Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin Untuk Arwah Mak

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin


Assalamualaikum dan hai semua.

Lama menyepi dan tinggalkan blog ni tanpa entry, hihi. Hari ni nak jugak curi masa untuk tulis entry dekat blog ni.

Ceritanya hari Sabtu yang lepas, 21hb Disember 2019, sempat jugak untuk aku sekeluarga buat kenduri serba sederhana untuk Majlis Tahlil arwah Mak yang tersayang serta ahli keluarga yang telah tiada.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Penat tu biasa lah, sebab masak sendiri kan. Penat dalam membuat persiapan. Part masak tu kami bergotong-royong dengan saudara dan jiran-jiran. Yang lain ambik part siapkan tempat makan, mengemas rumah dan siapkan goodies bag.

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin

Kami ada buat goodies bag jugak sikit, saja niat nak sedekah untuk orang tahlil dan orang baca yassin. Sebab kami plan nak panggil kumpulan bacaan yassin dari Kampung Anak Kurau untuk bacakan yassin belah pagi tu. Alhamdulillah, walaupun banyak kenduri hari tu, tapi ada jugak yang berkesempatan untuk datang ke rumah kami. Dalam goodies bag tu kami letak air kotak, mini popcorn, dan set yasin serta tasbih.

Pada dasarnya kenduri kami ni kecil-kecilan ja. Kami cuma jemput orang masjid untuk tahlil, orang untuk bacakan yassin,  jiran-jiran, saudara mara dan beberapa kenalan.

Juadah kami pada hari tu ialah nasi tengahari yang berlaukkan Ayam Masak Merah, Masak Lemak Ikan Masin Nenas, Sayur Salang Masak Lemak Putih, Ikan Sardin Goreng dan Ikan Masin Goreng. Kalau kenduri rumah aku ni kena ada ulam ok. Sambal belacan tu wajib!, haha. Menu untuk majlis ni pun jenuh aku berbincang dengan keluarga aku, siap berapa kali tukar menu dah, huhu. Sori ya gambar menu takda pulak, aku pun takdan nak snap.

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin

Juadah-juadah sampingan pun banyak hangpa. Memang rezeki murah lah hari tu. Mana yang kami tempah lagi, orang sedekah lagi. Alhamdulillah, mewah lah dengan makanan kenduri kali ni. Pelbagai jenis kuih muih ada. Selain tu ada Laksa, Bubur Pulut Hitam, Mee Goreng dan jugak Cendol. Macam-macam lah yang tetamu kami boleh makan hari tu.

Majlis Tahlil yang ringkas tapi meriah dengan juadah. Lepas kenduri tu ada lebihan makan, kami hantar pulak pada jiran-jiran dan saudara mara. Panjang-panjangkan lagi sedekahnya, alhamdulillah.

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin

Syukur, lancar semuanya. Majlis start pukul 10 pagi dan dalam pukul 6 macam tu baru semua setel dan tetamu pun dah balik. Lega dah sempurnakan hajat kami nak buat Majlis Tahlil ni. Seronok sangat bila kenduri macam ni kan. Sebab meriah bila semua ada, makanan banyak, makan ramai-ramai dengan keluarga. 

Ok lah, sampai sini dulu ya!. Ada banyak lagi benda nak share & cerita sebenarnya, tunggu taw next entry!. Bye!.






Keep Reading»

Hilangkan Jerawat Serta Parut Jerawat Seawal 7 Hari Dengan Charcoal Clay Mask By Le.Lab Routine!.

Charcoal Clay Mask By Le.Lab Routine Hilangkan Jerawat Serta Parut Jerawat Seawal 7 Hari.

Assalamualaikum semua. Hai hangpa. Hari ni aku ada nak share sesuatu yang menarik dengan hangpa. Hangpa umum taw kan, zaman sekarang ni, ramai wanita mengimpikan kulit yang wajah sihat, cerah dan mulus. Jadi, tak hairanlah ramai wanita yang sanggup melakukan apa ja rawatan kecantikan bagi mendapatkan wajah idaman depa, termasuklah aku!, hihi.

Melakukan rawatan atau penjagaan wajah ni sangat penting taw. Dengan merawat serta menjaganya dengan baik, kulit wajah akan terhindar daripada jerawat serta masalah-masalah kulit yang lain. Bagi aku, salah satu penjagaan kulit wajah yang kerap  dan mudak utuk kita lakukan adalah dengan penggunaan masker wajah!.

