Suprise Birthday Dari Insan-insan Tersayang!

MENERIMA KEJUTAN DI HARI LAHIR


Assalamualaikum semua.

Terima kasih kakak-kakak ku sayang, muah! muah!. Sebab buatkan suprise untuk adikmu ini, hihi. Memandangkan birthday kali ni penuh dengan kejutan, harus lah kenangannya kita simpan disini kan. Aku dapat dua suprise untuk birthday aku tahun ni.

Yang pertamanya, pada pagi hari birthday aku tu, officemate aku, Kak Akma kebetulan tak masuk ofis pagi tu sebab nak ke Hospital Taiping untuk rawatan susulan gigi dia. Aku dah maklum tentang tu sehari sebelum tu lagi. Tapi tiba-tiba dalam kesejukkan pagi tu, sebab hujan kan, dapat mesej dari Kak Akma. Katanya, "Sue, boleh tak tolong ambikkan barang Kak Akma di SK Jelai". Dalam perjalanan aku nak ke tempat kerja, aku akan jumpa dengan SK Jelai ni dulu. Sekolah tepi jalan ja. Aku pun macam, eh barang apa pulak Kak Akma ni. Lepas tu dia cakap, ada lah barang dia beli. Nak minta tolong aku ambikkan jugak. Sebab takut dia tak sempat p ambik. Aku pun ok lah kan, boleh ja tolong, bukan susah pun.

Pagi tu aku pun berhenti lah dekat SK Jelai, masuk ja pagar sekolah nampak ada kotak putih atas meja dekat pondok guard tu, eh apa benda pulak tu. Lepas tu pakcik guard tu tanya, nak ambik barang Kak Akma ka, aku kata ya. Dia tanya aku pulak, barang tu awak punya ka, aku kata tak lah, saya tolong ambikkan ja, Kak Akma yang suruh. Lepas tu pak cik guard tu tanya lagi, awak nama apa, Syuhaina Atikah ka, ya saya. Ok, Selamat Hari Lahir!. Dalam hati cakap, kena prank dah aku ni. Masuk dalam kereta, bukak kotak tu nak tengok ada apa. Tengok-tengok dalam tu ada brownies tulis Happy Birthday Sue. Ewah!, suka lah aku kan.

MENERIMA KEJUTAN DI HARI LAHIR

Tak habis lagi dekat situ wei!. Aku sampai sekolah, masuk ja pejabat, sampai dekat meja aku, aku tengok kerusi aku duduk tu bersepah-sepah dengan kertas & buku. Dalam hati dah membebel dah masa tu. Siapa lah yang buat tempat duduk aku macam ni. Tapi lepas tu aku tergelak seorang. Taw kenapa?. Rupanya dekat bawah buku dengan kertas tu ada hadiah hangpa!. Allahu, beria-ria taw officemate aku ni buat semua tu. Ish, terharu betul aku taw. Senyap-senyap ja dia kan. Memang betul suprise dibuatnya. Terima kasih banyak-banyak Kak Akma, susah-susah ja taw.

MENERIMA KEJUTAN DI HARI LAHIR

MENERIMA KEJUTAN DI HARI LAHIR

Yang keduanya, ya hampun baik sangat lah kakak aku yang seorang ni. Terima kasih Kak Khaty!. Boleh pulak dia hantar suprise delivery untuk aku. Olo, yang ni pun aku terharu taw. Sebabnya awal tu sibuk ja dia tanya aku ada mana, ingatkan kenapa. Petang tu lepak-lepak depan rumah dengan Mak & Zahra, datang lah depa hantar suprise delivery ni.

MENERIMA KEJUTAN DI HARI LAHIR

MENERIMA KEJUTAN DI HARI LAHIR

Terima kasih lah pada insan-insan yang masih mengingati, yang sentiasa mengingati, yang sentiasa memekarkan hubungan silatulrahim kita ni. Walau kekadang ada jugak yang tak suka dengan cara kita, ada yang memandang serong pada kita, ada yang tak gembira dengan hidup kita, abaikan ja manusia yang sentiasa menunggu untuk memberi komen yang menyakitkan hati kita. bak kata pepatah, "Tak hidup dek puji, tak mati dek keji".

