Hadiah Cabutan Bertuah Dinner Hari Guru

CABUTAN BERTUAH DINNER SEMPENA HARI GURU


Assalamualaikum semua. Hari tu aku ada cerita yang aku p dinner sempena Hari Guru kan? Meriahnya Dinner Sempena Hari Guru. Ni aku nak cerita tentang cabutan bertuah pada malam tu.

Hadiah tahun ni memang semua gempak-gempak. Tak rugi aku join dinner sempena Hari Guru tahun ni. Kak officemate aku pun cakap best lah dapat join dinner ni. Rasanya dia memang tak pernah join dinner macam ni. Aku pulak dah berapa tahun tak join. Jom tengok siapa menang cabutan bertuah.

Tak dapat nak tangkap gambar penerima-penerima cabutan bertuah sebab meja kami jauh dari pentas kan.

Aku kan masa depa dok umumkan nombor cabutan bertuah tu, aku cakap dekat kak officemate aku "Kak Akma, kalau nombor sue naik nanti, Kak Akma tolong naik pentas ambik ya. Malu!. Haha". Berangan dah wei, hihi.

Masa dia umumkan hadiah selepas ni ialah TV kan, dah cakap dalam hati, dapat TV kan best, hihi. Boleh letak dalam bilik. Lepas tu kan masa dia nak umum tu, dengar ja betul-betul, & dia umumkan nombor 0, 0, 9, 1. Yeah!!!, nombor aku tu. Alhamdulillah rezeki Zahra. Syukur.

CABUTAN BERTUAH DINNER SEMPENA HARI GURU

Nasib lah tumpang kereta besar cikgu sekolah aku ni, muat lah nak bawak balik TV tu. Masa nak masukkan dalam kereta tu kan, jenuh jugak lah angkut dari dewan kami makan tu ke parking kereta. Berat!.

Yang menang peti ais apa tu macam mana lah depa bawak balik kan?. Motor pun ada taw. Macam aku cakap tadi tahun ni memang hadiah gempak-gempak taw. Tak rugi p. Yang bestnya lagi Kak Akma pun dapat tempias nombor bertuah aku, dia pun dapat hadiah malam tu. Aku jugak nak ucapkan tahniah kepada orang lain yang bertuah. Raya ni TV baru lah aku, hihi.

Jom tengok hadiah kami.

CABUTAN BERTUAH DINNER SEMPENA HARI GURU

CABUTAN BERTUAH DINNER SEMPENA HARI GURU


Keep Reading»

Selamat Berpuasa Sekalian!.

SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA PEMBACA SEKALIAN.


Selamat Berpuasa Kepada Semua Pembaca Sekalian

Hari ni dah hari ketiga bagi kita semua umat Islam seluruh dunia menyambut bulan Ramadhan. So, disini aku nak ambil kesempatan untuk mengucapkan selamat berpuasa & semoga kita semua dapat menjalani ibadah dengan penuh tekun & tawaduk.

Hakikatnya blog aku ni dah lama aku tak update & blogwalking untuk menjemput pembaca baru, haha. Apa pun aku akan cuba memberikan yang terbaik untuk hangpa ok?.

Andai kata aku hanya ada blog ni ja untuk aku tumpu, dah tentu bukan ja setiap hari aku update, malahan sehari 3 kali aku post, haha. Silap-silap sehari aku boleh blogwalking 50 blog sekaligus & secara tak lansung dapat menarik pembaca baru. Tapi aku kan seorang pekerja, isteri & ibu so banyak yang nak kena aku handle maka terabai lah sikit blog ni.

Alhamdulillah aku dapat berpuasa dengan Mak, suami, anak & keluarga tercinta lagi tahun ni. Sekian sajalah ya update kali ni ya. Pesanan aku jangan lama-lama sangat dalam bilik air tu wei. Makruh, haha.

Keep Reading»

Meriahnya Dinner Sempena Hari Guru

MALAM CENDEKIA BESTARI, SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT PARLIMEN LARUT 2017.


Assalamualaikum semua. Ada orang tanya aku, best ka jadi kerani sekolah?. Apa yang bestnya?. Hurm, macam mana nak cakap ya, haha.