Charcoal Clay Mask by Le.Lab Routine


Charcoal Clay Mask By Le.Lab Routine Hilangkan Jerawat Serta Parut Jerawat Seawal 7

Ni aku nak memperkenalkan pada hangpa satu Charcoal Clav Mask keluaran dari Le.Lab Routine. Berdasarkan kajian dan nasihat dari pakar kecantikan, Le.Lab Routine telah mengeluarkan masker wajah Pertama di Malaysia yang mengandungi Orange Essential Oil. Charcoal Clay Mask (CCM) by Le.Lab Routine ni merupakan produk penjagaan wajah yang berupaya memberikan manfaat dan merawat kulit wajah yang bermasalah. Penggunaan Charcoal Clay Mask (CCM) by Le.Lab Routine ni secara rutin boleh membuatkan wajah kita menjadi sihat dan cantik semulajadi.

Charcoal Clay Mask (CCM) by Le.Lab Routine ni adalah sejenis masker untuk muka yang diperbuat daripada koalin atau clay dan boleh dijadikan sebagai skrub muka jugak. Ianya sangat sesuai untuk semua jenis kulit wajah terutamanya kulit sensitif, berminyak, berjerawat dan breakout.

Charcoal Clay Mask (CCM) by Le.Lab Routine Menutrisikan Kulit Dari Dalam


Untuk pengetahuan hangpa, Charcoal atau arang ni merupakan salah satu bahan semulajadi yang bermanfaat untuk menyerap dan menanggalkan kotoran serta minyak yang berlebihan di wajah dan dalam masa yang sama melembutkan kulit wajah.

Charcoal Clay Mask By Le.Lab Routine Hilangkan Jerawat Serta Parut Jerawat Seawal 7


Pelbagai nutrisi yang terkandung di Charcoal Clay Mask (CCM) by Le.Lab Routine ni dan dipercayai efektif untuk membuatkan kulit wajah menjadi semakin cerah, mulus, bersih dan terhindar dari sebarang masalah.

Keistimewaan Charcoal Clay Mask (CCM) by Le.Lab Routine


Charcoal Clay Mask ni sememangnya diformulasikan dari arang dan lumpur untuk menanggalkan segera kotoran pada kulit wajah tanpa sebarang pengelupasan kulit. Bahkan masker ni turut mengandungi Orange Essential Oil yang dapat membantu proses penyembuhan kulit, terutama hangpa yang memiliki wajah yang berjerawat dengan lebih cepat.

Charcoal Clay Mask By Le.Lab Routine Hilangkan Jerawat Serta Parut Jerawat Seawal 7

5 bahan utama di dalam CCM:

🌼Arbutin – berfungsi merawat parut hitam akibat bekas jerawat dan tona kulit tak sekata.

🌼Orange Essential Oil - Sifat anti-radang yang terkandung pada orange essential oil berupaya mengecutkan jerawat dan mempercepatkan pertumbuhan sel kulit baru.

🌼White Koalin/Clay - kotoran, sel kulit mati dan racun boleh menutup pori-pori. Namun, penggunaan Charcoal Clay Mask (CCM) by Le.Lab Routine dapat menyingkirkan kotoran serta menyedut minyak yang berlebihan dan membersihkan pori-pori tersumbat.

🌼Luffah Charcoal - berfungsi sebagai agen scrub untuk membantu mengeluarkan kulit mati yang berlebihan.

🌼Salicylic Acid - berfungsi sebagai bahan utama untuk mematikan jerawat serta merawat masalah breakout.  

Charcoal Clay Mask(CCM) by Le.Lab Routine boleh didapati di:

Page fb : Le.Lab Routine HQ
Website : LE.LAB ROUTINE
Harga yang ditawarkan : RM69.00 (50g)

Charcoal Clay Mask By Le.Lab Routine Hilangkan Jerawat Serta Parut Jerawat Seawal 7

BERITA BAIK!.

Untuk pembelian 500 unit pertama akan akan mendapat Free Mini Pack Daily Deep Cleanser by Le.Lab Routine (bernilai lebih RM15).

Charcoal Clay Mask By Le.Lab Routine Hilangkan Jerawat Serta Parut Jerawat Seawal 7

Serikan wajah hangpa dengan Charcoal Clay Mask (CCM) by Le.Lab Routine ni. Selamat datang kulit yang mulus, bersih dan cerah berseri serta bebas jerawat!!


Keep Reading»

Melawat Pulau Orang Utan Bukit Merah, Perak

Melawat Pulau Orang Utan Bukit Merah Laketown Resort, Perak


Assalamualaikum semua.

Bulan lepas aku berkesempatan jalan-jalan dekat Bukit Merah. Sempat jugak lah aku dan beberapa kawan blogger join MOU Signing Ceremony Bukit Merah Orang Utan Island Foundation & Seoul Grand Park hari tu. Alang-alang dah p ke Bukit Merah kan. Bukan selalu dapat tengok Orang Utan ni. Walaupun ada yang usik-usik manja kata p jenguk kawan lama ka, haha. Jahat taw!.

