Review Filem Crawl

Filem Berkisah Hidupan Liar Alligator

Assalamualaikum semua.

Filem Berkisah Hidupan Liar Alligator
Sumber Google

Aku rasa kan macam dah lama aku tak menonton filem yang berkaitan dengan hidupan liar macam buaya mahupun alligator. Tapi baru-baru ni aku berpeluang menonton keganasan reptilia ni menerusi filem Crawl.

So, apa yang menariknya filem Crawl ni?.

Jalan Cerita Yang Mudah!

Filem Berkisah Hidupan Liar Alligator
Sumber Google

Ni adalah sedikit sinopsis tentang filem Crawl yang mengisahkan tentang seorang wanita bernama Haley ( lakonan Jaya Scodelario) yang dalam misi untuk menyelamatkan bapanya ( lakonan Barry Pepper).

Tapi, misi tersebut tergendala apabila Haley & bapanya terperangkap di bawah rumah depa ketika ribut taufan kategori lima melanda di kawasan kediaman depa.

Namun sebenarnya masalah tu bukan lah yang depa takutkan sebaliknya alligator yang terlepas & hanya menunggu masa untuk menjamah depa merupakan ancaman terbesar bagi depa.

Bagi aku, jalan ceritanya sangat mudah & sangat 'straight forward'.

Hangpa hanya perlu menonton macam mana dua beranak ni berusaha untuk keluar daripada ancaman alligator ni bagi menyelamatkan diri.

Barisan Pelakon Yang Underrated


Filem Berkisah Hidupan Liar Alligator
Sumber Google

Filem ni tak menggunakan pelakon yang ternama. Sebaliknya ia hanya dibintangi oleh Kaya Scodelario, Barry Pepper, Ross Anderson & Anson Boon.

Tapi tu semua tak menjadi masalah sebab semua watak penting dalam filem ni memainkan peranan dengan cukup baik.

Pujian harus diberikan pada pelakon utamanya Kaya Scodelario yang membawa watak Haley dengan terbaik sekali. Perasaan takut, bimbang & sedih semua diterjemahkan dengan sangat cemerlang.

Elemen Suspen, Seram & Terkejut


Sumbee Google

Untuk pengetahuan hangpa, filem ni diarahkan oleh Alexandre Aja yang turut menghasilkan filem The Hills Have Eyes, Piranha 3D & High Tension.

So, tak hairan lah pengarah ni dipilih sekali lagi untuk menghasilkan filem Crawl.

Jalan ceritanya tak meleret, & kita tak payah nak tunggu lama untuk menantikan kemunculan alligator pertama.

Bukan seekor ja taw hangpa, tapi dua ekor!. So, hangpa bayangkan lah macam mana dua beranak tu nak melepaskan diri dariada dua ekor alligator yang besar & ganas.

Elemen suspen & terkejut yang dipaparkan dalam filem ni secukup rasa & tak terlalu keterlaluan.

Malah, disebabkan karakter alligator yang selalu menyorok di bawah permukaan air, babak yang senyap ja pun dah buat kita tak senang duduk.

Kualiti CGI

Sumber Google

Kalau membabitkan watak haiwan dalam sesebuah filem ni kan, elemen yang memainkan peranan adalah kesan khas dia.

Untuk menjadikan setiap pergerakkan & tekstur pada alligator tu bukan lah mudah. Aku rasa filem Crawl ni berjaya menghidupkan buaya menerusi imej janaan komputer (CGI) ke dunia realiti. Kesan khas dia sangat realistik.

Papar Hubungan Anak & Bapa

Walaupun filem ni bagi fokus pada ancaman buaya ja, tapi ia masih menyelitkan kisah antara anak & bapa.

Filem Crawl ni memaparkan hubungan kekeluargaan yang rapat antara Haley & bapanya. Biarpun pihak berkuasa dah melarang Haley daripada memasuki kawasan perumahannya, tapi dia tetap nekad nak mencari bapanya.

Ada jugak dipaparkan babak imbasan bagi membawa kita mengenali lebih dekat hubungan antara depa.

Terasa tacing jugak aku part last filem ni wei. Nak taw kenapa?. Hangpa tonton lah filem ni sendiri nanti, haha.

Secara keseluruhannya, Crawl berjaya membuatkan filem berdurasi 1 jam 27 minit ni, tak terasa lama untuk ditonton. Cerita yang tak meleret & elemen suspennya cukup rencah.

Cuma aku rasa macam simple sangat cerita ni. Tak puas nak rasa takut & suspen, hihi. Apa pun aku bagi 6/10. Hangpa boleh lah try menonton ya!.



8 comments

  1. Orang belum pi tengok lagi, harus sakit dada asyik terkejut ja kan..

    ReplyDelete
  2. Ruby belum tengok lagi cite ni. Last tengok berkisarkan haiwan, file the meg. Yang ikan jerung besar tu. Hehehe.

    Bukan sekor tapi 2 aligatornya. Fuhh.

    Tahniah pada pelakon yang berjaya membawa watak ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. best cerita ni plus ceritanya ringkas ja.

      Delete
  3. tengok iklan promo je setakat ni. tp mcm ada rasa excited nk tengok..hehe

    ReplyDelete
  4. mesti byk terkejut terkejut citer ni.
    buaya besar tu.
    elemen terkejut tu pasti buat kan ia lebih best :)

    ReplyDelete