Keep Reading»

Selamat Ulang Tahun Yang Ke-28 Buat Diriku!

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRIKU


Assalamualaikum semua.

SELAMAT HARI LAHIR UNTUK DIRIKU

07.09.2018, ada apa dengan tarikh ni?. Mesti lah hari yang istimewa kan. Alhamdulillah pada tarikh ni , genap 28 tahun aku bertatih mencari cinta ILAHI.  Salam ulang tahun ke-28 buat aku. Dengan bermacam fasa perjalanan hidup yang dah aku lalui. Syukur Ya Allah, telah KAU panjangkan usia aku hingga ke hari ni dengan setiap hela nafas aku adalah ihsan dariMU. Malah, KAU kurniakan lagi kebahagiaan lain untukku. Jadi, nikmat apa lagi yang hendak aku dustakan?.

Seiringkan pertambahan usiaku agar selari dengan pertambahan IMAN & TAQWA aku padaMU. Tetapkan aku di jalan indah ni. Jadikan ujian & dugaan itu sebagai tanda cintaMU padaku.

07.09.1990, aku dilahirkan ke muka bumi ni melalui rahim ibuku, LATIPAH BINTI BAHAROM. Wanita yang aku panggil MAK. Hari ni genap 28 tahun Allah meminjamkan beliau untuk terus berada di sampingku, syukur tak terhingga. Ya Allah, KAU panjangkan lah usia ibuku dalam iman & berikannya kesihatan yang baik serta semoga hidupnya dalam redhaMU sentiasa.

Terima kasih jugak pada semua yang telah memberi ucapan & doa kepada diriku ini. Moga kalian jugak akan diberkati oleh Allah hendaknya. Aamin.

Keep Reading»

Review : Produk Garden Of Eden

Natural Produk Yang Berasakan Bahan Semulajadi.


Assalamualaikum semua. Hangpa dah tidur ka wei?. Aku ja duk berjaga lagi ni ha, hihi. Esok cuti takpa lah nak berjaga malam pun kan.

Sementara tunggu nak lena ni, aku rasa nak review lah satu produk yang aku baru pakai tak sampai sebulan & aku betul-betul berpuas hati dengan hasilnya. Hangpa pernah dengar tak produk Garden Of Eden?. Ia adalah produk yang berasaskan bahan semulajadi. Natural produk jugak lah, tapi takda lah mahal sangat. Ada yang masih tak taw tentang produk Garden Of Eden ni. Bukan produk baru ya, dah lama ada dekat pasaran. 

Natural Produk Yang Berasakan Bahan Semulajadi.

Sebelum ni, aku tercari-cari produk yang sesuai dengan kulit muka aku. So, ternampak lah produk ni dekat @shopkoyara .

Aku cerita sikit dekat hangpa pasal Koyara ni ya. Kalau hangpa nak taw, Koyara ni adalah Malaysia Based Online Health Store. Koyara dah pun beroperasi selama 2 tahun & misi depa satu-satunya adalah untuk menyelesaikan masalah kesihatan. Koyara ada menjual lebih dari 50 produk kesihatan, termasuk lah skincare, vitamins, supplement & produk pencuci rumah. Selain tu, Koyara jugak ada health profesional yang boleh membantu hangpa untuk pilih produk yang bersesuaian. Hangpa hanya perlu chat depa ja untuk dapatkan produk yang dicadangkan. Dan yang paling best Koyara menawarkan penghantaran percuma untuk semua pesanan bawah RM50 bagi semenanjung sahaja. Hangpa kena selalu usha Koyara wei, sebab setiap minggu depa buat offer macam-macam diskaun. Best kan?.

Berbalik pada produk Garden Of Eden tadi, aku dah guna Garden Of Eden Rosa T Mild Cleanser ni bersama scrub dia. Cleanser &  scrub dia memang berbau natural. Takda bau wangi ka, sedap ka apa hangpa, hihi. Dalam seminggu aku guna, masalah jerawat ka apa dekat muka ku ni, aku rasa makin reda. Jerawat mula kecut & kering.

