Resepi Maggi Goreng Mudah & Cepat

MAGGI GORENG VERSI MUDAH & CEPAT


Assalamualaikum semua.

Maggi Goreng Versi Mudah & Cepat

Eleh, tajuk tu. Resepi Maggi Goreng Mudah & Cepat, bukan maggi memang mudah ka?, hahaha.

Aku kongsikan entry kali ni bagi yang nak buat cara mudah ja. Sebagai seorang yang tak pandai sangat memasak macam aku, selayaknya aku berkongsikan resepi yang mudah-mudah ja, hihi.

So, untuk kali ni aku nak kongsikan resepi maggi goreng. Nanti lepas ni aku kongsikan lah pulak resepi-resepi mudah yang lain untuk hangpa. Hangpa tunggu taw!. Cewah!, dah macam blog masakan pulak. Hah, aku mana lah hebat bab masak ni, nak buat blog masakan weh. Setakat guna skill apa yang ada ja. Skill survival ja. Makan untuk hidup.

Maggi goreng ni boleh aku katakan sebagai selera budak kecil. Masa aku kecil-kecil dulu, Mak rajin masakkan maggi goreng. Aku memang peminat maggi goreng sebab rasanya yang simple tapi sedap.

Bahan dia pun mudah & senang lah kita nak cari dekat dapur rumah kita ka, dekat kedai ka. Tu yang buatkan resepi ni ada extra point sebagai masakan yang mudah serta cepat. Hangpa boleh gunakan maggi CINTAN tanpa goreng yang ada dijual di pasaraya. Ataupun kalau hangpa dah jemu dengan maggi yang hangpa makan, hangpa boleh keluarkan maggi ja & buangkan perencahnya. Macam aku, aku suka guna maggi SEDAP goreng ja. Macam gambar dekat bawah ni.


BAHAN-BAHAN

1)Maggi SEDAP Goreng (1 bungkus)
2)Bawang Merah (1/2 biji, dihiris)
3)Bawah Putih (2 biji, dihiris)
4)Sos Cili (3 sudu)
5)Kicap Mee (1 sudu)
6)Udang/ Ayam/ Telur
7)Garam & Gula (secukup rasa)
8)Taugeh/ Kobis/ Sawi


CARA MEMASAK

1) Masak air di dalam periuk. Setelah mendidih, celurkan maggi hangpa. Jangan terlalu lama, takut nanti terlembik & hancur bila digoreng.

2) Hiris bawang merah & bawang putih. Panaskan kuali. Bila dah panas, masukkan sedikit minyak. Tumis bawang merah & putih yang kita hiris tadi sehingga kekuningan & naik bau.

3) Masukkan sos cili. Yang di bahan tadi ikut sukatan aku untuk sebungkus maggi. Kalau hangpa, ikut selera hangpa taw.

4) Gaulkan sos & kicap tadi biar sebati. Lepas tu boleh masukkan udang/ ayam/ telur.

5) Perisakan dengan garam & gula ikut selera hangpa. Akhir sekali masukkan  maggi yang telah dicelur. Gaul sampai bahan tumisan tadi kena pada maggi hangpa dengan sekata.

6) Masukkan taugeh/ sawi/ kobis sebelum maggi diangkat. Bila dah agak semuanya mesra (tak perlu terlalu lama atas api), tutup api & boleh lah dihidang.

Ha, mudah & cepat kan. Rasanya pun sedap!, hihi. Jadi ni lah resepi buat para orang perempuan yang tak berapa nak pandai masak macam aku ni. Selamat mencuba hangpa!!!.




Keep Reading»

Khasiat & Manfaat Kunyit Untuk Kesihatan & Kecantikan

KUNYIT MEMILIKI KHASIAT & MANFAAT YANG BAIK UNTUK KESIHATAN & KECANTIKAN


Assalamualaikum semua.

