Projek Biskut Raya

BISKUT RAYA TAHUN 2017


Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah kita dah pun hampir pada penghujung bulan Ramadhan, rasa sayu pulak hati ni bila ingat yang Ramadhan akan meninggalkan kita. Tapi pada masa yang sama, keterujaan nak beraya tu dah semakin dirasai. Seronok nak berjumpa dengan adik beradik.

Dari dua minggu lepas aku dah start buat biskut raya dengan Mak & Kak Tina. Alhamdulillah dah settle semua. Dapat dekat lapan jenis semuanya, lapan jenis kami siapkan dalam masa 2 minggu ni. Lega!!. Ada jugak 2, 3 orang yang selit order.

Setiap malam buat 1 ke 3 jenis. Balik kerja aku p rumah mertua aku untuk bukak puasa, malam aku balik rumah Mak godek buat biskut raya. Pukul 11 ke 12 malam settle. So, berjaya lah misi biskut raya aku untuk tahun ni dengan bantuan Mak & Kak Tina. Aku tukang bakar kuih. Mak tolong bancuh, Kak Tina tolong tekap, hihi. Zahra pulak tolong makan, haha.

Biskut Raya Tahun 2017

Biskut Raya Tahun 2017

Biskut Raya Tahun 2017

Biskut Raya Tahun 2017

Biskut Raya Tahun 2017

Biskut Raya Tahun 2017

Tu antara biskut raya yang berjaya aku siapkan. Selalunya memang aku tak pernah beli biskut raya, setiap tahun buat sendiri. Sebab family semuanya kuat makan biskut raya. Kalau nak beli jenuh!, haha. Biskut raya ni semua available dekat rumah Mak aku lah sebab aku mana ada rumah sendiri kan?, hihi. So, kalau nak rasa biskut raya aku ni kena lah datang beraya dekat rumah Mak aku ok.

Nanti-nanti aku share resepi biskut raya yang aku buat ni dengan hangpa ok?.

Keep Reading»

Basikal Baru Zahra!.

ZAHRA DAPAT BASIKAL BARU.


Assalamualaikum semua.

Cantik tak basikal ni?. Ni lah basikal baru Zahra, warna pink. Zahra yang pilih. Zahra memang suka warna pink. Dah macam warna kegemaran pun ya jugak. Mak Lang dia yang belikan, hihihi. Tq Alang!!.

Basikal baru ni inshaallah Zahra boleh guna sampai dia besar. Yang ni lebih besar dari basikal Zahra yang lama.

Senang ja nak cari basikal macam ni. Sekarang ni kan macam-macam jenis duk ada. Cantik-cantik pulak tu.

Zahra Dapat Basikal Baru

Zahra Dapat Basikal Baru

Zahra Dapat Basikal Baru

Nampak tak tu, plastik pun tak koyak lagi, haha. Memang satu rumah lah dia pusing hari-hari. Bonda tak boleh nak kata apa dah. Zahra baru pandai kayuh sikit-sikit. Main dekat dalam rumah ja. 

Memang dah lama pun Zahra duk sibuk nak basikal yang baru. Sebab basikal yang lama Babah beli tu macam dah kecil dengan Zahra.

Dengan adanya basikal ni, bertambah lagi lah koleksi kenderaan si Zahra ni. Ada basikal, motor, tricycle, rumah pun dah jadi macam Kindergarden. Apa-apa pun janji Zahra happy kan?. Nasib rumah sewa Tok Pah yang baru ni luas sikit, senang lah Zahra nak main.

Keep Reading»

Dah Besar Pun Nak Dukung Lagi!

ANAK SUKA BERDUKUNG!


Assalamualaikum semua. Dah lama tak update blog. Rindu pulak.

Zahra dah nak masuk 3 tahun. Bulan 12 nanti dah 3 tahun, berat pun last timbang 11kg. Bayangkan lah budak besar ni nak kena dukung lagi. Zahra ni memang terlebih manja taw, manja tu kan susah nak cakap, mulut tu pandai sangat bercakap, potpet-potpet!. Kadang-kadang geli hati aku dengan keletah dia. Dah lah pandai meniru apa yang kita cakap, siap dengan gaya lagi. Haih, geram taw awak ni Zahra!.

Zahra sekarang kan pandai taw buat-buat menangis kalau tak dapat apa-apa. Buat-buat nangis, padahal benda tu tak perlu menangis pun, tapi dia akan buat diri dia menangis sampai keluar air mata, hangpa rasa??. Paling aku tak suka bila dia menangis tu sambil menjerit-menjerit.

Anak Suka Berdukung

Ni lagi satu hal, dia suka nak berdukung hangpa taw!. Kalau pergi jalan mana-mana,, dia malas nak jalan, mula lah dia nak mintak dukung. Dukung budak 11kg dekat mall boleh menggeletar tangan wei!, haha. Tu yang kadang aku marah dia, "Zahra dah besar kan, mana boleh dukung!!.". Tapi hangpa ingat dia heran ka, nak jugak berdukung wei!. Yang aku ni pun marah-marah, dukung jugak lah, huhu.

Anak hangpa nak berdukung lagi tak?. Mana belum berjalan dulu, sibuk nak berjalan. Bila dah boleh jalan, nak berdukung pulak. Haih lah anak. Macam-macam peel.



Keep Reading»

Shopping Online Mudah Dengan ezbuy!