Melawat Pulau Orang Utan Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Aku ni pertama kali taw sampai ke Pulau Orang Utan ni. Sebelum ni pernah lah tengok Orang Utan dekat Zoo Taiping tu. Harga tiket nak ke Pulau Orang Utan ni tak silap aku dalam RM30 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Nak ke Pulau Orang Utan ni hangpa kena naik bot merentas Tasik Bukit Merah tu taw. Setiap trip dalam masa 45 minit. Pulau Orang Utan ni dibuka dari jam 9 pagi hingga 4 petang.

Bila sampai ja dekat Pulau Orang Utan hari tu, kami disambut oleh tour guide yang sangat baik dan ramah dekat pulau ni. Sebenarnya tak panjang pun trail untuk tengok Orang Utan ni. Dalam 200 meter ja sebab kita dalam cage meanwhile Orang Utan berkeliaran sini dan sana.

Melawat Pulau Orang Utan Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Tour guide tu ada cakap, kalau bernasib baik dapat lah kami tengok Orang Utan ni. Kalau tak memang seekor dua ja lah yang keluar tayang muka, hihi. Alhamdulillah nasib kami agak baik hari tu, dapat tengok banyak ekor jugak Orang Utan yang ada dekat situ.

Melawat Pulau Orang Utan Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Fun fact, 97% DNA Orang Utan sama macam kita manusia ni. Jenis darah, cap jari, dan hormon depa. Dekat dalam dunia ni ada dua jenis ja Orang Utan, iaitu yang berkulit oren cerah dari Kepulauan Sumatera meanwhile yang berkulit Oren Gelap dari Kepulauan Borneo.

Melawat Pulau Orang Utan Bukit Merah Laketown Resort, Perak

Ni katanya Orang Utan yang tersangatlah  besar saiznya berbanding Orang Utan yang lain. Nama dia BJ. Tapi masa kami sampai tu dia baru lepas makan dan dah naik duduk atas pokok tu. So tak nampak lah dari jarak dekat kan.

Pihak Luar Negara Lebih Menghargai Pulau Orang Utan Bukit Merah

Selama ni kan, aku ingat Pulau Orang Utan Bukit Merah ni mendapat dana dari kerajaan dalam menjalankan aktiviti depa. Rupanya tak weh!. 

Kalau hangpa nak taw, Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (YPOUBM) ni mempunyai 16 ekor Orang Utan yang hampir semuanya lahir disitu. Dibuka pada tahun 2000, YPOUB ni dibina pada masa tu bertujuan untuk membantu Kerajaan Malaysia amnya negeri Perak untuk menjalankan program-program penyelidikan, pendidikan, pemuliharaan dan pemulihan, serta merangkuli dasar-dasar perlindungan Orang Utan yang boleh menjadi rujukan seluruh dunia.

Tapi selepas 18 tahun, masih takda bantuan dari pihak kerajaan dalam membantu yayasan ni untuk terus berkembang dan memberi bantuan penyelidikan, pendidikan dan sebagainya. Sayangnya Pulau Orang Utan ni hanya dikagumi oleh pihak luar negara dari segi pakar rujuk tapi di Malaysia ni ianya dipandang sepi.

Pihak Luar Negara Lebih Menghargai Pulau Orang Utan Bukit Merah

Pada 10 November 2019 yang lalu, satu memorandom Persefahaman (MOU) telah dimeterai diantara YPOUBM bersama Grand Park Zoo (DGPZ) bagi menjalankan program-program penyelidikan selain menjadi rujukan bagi orang utan di zoo depa. Difahamkan depa jugak mempunyai beberapa ekor Orang Utan dan ada diantara Orang Utan yang kurang sihat. Jadi dengan MOU ni, dapat lah membantu depa meningkatkan kecekapan di dalam bidang zoologi, terutama spesis Orang Utan disamping dapat menerokai program-program lanjutan yang saling menguntungkan terutama kepakaran saintifik dalam bidang veterinar dan pemulihan hidupan liar.

Pihak Luar Negara Lebih Menghargai Pulau Orang Utan Bukit Merah

Selain SGPZ ni, bayak universiti dan institusi pengajian tinggi dari Singapura, Australia, United Kingdom, Ka Jepun dan Malaysia sendiri seperti USM, UM, UPM, UKM, Universiti Cyberjaya dan MRSM Pualu Pinang yang menjalinkan kerjasama dengan YPOUBM.

Nampak tak?. Organisasi luar mampu melihat kebolehan dalam bidang saintifik biologi pemuliharaan ni dan membuktikan Malayisa boleh mengeksport pengetahuan dan kepakaran ni ke seluruh dunia.  So kenapa tak organisasi dalam Malaysia jugak nampak dan membantu memberi dana bagi meluaskan program ni?.

Hangpa kalau nak melawat Pulau Orang Utan Bukit Merah Laketown Resort Perak ni, ianya dibuka kepada orang ramai pada setiap hari. Maklumat lanjut boleh hubungi 05-8908110 atau www.orangutanisland.org.my


Keep Reading»