Dah Lama Tak Menulis

Rasa lama sangat aku tak menulis. Rasa rindu dekat blog sendiri tapi kekangan masa yang terlalu padat dengan kerja & kehidupan seharian membuatkan aku tersepit sendiri. Wah tersepit kau, hihi.

Takda yang pelik dalam dunia ni. Semua yang jadi mungkin ada sebabnya cuma kita sendiri ja yang tak taw. Sekarang aku rasa tenang sikit, dah siap pindah rumah. Kalau tak rasa kusut ja, hihi. Bila hati dah tenang, mood nak menulis pun mula datang. Tapi bila kusut memanjang nak tengok blog sendiri pun takda perasaan.

Maaf kawan-kawan blog & yang lain-lain. Aku akan kembali dengan entri-entri menarik dalam sehari dua lagi, insyaAllah. Sabar tu kan 50 peratus dari Iman. Dah tu 50 peratus lagi apa ya? Kerakusan? Hahaha. Sabar ya!!.

Keep Reading»

Jodoh

Mungkin saja ada orang yang bercakap pasal jodoh kita. Jangankan strangers, kenalan sendiri pun kadang-kadang ada yang persoal pilihan jodoh kita untuk mendedikasi hidupnya untuk kita & anak kita. Mustahil kita tak tersinggung. Kita yang ada sepenuhnya 24 jam sebumbung dengan dia. Rumah, kereta, kemana-mana kita dengan dia. Pasti kita yang paling kenal hati budi dia. Tapi insyaAllah semoga perasaan singgung tu dapat kita buang jauh-jauh.

Jodoh. Walau diputus untuk berasingan, kalau dah tertulis  untuk tetap bersama, takanlah terjauhkan. Ngee, terima kasih Ya Allah. Wallahi aku jatuh cinta pada suami aku untuk yang ke berapa ribu juta kali. I am at peace with our life choices now. To be close; us three, is our life goal.

Suami isteri lain suka masa bersendirian. Suka wang berasingan. Suka ada waktu berjauhan. Silakan. Betapa hebat Tuhan dengan sebaik-baik perancangan, kan?. Aku dapat yang sempurna untuk aku, orang dapat yang sempurna untuk depa. Semua seronok. As in, sepatutnya seronok sebab dapat apa yang terbaik untuk diri kita sendiri, kan?

Nak cari pasangan tak perlu pun yang berkopiah, berjubah, serbanis, niqabis. Cukuplah dua-dua nak belajar agama & sama-sama mencari keredhaan Allah. Yang nak terima baik buruk diri kita sebelum & selepas. Kalau tak taw, ajar. Bukan tinggalkan & mencari yang lebih baik. Sama-sama ada kurang jadi sama-sama belajar. Tak taw, tanya. Tak faham, p kelas agama sama-sama. Dia buat silap, perbetulkan silap dia. Bertenang kalau tak dapat apa yang kita inginkan, Allah tu Maha Adil.

Aku tak dapat seorang imam saat pertama dia aku nikahi. Macam dia jugak tak dapat seorang bidadari yang terjaga dari cela & hina dunia fana ni. Tapi sementara ada nyawa, akan aku tenun dia menjadi suami yang mampu menuntun keluarganya. Semoga dia jugak membentuk aku menjadi isteri yang layak dibanggakan dia. Mana taw, usaha ni cukup. Dapat lah kami sama-sama berusaha mencari Tuhannya sehingga jumpa.

Aku sayang suami aku, fillah. Selagi diizin jodoh, aku bersyukur. Kalau diambil semula, aku terima. Dipernahkan bersama pun sudah terlalu besar nikmatnya.

Keep Reading»

Jamuan Hari Raya Keluarga

Assalamualaikum semua.

Hari ni tentu ada yang masih berpuasa untuk sunat Syawal kan? Alhamdulillah rahmatnya. Aku ja belum mula lagi ha, haish. Untuk entri kali ni sebenarnya kakak aku buat rumah terbuka pada hari raya ke-12 lepas. Selalunya setiap tahun kakak aku buat rumah terbuka pada penghujung Syawal tapi tahun ni diawalkan sebab anak dia yang bongsu tu dah balik asrama.

Apa pun majlis berjalan lancar. Tetamu pertama sampai jam 12.00 tengah hari. Semuanya kawan-kawan kakak aku dari media sosial & jugak saudara-mara terdekat seterusnya jiran tetangga lah. Untuk juadah majlis ni memang kami semua yang masak seawal jam 7.00 pagi lagi dah masuk dapur.