Banyak ja yang best sebenarnya. Salah satu yang buat aku seronok kerja dekat sekolah ni ialah bila sesekali berkumpul satu sekolah. Best taw, macam-macam cerita yang keluar.

Dinner sempena hari guru

Sebab tu lah bila pentadbir bagitaw ada dinner sempena Hari Guru anjuran parlimen larut terus aku setuju nak p, haha.

Dinner sempena hari guru

Sebelum ni pun parlimen larut dah pernah menganjurkan dinner sempena Hari Guru. Dan Dinner kali ni dibuat di Dewan Sebarau Bukit Merah Laketown Resort & dihadiri oleh semua guru-guru daerah LMS. 

Jemputan setiap sebuah sekolah ialah seramai 10 orang guru. Dan yang bestnya kalau guru tak dapat hadir, staf boleh gantikan. So, bila ada tiga orang guru yang tak dapat hadir malam tu, secara automatiknya dapatlah aku & offismate aku ke dinner tu.

Aku, Kak Kema & Kak Rozi dah janji nak jumpa dekat depan Balai Polis Batu Kurau sebab kami nak tumpang cikgu sekolah kami. P satu kereta ja senang, haha. Nasib boleh tumpang.

Dinner sempena hari guru

Sampai ja terus sibuk bergambar. Biasa lah kami & gambar memang tak dapat dipisahkan. Sempat lah kami posing dulu sementara tunggu nak masuk dewan.

Dinner sempena hari guru

Dinner sempena hari guru

Dinner sempena hari guru

Majlis dimulakan dengan bacaan doa & diikuti ucapan dari YB Dato' Seri Hamzah. Masa daftar tu, kami semua dapat nombor untuk cabutan bertuah malam tu. Aku dapat no 0091. Dalam hati duk berkata, kalau ada rezeki Zahra dapat lah, hihi.

Makanan malam tu ok, sedap!. Lupa pulak nak snap gambar makanan, lapar sangat malam tu, haha. Sambil makan, sambil tengok persembahan dari budak-budak sekolah.

Lepas ja makan, depa teruskan acara dengan cabutan nombor bertuah. Tekun ja kami dengar satu-satu no dipanggil. Best- best taw hadiah dia hangpa!. Nak taw dari sekolah kami siapa yang dapat cabutan bertuah?. Nanti aku cerita dalam next entry ok.

Malam tu habis dekat pukul 12.00 malam. Ringdu Zahra dah wei!. Nasib baik lah Tok Pah tolong jagakan Zahra, hihi.

Harap tahun depan ada lagi dinner macam ni, haha. Semoga makin murah rezeki semua yang sponsor untuk majlis ni.



Keep Reading»

Zahra Ikut Bonda Ke Ofis

BILA IBU BERKERJA BAWA ANAK KE PEJABAT


Assalamualaikum semua.

Cerita minggu ni, wah ayat macam nak menyampaikan berita ja ya, haha. 

Memandangkan takda orang nak jaga Zahra dekat rumah Rabu lepas, sebab Mak nak p mesyuarat AIM dia, & mesyuarat tu dijangka habis lewat pada minggu ni aku pun tak nak lah Zahra ikut Mak. Nanti jenuh Mak nak jaga Zahra pulak. Nanti Zahra tu lama-lama, mula lah nak merengek.

Bila ibu bekerja bawak anak ke pejabat


So, aku bawak lah Zahra ikut aku ke ofis. Buat kerja sambil jaga dia, haha.

Duduk dalam ofis tu aku bagi dia main alat tulis aku. Baru lah duk diam sikit budak ni. Kalau tak, habis meja aku dia kacau. Sampai berselerak habis apa yang ada, alahai. Apa lagi, aku pun terus jadi singa lah, hihi.

Sekejap nak duduk atas kerusi, sekejap nak duduk atas meja, sekejap nak turun, haih macam-macam lah si Zahra ni.

Dah berak lah apa lagi tu, aiya!. Tapi takpa dah spare baju, pampers apa kan, p cuci berak dia lepas tu bagi mandi terus. Time lunch tu aku nak hantar dia balik rumah dah.