MEMBELI BELAH DALAM TALIAN MUDAH DENGAN ezbuy


Assalamualaikum semua. Hangpa pernah dengar tak pasal ezbuy?. Sesiapa yang pembeli tegar online tu confirm taw lah kan pasal ezbuy ni. Tapi aku rasa yang tak membeli online pun taw kud sebab ezbuy di dah menular luas macam virus, hihi.

Zaman sekarang ni pulak semua pun kita nak mudah kan?. Nak beli barang pun kita nak yang senang ja. Order ja terus sampai depan pintu. Tak payah kita nak keluar drive. Jimat masa, jimat minyak!. Macam aku sendiri pun, kalau aku nak cari barang yang susah nak cari, memang online lah jawapannya, hihi. 

Nak cari barang apa, taip ja. Semua ada. Macam ezbuy ni lah. So, hari ni aku nak cerita sikit pasal ezbuy dekat hangpa. Semua mesti taw punya pasal ezbuy ni, tapi mungkin ada jugak yang tak taw lagi kan?. Aku cerita sikit lah ya!.

Ezbuy ni mula ditubuhkan dari tahun 2010 lagi. So, tahun ni merupakan tahun ke 7 ezbuy. Sehingga hari ni ezbuy memberi perkhidmatan  kepada lebih 500,000 rakyat Singapura, 50,000 rakyat Malaysia, Australia & Thailand.

APA ISTIMEWANYA ezbuy INI?


Bila buka ja laman web ezbuy ni , terus rambang mata wei!. Memang tak kuat iman ni, haha. Rasa macam terus nak grab apa yang berkenan di hati.

ezbuy ni ada 10 kategori utama. Hangpa pilih ja mana satu kategori ikut apa yang hangpa suka nak beli. Takpa kalau hangpa tak taw kategori, taip ja dekat kotak search tu.

Kalau hangpa nak taw, barang-barang di ezbuy ni bukan dari Malaysia ja taw. Dari China, USA & Taiwan pun ada taw!. Hah, istimewa kan?. Diskaun pun sehingga 90%!. Wah, memang berbaloi. Sekarang ni hampir 20 juta barang di ezbuy  yang ada sale. Hangpa kena pandai taw cari yang banyak diskaun, hihi.

MEMBELI BELAH DALAM TALIAN MUDAH DENGAN ezbuy

Selain dari diskaun, Flash deal pun ada taw. Waktu Flash Deal ni harga barang turun banyak hangpa. So, hangpa kena take note waktu-waktu Flash Deal ni sebab waktu dia akan berubah. Flash deal ni akan bermula dari 31 Mei 2017 - 5 Jun 2017.

MEMBELI BELAH DALAM TALIAN MUDAH DENGAN ezbuy

Bermula 31 Mei 2017 - 5 Jun 2017 , waktu ni ada Global Super Sale. Hangpa jangan lupa 65eDay. Masa ni lah hangpa nak membeli belah dengan harga yang murah. Jangan terlepas taw!.

Kalau hangpa nak jimat lagi, hangpa boleh kumpul-kumpul shopping dengan kawan-kawan. Beli 300 barang & keatas hangpa akan dapat harga wholesale. Lagi untung kan?

DISKAUN JENAMA TERKEMUKA


Banyak taw kalau aku nak senaraikan dekat sini diskaun untuk barangan jenama terkemuka tu. Antaranya ialah Sony, Canon, Casio, Scholl, Avent, Durex & banyak lagi taw.

NAK LAGI MURAH?



MEMBELI BELAH DALAM TALIAN MUDAH DENGAN ezbuy


Hangpa kena register & dapatkan RM15 ezbuy voucher.

Kalau hangpa nak mudah lagi, boleh download ezbuy apllication. Guna apps ezbuy untuk scan voucher & voucher tu akan disimpan dalam apps ezbuy hangpa. Tunggu apa lagi? Jom shopping di ezbuy ramai-ramai.!.




Keep Reading»

Sambal Garing Mama!

SAMBAL GARING MAMA, PEMBUKA SELERA BERSAHUR & BERBUKA.


Assalamualaikum. Hai hangpa. Hari ni dah puasa ke sembilan kan?. Selamat berpuasa taw!.

Hangpa puasa ka tak hari ni? Haha. Semoga kita semua terus diberi kekuatan untuk menjalani ibadah puasa ya. Lama dah rasanya aku tak jenguk blog. Hari ni baru berkesempatan nak update. Sibuk sambut puasa, hihi.

Ok hangpa, ni bukan post padid review ka apa eh. Aku ni kalau boleh benda yang sedap, benda best mesti aku nak share dengan hangpa punya. Ok cuba teka apa?. Baik punya!. 

Mempersembahkan....

Pembuka Selera Berbuka & Bersahur

Sambal Garing Mama!!.

Memang tiptop, sedap, marvelous lagi rangup, nyumnyum!!. Rangup gila ikan bilis dia wei!. Kalau ratah macam tu ja memang macam makan keropok ja, hihi. Rasa dia memang best lah. Susah nak cakap hangpa rasa baru taw kesedapan dia, ha gitu!.

Bila masuk bulan Ramadhan ni, harus lah cari benda ni. Buat bersahur & berbuka. Memang jadi pembuka selera lah. 

Hangpa taw lah kan, benda yang sedap harus lah aku share. So bila aku dah share, hangpa tak reti ka nak beli & rasa sendiri kesedapan dia tu? Haha.

Hangpa boleh contact number ni 017-4276619 untuk respon yang lebih pantas. So lagi cepat lah hangpa dapat rasa, ya tak?. Selamat mencuba hangpa!.

Keep Reading»