Alhamdulillah kami adik beradik dengan Mak lah orang yang paling terakhir balik jam 6.00 petang. Kalau dah berjumpa tu kan bersembang tak sedar masa berjalan cepat. Kami nak gerak balik ke Perak pulak. Jam 11.00 malam baru lah kami selamat sampai di rumah.

Ok, untuk tatapan hangpa, ni merupkan juadah wajib buat keluarga kami, haha. Laksa!!
Juadah lain macam biskut raya, kuih muih, pulut & bubur durian. Yang menariknya buah durian & buah rambutan pun ada ok. Tapi aku terlupa nak shoot gambar juadah ni sebab sibuk duk shoot gambar lain, hihi. Walaupun kepenatan keparas maksima tapi seronok kan sekali sekala berkumpul keluarga macam ni.





Keep Reading»

Resepi Spaghetti Dari Bonda

Assalamualaikum.

Nak share resepi pulak, haih. Hari ni aku nak kongsikan masakan spaghetti yang paling mudah. Tapi rasanya sedap, hihi. Yelah, kadang nak masak sikit ja. Tapi bahan yang ada kena guna banyak. Mahal pulak tu. So, hari tu aku teringin pulak nak makan spaghetti. Aku decide baik beli bahan-bahan lepas tu masak untuk family rasa sekali. Aku tak beli banyak bahan yang biasa ja.

Bahan-Bahan:

  • Pasta San Remo
(untuk sos spaghetti)
  • 1 ulas bawang merah (belah empat)
  • 10 tangkai cabai kering (mesin)
  • Sos Prego Cendawan / Carbonara
  • Daging cincang (Ramly)
  • Sedikit garam, gula, ajinamoto & cukup rasa
  • Secawan air / lebih

Cara-caranya:

1)Tumis bawang merah & cabai kering yang sudah dimesin sehingga naik bau.

2)Bila dah naik bau & kekuningan, masukkan daging cincang, kacau-kacau sekejap.

3)Lepas tu, masukkan satu balang sos prego, satu cawan air, sedikit garam, gula, ajinamoto & cukup rasa.

4)Kacau-kacau sekejap sampai agak-agak daging dah masak.

5)Sementara daging cincang tu masak, boleh lah hangpa rebus air dalam periuk & masukkan spaghetti tu. Aku letak minyak sikit dalam air rebusan tu supaya pasta tak melekat antara satu sama lain. (nak letak marjerin pun boleh)

Dah siap pun dua-dua, toskan air pasta tu & letak sos atas dia. Yummy, selamat mencuba.


Keep Reading»

Baby Wearing Review : I-Angel Hipseat Carrier , Carrier Bagus Untuk Baby 3 Bulan - 36 Bulan

Masa aku mula preggy dulu, keterujaan aku lebih pada nak stroller yang best-best. Sampai termimpi-mimpi lah. Last dapat hadiah dari Abah aku Candy. Masa tu selagi tak dapat stroller tu aku termimpi-mimpi & tak senang duduk lah. Tiap hari duk google usha gambar stroller, haha. Alhamdulillah Candy tu dah banyak berjasa. Nak pakai untuk next baby pun boleh lagi. Aku rasa berbaloi walaupun Abah aku beli dengan harga yang mahal tapi sebab aku guna stroller tu ke sana sini so aku rasa tak membazir pun. Kena guna sebaiknya, nanti Abah aku membebel, hihi.

Selain stroller, aku teringin nak sambar carrier. Masa tu suka sangat dengan brand Boba. Kalau tak dapat Boba dapat carrier brand yang ada jual dekat Mothercare pun kira ok dah bagi aku. Aku ni pun bukan taw sangat pasal carrier yang bagus ni. Tapi sebab harga Boba ni mahal so aku pendam ja keinginan tu. Keinginan tu aku pendam sampai lah Zahra dah besar ni. So, bila anak dah besar takda lah timbul lagi isu aku nak beli carrier untuk anak.

Bila dah kena travel sekarang ni setiap minggu naik train, keinginan tu timbul balik, hihi. Mulalah aku google sana sini. Lepas tu cari seller yang jual harga carrier dengan harga berpatutan. Gigih lah aku kumpul ilmu & belajar pasal carrier ni. Dari situ aku taw yang tak semua carrier adalah ergonomik. Dari situ aku korek-korek Mak Cik google baca setiap review bermacam-macam jenis carrier macam Ergobaby, Pognae, Snuggybaby & lain-lain brand. Brand yang aku sendiri tak pernah dengar pun sebelum ni, ada.