4 khasiat kunyit untuk kecantikan
gambar sumber google
Hangpa taw tak, sejak dari zaman dulu lagi, kunyit ni dah digunakan untuk keperluan pada setiap hari. Misalnya untuk perawatan kecantikan atau ia jugak diminum sebagai jamu. Tengok macam sekarang, berbagai produk kesihatan & kecantikan dah banyak kemunculannya. Datang dengan bentuk yang lebih moden macam kapsul, serbuk, tablet, minuman & sebagainya.

Ok, sebelum aku bagitaw hangpa pasal khasiat kunyit yang banyak ni, hangpa kena taw dulu klasifikasi & kandungan kunyit ni.

Kunyit ni termasuk dalam kelompok jahe-jahean atau Zingiberanceae. Kunyit ni terbahagi kepada empat jenis iaitu kunyit putih, kunyit merah, kunyit kuning & kunyit hitam.

Kunyit memiliki kandungan senyawa yang berkhasiat sebagai ubat atau biasa disebut dengan kurkuminiod. Kurkuminoid tu sendiri terduri dari kurkumin, desmetoksikumin, bisdesmetoksikurkumin, minyak asiri (volatil oil), lemak, karbohidrat, protien, pati, vitamin & garam-garam mineral seperti zat besi, fosfor, & kalsium.

Macam tu kayanya kunyit dengan berbagai kandungan di atas, ni membuatkan ia memiliki khasiat & manfaat yang baik terutama untuk kesihatan & kecantikan.

4 KHASIAT & MANFAAT KUNYIT UNTUK KECANTIKAN


4 khasiat kunyit untuk kecantikan
gambar sumber google

Antara khasiat & manfaat kunyit yang lain untuk kecantikan & kesihatan adalah seperti :

MENGHILANGKAN JERAWAT

Kunyit memiliki banyak khasiat & manfaat untuk kecantikan, diantaranya ialah untuk menghilangkan jerawat. Selain dapat membantu menghilangkan jerawat, menggunakan masker wajah yang berasaskan kunyit dapat memberikan awet muda.

Selalunya, masker berasaskan kunyit selalu digunakan oleh para bakal raha sehari sebelum hari perkahwinan depa. Selain dapat mencerahkan kulit, masker kunyit jugak berkhasiat untuk mengurangi parut pada wajah yang tak sedap dipandang.

Cara membuat masker tersebut ialah  ambil dua sudu makan tepung gandum, 1 sudu makan susu organik, kemudian tambahkan dua titis mintak zaitun & sedikit kunyit.

Selepas itu blender semua bahan tersebut menjadi masker. Masker tersebut sapukan diwajah selama 20 minit. Sebaiknya masker digunakan sebelum mandi.

MENCEGAH KERIPUT

Selain dapat menghilangkan jerawat & mencerahkan wajah, kunyit jugak berkhasiat untuk mencegah keriput.

Untuk mencegah keriput, gunakan sedikit kunyit & dua sudu makan mentega, kemudian sapukan pada mata selama 20 minit. Lepas tu bilas dengan air bersih. Masker tersebut boleh disapukan seminggu dua kali.

Hasilnya, dapat menghilangkan kerutan terutama di bahagian sekitar mata, & lingkaran mata hitam di bawah mata juga akan hilang.

MENGATASI KULIT KERING DAN BERMINYAK

Masih untuk wajah. Kunyit jugak berkhasiat untuk nengatasi kulit kering & berminyak.

Untuk kulit kering, gunakan satu putih telur, dua titis minyak zaitun, jus lemon, air mawar & tambahkan sedikit kunyit kemudian gaul rata. Lepas dah tergaul rata, sapukan pada bahagian badan yang kering, macam wajah, leher, lutut atau siku. Setelah kering, bilas dengan air bersih.

Untuk kulit berminyak pulak, campurkan dua sudu makan yogurt, dua titis jus lemon & sedikit kunyit. Kemudian sapukan pada wajah sehingga kering. Setelah kering, bilas sehingga bersih menggunakan air.

MENGHALUSKAN TUMIT

Selain dapat mengatasi kulit kering & berminyak, kunyit jugak bermanfaat untuk menghaluskan tumit. Caranya sangat mudah.

