Benarlah Bagai Dikata

Hampa pernah tak minum air yang pelik-pelik?.Contoh Teh O' Laici ka, Teh O' Asam Boi ka.So, kira macam biasa ja lah kan.Kalau macam Sirap Bandung Cincau Laici hampa penah minum tak?huhu.

Kalau sebelum ni, kegilaan aku nak minum Asam Boi.Makan luar ja order Asam Boi.Segala jenis Asam Boi lah.Yang paling best sila lah na hampa semua cuba Kasturi Asam Boi.Perghh!!.Memang sedap, pecah air liur, haha.

So sekarang ni kegilaan aku terhadap Teh Ais Cincau pulak.Paling pekat & sedap sekali air ni dekat Pasar Malam Kamunting.Memang puas lah minum satu gelas besar tu.Nak ja repeat lagi ni, hadui.Eh, esok ada lah Pasar Malam Kamunting kan?Wah, dengan cergas lah.


Macam mana, teringin ka?Sori na kalau siapa-siapa yang teringin tu ok.Nanti p cuba cari ada tak.Tak pun buat ja sendiri.Senang ja kan?.Yang penting ada bahan.

Keep Reading»

Murah Tapi Cantik

Selamat tengah hari semua, terasa letihnya 2,3 hari ni.Terlalu banyak urusan yang nak diselesaikan.Ni baru lah dapat zon tenang, haha.Nak cerita pasal hari isnin lepas, aku p borong kasut dengan Mak, Kakak & anak-anak sedara aku.

Pada awalnya aku dah bagitaw depa yang aku nak ke Tesco.Lepas ja turun dari Tesco tu ada stall kecik tepi tu aku terus menuju ke stall tu sebab nampak harga kasut sepasang RM10.Memang mengundang lah kan, kikiki.
Rambang mata aku & depa semua dibuatnya.Kalau tak harganya sepasang RM20 ke RM25.Pilih lah kami yang mana berkenan di hati.Masa kami dekat situ takda pelanggan lagi.So, senang lah kami nak memilih.Pilih, cuba, tayang-tayang dekat cermin, haha.Berkenan ja terus letak dekat kaunter dia.Senang, takut nanti orang lain ambik pulak.Aku beli 2 pasang ja, kakak aku sepasang, & anak-anak sedara aku sorang sepasang.Mem besar aku tak nak, takda yang berkenan katanya.

Seronok pulak beli kasut dekat sini, ownernya baik ja.Semua jenis kasut sepasang dah turun harga ke RM10 ja.Owner dia Siam.Habis jugak RM50 dekat sini dengan riang gembiranya, huhu.
Lepas ja memborong dekat situ, kami semua p makan dekat LA Burger Kukus Bakar.Semua order sama ja senang.Aku ja yang lain, haha.Aku dah tak ingat lapar lagi dah tadi sebab dah kemaruk pilih kasut.

Ok hampa, jumpa nanti di lain entry.Ooohh ya, pasal burger tu aku cerita lain entry erk?hihi.t





Keep Reading»

Kejutan Buat Yang Tersayang

Hai semua.Haish, tajuk entry tak nak kalah kan, haha.Entry ni nak cerita dekat hampa macam mana aku buat kejutan pada orang tersayang.Ok kelmarin, entah macam mana entah datang seruan nak buat kejutan dekat suami.Sebenarnya, hari lahir dia.Saja seronok nak buat & sebagai tanda menghargai dekat suami.Dan macam-macam cara jugak aku fikir macam mana tak nak bagi terkantoi buat kejutan ni.Selalunya manusia yang bernama "Syuhaina" ni kalau buat apa-apa senang sangat terkantoi.

Sebenarnya ada satu benda yang dirancang untuk kejutan ni.Nak hantar khidmat Suprise Planner bagi wakenabeb untuk suami.Nampak macam alahai, senang ja.Memang lah senang.Tak payah sangat lah sebab suami sentiasa takda di depan mata sekarang ni, hihi. Susah lah nak terkantoi.