Sambil buat kerja sambil jaga anak ni, fuhh!!. Memang tak menang tangan hangpa. Kalau dia nak duduk diam tu ok lah, ni tak macam-macam dia nak buat. Dah lah duk tegur  & tengok ja semua orang, hahaha.

Keep Reading»

Selamat Hari Guru

UCAPAN


Assalamualaikum semua.

Selamat Hari Guru!!!.

Walaupun dah lepas beberapa hari tapi masih aku nak ucapkannya sebab aku tak sempat lagi nak tulis entry sempena Hari Guru.

Sempena Hari Guru pada tahun 2017 ni, aku nak ucapkan Selamat Hari Guru kepada semua guru di seluruh dunia & secara khususnya buat guru-guru aku dari tadika (Tadika Islam) tahun 1996 di Batu Kurau, guru-guru di SK Batu Kurau tahun 1997-2002, guru-guru di Sekokah Menengah Dato' Kamaruddin, Batu Kurau tahun 2003-2007 serta sahabat-sahabat aku yang bergelar guru, Selamat Hari Guru buat kalian semua!!.

Ucapan Selamat Hari Guru

Aku doakan semoga semua guru yang pernah memberikan ilmu duniawi & ukhrowi kepada aku, sentiasa mendapat rahmat & kasih sayang Allah. Semoga menjadi guru yang berdedikasi dunia & akhirat.

Tak lupa jugak buat guru utama dalam hidup aku, Abah, Mak & suami tercinta. Ucapan istimewa ni jugak buat guru-guru di SK Sungai Ara tempat dimana aku berkhidmat.

Ucapan selamat hari guru

Terima kasih buat warga SK Sungai Ara, di atas ingatan & hadiah sempena Hari Guru. Ni bukan pertama kali aku dapat hadiah pada Hari Guru. Walaupun aku bukan seorang guru. Seronok sangat dapat hadiah jugak, hihi. Aku akan simpan baik-baik ok!!.


Keep Reading»

Sambutan Ringkas Sempena Hari Ibu

SAMBUTAN HARI IBU


Assalamualaikum semua.

Hari Ibu 15hb yang lepas aku ada buat sambutan yang serba ringkas buat Mak aku. Alhamdulillah, waktu hujung minggu yang singkat digunakan dengan sebaik mungkin.

Sambutan Hari Ibu, Selamat Hari Ibu

Aku bincang dengan kakak-kakak aku, nak belikan kek untuk Mak aku sempena Hari Ibu. So, depa pun bersetuju, alhamdulillah.

Tapi kali ni beli kek ja ha. Takda buat masak-masak apa dah, sebab aku rushing sangat, hihi. Duk rumah Mak Mertua pulak time tu. Aku beli kek marble biasa ja, sebab kek macam tu memang favourite Mak.

Makan kek ja lah malam tu, haha. Banyak kali dah beli kek dekat kakak sepupu aku ni D'Azua Delights, alhamdulillah semuanya terbaik. Tak pernah mengecewakan. Harga berbaloi & sedap!!.

Sambutan Hari Ibu, Selamat Hari Ibu

Sambutan Hari Ibu, Selamat Hari Ibu

Sambutan Hari Ibu, Selamat Hari Ibu

Terima kasih kakak-kakakku kerana memberi kerjasama yang baik dalam planning nak suprisekan Mak sempena Hari Ibu. Selamat Hari Ibu Mak!!.

Keep Reading»

Selamat Hari Ibu

SELAMAT HARI IBU MAK


Assalamualaikum semua.

Pertama sekali, aku nak ucapkan Selamat Hari Ibu kepada Mak aku. Aku berharap agar Mak aku sentiasa berada dalam keadaan sihat & sejahtera. Aku nak Mak taw yang aku sangat sayangkan dia. Aku sayangkan Mak aku lebih dari segalanya di dunia ni.