Cukup kita sapukan campuran 3 titis minyak kelapa & 3 sudu makan kunyit.

Ha, tudia adalah antara fungsi & manfaat kunyit untuk kesihatan & kecantikan kulit. Semoga bermanfaat ya hangpa!!!.


Keep Reading»

Zahra Demam Selsema

ANAK BONDA DEMAM SELSEMA


Assalamualaikum semua.

Selamat bercuti!!!. Dah cuti sekolah kan. Semoga adik-adik semua dapat memanfaatkan curi sekolah ni dengan benda yang berfaedah ya.

Ok, balik pada tajuk asalnya. Sekarang kan musim demam, selsema, batuk, sakit tekak & sewaktu dengannya. Zahra pun baru kena demam selsema. Dekat seminggu jugak lah Zahra demam. Dah bawak p klinik & bagi ubat, alhamdulillah dah sihat dia.

Anak Bonda Demam Selsema

Kesiannya alahai aku tengok Zahra ni masa demam. Ni pun masih batuk & selsema sikit . Urm, rasanya mungkin sebab cuaca yang tak menentu kud Zahra tak sihat macam ni.  Sekejap panas, nanti pulak sejuk ja kalau hujan.

Demam-demam ni bukan main merengek lagi dia. Nampak ja aku pegang plastik ubat, mula lah start nak menangis. Marah tak kira lah dia. Ditepis-tepisnya tangan aku ni, haha. Lawak pun ada taw Zahra ni. Tapi rasa kesian pun ada. Kalau lah sakit tu boleh pindah dekat aku kan senang, huhu.

Apa pun semoga anak Bonda ni cepat sembuh ya. Kalau boleh biar Bonda ja yang tanggung segala kesakitan anak Bonda ni, biar Bonda yang demam, hihi.

Keep Reading»

Jom Kita Ke KidZania Kuala Lumpur

TEBUS TIKET PERCUMA KIDZANIA  GO DI QUILL CITY MALL KUALA LUMPUR

Assalamualaikum semua.

Ok, cuti sekolah ni aku ada plan nak ke KidZania Go Di Quill City Mall Kuala Lumpur. Horey!!!.

Aku dah lama berangan nak bawak Zahra p KidZania. Tapi tak p pun lagi. Malas satu, bajet lagi, lepas tu aku fikir macam tempat tu agak bosan untuk aku yang kategori Mak-Mak dah ni. Dalam hati tu, kesian pulak dekat Zahra, huhu.

So, bersempena cuti sekolah kali ni, aku rasa macam nak bawak Zahra ke KidZania lah. Entah macam mana dapat redeem tiket untuk masuk ke KidZania secara percuma untuk dua orang, yeah!!!.

Tebus Tiket Percuma KidZania Go Di Quill City Mall Kuala Lumpur


Selain tu, aku ada nak kongsikan berita baik dengan hangpa ni iaitu aku nak ajak hangpa tebus tiket percuma Kidzania Go di Quill City Mall, Kuala Lumpur sempena cuti sekolah ni. Caranya senang ja, hangpa hanya perlu belanja sebanyak RM38.00 dalam satu resit dekat mana-mana oulet di Quill City Mall Kuala Lumpur ni. 

Tak kisah lah hangpa belanja untuk shopping atau makan-makan, hangpa dah boleh redeem dah tiket percuma ke Kidzania Go. Ha, menarik kan?.

Untuk pengetahuan hangpa, ada 8 aktiviti menyeronokkan yang akan disediakan iaitu Sharp Air Quality Control, Scott's Research Lab, Mc Donald's Fitness Centre, Magic Studio, TV Studio, Volvo - Stop, look and wave, Court house & a Recycling centre.

Kalau hangpa nak datang ke Kidzania Go di Quill City Mall Kuala Lumpur, hangpa kena datang pada :

Tarikh : 19 - 25 Mac 2018

Masa : 10.00 pagi - 9.30 malam (setiap hari)

Jangan lupa tarikh dekat atas ni taw untuk hangpa dapatkan tiket PERCUMA Kidzania Go di Quill City Mall Kuala Lumpur. Jangan cakap aku tak bagitaw awal-awal ya, haha.

