18% Pulangan Tunai Sempena Kempen Hari Gaji Shopee

18% CASH BACK DARI SHOPEE DAN MENANG SAMSUNG NOTE 8!


Assalamualaikum semua. Shopee iaitu platform e-Dagang yang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan akan melancarkan Kempen Hari Gaji dari 26 hingga 28 Februari 2018. Ini merupakan satu inisiatif yang didorong oleh tabiat membeli-belah pengguna dalam tempoh penerimaan gaji.

Semua pengguna Shopee boleh menikmati pelbagai tawaran hebat & potongan harga sepanjang kempen ini, termasuk pulangan tunai sebanyak 18% berbentuk syilling Shopee atas produk promosi. Bagi setiap pembelian RM1, pengguna akan menerima 18 syiling Shopee yang memberikan lebih ganjaran & penjimatan.

NIKMATI 18% PULANGAN TUNAI SEMPENA KEMPEN HARI GAJI SHOPEE DARI 26 HINGGA 28 FEBRUARI 2018.


Kempen Hari Gaji Shopee

“Tahun lepas, kami mendapati purata peningkatan sebanyak 25% dalam bentuk jumlah transaksi sepanjang tempoh penerimaan gaji iaitu dari tarikh 25 hingga 31 setiap bulan. Aliran ini mendorong kami untuk melancarkan Kempen Hari Gaji dan skema pulangan tunai 18% yang membolehkan pengguna setia kami berjimat semasa waktu kemuncak aktiviti membeli-belah,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee.

Kempen Hari Gaji Shopee

Kempen Hari Gaji Shopee

Pada masa yang sama, aktiviti membeli-belah ini menunjukkan peningkatan semasa waktu makan tengah hari  & selepas makan malam dengan rekod trafik tertinggi antara pukul 12.00 tengah hari hingga pukul 1.00 tengah hari & dari pukul 8.00 malam hingga 9.00 malam. Bagi menyelesaikan pembelian mereka, pembayaran berbentuk pemindahan wang secara dalam talian merupakan cara pembayaran paling popular, diikuti oleh pembayaran menggunakan kad kredit & debit & seterusnya, pemindahan bank.

Berikut merupakan kategori popular sepanjang tempoh penerimaan gaji:

Mobil & Gajet
Sarung & Pelindung; Audio; Bank Kuasa & Bateri 

Kesihatan & Kecantikan
Produk Kecantikan Kulit; Makanan Tambahan; Berus & Peralatan Solek

Permainan, Kanak-kanak & Bayi 
Fesyen Kanak-kanak; Permainan & Pendidikan; Perkakas untuk Makan & Penyusuan 

Pakaian Wanita
Baju; Pakaian Dalam & Pakaian Tidur; Gaun

Perabot & Perhiasan Rumah
Hiasan Dalaman; Tempat Menyimpan untuk Dapur; Kelengkapan Bilik Tidur

Sepanjang kempen ini, Shopee jugak turut melancarkan permainan Facebook Live: Edisi Hari Gaji pada 26 Februari pada pukul 2.00 petang yang membolehkan pengguna memenangi syiling Shopee & hadiah utama berupa telefon bimbit Samsung Galaxy Note 8 bernilai RM3,999.

Bagi menambahkan lagi keriangan kali ni, pengguna juga boleh menyertai Jualan Lelong Mobil Hari Gaji di shopee_mamak pada aplikasi Shopee sepanjang kempen & berpeluang memenangi hadiah bernilai lebih RM4,000 termasuk sebuah Nubia M2 Lite, sebuah OPPO F5 & sebuah Penyedut Hampagas Dyson.

Untuk maklumat lanjut, layari www.shopee.com.my. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

Keep Reading»

Resepi Puding Koktel Berkuah

RESEPI PUDING KOKTEL BERKUAH SEDAP.


Assalamualaikum semua. Aku yakin, ramai yang sukakan puding koktel berkuah @ puding kastard berkuah koktel ni kan?. Nak-nak kalau dihidang sejuk-sejuk time cuaca panas macam sekarang ni. Memang heaven.

Resepi Puding Koktel Berkuah Sedap

Pertama kali aku makan puding koktel berkuah ni ialah masa aku mula-mula cuba resepi ni, hihi. Sejak tu aku duk repeat buat ja, sebab sedap kan.

