack ni dengan hadiah & penjiimatan terbaik yang hangpa belum pernah jumpa. Ha, best kan? Dengan combo pack caliph ni, hangpa bukan ja dapat bagi khasiat kepada anak hangpa, malah hangpa jugak berpeluang memenangi hadiah yang Caliph tawarkan.

caliph combo pack, peraduan cabutan bertuah  the journey with caliph

Nak taw tak apa hadiahnya? Wei, tak pernah lagi ada orang bagi hadiah macam ni taw. Hadiah utama merupakan sebuah kereta Proton Iriz disamping hadiah pakej umrah untuk 10 pemenang bertuah.(Seorang pemenang 2 tiket).

caliph combo pack, peraduan cabutan bertuah  the journey with caliph

Selain tu dengan combo pack caliph ni hangpa akan dapat penjimatan harga sebanyak RM29.00 & dapat lagi PERCUMA travel pack bernilai RM12.00. Wah, berbaloi kan?. Jadi kepada yang nak cuba produk Caliph ni boleh lah cuba untuk anak-anak hangpa sebab produk ni mendapat feedback yang baik di kalangan ibu bapa.

Bagi yang tak taw pasal Jus Caliph ni, meh aku bagikan sedikit info.

Manfaat Jus Caliph


caliph combo pack, peraduan cabutan bertuah  the journey with caliph

✔Caliph adalah supplement @ makanann tambahan yang mengandungi bahan-bahan yang bagus untuk anak anda.

✔Dalam caliph ada khasiat dari kurma, kismis, delima, buah tin, madu & aprikot.

✔Khasiat dari sumber-sumber makanan ini elok untuk masalah PENGHADAMAN, ANTIBODI, dan MINDA  anak anda.

✔Mempunyai KKM & Sijil HALAL.

✔Dipercayai oleh ribuan ibu bapa diluar sana.

✔Ribuan botol Caliph telah sampai kepada ibu bapa & anak-anak mereka.

✔Fenomena supplement kanak-kanak terbaik di Malaysia.

Seronoknya sabtu lepas berada di majlis ni walaupun cuaca pada awalnya sedikit panas pada permulaanya namun cuaca mulai teduh bila menjelang petang. Cantik lah set up majlis ni, macam ala-ala english style gitu. Aku suka tu.

caliph combo pack, peraduan cabutan bertuah  the journey with caliph

Dapat buah tangan dari pihak Caliph. Ni lah dia combo packnya, 4 kali ganjaran dalam 1 kotak. Kebaikan berganda-ganda kan?.

caliph combo pack, peraduan cabutan bertuah  the journey with caliph

Buffet spread yang sedap walaupun simple!. Ulang-ulang p ambil makanan, hihi.

caliph combo pack, peraduan cabutan bertuah  the journey with caliph

Aku bawak Zahra & en.suami sabtu tu. Kebetulan pihak caliph buat gimmick pulak masa tu, tetiba ja muncul si Jojo dari Didi & Friends dan jugak Caliph. Bukan main seronok lah Zahra nampak Jojo, tapi dengan Caliph dia takut pulak sampai nangis teresak-esak, haha. Sian Zahra Bonda tu.

caliph combo pack, peraduan cabutan bertuah  the journey with caliph

caliph combo pack, peraduan cabutan bertuah  the journey with caliph

Caliph Combo Pack

caliph combo pack, peraduan cabutan bertuah  the journey with caliph

Alhamdulillah The Journey With Combo Pack Caliph telah dirasmikan dengan jayanya. Hangpa boleh lah dapatkan combo pack ni di pasaran sekarang ya!.

Maklumat Lanjut:








Keep Reading»

Tebus Voucher Dari Zalora!.

Hadiah blogging dari Zalora.


Assalamualaikum semua. Sebenarnya ni kali pertama aku dapat voucher zalora ni. Tapi aku mintak tolong anak saudara aku buatkan. Tak pandai nak buat sendiri. Ya lah dah asyik bukak tutup zalora tapi tak taw nak pilih macam mana, last-last suruh orang tolong buatkan ha, senang!.

Lepas tu gigih lah aku ni mesej anak saudara aku ni mintak tolong tebuskan voucher zalora tu. Masa tu dia kata banyak diskaun, dia suruh aku tengok barang apa aku nak. Dia suruh tangkap gambar tunjuk dekat dia.

Aku nak beli handbag, haha. Sebab boleh dikatakan aku ni penggila handbag & kasut jugak macam Mak aku. Mak aku memang aku tak dapat kira dah berapa handbag & kasut yang dia ada.

Aku dah pilih satu handbag ni, tapi tak taw lah boleh gunakan voucher tu ka tak untuk beli handbag ni. Adoi pening taw memilih!. Dah berkenan warna, tapi tengok bajet ada yang terlebih dari voucher, ada yang terkurang dari voucher. Tapi kan, baru taw kalau beli barang mahal dapat barang 1 ka 2 barang. Kalau pandai pilih dapat 3, 4 barang.