So, yang mana jadi pilihan aku untuk Zahra? Aku pilih JOSH Four Season Hipseat Carrier by I-Angel. Aku pilih Hipseat Carrier sebab banyak kelebihannya yang buat aku tertarik dengan carrier dari I-Angel ni. Ada orang kata hipseat tak elok untuk baby, tapi kan setiap produk tu dah dikaji sebelum diperkenalkan, so pilihan kita sendiri lah kan? Bagi aku, dengan hipseat, baby akan lebih selesa. Hipseat Carrier dari I-Angel ni bukan ja boleh digendong dengan pelbagai posisi tapi ia jugak dibuat dalam bentuk ERGONOMIK.

HIPSEAT DESIGN

Antara benda yang aku suka dengan I-Angel Hipseat Carrier ni, aku boleh guna dua pilihan iaitu boleh guna hipseat sahaja ataupun hipseat carrier (full wearing). Kalau baby kita jenis nak berdukung ja memanjang jenuh jugak kan, lebih-lebih lagi dekat rumah, takkan dalam rumah pun nak pakai carrier 24jam, baby pun naik rimas, haha. So, dengan hipseat ni lagi mudah & tak lenguh pinggang bila dukung anak. Hipseat ni boleh ubah nak letak kiri ka, kanan ka, ikut keselesaan kita lah. Lagi mudah nak buat kerja & bagi ibu menyusu. Tak lenguh dah lah pinggang aku, hihi. Kalau tengok dalam gambar dekat atas tu, seatnya tak keras pun, jangan risau. Satu lagi hangpa tak payah risau, hipseat ni memang kukuh sangat, buckel pun besar gedabak dekat belakang tu & boleh kita ketatkan ikut keselesaan kita & ia dibuat dengan Woojin Plastic.
Sesuatu produk bila dikeluarkan haruslah di buat kajian dulu, so dengan Hipseat ni boleh mengurangkan sakit belakang kepada ibu ayah sekalian. Nak buat kerja pun mudah kan, takda lah anak asyik nak jatuh ja.

HIPSEAT CARRIER (Fully Wearing)
Untuk cantum hanya tampal & zip di bahagian sini
Pilihan kedua mestilah full wearing. Kalau p Shopping Mall ka, tempat-tempat yang ramai orang ka, tak boleh lah pakai hipseat ja kan, macam tak sesuai pulak. Nak pasang tu senang ja, cuma zipkan macam dalam gambar dekat atas tu. Hangpa nampak macam simple ja kan? Tapi sangat kukuh ok. Carrier ni boleh menampung MIN 3.5 KG - MAX 20KG untuk baby 3 - 36 bulan. Pertama kali aku guna, rasa ringan ja. Berbeza lah kalau dukung tanpa carrier sekejap ja dah rasa lenguh pinggang & bahu. So, carrier ni memang bagus buat parents & baby. Ohhh, aku dah jatuh cinta dengan carrier ni!!.


Macam-macam posisi lah hangpa boleh guna. Nak face in, face out ataupun belakang. Tapi Zahra lebih suka face in sebabnya dia kan jenis manja nak berdakap ja ha. Buat masa ni posisi yang sesuai untuk dia face in lah.
Pastikan anak selesa & tulang dia dalam keadaan elok. Dua beza bila guna yang biasa & jugak Hipseat Ergonomik.
Antara posisi yang boleh diguna pakai bila guna Hipseat & jugak Full Wearing. Teruja tak? haha. Haruslah teruja, baby pun suka punyalah!.

Carrier I-Angel ni memang selesa di pakai bagi aku. Material ia dibuat dari organik fabrik, takda bahan chemical yang boleh buatkan anak kita terdedah pada bahaya lain. Selain tu material ia sejuk, tak rasa panas pun. Lembut pulak tu. Cara nak pakai I-Angel ni pun mudah. Kekadang aku berdua ja dengan anak aku, aku dah boleh pakai & buka sendiri carrier ni. Mudah nak pakai & mudah nak adjust tali. Kalau bawak p outdoor, hujan, ada kain cover untuk tutup kepala baby. I-Angel ni sesuai ja dipakai untuk indoor & outdoor. 