Dari rahim Mak, aku lahir & keluar melihat dunia. Terima kasih atas penat lelah serta sakit pening mengendong aku. Terima kasih jugak sebab susah payah membesarkan aku & sentiasa memastikan segala keperluan aku dipenuhi. Terima kasih sebab sentiasa memanjakan aku dengan belaian & peluk cium walau aku dah ada suami & anak seorang. Terima kasih Mak. Mak lah segala-segalanya buat aku.

Mungkin ramai yang menyambut Hari Ibu secara besar-besaran, tapi aku tak sambut macam tu. Orang lain mungkin menghadiahkan barangan berjenama, bawa ibu melancong, adakan makan malam di restoran istimewa, tapi aku tak dapat beri semua 'kemewahan' macam tu. Hadiah aku untuk Mak aku, hanya lah kehadiran aku dalam hidup dia setiap hari.

Aku tak mampu bagi Mak kemewahan, aku hanya mampu bagi Mak 'kasih sayang' & 'perhatian'. Biar aku susah, penat, atau terdesak, Mak tetap keutamaan aku. Tu lah hadiah aku untuk Mak. Selamat Hari Ibu Mak, bagi aku Hari Ibu setiap hari, setiap saat sebaik ja aku terpandang wajah tuanya. Semoga Allah merahmati Mak, dunia & akhirat. Amin. Sayang Mak hingga ke syurga.

Selamat Hari Ibu Mak, Mertua,Bonda

Aku tujukan Selamat Hari Ibu jugak buat Mak Mertua aku. Aku taw aku bukan lah menantu yang baik. Macam 'hantu' adalah, hihi. Tapi aku comel kan?, haha. Sayang Mak Mertua aku jugak. Selamat Hari Ibu, Mak. Terima kasih sebab menjadi seorang Mak Mertua yang baik.

Tak lupa jugak buat diri ni, Selamat Hari Ibu. Zahra kan kecik lagi, mana taw Hari Ibu ka hari apa semua tu, hihi. So, macam mana dia nak bagi ucapan untuk Bonda dia kan?. Takpa Zahra. Nanti dah besar jangan lupa wish taw?, haha.

Terima kasih Zahra sebab menjadikan hidup Bonda sangat lengkap. Sebab Zahra, Bonda mampu meraikan sambutan Hari Ibu walaupun takda hadiah yang istimewa dari Zahra. Takpa mungkin bila Zahra dah besar nanti, Zahra boleh pakat dengan Babah untuk hadiahkan Bonda sebuah kereta baru. Eh, haha.

Untuk hangpa semua, ibu-ibu di luar sana, aku nak mengucapkan Selamat Hari Ibu jugak buat hangpa. Aku doakan hangpa semua diberikan kesihatan yang baik-baik serta diberikan kekuatan agar dapat membesarkan & mendidik anak-anak hangpa sebaik mungkin. Sentiasa berusaha untuk berikan didikan & kasih sayang yang terbaik untuk anak kita agar depa boleh hidup sejahtera di dunia & akhirat. Insyaallah.

"Ya Allah Ya Tuhanku, cucuri lah rahmat dan kasihilah kepada kedua ibu bapaku seperti mereka mengasihi & menyayangiku sewaktu aku kecil".

Keep Reading»

Menang BKbouquet Delivery Mother's Day Contest

TAK SANGKA BOLEH MENANG  BKBOUQUET DELIVERY MOTHER'S DAY CONTEST


Assalamualaikum semua.



Cuba hangpa tengok muka baby dekat atas tu, ha macam tu lah muka aku hari tu masa dapat taw aku menang contest ni. Memang aku tak sangka. Betul!. Aku duk fikir lah betul ka penyertaan aku ni dah menang?. Macam mana boleh menang?

Tak Sangka Boleh Menang Contest


Tak Sangka Boleh Menang Contest

Tak Sangka Boleh Menang Contest


Ya Allah syukur alhamdulillah sebabnya masa submit untuk penyertaan hari tu, aku takda pun pasang angan-angan langsung untuk menang. Apa yang aku tulis tu adalah lahir dari hati aku sendiri.