Wah mesti Zahra teruja nak sertai aktiviti tu semua. Jom hangpa join aku  sertai KidZania GO! @ Quill City Mall Kuala Lumpur cuti sekolah ni. Jumpa nanti ya!!!.

Selanjutnya tentang tiket PERCUMA Kidzania Go di Quill City Mall Kuala Lumpur, hangpa boleh layari:



Kidzania Go, 
Main Atrium, Ground Floor, Quill City Mall Kuala Lumpur..



Keep Reading»

Siapa Tahu Apa Itu OCD?

OBESESIVE COMPULSIVE DISORDER (OCD)

Penyakit OCD yang meletihkan

Assalamualaikum, hai semua!.

Ha, hangpa taw tak apa benda tu OCD?. Rasanya ada yang dah taw kan OCD ni adalah satu penyakit. Penyakit yang boleh menganggu kehidupan kita kalau kita tak cuba kawal dari mula. Bukan apa, penyakit ni kalau di layan memang makin menjadi-jadi!. Penyakit OCD ni memang meletihkan taw, orang yang mengalami ja yang taw macam mana rasanya, hihi.

Sebelum aku sembang lebih lanjut pasal penyakit OCD ni dengan hangpa, aku nak bagi taw dulu pada hangpa yang mana belum taw apa makna OCD ni. OCD ni ialah Obesesive Compulsive Disorder atau dengan kata lain ialah ketidakcelaruan perasaan yang memerangkap fikiran & perangai pesakit dalam kitaran yang tak berakhir. Ha, gitu!!!. Agak-agak hangpa faham tak?. Aku nak terangkan pada hangpa dengan secara terperinci pun aku tak taw. Aku google ja tu makna dia.

Atau pun untuk hangpa lebih mudah faham pesakit OCD ni suka pada kesempurnaan & suka buat sesuatu perkara tu secara berulang-ulang. Kalau tak buat macam tu pesakit akan rasa resah & stress. Tu yang aku kata tadi, OCD ni meletihkan. Mana lah tak letih kalau dah duk buat benda yang sama ja berulang kali kan. Selagi rasa tak sempurna, selagi tu lah duk buat benda yang sama, alahai.

Aku sebenarnya kan duk berasa jugak macam aku ada tergolong sebagai salah sorang pengidap OCD  ni taw. Sebab tu aku macam boleh faham perasaan orang beoenyakit OCD ni.

Cuma kita kena usaha untuk kawal perasaan kita tu supaya takda lah bawa kemudaratan pada diri kita nanti. Cuba lah sedapkan hati kita dengan ingat yang semua dekat dunia ni tak sempurna kecuali Allah. Bila dah terdetik dalam hati macam tu, insyaAllah rasa relaks sikit taw nanti. Takda lah rasa stress sangat. Nanti bila kita dah stress, tu yang macam-macam penyakit datang.

Selain tu, kita kena banyak-banyak dekatkan diri pada Allah. Aku ada terbaca perkongsian dari seseorang  tentang penyakit ni, nanti aku cuba kongsikan ya cara-cara kita nak kurangkan atau sembuhkan OCD ni. Pada yang ada sakit OCD ni jangan rasa down atau malu ya. Kita pun bukan minta nak ada sakit macam ni. Banyak-banyakan istifar & dekatkan diri dengan Allah. Kuatkan hati, insyaAllah akan berkurangan & mana taw boleh terus sembuh sepenuhnya. Aamiin ya rabb.


Keep Reading»

Cara Terbaik Menenangkan Hati Yang Sedang Kecewa

BAGAIMANA CARA TERBAIK MENENANGKAN  HATI YANG SEDANG KECEWA?


Tips untuk hati yang sedang kecewa


Assalamualaikum hangpa.

Ada hati yang sedang kecewa & terluka?. Hati yang sedang sangat lemah & tak tenang?. Dalam dunia ni, takda siapa yang nak merasa kecewa & terluka kan?.