Tapi nak mudahkan anak saudara aku ni, aku suruh ja dia pilih barang apa yang boleh beli dengam voucher tu. Kalau tak boleh beli handbag yang aku nak tu lah. Nak tebus voucher tu ja, kalau tak rugi lah nanti kan?.

Handbag dari zalora, hadiah bloging dari zalora

Ni ha handbag yang aku nak tu, hihi. Sebenarnya kalau boleh semua barang aku nak. Tapi nilai voucher sikit ja, sobsob.. Handbag ni pun ngam-ngam dengan voucher tu harganya. Lepas ni kena mintak anak saudara ajarkan step nak beli barang, nak tebus voucher. Senang lah bershopping lepas ni, hihi.

Handbag dari zalora, hadiah bloging dari zalora

Handbag dari zalora, hadiah bloging dari zalora

Handbag dari zalora, hadiah bloging dari zalora

Eh, cantik tak hangpa tengok handbag aku ni?. Handbag ni comel ja wei. Nak kata besar sangat tak, kecik sangat pun tak. Yang sedang-sedang aja, haha. Ada warna black, brown, blue, khaki. Banyak pilihan warna. Macam yang aku pilih ni colour khaki, aku minat colour ni, so aku amik yang ni lah. Handbag ni aku tak kisah sangat jenama apa, janji aku berkenan. Asal ada ja kan?

Tapi kan, aku berpuas hati sangat dengan serbis dari zalora ni. Handbag sampai ke tangan anak saudara aku dalam masa dua hari ja. Sebab anak saudara buatkan, so guna alamat dia ja lah senang. Alhamdulillah, terima kasih zalora.





Keep Reading»

Sahabat, Awak Istimewa!!.

Sahabat teristimewa.


Terlalu sunyi kehidupan ni tanpa kehadiran seorang sahabat yang sejati. Bertambah sunyi tanpa sesiapa yang menemani. Dalam kita mengharungi keindahan berteman & bergembira, tentunya tercalit sikit atau banyak sembilu yang terbenam di jiwa.


Namun, selalunya sahabat akan terus memendam rasa demi persahabatan yang dia sayang. Diamnya penuh doa agar persahabatan akan terjalin dengan lebih sempurna. Sebarang kekurangan akan dapat diperbaiki segera.


Tatkala berteman, jagalah tutur kata.


Bergurau menambah ceria, namun terlebih gurau jugak akan menukar rasa. Kita jangan samakan sahabat kita macam kita. Mungkin sesuatu yang kita boleh terima & kita anggap simple, namun baginya sesuatu yang sensetive & boleh mengundang hampa.

Selami hati sahabat kita.


Macam mana kita nak dia memahami & menjauhi perbuatan-perbuatan yang tak kita suka?

Seorang sahabat akan menerima segala baik buruk yang ada pada diri sahabatnya. Sebab dia taw, sahabat dia tu tak sempurna & sahabat dia tu memerlukan dia untuk sama-sama memperbaiki sebarang cela.

Kalau kita hanya mencari kesempurnaan untuk menobatkan seseorang sebagai sahabat, kita sedang mencari bayang-bayang hitam yang sememangnya tak akan pernah tergengam.

Kita punya cara dan dia jugak.


Jangan lah kita mempersenda atau memperlekehnya hanya sebab cara dia yang sikit berbeza atau pelik berbanding orang lain. Hormati cara dia sebagaimana ia tak menyalahi apa-apa.

Biar lah dia dengan sifat diamnya, kita tak boleh memaksa dia membuka mulut menjadi macam yang kita suka. Atau biar lah dia dengan kegirangannya dan kita boleh nak tumpang ceria.

Dan paling penting, seorang sahabat tak akan pernah membuka cerita tentang kita kepada teman-teman yang lain. Sahabat akan selalu melindungi sahabat dia dari buah mulut orang lain.

Menegur tak salah, malah tu lah tanda cinta.


Tapi macam mana caranya?. Ajak dia berbincang dengan baik, bersemuka dua muka & bagitaw sedalamnya apa kesalahan yang dah diperbuat. Bukannya kita mencari kesalahannya.

Kalau sama-sama cuba mencari jalan penyelesaian, tu takpa. Kita indahkan cara supaya takda hati yang akan terluka. Apa guna persahabatan yang di luaran memang rapat tak berjauhan, tapi di hati menyimpan sesalan & cemuhan.


Sahabat tu istimewa, sebab perhubungan sejati kerana ilahi tak akan terpisah. Berjauhan akan bersambung melalui untaian doa yang tak sudah. Kematian ditemani kiriman-kiriman doa sebagai hadiah, dan insyaallah bertemu pulak nanti di alam syurga yang indah.

Sumber: Aku Islam

Keep Reading»