Kadang-kadang kalau kita beli dekat luar, susah nak dapat yang menepati citarasa. Dah lah harga mahal, lepas tu dapat pulak yang koktelnya sikit & isinya tak berapa menarik. So, kalau nak puas makan puding ni harus lah buat sendiri. Lagi sedap apa kan sebab kita boleh bubuh segala benda yang kita suka dalam kuah koktel tu, betul tak?.

Minggu lepas aku ada buat puding ni untuk dijual. So, aku follow resepi yang aku dah ambil sebelum ni dari perkongsian Puan Fellina di facebook beliau. Resepinya macam di bawah ni ya.

RESEPI PUDING KOKTEL BERKUAH @ PUDING KASTARD BERKUAH KOKTEL


BAHAN-BAHAN : 

Puding Kastard
1 cawan tepung kastard
4 cawan air
1 cawan susu cair
3/4 cawan gula @ secukup rasa

CARA-CARANYA : 

1. Satukan semua bahan, kacau atas api sederhana sehingga likat. Sentiasa kacau supaya adunan tak bergentel.

2. Tuang dalam loyang atau bekas kecil-kecil. Sejukkan.

Kuah
1 tin susu cair
2 tin air (sukat dengan tin susu cair)
1 tin fruit koktel (ambil buah sahaja)
3/4 cawan gula @ secukup rasa
2 sudu besar tepung kastard

CARA-CARA :

Satukan semua bahan kecuali koktel buah. Masak atas api (sekejap sahaja).

Kalau nak bubuh agar-agar jeli, sumi @ nata de coco ke dalam koktel pun boleh taw. Lagi bertambah heaven.

Untuk pengetahuan hangpa, satu adunan ni hari tu aku buat dalam bekas kecil-kecil tu dapat 12 bekas. So, kalau nak lebih lagi, kena gandakan lah kuantiti tu ikut keperluan ya. Dijamin licin hingga menjilat sudu, inshaallah. Tak rugi hangpa cuba taw!.




Keep Reading»

Carian Dalam Talian Di Platform Shoppee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina

Carian Dalam Talian di Platform Shopee Meningkat Sebanyak 32% Sempena Perayaan Tahun Baharu Cina


Assalamualaikum semua. Sempena perayaan Tahun Baharu Cina akan datang ini & trend e-Dagang yang semakin popular di Malaysia, Shopee; platform e-Dagang terkemuka di Asia Tenggara & Taiwan, telah menyaksikan peningkatan sebanyak 32% dalam jumlah carian produk di Shopee dalam kalangan rakyat Malaysia sepanjang tempoh perayaan ni.

Sejak pelancaran Kempen Wang Bersama Shopee pada 15 Januari yang menawarkan potongan harga sehingga 90% & hadiah kemenangan berjumlah lebih daripada RM1 juta, semakin ramai rakyat Malaysia memilih untuk membeli-belah di Shopee dalam membuat persiapan sempena Tahun Baharu Cina. 

“Aktiviti membeli-belah selalunya meningkat semasa musim perayaan, dan Tahun Baharu Cina tidak ketinggalan. Tahun ini, kami menyedari lonjakan dalam bilangan carian dalam talian di Shopee apabila kita menghampiri Tahun Baharu Cina, yang menunjukkan peningkatan trend pengguna yang memilih untuk membeli-belah secara dalam talian bagi musim perayaan. Ini petanda baik yang sejajar dengan inisiatif kerajaan untuk memacu sektor e-Dagang di Malaysia. Shopee menyediakan platform yang pantas, mudah dan selamat untuk membeli-belah dan dengan insentif Penghantaran Percuma ke Seluruh Malaysia dan Komisyen Sifar (0), rakyat Malaysia boleh menikmati aktiviti beli-belah di Shopee yang mudah dan menjimatkan,” kata Ian Ho, Pengarah Urusan Serantau Shopee. 

Carian Paling Popular Sempena Tahun Baharu Cina Bagi Tahun 2018

Carian paling popular sempena Tahun Baharu Cina bagi tahun 2018 adalah bagi kategori berikut: Pakaian Wanita. Mobil & Gajet, Permainan, Kanak-kanak & Bayi, Kasut Wanita dan Beg Wanita.