Tak Sangka Boleh Menang Contest

Aku nampak ada ramai jugak penyertaan & aku telah dipilih sebagai pemenang. Aku berjaya memenangi satu bouquet cooklat & bunga sempena Hari Ibu. Terima kasih pihak BKbouquet Delivery. Alhamdulillah dapat lah aku hadiahkan bouquet tu pada Mak aku sempena Hari Ibu yang lepas, hihi.

Tahniah buat diri aku, haha. Dan bagi yang kurang bernasib baik jangan susah hati ya sebabnya macam yang aku cakap tadi, aku sendiri pun tak sangka boleh menang. Ni semua hanya lah kerana nasib.

Jangan risau. Dah tentu BKbouquet Delivery akan anjurkan lagi contest macam ni untuk para friendlist dia. Untuk tengok segala update dari depa sila lah follow seperti maklumat di bawah. Nanti ada contest kita join sama-sama pulak ok?. Mana taw lain kali nasib menyebelahi hangpa pulak. InsyaAllah.

Maklumat lanjut:

Facebook : BKbouquet Delivery

Instagram : bk.bouquetdelivery

Keep Reading»

Selamat Hari Lahir Anak Saudara

SAMBUTAN HARI LAHIR ANAK SAUDARA


Assalamualaikum semua.

Selepas selesai Majlis Kenduri Kesyukuran & Doa Selamat hari tu, esoknya kakak aku ada buat majlis hari lahir anak dia yang tiga orang tu, Adik Kakak (Kembar) & Sakinah. Sekejap ja dah besar budak-budak ni. Seronok pulak dapat sambut hari lahir depa beramai-ramai dengan sepupu sepapat, haha.

Sambutan Hari Lahir Anak Saudara

Sambutan Hari Lahir Anak Saudara

Sambutan Hari Lahir Anak Saudara

Sebenarnya sejak kecik lagi depa adik beradik ni memang akan sambut hari lahir depa. Aku lah rajin plan semua tu, saja lah nak seronok-seronok. Sekali sekala meraikan anak-anak, insyaallah makin murah rezeki kita.

Sekarang kan memang semua pun akan buat sambutan untuk hari-hari yang istimewa kan?. Dah jadi macam satu bentuk penghargaan & tanda kesyukuran. Cuma kita elakkan lah dari pembaziran, hihi.

Gambar Lama
Kepada anak-anak saudara aku ni, selamat hari lahir, semoga hangpa terus membesar jadi anak yang solehah. Membesarkan anak di zaman sekarang memang satu kerja yang mencabar kan?. Apapun semoga semuanya yang terbaik buat kalian.




Keep Reading»

Majlis Kenduri Kesyukuran & Doa Selamat

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah hujung bulan lepas kami sekeluarga sempat mengadakan Majlis Kenduri Kesyukuran & Doa Selamat di rumah sewa Mak kami di Pekan Batu Kurau. Majlis ni merupakan kenduri kesyukuran sempena kakak aku dapat bekerja sebagai kakitangan kerajaan selain tu merupakan doa selamat kami berpindah masuk ke rumah sewa sekarang.

kenduri kesyukuran & doa selamat


Bacaan doa selamat telah dibacakan & dihadiri oleh ahli jemaah Masjid Al-Qurawi Batu Kurau, kawan-kawan & saudara mara terdekat.

Majlis ni kami rancang nak buat kecil-kecilan ja, setakat 20, 30 orang tetamu. Tapi memandangkan Mak kami tu ramai kenalan rapat & saudara-mara terdekat yang tinggal dekat-dekat sini berhasrat nak hadir & memeriahkan lagi, so nampak macam meriah sangat taw!!. Nasib baik lah rumah sewa Mak yang baru ni besar sikit so senang & selesa lah sikit tetamu nak menjamu selera.

Masakan pada hari tu semua dimasak sendiri oleh kami sekeluarga kecuali menu istimewa kami iaitu nasi kerabu dimasak oleh isteri saudara Mak yang memang berasal dari Kelantan. Antara hidangan yang kami sediakan hari tu ialah kari ikan masin nenas, asam pedas keladi, ikan goreng, ikan masin, sayur campur, kerabu & ulam-ulaman. Selain tu ada kami sediakan kuih muih.

kenduri kesyukuran & doa selamat

kenduri kesyukuran & doa selamat

kenduri kesyukuran & doa selamat

kenduri kesyukuran & doa selamat

kenduri kesyukuran & doa selamat


Alhamdulillah pada akhir majlis, kami sempat jugak membekalkan beberapa juadah kepada tetamu untuk dibawa balik.