Aku memang banyak keluar berdua dengan Zahra. P beli barang dapur lah apa lah. Maklumlah en.suami jauh. So, bila aku keluar dengan Zahra tu, berpeluh jugak ketiak aku nak bukak tutup stroller. Nak mudah aku pakai carrier ja sekarang ni. Mana-mana tempat yang memerlukan aku pakai carrier, memang aku pakai carrier ja. Lebih-lebih lagi macam aku yang PJJ ni kan, tiap minggu travel Perak - Kedah, memang takda masalah punyalah dengan adanya carrier ni. Kemain teruja aku pakai carrier ni. Biasalah mula-mula dapat carier tu aku jakunlah sikit, haha. Kesimpulannya I-Angel Hipseat Carrier memang best!!.

Info Tentang I-Angel Hipseat Carrier

  • Has been approved as a safe product by the Korean Accreditation System.
  • I-Angel selects the highest quality materials and employs strict quality control easures that exceed global safety standards in the manufacturig of products to ensure a baby's safety and to fit mother's comfortably.
  • Reasonable price and best quality!
Untuk info lanjut boleh follow Facebook Page dan Instagram I-Angel di link bawah ya:

So macam mana? Tak rugi punyalah pilih I-Angel Hipseat Carrier ni untuk anak kita. Yang penting selamat digunakan & memberi keselesaan  pada dua pihak. Ibu gembira, anak pun selesa. Terima kasih I-Angel Hipseat Carrier.





Keep Reading»

Nasi Ayam Zahra Dah Beroperasi

Assalamualaikum.

Jemput datang!, hihi. Nasi Ayam Zahra dah mula beroperasi secara rasminya pada hari ni. Sila, silakan!. Alhamdulillah.

Siapa yang memang minat makan Nasi Ayam, mai makan terus dekat Bangah Cafe. Kalau nak booking untuk jamuan hari raya ka, untuk majlis hari jadi ka atau apa saja majlis, silakan!.

Keep Reading»

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum.

Wah, lama sungguh tinggalkan blog kesayangan ramai ni kesepian, ehem. Haha, perasan!!. Raya punya pasal lah ni. Nak spend quality time dengan family. So, takda gadjet sepanjang masa bersama, baru ada feel, tak gitu? Hihi. Bila dah raya ni kan banyak lah blog-blog yang dah tak update. Kalau update pun, cuma entri pendek ja. Aku duk bayangkan blogger perempuan ni mesti tengah sibuk anyam ketupat, buat biskut last minit, layan anak saudara main bunga api tak pun tengah tampal manik ka labuci bagai nak rak dekat baju raya, haha. Maklum lah semua orang nak vogue kan raya-raya ni. Kalau blogger lelaki pulak mesti tengah main mercun, kalau yang baik sikit tu mesti tolong kemas rumah tak pun tolong bakar lemang, ya tak?. Alah, raya kan sebulan.

Hari ni aku baru terhegeh-hegeh nak update cerita pasal raya. Hangpa dah lama update cerita raya kan? Aku ni baru nak susun ayat hari raya, hihi.

Macam tahun-tahun sebelumnya jugak, kami beraya di Batu Kurau. Kampung halaman aku dan suami!!. Untung satu kampung ni, tak payah risau takut jalan jammed ka apa. Raya tahun ni semua abang kakak adik berkumpul.

Malam tu bermula lah episod memasak rendang & ketupat untuk juadah hari raya. Macam biasa kami adik beradik menjadi pembantu setia Mak di dapur. Kalau tak jenuh lah Mak nak buat kerja seorang.

Pagi raya bangun awal mandi sunat hari raya, Zahra pun pagi-pagi lagi dah bangun. Semangat pulak dia hari raya kan? Haha. Kejutkan Babah, siapkan baju Babah, dah tu mandikan & siapkan Zahra. Last baru lah aku boleh bersiap pulak. Tema raya kami tahun ni, kelabu!!.

Lepas Babah balik sembahyang raya kami bersalaman dulu dengan Mak & adik beradik. Kami mohon maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki. Halalkan segala makan minum kami.






Selamat hari raya aidilfitri dari kami sekeluarga untuk semua muslimin & muslimat. Semoga kita dapat bertemu lagi di Syawal yang akan datang. Selamat hari raya jugak untuk semua bloggers & pembaca blog ni. Dan tak lupa jugak untuk silent readers, ada ka? Haha. Aku menyusun sepuluh jari memohon maaf andai ada tersilap kata & tersilap komen yang menusuk hati. Kosong-kosong ya.

p/s: Gara-gara raya sakan ni, jamuan makan sana sini, dari dekat ofis sampailah weekend, ambik kau. Berat badan aku macam naik lah. Ohhh, tidak!!. Aku tak nak lah badan aku naik macam tong masa aku pregnantkan Zahra dulu. No man!!. Kena jaga dari sekarang.

Keep Reading»