1) Pakaian Wanita :
Blaus, Jeans, Gaun Panjang, Gaun Pendek, Cheongsam

2) Mobil & Gajet :
iPhone, Samsung, Jam Pintar, Xiaomi

3) Permainan, Kanak-kanak & Bayi :
Pakaian Budak Perempuan, Pakaian Budak Lelaki, Pakaian Bayi, Tommee Tippee 

4) Kasut Wanita :
Kasut, Kasut Sukan, Kasut Jenis Wedges, Sandal 

5) Beg Wanita :
Beg Sangkut, Beg, Dompet, Beg Galas


Pembelian Paling Popular
Dalam Kalangan Rakyat Malaysia Sepanjang Musim Perayaan. 

Kategori dan produk paling popular terjual di Shopee ialah :
1) Kasut Wanita : Kasut Terbuka

2) Permainan, Kanak-kanak & Bayi : Set Pakaian Bayi

3) Perhiasan Rumah : Set Hadiah Tupperware 

4) Kesihatan & Kecantikan : Set Solekan Mata Tahun Baharu Cina

5) Runcit & Haiwan Peliharaan : KitKat Edisi Khas 


Hangpa boleh nikmati potongan harga & promosi hebat atas pelbagai produk sempena Kempen Wang Bersama Shopee yang berlanjutan sehingga 25 Februari. Dengan pilihan lebih daripada 6 juta produk yang ditawarkan oleh lebih 200,000 usahawan di Shopee Malaysia, pelanggan boleh memenuhi keperluan membeli-belah sempena musim perayaan ni. Tambahan lagi, hangpa boleh terus bermain permainan Fortune Ang Pao untuk memenangi Tiket Emas & hadiah utama berbentuk wang tunai berjumlah RM8,888.

Seterusnya, Shopee akan melancarkan Kempen Hari Gaji daripada 26 hingga 28 Februari yang akan membariskan pelbagai tawaran hebat bagi pelbagai jenama terkemuka termasuk lah Jualan Murah Komputer Riba Shopee dengan jenama popular seperti Acer, ASUS, Dell & Lenovo. 

Cepat!!!. Muat turun aplikasi Shopee secara PERCUMA menerusi App Store atau Google Play.

#WangWithShopee




Keep Reading»

Glow Gelenggang Membantu Merawat Masalah Kulit Secara Semulajadi

GLOW GELENGGANG MEMBANTU MERAWATI KEGATALAN KULIT SECARA SEMULAJADI.

Glow Gelengang produk berasaskan daun gelenggang

Assalamualaikum semua. Apa khabar?. Aku harap hangpa semua sihat belaka ya. Hari ni aku nak cerita pasal produk yang berasaskan daun gelenggang yang mampu merawat masalah kulit.

Hangpa pernah dengar tak pasal daun gelenggang?. Gelenggang ni adalah satu pokok yang bertindak sebagai anti bakteria & anti kulat. Gelenggang adalah satu pokok dalam keluarga Cassia. Pokok gelenggang ini adalah sejenis pokok renek yang mudah dijumpai dipinggir jalan & belukar. Pokok ini biasa mencapai ketinggian antara 6 hingga 25 kaki.

Ianya memiliki bunga berwarna kuning & dilitupi oleh penutup yang menyerupai lilin sebelum bunganya berkembang. Daunnya berbentuk seiras (bilateral) & berlawanan secara simetri, akan kucup pada waktu malam. Buahnya bersalut kulit seperti buah kekacang & bijinya kecil berbentuk bulat. Gelenggang merupakan pokok ubatan pada masa yang sama dalam sub-keluarga Caesalpinioideae.

GLOW GELENGGANG UNTUK RAWAT KULIT SENSETIF SUAMI.


Glow Gelengang produk berasaskan daun gelenggang

Set Glow Gelenggang untuk membantu merawat kulit sensetif suami. Aku dengan Zahra pun pakai sekali taw, hihi. Memang sesuai untuk seisi keluarga guna.

