Salam Tahun 2020.

Azam Tahun 2020.


Assalamualaikum semua.

Lambat pulak aku coretkan azam tahun baru aku dalam blog tahun ni, hihi. Sorry hangpa, aku sibuk sangat.

Tahun ni sebenarnya takda azam weh. Cukuplah kalau hidup, ibadah diterima Allah. Atau kalau ajal dah sampai, syahid di jalan DIA. Basmallah.

Di permulaan tahun 2020 ni, Ya Allah, terima kasih kerana masih memberi aku peluang untuk bangkit di setiap pagi.

Terima kasih buat suami yang menyayangi, buat anak yang mengasihi dan buat family serta family mertua yang memahami. Best gift for me would definitely be from my god: chances.

Macammana degil, nakal, jahat, DIA tetap kejutkan aku. Dan bagi aku peluang setiap hari satu persatu.

Dengan semua yang aku dah ada hari ni, aku malu untuk mintak apa-apa lagi. Kecuali aku meminta teguh perasaan bersyukur ni takkan reti hilang dari hati budak kampung ni.

Salam sayang buat arwah Mak, Latifah Binti Baharom yang 29 tahun lalu mencagar nyawa demi memberi aku kesempatan untuk merasai dunia.

Tengok setiap titik darah yang pecah, setiap desibal raungan, setiap airmata tertitis kesakitan. Lagi grafik, lagi bagus. Maka kita segan untuk berbuat kejahatan pada Mak kita. Salam Tahun 2020 semuanya.


Keep Reading»

Genap 1 Tahun Mak Pergi

Mengenang Mak Dalam Doa

Assalamualaikum dan hai semua.

Lama jugak dah menyepi dan tinggalkan blog ni tanpa entry kan, hihi. Hari ni curi  jugak masa untuk tulis entry dekat blog ni. Nanti basi pulak cerita-cerita aku ni kan, huhu.

Mengenang Mak Dalam Doa

28 Disember 2019 yang lepas, genap 1 tahun tak dapat peluk jasad Mak, tapi roh Mak, sentiasa dalam dakapan 💕.

Mak, Acik dengan Zahra dah duduk jauh balik dengan Fitri sekarang. Mula-mula tu Acik tak yakin boleh ka nak handle Zahra dengan baik sorang-sorang, life pun belum betul-betul stable. Tapi dah nak dekat setahun ni, alhamdulillah semuanya terkawal, cuma saat ni, Mak dah takda disisi Acik 😢.

I'm struggling to juggle my life now. Kerja, suri rumah, weekend wife, Bonda anak sorang 🤭. Sometimes macam tanya dekat diri sendiri, mampu ka Acik untuk buat semua ni. Tapi, kita takkan taw capacity kita selagi kita tak challenge diri kita sendiri kan?. And through these trials, banyak sangat Acik dapat belajar, buat Acik lebih bersyukur. Sibuk gila-gila pun, semua manageable ja sebenarnya. Penat sikit lah, tapi kena betul-betul pandai bahagi masa. Bab tu yang Acik lemah 😂.

Mak, kalau Mak still ada mesti Mak seronok tengok Zahra sekarang. Dia makin pandai dah, very helpful and independent sangat. Dia still mention nama Mak sometimes. Kalau lalu depan tanah perkuburan Mak, dia mesti cakap, "Assalamualaikum Tok, sayang Tok, i love u Tok. Bonda pulak". Dia suruh Acik cakap benda yang sama jugak 🥰.

Anyway, walaupun anak-anak Mak ramai dan masing-masing dengan haluan masing-masing. Kami still masih rapat macam selalu. InshaaAllah kami still support each other, bagi pinjam duit, haha 🤫 (Tq Adik, Ateh dengan PakNjang). So, jangan risau okay, setiap Mak ada dalam diri kami inshaaAllah akan bercantum sampai bila-bila.

Kami selalu gurau cara Mak bercakap 🤣. Ingat balik kenangan-kenangan manis dengan Mak ❤️😢. 

Semoga Mak tenang di alam sana dan ditempatkan dikalangan para solehah. Acik akan selalu doakan Mak dari sini. Dari tempat yang nyata berbeza, namun cintanya masih sama ❤️👩‍❤️‍💋‍👩. Ringdu! 💔.

Al-Fatihah buat ratu hatiku, 
LATIPAH BINTI BAHAROM
28.12.2018 - 28.12.2019

Keep Reading»