Kali pertama buat kejutan boleh dikatakan misi berjaya, kikiki.Cubaan untuk menjadi isteri teramat romantik nampak macam berhasil.Pekataan "romantik" tu sangat lah subjektif!.Ada jenis orang dia romantik tapi tak tunjuk dengan perbuatan walaupun dengan kata-kata sekali pun.Tapi dia lebih kepada pamerkan kasih sayang & sifat "take care" pada pasangan dia.Dan ada jenis orang dia romantik dan tunjuk dengan perbuatan & kata-kata.Pandai bermadah pujangga bagai.Macam aku lah, oppsss!!.Dia usaha macam-macam dengan perbuatan dia  untuk menunjukkan kasih sayang dia pada pasangan.So, hampa rasa hampa yang mana satu?

Sambung balik cerita tadi ya.Untuk plan ni aku perlukan khidmat Suprise Planner di belah utara untuk kejutan suami.Khidmat ni sangat lah berpatutan.So, pilih dah @nassupriseplannerutara dekat Jitra.Hantar jambangan bunga hidup & chocolate siap helium ballon lagi ha, jadi lah.Lemak lah kan nak suprise lebih-lebih, haha.Asalnya tak pandai sangat nak buat kejutan ni.Ngeee.Nasib lah Suprise Planner ni tersangatlah baik.

Aku cuma bagitaw dengan suami, lapangkan tarikh ni.Jangan p mana-mana.Sebab ada orang nak hantar barang dekat rumah sana.Dan suprise planner tu pun sampai selepas Zohor macam tu lah.Sweet tak kejutan aku buat suami?Suprise Planner tu memang terbaik.

Masa awai tu aku tunggu takda dapat berita kejutan tu lagi.Puas lah aku ni menunggu sampai Suprise Planner ni tiba kesana.Aku dah terlebih teruja ni.Haih, sabar ja lah.Selepas tu, lepas Zohor baru lah kejutan tu sampai di tangan suami.

Dan............................................................................................................................................................
Terkejut lah jugak suami tu bila terima kejutan tu semua.Ok, sila lah lihat gambar ya.Senyum ja dapat kejutan.Tapi tak sangka misi berjaya dengan kejutan tu.Berjaya plan semua ni.So, siapa yang takda idea nak buat kejutan dekat orang tersayang, cuba lah idea macam aku ni.Tapi simple ja lah. Tapi bagi aku, ya manis sangat & dalam hubungan ni macam-macam kita boleh buat untuk eratkan hubungan dengan suami isteri.Nampak macam pakar pulak ya, haha.
Last but not least, i love u dunia akhirat suami:)


Keep Reading»

Port Belakang Bomba Taiping

Malam- malam dekat area Taiping ni, antara port yang famous ialah di medan selera belakang Bomba Taiping.Dari zaman aku sekolah dulu lagi dah famous dah.
Signature dish kalau dekat medan selera Bomba ni, of coz lah YongTauFu(YTF).Tengok ja taburan kekacang & biji bijan dia.Kuah dia yang pekat, sedap, perghhh!!.Harga pun murah kalau nak banding makan dekat tempat lain.
Selain YTF, segala macam jenis ABC & Banana Split pun ada.Harga sangat lah berpatutan.Takda gambar sebab tak order pun semalam.Batuk tak hilang lagi, hihi.Ikut carta dekat kedai ni, ada hampir 50 variasi ABC.Aku pun hairan tukang buatnya ingat ka perbezaan setiap variasi, haha.Apa pun sedap ABCnya, aku pernah rasa.

Dekat medan selera Bomba ni sebenarnya ada banyak kedai.Tapi tolong ya jangan tanya aku yang mana sedap.Aku terjah kedai yang ramai orang.Macam formula orang kita 'kalau ramai orang, mesti sedap'.Alhamdulillah terjahan aku tepat, haha.Kalau sejak tahun 1983 dah buat YTF, saja lagi lah kalau tak sedap kan?