Suami memang kulit sensetif dari kecil lagi. So, sejak berkahwin dengan aku ni, aku kalau boleh memang akan carikan produk yang berasaskan BAHAN SEMULAJADI yang selamat & bebas dari bahan-bahan kimia untuk dia. Bila aku diperkenalkan dengan Glow Gelenggang ni, aku takkan lepaskan peluang untuk mencuba. Mana taw berkesan bagi membantu mengurangkan kesan gatal kulit sensetif tu kan. Tak salah kita ikhtiar, betul tak?.

Set Glow Gelenggang ni ada dua barang iaitu Minyak Organik Herba Glow Gelenggang & Sabun Herba Glow Gelenggang.


MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG MENGANDUNGI HABBATUS SAUDA!.

Glow Gelengang produk berasaskan daun gelenggang

MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG ni mengandungi habbatus sauda, minyak zaitun, minyak argan, susu kambing, & crystal menthol.

Minyak ni adalah minyak home made, takda bahan kimia merbahaya & jugak terdapat banyak positif feedback !. Untuk suami aku, aku pakaikan ja minyak organik herba ni. Minyak ni bukan untuk suami aku ja, kami sekeluarga pun pakai sekali jugak.

CARA PAKAI MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG HABBATUS SAUDA!.


Minyak organik herba ni sesuai untuk baby jugak taw. Dan ianya diyakini selamat. Rasa selesa ja bila pakai minyak organik herba ni. Cara nak pakai minyak organik herba ni pun mudah sangat :-

1. Buka botol MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG.
2. Picitkan 1x pump MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG.
3. Sapukan MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG ke tempat yang dikehendaki selepas mandi, 2 kali sehari.

Kalau untuk baby, sapukan MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG ni pun dah cukup memadai untuk rawatan macam panau & ruam susu.

HARGA minyak organik herba 30ml - 1 botol RM47.

Cara simpan Minyak Organik Herba Glow Gelenggang , hendak lah disimpan di tempat yang kering & tidak panas. Untuk mengelakkan ketidakberkesanan minyak organik herba.

SABUN HERBA GLOW GELENGGANG.

Glow Gelengang produk berasaskan daun gelenggang

Sabun Herba Glow Gelenggang ni wangi sangat taw hangpa, macam bau coco butter. Rasa macam nak makan ja, haha.  Sabun herba ni seelok-eloknya dipakai sebelum menggunakan Minyak Organik Herba Glow Gelenggang.

Oleh kerana sabun herba ni sesuai untuk kulit gatal-gatal, aku pun pakai buat cuci muka sebab muka aku ni macam mudah sikit ni naik jerawat gatal tu, hihi. Sedap ja pakai sabun herba ni, kulit muka rasa lembut & fresh.

CARA PAKAI SABUN HERBA GLOW GELENGGANG.


Cara pakai sabun herba ni mudah ja :-

1. Sabun herba ini pakai ketika mandi. Boleh dipakai di badan & muka jugak.
2. Basahkan tapak tangan dengan air.
3. Usapkan tangan tu ke sabun hingga rata & sapukan ke muka.
4. Bilas hingga bersih.

Lepas cuci, wah, rasa fresh & lembut ja muka. Hilang rasa gatal terus dekat muka ni, hihi. Selepas cuci muka dengan Sabun Herba Glow Gelenggang, baru lah aku sapukan muka aku dengan Minyak Organik Herba Glow Gelenggang.

Sabun herba ni sesuai untuk masalah gatal, eczema, bisul, kurap, panau, resdung, & kudis buta. 

Sabun ni tak perlu di potong-potong sebab ianya tak mudah cair, tak mudah putih & tak mudah lembik. Teksturnya bersifat skrub, sedap ja bila buat mandi & gosokkan di badan.

Untuk keberkesanan yang optimum, sabun herba ni hendak lah di pakai 2 kali sehari sebelum memakai minyak organik herba. Selepas sabun herba digunakan, hendak lah disimpan di tempat yang kering.

Harga sabun herba 50gm

1 ketul RM47
2 ketul RM70
4 ketul RM140 + free 1 ketul

Harga set sabun herba & minyak organik herba

1 set RM70
2 set RM140 + free 1 sabun herba
Free pos + free gift

Glow Gelengang produk berasaskan daun gelenggang

Berita baik untuk hangpa pembaca blog aku, hangpa boleh dapatkan DISKAUN RM10 bagi pembelian produk Glow Gelenggang dengan memasukkan KOD DISKAUN : ZAHRA10 semasa order.