Apatah lagi kecewa akibat daripada permainan perasaan. Merasa lemah & tak tenang sehinggakan air mata tu nak menitis ja setiap saat.

Kata orang, cinta tu ada pasang surutnya. Setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Tapi bukan lah semua masalah kekecewaan ni jadi sebab percintaan & masalah jodoh. Ada jugak yang kecewa mungkin sebab benda lain. Boleh jadi sebab terluka dengan tindakan Mak Ayah. Mungkin juga berkecil hati dengan sikap anak-anak.

Senang cakap, banyak sebenarnya benda yang boleh membuatkan hati kita ni jadi remuk rendam & buat kita merasa lemah.

5 CARA MENENANGKAN HATI YANG KECEWA


Kita selalu nak mengelak daripada dikatakan lemah, kita berpura-pura kuat. Kita mengukir senyuman, tapi dalam hati kita hanya Allah yang taw. Sampai bila kita nak kena berpura-pura?. Kita semua manusia biasa. Manusia yang dikurniakan hati & perasaan.

Jom aku kongsikan beberapa cara untuk menguatkan & menenangkan kembali hati yang sedang lemah. Aku jugak manusia biasa yang pernah mengalami situasi ni. Semoga dengan perkongsiaan ni dapat membantu hangpa jugak yang sedang dalam kekecewaan.

✅ MEMBACA SURAH YASSIN

Mungkin selama ni kita kurang membaca Al-Quran atau jarang sangat membuka kitab suci ni. Ini adalah satu sebab kita mudah terganggu & merasa tak tenang. Jadi, mari lah kita menghidupkan kembali amalan ni. Memang surah ni mempunyai aura yang mampu menenangkan hati. 

Selain tu kita boleh beransur menambah bacaan dengan surah-surah yang lain. Sangat menenangkan hati. Macam mana kalau sedang haid?. Dengar lah bacaan  surah ni melaui telefon, etc.

✅ SOLAT SUNAT TAHAJJUD

Bangun & melakukan solat malam iaitu solat sunat Tahajjud. Tujuan solat Tahajjud adalah untuk menguatkan jiwa & mendapatkan ketenangan dalam menghadapi dugaan hidup.

Amalan ni adalah antara amalan yang tak pernah ditinggalkan oleh Rasulullah & para sahabat.

" Usolli Sunnatal Tahajjud Rak'ataini Lilaahi Ta'ala, Allahu Akbar".

"Sahaja aku Solat Sunat Tahajjud dua rakaat kerana Allah Ta'ala"

Pada rakaat pertama baca lah Al-Fatihah. Selepas tu, surah Al-Kafirun & rakaat kedua baca lah Al-fatihah, selepas tu surah Al-Ikhlas. Solat Tahajjud dilakukan takda had rakaatnya, ikut kesanggupan & kemampuan kita dengan setiap dua rakaat satu salam. Kalau kita rasakan berat, memadai lah sekadar dua rakaat. Lepas tu, kita berdoa lah. Berdoa lah apa saja.

Adukan masalah kita terus kepada Allah. Minta lah pada DIA ketenangan hati.

Kalau hangpa kelu untuk berdoa, hangpa boleh amalkan doa ni:

"Ya Allah, aku berlindung kepadaMu dari kebimbangan dan kepiluan. Aku berlindung kepadaMu dari ketidakupayaan dan kelalaian. Aku berlindung kepadaMu dari perbuatan pengecut. Dan aku mencari perlindungan dariMu daripada hutang dan penindasan manusia".

TIPS SUPAYA MUDAH NAK BANGUN:

✔ Berwuduk sebelum tidur.B

✔ Baca surah Al Mulk sekurang-kurangnya 10 ayat.

✔ Baca doa tidur & niat dalam hati, " Ya Allah, aku memohon kepadaMu supaya bangunkan aku pada waktu paling afdhal untuk berdoa padaMu".


✔ Kunci jam.