Kami ucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran tetamu yang meraikan majlis ni. Kami jugak memohon maaf kepada yang tak menerima jemputan. Bukan apa, majlis kenduri ni kami buat secara kecil-kecilan ja. Segala kekurangan kami mohon berbanyak-banyak maaf.

Keep Reading»

Le'sanda Sweet Foundation & Freegift

BELI LE'SANDA SWEET FOUNDATION DAPAT FREEGIFT


Assalamualaikum semua. Rindu nak berblog. Banyak benda nak share. Aktiviti aku dalam bisnes Le'sanda Sweet Foundation.

Aku start berniaga Le'sanda ni pada pertengahan April. Allahu, macam-macam dah aku dapat. Bukan ja dari segi kebendaan tapi jugak silaturahim & ilmu yang tak ternilai. Kali ni aku tak menyesal & takkan menyesal  sebab pilih bisnes Le'sanda. Hangpa jom lah join team family aku. Insyaallah aku akan turunkan segala ilmu yang aku dapat, haha.

Beli Le'sanda Sweet Foundation Dapat Freegift

Ok. Kalau hangpa nak taw bermula dari awal bulan hari tu aku ada sediakan freegift ODBO Eyrbrow Pencil & Brush bagi setiap pembelian 1 pcs Le'sanda Sweet Foundation. Alhamdulillah dapat sambutan yang baik. Dah tentu lah orang suka dapat freegift walaupun freegift tu tak seberapa. Dapat jugak tambah koleksi depa punya barang.

Beli Le'sanda Sweet Foundation Dapat Freegift

Aku duk rasa macam nak tukar freegift lain pulak nanti ni bagi batch ke lima. Rasa macam nak bagi lip liner pulak. Wah mesti hangpa suka kan?. Nanti hangpa mai usha-usha dekat wall facebook & instagram aku na. Ada freegift baru pulak menanti hangpa. Mesti hangpa suka kan?.

Keep Reading»

Brownies Sedap Meletop Kebabom!.

BROWNIES SEDAP & MURAH


Assalamualaikum semua.

Rajin pulak aku mengupdate blog kan?, hihi. Nasib lah mai idea jugak dalam kepala aku ni.

Baru-baru ni aku ada beli brownies. Orang yang jual brownies ni duduk dekat Taiping hangpa taw, tapi kebetulan dia ada hal dekat Batu Kurau, so dia COD lah dekat rumah aku ni. Tapi dia memang selalu pun datang Batu Kurau. Rezeki namanya ni.

Brownies sedap & murah

Tudia, hangpa terliur tak?. Ada macam-macam toping sebenarnya. Tapi aku ambik yang biasa ja. Aku tak minat sangat yang banyak-banyak toping ni. Asal chocolate ja aku suka. Sekejap ja licin semua tu.

Brownies sedap & murah

Mengoda betul!. Aku sambil tulis ni pun duk rasa terliur, haha. Aku cakap dekat Mak aku, nanti birthday sesiapa kita order ja brownies ni sebagai cake.

Nak tunggu aku buat sendiri, aku menangis di tepi bucu meja dulu lah, haha.

Sedap wei. Menari-nari ja dalam mulut aku ni ha, hihi. Hangpa nak order?. P order sini Tini Mael.

Keep Reading»

Kejutan Buat Suami Tersayang

SUPRISE DELIVERY BUAT SUAMI


Assalamualaikum & selamat pagi semua.

Uih, baru sempat aku nak update blog ni. Zahra dah siap mandi, minum susu, dapat lah aku update blog sekejap. Banyak ja cerita yang nak diceritakan, cuma tak sempat dengan masa. Walaupun ada cerita yang dah lepas berkurun, nak jugak aku cerita dekat hangpa semua.