PENGALAMAN PERIBADI MENGGUNAKAN PRODUK GLOW GELENGGANG.

Glow Gelengang produk berasaskan daun gelenggang

Aku dah gunakan kedua-dua produk ni selama dua minggu. Mula-mula masa buka parcel ni, aku dah excited sebab aku terbau,  bau yang sangat wangi dari Sabun Herba Glow Gelenggang tu. Serious taw hangpa. Memang wangi sangat sabun tu. Bau wangi yang semulajadi. Bau lemak-lemak butter coco pun ada, bau lemak-lemak vanila pun ada.

Glow Gelengang produk berasaskan daun gelenggang

Tu baru cerita pasal bau. Tentang tekstur sabun pulak, ada dua tekstur hangpa boleh rasa. Satu tekstur licin dibahagian depan sabun yang ada bentuk love & satu lagi tekstur skrub di bahagian belakang sabun.

Untuk sabun bertekstur licin, aku gunakan di bahagian yang mempunyai kesan-kesan luka kecil atau bahagian yang sensetif termasuk di muka supaya takda rasa sakit. Manakala bahagian sabun yang berskrub, aku sapu di bahagain yang kasar macam dekat siku & lutut.

Glow Gelengang produk berasaskan daun gelenggang

Masa aku pakai sabun herba tu, aku dapat rasa kesan crystal menthol & minyak argan serta minyak zaitun yang ada dalam sabun tu di mana kulit rasa lebih lembut & lembap serta terasa berangin (cooling). Memang syok habis. Dah lah wangi, kulit rasa lebih lembut, licin, bersih & sihat.

Glow Gelengang produk berasaskan daun gelenggang

Lepas dah mandi gunakan sabun herba tu, aku akan apply Minyak Organik Herba Glow Gelenggang pulak semasa kulit masih lagi basah. Minyak organik herba ni warna dia coklat kehitaman tapi bau dia wangi sama macam bau sabun herba tu. Hanya picit sikit & sapu rata di bahagian yang gatal tu. Nanti hangpa akan perasan kulit jadi lebih lembap.

Glow Gelengang produk berasaskan daun gelenggang

Macam kulit sensitif gatal yang suami  aku hadapi ni selalunya menyebabkan kulit menjadi kering & gatal. Tapi lepas aku sapu minyak organik herba ni pada suami, rasa gatal tu sangat berkurang sebab kesan minyak organik herba tu melembapkan kulit di bahagian yang gatal tu. Sebelum tidur pun aku akan wajib sapu minyak organik herba pada suami aku. Jadi tidur suami aku lebih selesa sebab dah tak perlu terjaga sebab rasa gatal.

Selama 2 minggu aku gunakan kedua-dua produk Glow Gelenggang ni aku rasa sangat puas hati. Dan alhamdulillah sangat serasi dengan kulit suami. Aku memang recommend dekat hangpa yang ada masalah kulit gatal, resdung atau kulit kering untuk cuba produk Glow Gelenggang ni. Kalau anak-anak hangpa mengalami masalah ruam susu pun sesuai guna minyak organik herba ni taw. Nak kesan yang optimum guna 2 kali sehari.

Untuk maklumat lanjut atau untuk menempah, hangpa boleh layari laman sesawang atau FB Page Glow Gelenggang seperti di bawah ni:

Laman Sesawang : Glow Gelenggang

FB Page : Glow Gelenggang

Whatsapp : 014-544 5951












Keep Reading»

Giveaway : Travel Totebag By Ana Suhana


Assalamualaikum. Hai semua. Tadi aku masuk ke blog, aku ternampak entri latest salah seorang kawan blogger aku, dia ada buat giveaway. Macam menarik ja giveaway dari Kak Ana ni kan. So, laju ja aku nak join ha, lagipun dah lama aku tak pernah join giveaway. Sambil support kawan blogger kan. Syarat pun mudah ja. Jom kita sama-sama join.


GIVEAWAY : TRAVEL TOTEBAG BY ANA SUHANA.


