Menziarahi Pusara Mak Setiap Petang Jumaat
Assalamualaikum semua.
Setiap petang Jumaat, inshaaAllah aku akan ziarah pusara Mak aku bersama-sama dengan adik-beradik aku yang berada di kampung. Kekadang kami akan memetik bunga yang ada disekeliling rumah untuk dibawa ke pusara Mak.
Selalu petang Jumaat kami p, redup ja cuaca. Suasana yang tenang di kawasan perkuburan membuat hati aku selalu sayu. Aku sedekahkan Al-fatihah buat semua ahli kubur lantas aku melangkahkan kaki ke pusara Mak. Aku sedekahkan Yassin serta memanjatkan doa agar Mak tenang & sentiasa mendapat rahmat dariNya. Macam tu lah aktiviti aku & adik-beradik aku di kampung tiap minggu. Dalam seminggu, mesti aku akan curi masa untuk ziarah pusara Mak.
Ringdu aku pada arwah Mak memang tak terhingga. Hampir 7 bulan aku tak lagi dapat melihat wajah Mak, apatah lagi memeluk Mak. Namun, hingga hari ni airmata ni akan memgalir setiap kali aku terkenangkan Mak. Pengorbanan mak tak terhingga buat kami adik-beradik.
Seorang wanita yg tabah & tak pernah kenal erti putus asa melalui kesusahan dalam hidup semuanya demi anak-anak Mak.
Coretan tentang Mak nyata membuat air mata ni jatuh. Tak mampu untuk aku bendung. Aku memang rapat dengan Mak, sebab aku tinggal sekali dengan Mak. Selalu buat banyak benda dengan Mak. Tapi sekarang semuanya dah tinggal kenangan. Aku dah hilang tempat mengadu & bermanja. Hanya allah yang taw perasaan aku.
Ya Allah, cucuri lah rahmat ke atas roh arwah Ibuku, Latipah binti Baharom. Luaskan lah kuburnya, terangi lah kuburnya, haramkan lah wajah Ibuku dari azab api nerakaMu. Kurangkan lah siksa kuburnya, kasihani lah Ibuku Ya Allah. Berikan lah Syurga tanpa hisab buatnya. Aamiin ya rabb.
Aammiin ya rabb.. rindu yang tak tertanggung..
ReplyDeleteAamiin ❤️
Delete:(
ReplyDeleteAllah. Semoga sis sabar ya.
Al fatihah untuk ibunda. arwah Latipah binti Baharom
InshaaAllah, tq awak ❤️
DeleteDone follow sini #204
ReplyDeleteTq awak follow saya. Done follow back.
Deleteal-fatihah buat arwah makcik :(
ReplyDeletesabar ye.
tanpa mak, memang aida rasa aida pun akan rasa sgt sedih.
Tq aida. InshaaAllah.
Delete