✅ BANYAKKAN ISTIGFAR DAN BERZIKIR

La haula wala quwwata illa billah (Tiada daya upaya dan tuada kekuatan kecuali dengan oertolobgan Allah).

Hasbunallah wa ni'mal wakiil (Cukup lah Allah menjadi penolobg kami dan Allah adalah sebaik-baiknya oelindung).

✅ ELAKKAN MENDENGAR LAGU BERTEMA KEKECEWAAN

Ni yang paling penting kepada siapa yang baru ja mengalami putus cinta / tunang, perlu hindari dari suasana yang boleh membuatkan kita sebak.

Elakkan mendengar lagu yang bertemakan putus cinta & kecewa. Kita nak menenangkan hati, bukan menyesakkan hati, betul tak?.

Jangan menabur garam diatas luka kerana ianya pedih. Biar lah dulu luka itu sembuh, ewah!!!, hahaha.

✅ SENTIASA LAH MENGINGATI ALLAH

Ni yang paling penting sekali. Kita memang kena sentiasa menginagti Allah.

Yakin lah dengan sepenuh hati bahawa Allah Maha Mengetahui & sentiasa bersama kita walau apa pun terjadi. Apa yang buat kita sedih, Allah lebih Maha Kuasa, Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita.

Yakin lah kesedihan & rasa tak tenang yang Allah bagi tu adalah agar kita kembali mengingatiNYA.

"Ingat lah, hanya dengan mengingat Allah lah hati menjadi tenteram". (QS Ar Ra'd : 28)

"Jangan lah kamu bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita". (QS.At - Taubah : 40)

Ni adalah beberapa tips yang nak aku kongsikan untuk kita menenangkan hati yang sedang kecewa. Semoga bermanfaat.

Kredit : Aku Islam


Keep Reading»

Pengalaman Pertama Kali Beli Barang Online Shopee

BELI BARANG ONLIE SHOPEE


Assalamualaikum semua. Apa khabar?. Harap semua sihat ya.

Aku memang tak pernah beli barang online ni macam dekat Lazada ka, 11street ja, Shopee ka, & lain-lain lah.
Shopping Bersama Shopee.

Tapi baru-baru ni, aku dah terjebak dengan Shopee. Baru-baru ni kan ada SALE gila-gila punya sempena Tahun Baharu Cina & Kempen Hari Gaji. Jadi apa lagi, aku pun serbu lah Shopee. Kebetulan dapat voucher pulak dari Shopee, sakan lah aku shopping, hihi.

Berpinar mata aku tengok senarai barang-barang yang tengah sale tu. Jenuh nak mencari barang apa yang nak dibeli sebab takda plan nak beli apa-apa pun. Dah pilih yang mana berkenan tu terus masuk bakul, hihi. Aku beli dari satu pembekal ja jadi takda lah kos shipping kan, & barangan yang aku beli RM30 keatas. Alhamdulillah berjaya untuk pembelian pertama menggunakan voucher Shopee. Yeah!, syabas buat diri sendiri, haha. Siapa nak taw barang apa yang aku beli tu?.

Shopping Bersama Shopee.

Shopping Bersama Shopee.

Shopping Bersama Shopee.

Ni ha, aku beli barang make up dari Maybeline. Banyak ja barang yang lagi menarik dari Maybeline ni, tapi kena cari harga yang padan dengan voucher aku lah kan. So, aku rasa yang ni ja yang aku perlukan, wah perlukan gitu!. Sebab aku ni bukannya pandai make up pun. Setakat nak tempek foundation & bedak, calit lipstik tu boleh lah.

Shopping Bersama Shopee.

Servis memang tip top ok hangpa. Barang cepat sampai. Kecuali barang yang datang dari China lambat sikit lah kan. Barang sampai elok, takda pecah apa. Cer hangpa teka tiga barang ni berapa?. RM49.25 sahaja!!!. Berbaloi kan?.

So, hangpa cepat-cepat lah install Shopee dalam handphone hangpa. Mudah, murah & cepat!!!.

Keep Reading»