Masa aku p Kedah hari tu, aku plan nak buat suprise dekat suami aku. Memandangkan birthday suami aku dalam tempoh aku ada disana lagi. So, aku plan nak gunakan khidmat suprise delivery untuk suami aku di belah Kedah. Masa ni aku ada di Kedah dengan suami, sebab cuti kan.

Tanya punya tanya, eh cuti pulak hari birthday suami nanti. Tak dapat lah nak buat suprise candle light dinner untuk suami. Terpaksa lah cari tukang buat suprise di Kedah ni. Dapat cari satu tapi tak kena pulak tarikhnya. Nasib baik ada lagi satu, alhamdulillah.

Birthday suami 24 April jatuh hari isnin & kebutulan merupakan cuti umun pertabalan agung. Petang tu agak lewat dari yang dijanjikan, suprise delivery tu selamat sampai ke tangan suami. Rasa macam menjadi kejutan ni, tapi suami merungut kata malu, hihi. Ya lah dekat tempat dia berniaga kan ramai orang, dia malu lah. Tapi sebelum ni dah pernah buat macam ni, nasib dia tak syak jugak kan?

Suprise Delivery Buat Suami

Takpa lah, asalkan ada senyuman di wajahmu sayang!. Cewah!. Galak aih. Aku gunakan suprise delivery suprisesuprisedeliveryas untuk kali ni. Hangpa boleh search di ig. 

Ulangtahun kelahiran suami yang ke dot dot dot, hihi. Awak dah tua suami!. Tahun depan kena plan benda lain pulak ni, hihi.

Ok lah, cukup sampai sini ya. Cukup untuk aku mengabadikan kenangan di blog kesayangan wei. Ok lah, bai.




Keep Reading»

Suprise Delivery Batu Kurau

SUPRISE DELIVERY KAWASAN BATU KURAU, KAMUNTING & TAIPING


Assalamualaikum semua. Hangpa semua sihat ka?. Baru sempat nak update blog wei.

Entri kali ni untuk kawan-kawan yang jenis romantis yang mana suka buat kejutan dekat orang tersayang. Kalau rasa macam dah takda idea nak buat suprise dekat orang kesayangan hangpa, hangpa boleh lah try gunakan perkhidmatan delivery ni iaitu BKbouquet Delivery.

Oleh sebab aku tinggal di sekitar Batu Kurau ni so aku nak kongsikan dengan hangpa satu khidmat delivery yang awesome & sangat menarik untuk hangpa. 

BKbouquet Delivery ni ada buat delivery di sekitar Batu Kurau, Kamunting & Taiping. Bila-bila hangpa rasa nak suprisekan kesayangan hangpa tu, boleh contact ja depa. Memang pantas & efisyen taw hangpa!. Will surely use her services again next time!.

Ni dekat bawah ni aku ada kongsikan dengan hangpa gambar-gambar dari perkhidmatan yang depa sediakan.  Dan semestinya ada banyak lagi contoh menarik, so boleh klik link dekat bawah nanti untuk survey. Bunga ada, coklat ada, kek ada & set alat tulis pun ada taw!. Boleh plus dengan belon comel-comel lagi.

Suprise delivery kawasan batu kurau, kamunting & taiping

Suprise delivery kawasan batu kurau, kamunting & taiping

Suprise delivery kawasan batu kurau, kamunting & taiping

Suprise delivery kawasan batu kurau, kamunting & taiping

Suprise delivery kawasan batu kurau, kamunting & taiping

Suprise delivery kawasan batu kurau, kamunting & taiping

Suprise delivery kawasan batu kurau, kamunting & taiping

Suprise delivery kawasan batu kurau, kamunting & taiping

So, hangpa semua di sekitar Batu kurau, boleh lah nak mula bagi kejutan untuk kesayangan hangpa. Tak payah tunggu apa-apa event pun boleh buat aih!, haha. Untuk orang belah Kedah, yang ni perkhidmatan yang pernah aku cuba di Kedah, suprisesuprisedeliveryas

Hangpa cuba na, nanti bagitaw aku macam mana awesome tak servis depa ya!. Have a nice day!.

Maklumat lanjut:


Keep Reading»