Syarat-syarat yang Kak Ana sediakan mudah ja hangpa. Jom kita tengok syarat-syaratnya:

SYARAT-SYARAT :

1. Follow blog www.anasuhana.com

2. Follow IG Ana Suhana di SINI

3. Buat entri bertajuk Giveaway : Travel Totebag by Ana Suhana, upload banner di atas dan backlink ke entri ini.

4. Jangan lupa tinggalkan url di bahagian komen entri ini.

5. Good luck and all the best to all 😉.

HADIAH : 

5 orang pemenang akan mendapat sebuah Totebag bertemakan travel (tempat-tempat) di dalam atau luar negara) dan sebatang pen perfume.

**Pemilihan pemenang akan dilakukan melalui sistem random.





Keep Reading»

Setelah Bergelar Bonda

BILA KITA DAH JADI MAK ABAH, BARU KITA FAHAM PENGORBANAN MAK ABAH KITA.


BILA KITA DAH JADI MAK ABAH, BARU KITA FAHAM PENGORBANAN MAK ABAH KITA.


Assalamualaikum semua.

Dah hampir 4 tahun aku bergelar Bonda, semakin aku memahami erti pengorbanan Mak Abah aku dulu. Semua benda yang depa lalui dulu. Aku dah mula melalui apa yang pernah dilalui depa dulu. Baru nak 4 tahun kan, tapi pergh susah jugak kalau nak jadi seorang Bonda yang betul2 bertanggungjawab ni kan.

Kekadang, sebelum kita marah-marah dekat Mak Abah kita, baik kita renung dulu apa yang pernah depa korbankan untuk kita dari kecik sampai besar, nak jaga kita sampai besar panjang sangat lah susah & mencabar. Kena pulak yang banyak perangai kan, haish.

Kita ni dah besar taw-taw ja dah dapat itu, dapat ini kan. Masa kecil dapat toys macam-macam. Mintak sampai nangis-nangis terus dapat. Bila dah besar pulak, semua nak. Ikut perkembangan katanya. Nak beli iphone lah, nak beli gadget terkini lah, nak beli baju baru lah, macam-macam. Semua nak, sebab kawan semua dapat. Kawan dapat handphone baru, kita pun nak. Kawan dapat boyfriend baru, kita pun nak!. Tapi kita pernah tak fikir macam mana, Mak Abah kita cari duit yang kita mintak tu?. Pernah tak kita fikir apa perasaan Mak Abah kita bila sesuatu terjadi dekat kita?.

Dari kita kecil depa cari duit belanja kita. Masa kita sakit, masa kita lapar, masa kita nak pakai baju baru, masa kita nak sambung belajar, semua tu guna duit. Dan semakin tinggi belanja tu, semakin banyak effort Mak Abah kita dah ditagih. Tu belum masuk pengorbanan masa depa lagi. 1001 pengorbanan depa kena lalui nak besarkan kita.

Masa depa banyak untuk kita. Kita pulak semua nak & bila kena sekat sikit ja kebebasan tu, kita dah mula merungut. Dah mula marah-marah sampai sanggup tinggikan suara. Bodohnya kita bersikap kurang ajar macam tu.

Kita tak dapat kebebasan cuma beberapa jam ja ataupun mungkin beberapa hari ja. Tapi Mak Abah kita dah lama hilang kebebasan depa sebab nak jaga kita. Dah berbelas-belas tahun kebebasan depa hilang sebab tanggungjawab depa nak besarkan kita dengan segala kesenangan. Bukan untuk depa, tapi untuk kita. Takda pun depa marah-marah & merungut pada kita kan?.

Aku dapat bayangkan semua ni lepas aku sendiri jadi Bonda selama hampir 4 tahun ni. Makin rasa sayang & makin memahami akan pengorbanan Mak Abah aku. Sebab dalam hampir 4 tahun ni, aku dapat pelbagai jenis pengalaman berbeza nak besarkan anak. Tu baru seorang, hihi.

Baru 4 tahun dah rasa macam-macam pengalaman. Semua ada. Kena muntah susu ada, kena kencing ada, tak tidur malam ada, sampai sanggup tak p kerja sebab nak jaga anak sendiri masa demam. Terus teringat macam ni lah Mak Abah aku nak besarkan aku selama ni. Dah tu kita sanggup lagi menengking Mak Abah kita!. Sanggup lagi melawan kata depa. Selfish kan kita?.