Natural Produk Yang Berasakan Bahan Semulajadi.

Aku ni memang jenis muka yang senang nak naik jerawat, lagi-lagi bila aku stress, haha. Hormon tak stabil mungkin!. Sejak aku cuba pakai Garden Of Eden Rosa T Tripple Action Acne Serum ni, memang masalah jerawat tu berjaya ditangani.

Natural Produk Yang Berasakan Bahan Semulajadi.

Tapi kan, ikut rujukan yang aku baca, untuk kesan yang lebih baik, hangpa boleh gunakan bersama Garden Of Eden Rosa T Acne Gel. So, bila ada jerawat singgah, hangpa sapu ja. Inshaallah, nanti kecut lah dia.

Natural Produk Yang Berasakan Bahan Semulajadi.

Kalau hangpa berharap muka hangpa nak glowing & flawless dengan hanya set jerawat ni, tak mungkin lah kan. Yang ni memang semata-mata untuk merawart jerawat ja tapi memang sangat berkesan lah kan. Cuma bila hangpa guna cleanser dia ni, aku nasihatkan hangpa guna lah apa-apa pelembab sebab bila nak rawat jerawat ni dia akan keringkan sikit kulit kita sebab dia nak keringkan & kecutkan jerawat tu. Tapi takda lah kering sampai mengelupas semua tu. Cuma kita boleh rasa kulit kita kering. Kalau hangpa guna dengan acne & scar serum tu takpa sebab dia akan melembapkan kulit hangpa. Yang tu serum dia macam minyak pati tumbuh-tumbuhan.

Natural Produk Yang Berasakan Bahan Semulajadi.

Tapi kalau dah ada Satin White Cream macam aku ni, guna yang ni ja ha. Sebab dia membantu mengimbangi kekeringan kulit kita tu. Kulit rasa lembap & lembut ja. Selembut satin, wah gitu!.

Natural Produk Yang Berasakan Bahan Semulajadi.

Produk Garden Of Eden ni sebenranya ada banyak set bukan untuk jerawat ja .Untuk pigmentasi pun ada. Cumanya produk ni tak dijual dalam bentuk set, dia jual single-single macam tu. Hangpa boleh baca dekat packaging dia tu, untuk apa2 masalah kulit hangpa, dia akan mention untuk kegunaan apa. Atau hangpa boleh survey produk ni facebook Garden Of Eden & ig Shop Koyara.

Garden Of Eden ni adalah produk yang berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan. Memang bebas dari sebarang chemical. Kesan dia bukan lah 3 hari boleh nampak kulit gebu, jerawat hilang habis. Tak lah begitu cepat. Dia merawat secara perlahan-lahan. Selepas seminggu tu, kalau masalah jerawat, jerawat akan stop & muka akan kering sikit demi sikit. Produk ni adalah antara produk yang berkesan pernah aku cuba untuk maslah jerawat.

Hangpa kena faham, guna produk natural macam ni hangpa kena sabar & istiqomah ya, hihi. Aku dah cuba, & aku puas hati dengan hasil dia. Yang penting kena rajin, setiap orang masalah lain-lain kan. Ada yang cepat sembuh, ada yang lambat, so konsisten tu penting ok!. Siapa yang dah cuba?. Kita geng!. Mai lah share dekat sini.

Keep Reading»

Puding Kentang

Resepi Puding Kentang


Assalamualaikum, selamat petang hangpa. Di Batu Kurau hari ni nampaknya cuaca baik & cerah gitu. Tadi ha nampak gelap sekejap, ingatkan nak hujan.

Kalau dah cuaca panas & kering macam ni, dapat makan puding ka, sedap jugak kan, hihi. Puding ni aku buat hari tu, so hari ni aku nak share dengan hangpa resepinya.