Banyak ja lagi port makan best dekat Taiping ni.Tapi kalau yang sedap tu memang ulang-ulang p lah kan.Nanti aku kongsikan lagi ya tempat makan yang best dekat Taiping ni.

Keep Reading»

Aktiviti Waktu Malam Yang Best

Hai semua, sebenarnya banyak jugak aktiviti waktu malam yang best hampa boleh buat dekat Taiping ni.Hari ni aku nak cerita pasal aktiviti waktu malam di Dataran Warisan Taiping.
Minggu yang lepas berkesempatan bawak anak-anak sedara perempuan aku p main roller blade dekat sini.Sebelum ni pun pernah datang sini tapi tengok ja orang main.Aku memang tak reti main, hihi.Aku tolong bawak ja depa datang main.Sewa roller blade paling murah sepasang RM5 untuk 45minit.Kalau RM10 punya boleh main sampai lebam, haha.Kira murah lah tu kan.

Memang agak ramai pengunjung dekat sini setiap malam minggu.Lagi-lagi budak-budak lah kan.Excited bukan main na semua.Malu pulak dah anak sedara aku ni nak tunjukkan skill bermain roller blade depa yang agak hebat tu, kahkahkah.Hebat ka??

Selain roller blade, ada jugak yang main belon gergasi.Roller blade memang aku fail lah so tak payah berangan lah nak main.

Dah rupa 1 pembaziran pulak aku rasa.Anak sedara aku melaburkan RM10 untuk roller blade tu sebab tak sampai  1 jam pun kud depa main.Yelah baru nak belajar main macam tu, setakat pegang-pegang orang tu boleh lah gerak slow-slow.


Almost pukul 12.00 tengah malam, terang menerang lagi dekat situ.Orang masih ramai.Nasib lah aku tak main, kalau tak asyik jatuh terjelopok ja lah.Buat malu ja dekat budak - budak kecik yang lagi hebat dari aku.

Ok, mai aku nak payung sikit gambar anak sedara aku ni duk tengah main roller blade.Baru belajar imbangkan badan je pun ha.Yang nak bagi tunjuk ajar, dah nak habis masa, baru nak mai.





Yang bestnya, budak-budak kecik ni pun ada main roller blade dekat sini taw.Dah lah lagi hebat main dari orang-orang besar ni.Pastu duk perhati ja anak sedara aku ni gerak slow macam siput khinzir ja ha, haha.Eii, menganjing ja kan.Semoga lepas ni bila datang lagi dekat sini, hampa dah pandai main roller blade na, siap boleh gulung-gulung kaki.Kbai.


Keep Reading»

Excitednya Zahra

Mana-mana Mak Ayah pun dalam dunia ni mesti nak kan yang terbaik untuk anak depa.Kalau boleh semua benda nak disediakan untuk anak tersayang.Tu lah luahan sayang secara zahir.Walau benda yang tak mampu pun akan diusahakan.

Aku sebenarnya dah lama teringin nak belikan Zahra basikal.Siap masuk wishlist aku lagi.Hari tu dapat duit elaun lebih, aku pun ajak Mak aku p beli basikal.Kebetulan depan rumah aku ni ja kedainya ha.
Alhamdulillah, rezeki Zahra.Akhirnya basikal dah berjaya dimiliki!!.

Memang teruja lah si Zahra ni bila dapat basikal.Kalau boleh p mana ja  dia nak bawak basikal.Kalau boleh, tidur pun nak peluk kud.

Gambar dekat bawah ni aku ambik masa petang-petang Zahra meronda naik basikal dia.Tengok lah tu betapa terujanya dia.


Zahra punya excited bukan main lagi!.Satu kawasan boleh dengar suara dia.Mulut tu riuh sama naik, nampak betapa seronoknya dia tiap kali ada peluang.Malangnya dia tak pandai kayuh.