Bagi sesiapa yang dah kahwin, tunggu lah hangpa ada anak sendiri. Cuba jaga sendiri, dari pagi sampai ke esok pagi. Mandikan dia, basuhkan berak dia, pakaikan lampin dia, bergurau senda dengan dia, ajar dia itu ini, segala-galanya sendiri.

Bagi yang belum berkahwin, cuba jaga anak kakak atau abang hangpa tu. Tak perlu lama, jaga ja seminggu tanpa bantuan orang lain. Cuba tengok, hangpa sanggup ka tak. Dan cuba bayangkan yang anak kecil tu adalah hangpa, & hangpa yang duk jaga ni adalah Mak Abah hangpa. Hangpa jaga seminggu ja, tapi Mak Abah hangpa jaga hangpa sampai seusia dengan umur hangpa sekarang. Cuba lah, nanti hangpa akan taw macam mana rasa.

Semoga kita sama-sama dapat menghargai Mak Abah kita masing-masing. Hormati lah Mak Abah kita tu. Jangan tinggikan suara pada depa. Kalau ada ketidakpuasan hati, kita bincang elok-elok.

Kadang-kadang keputusan depa menghalang apa yang kita nak tu, mesti untuk kebaikan kita jugak. Sebab depa sayangkan kita. Risaukan keselamatan kita. Mak Abah kita lah orang yang paling sayangkan kita.

Mari lah kita sama-sama cuba untuk memahami Mak Abah kita. Selalu-selalu lah kita bercakap & berinteraksi dengan depa. Cuba untuk mengenali diri depa seperti mana depa mengenali diri kita. 


Keep Reading»

Bila Sudah Tiada, Baru Nak Menghargai

KITA MULA MENGHARGAI BILA SUDAH TIADA.


Assalamualaikum semua.


Macam tu lah lumrah manusia kan?. Apa yang terhidang di depan mata tak kita pandang, apatah lagi nak menghargai. Bila sampai satu saat kita dah kehilangan, baru lah kita nak insaf diri. Tapi kadang kala tak semua benda tu kita akan dapat kembali.

Sebagai manusia, kita selalu nak yang terbaik dalam hidup kita. Memang betul tu, tapi bila kita terlalu taksub dalam memilih, kita dah tak sedar yang sebenarnya apa yang kita ada tu adalah yang terbaik buat kita.

Bercakap tetang menghargai bukan lah terhad kepada kita sesama manusia ja. Ia jugak berkait dengan masa yang kita ada & lalui. Contohnya, mungkin kita sangat tak suka dengan hidup kita sekarang di sesuatu tempat, macam-macam tak kena. Itu ini tak ok. Tapi bila kaki melangkah keluar dari tempat tu, kita pun mula rindukan tempat tu. Tambah-tambah pulak bila next place tu tak lah seindah tempat lama kita.

Masa tu mula lah kita nak menghargai tempat lama. Terkenang kawan-kawan lama yang sporting gila tak ingat walaupun dulu mungkin kita menyampah sangat dengan depa. Sebab apa macam tu?. Sebab kawan-kawan di tempat baru sekarang, tak macam kawan di tempat lama.

Ha, setiap manusia tu kan ada kelebihan. Mungkin kawan di tempat baru tak sama macam ditempat lama, tapi dari segi lain, depa lebih baik. Atau mungkin dulu kita tak suka orang tu sebab dia garang ke apa, bila dia p ke tempat lain & ada orang lain gantikan tempat dia lagi teruk garangnya. Hambik hang!, haha. Masa tu baru lah rasa macam nak putarkan balik masa, tapi tak mampu kan?, so senyum ja lah.

Macam tu jugak kita dengan orang tua kita. Kekadang kita bersikap kurang ajar, suka marah-marah, maki-maki, bila dah takda baru lah kita nak menyesal. Kalau dah takda baru nak menyesal, dah terlambat weh!. Takkan ada orang yang boleh faham kita macam Mak Abah kita. Bila depa dah takda, siapa nak teman kita nangis, nak peluk kita bila kita sedih. Peringatan buat aku jugak.

So, hargai lah siapa saja yang kita sayang dalam hidup kita. Jalani lah hidup ni dengan tabah dari sekarang, sebab masa depan yang menanti akan lebih mencabar.

Keep Reading»