Puding Kentang

Resepi Puding Kentang

Bahan-bahan:

  • 1 peket agar-agar
  • 4 - 5 biji kentang sederhana besar
  • 2 biji telur
  • 1 cawan santan pekat
  • 1 1/2 cawan gula (ikut selera nak manis setakat mana)
  • 1 sudu teh esen vanila
  • Secubit garam
  • 5 cawan air

Cara-caranya:

🌸 Kupas kentang, kemudian potong 4 & rebus. Bila dah empuk, tutup api, tos & ketepikan.

🌸 Masakan agar-agar dengan air hingga hancur. Masukkan gula, masak lagi hingga gula hancur.

🌸 Sementara tu, masukkan kentang, telur, santan pekat, esen vanila & garam ke dalam blender. Blender hingga hancur.

🌸 Masukkan kentang yang diblend tadi ke dalam agar-agar sambil dikacau dia atas api yang kecil.

🌸 Kacau dalam 2-3 minit, tutup api & tuang puding ke dalam loyang & sejukkan. Kemudian, masukkan ke dalam peti sejuk.

🌸 Boleh diwarnakan jika suka. Aku letak pewarna kuning sikit. Baru cantik sikit warnanya, kalau tak pucat kan warna kentang tu.

Selamat mencuba hangpa!!!.



Keep Reading»

Scrub St Ives Paling Best!.

Assalamualaikum semua.

Aku suka lah wei scrub dari St Ives ni. Sebelum ni memang selalu dengar orang bagi positive feedback pasal produk ni. Aku rasa produk ni wujud masa aku zaman sekolah menengah lagi. Kira legend lah kan?. Duk tengok kakak-kakak pakai time aku sekolah dulu. Tapi bila aku dah cuba pakai ni, memang best sangat!. Lepas pakai tu kan, kulit jadi smooth ja. Aku suka!.

Scrub Muka Paling Best.

Sekarang ni St Ives dah ada packaging baru taw hangpa. Dulu lain packagingnya. Tapi hangpa jangan risau, bahan-bahan dalam scrub ni semua masih sama. 100% natural.

Scrub Muka Paling Best.

Yang ni best wei!. Kalau kulit hangpa jenis ada jerawat & sensetif, aku recommend pakai jenis "Fresh Skin" ni sebab tekstur dia lagi creamy & lembut.

So, kalau kulit sensetif pakai yang "Fresh Skin" ni. Tapi ingat hangpa!, jangan p scrub area jerawat pulak. Menangis tak berlagu nanti hangpa. Tapi kalau ada jerawat tu, jangan lah sental beria-ria sangat ya. Takut kulit hangpa luka pulak nanti. Sental slow-slow ja ok, hihi.

Boleh scrub hari-hari?.

Tak payah lah pakai hari-hari taw. Nanti pakai hari-hari, kulit jadi kering sangat lah pulak. Dah satu maslah jugak. Dalam 2-3 kali seminggu dah ok dah tu.

Macam mana nak guna scrub?.

Lepas hangpa cuci muka guna cleanser, hangpa apply lah scrub ni pulak. Sapu ja dekat satu muka tu. Aku suka sental dekat area hidung ni sebab hidung kan senang tumbuh blackhead / whitehead kan?. Tapi hangpa boleh ja fokus dekat bahagian muka yang bermasalah lain. Tak pun scrub ja satu muka tu senang. Dah sental-sental muka dengan scrub tu tunggu lah beberapa minit. Tapi jangan lama sangat. Lepas tu bilas & basuh muka dengan air. Siap!. Nanti kan hangpa akan rasa kulit muka hangpa tu licin & lembut ja macam kulit baby.

Scrub Muka Paling Best.

Aku suka dengan scrub St Ives ni sebab produk ni mampu milik & bagus. Tak payah nak beli produk yang mahal-mahal untuk kulit cantik. Yang paling best sebab produk ni 100% natural & paraben free. Aku pun takut jugak nak pakai produk yang banyak bahan kimia dekat muka ni. Biar lah kesan lambat tapi bahan yang kita guna semua natural. Penting taw hangpa untuk kulit kita pakai produk semula jadi ni. Dengan natural produk ni, kulit kusam pun boleh jadi sihat.




Keep Reading»