Letak dia dekat situ, dekat situ ja lah dia.Tak bergerak lansung.Jenuh nak mengajar.Tak berjalan pun basikal tu.Asyik aku jugak nak kena tolak.

Biasanya waktu petang-petang memang Zahra akan ronda-ronda naik basikal dengan aku kalau aku cuti.Kalau tak, Zahra cuma naik basikal dalam rumah ja lah.



Keep Reading»

Selamat Hari Jadi, Abah!

Hari jadi Abah, Alhamdulillah boleh ingat lagi 16hb April 2016.Sabtu lepas hari jadi Abah.Abah masih lagi sihat, masih bersama kami semua.Syukur, Alhamdulillah.

Terima kasih Abah sebab menyara orang dengan adik-beradik lain dengan penuh kasih sayang.Cuba selalu memenuhi setiap permintaan anak-anak Abah yang kecik waktu dulu.Dari zaman sekolah sampai sekarang.

Maafkan orang, orang belum cukup sempurna nak membalas bakti, budi, pengorbanan Abah selama ni.Abah dah buat habis baik untuk kami banggakan Abah.

Orang doakan semoga Abah panjang umur, murah rezeki, sentiasa sihat & sentiasa menjadi "Abah Ohsyem".Dan jugak tolong jagakan diri Abah untuk kami.

Selamat Hari Jadi, Abah!




Keep Reading»

Layan NiniTea

Hai semua, dekat sekitar Taiping ni yang setakat ni aku taw & dekat tempat lain dah ada dah yang paling viral adalah Pirate Coffee.Memang dah banyak kiosk di sekitar tempat Taiping ni.Aku pun dah berkesempatan rasa kenikmatan coffee ni.

Hujung minggu hari tu, masa p Dataran Taiping, ternampak Nini Tea bukak foodtruck dekat sini.Cakap dengan Mak aku, nak beli lah Nini Tea ni.Mak pun kata, beli lah.Mak tak berapa minat kalau berkaitan dengan ais ni.Tapi aku, memang favourite kud.P lah kami menjengah dekat situ.Aku memang suka chocolate, so chocolate ja lah.Beli satu ja.Owner foodtruck ni merupakan anak sedara En.Suami aku.Tapi ada pekerja lain yang uruskan foodtruck ni.
Foodtruck ni baru berada di pasaran lagi.Dulu aku pernah minum Nini Tea ni, masa Nini Tea beroperasi di restaurant SBK Wisma Corner.
Banyak ja perisa lain yang ada.Pilih ja mana nak.9 perisa semuanya.Ada toppings lagi black bubble, yogurt bubble & sky jelly.

Walaupun takda lah sama macam yang jual dekat Starbucks tu.Tapi bagi aku, sedap!!.Terbaik.Aku memang suka , aku ja habiskan sorang.

Oppss, lupa pulak.Harga untuk satu cup cuma RM5.Lagi satu, cup dia besar wei!!.Puas hati.
Makan pun ada, semuanya western.Antaranya spagetthi bolognese, chicken/lamb wrap, nasi goreng kambing & macam-macam lagi.Yang pasti hampa takkan menyesal, sebab semuanya best & sedap.

Jum warga Taiping, kalau nampak foodtruck ni dekat mana-mana tu jangan lupa singgah ya.Foodtruck ni jugak ada dekat  Dataran Taiping setiap Jumaat & Sabtu.

Apa pun  tahniah pada anak muda Niniey sebab berani mencuba.

Keep Reading»

Bestnya 'kolam' Zahra

Sebenarnya Zahra ni dia memang suka mandi kolam taw hampa.Eh, sebenarnya suka main air ja lebih ni, hihi.Kalau Zahra mandi dalam bilik air, suka sangat nak duduk berendam dalam bath tub dia.Bukan main seronok lah dapat main air.Budak mana lah yang tak suka main air ya tak?Tapi aku kena tengok lah kan.Tak boleh tinggal.Kekadang kalau mandi dengan Zahra pun best jugak kan.Tumpang sekaki main air!!.

Zahra memang suka ja main air.Tapi kan kolam air yang best jauh jugak dari rumah kami.Kalau ada kelapangan nanti boleh lah bawak Zahra mandi sana lagi.So, solution aku buat masa ni, jum kita masukkan Zahra dalam bath tub dia ja.Ni bukan kes penderaan ya, hihi.

Bath tub pun bath tub lah.Zahra happy ja.Diam ja dia dalam tu.Cuma bangun duduk ja.Takda pulak dia nak keluarkan kaki dia tu.
Zahra yang tengah seronok main air.Sampai tak sedar apa duk layan perasaan.Bukan apa, sekarang cuaca panas ja kan, best lah duk berendam gitu.Sejuk ja!.

Zahra takda lagi kolam renang yang beli dekat shopping mall tu.Dah lama duk plan nak beli.Plan ja, tapi tak terbeli.Bukan aku tak nak beli tapi kekadang bila p shopping mall terlupa pulak.


Keep Reading»

Jum Kayuh Basikal

Pagi Ahad tu kami semua dekat rumah Kakak aku, Kak Kathy.Beramai-ramai memasak nak berkelah.Memang best lah aktiviti macam ni.Masak ramai-ramai, makan ramai-ramai.

Pukul 2.30 petang kami balik rumah dah.Lepas tu mandi, bersiap.Pukul 4 kami pun keluar lah p ke taman tasik.Plan nak naik basikal, ramai-ramai macam ni baru seronok.Sewa basikal 3 biji.Basikal Double Plus One 1 biji, Double 2 biji.

Dah lama aku tengok orang naik basikal macam ni dekat sekitar taman tasik Taiping ni, tapi baru Ahad lepas berkesempatan nak taw berapa harga sewa nak naik basikal ni, berapa lama tempoh.

Ada untuk 2 orang dewasa & seorang budak kecik.Budak tak payah kayuh tapi ada pedal untuk letak kaki dia sepanjang naik basikal tu.Ada lagi beberapa jenis yang lain.Kita boleh lah pilih yang mana kita nak.Memang nampak menarik & seronok kan.Dekat situ jugak ada jumper untuk disewa.Nak beli bawak balik pun boleh.Katanya kalau selalu guna benda ni boleh kurus badan.Aku excited dengar part "kurus" tu, hihi.

Tapi petang-petang, hari minggu pulak ni, kereta memang banyak sangat dekat area taman tasik ni.So, aku rasa aktiviti ni best dibuat pada waktu pagi.Sebab pagi-pagi kereta tak banyak lagi.Basikal ni pun pagi dah mula operasi dah.

Aku naik basikal dengan Miera & Sakinah.KakCik dengan Fatin & KakLong pulak dengan Syimir.Basikal 2 pengayuh tu.Kalau sekali tengok macam best ja kan.Cuba merasa sendiri baru taw, susah jugak nak mengayuh ha.Orang depan ni lah yang paling teruk, haih.

Kami masuk dekat dalam kawasan taman tasik, lega.Kereta takda.Orang berjoging pun tak ramai dekat area sini.Bergambar lah ya.Lepas ni tak taw bila pulak ada rasa nak buat aktiviti ni lagi.Lambat pulak lah kud, haha.






Dah hantar basikal dekat tempat dia balik.Kami p area lain dekat taman tasik tu.Nak main playground pulak dengan Zahra & Sakinah.



Taman tasik Taiping ni memang macam-macam aktiviti riadah sihat dah ada.Sesuai untuk berkeluarga bawak anak kecik.Dekat situ ada sediakan permainan buih sabun untuk budak-budak.

Seronok lah main dekat sini kan sebab luas.Ni kami duk sesaja nak habiskan masa yang berbaki sebelum balik rumah.Alhamdulillah banyak peluh jantan betina keluar dah petang tu, haha.



Keep Reading»