Sambutan Hari Raya Aidilfitri Sekolah

JAMUAN HARI RAYA AIDILFITRI DI SEKOLAH


Assalamualaikum semua.

Cepatnya masa berlalu pergi kan?. Dah berakhir pun Syawal. Tak sudah- sudah aku nak cerita pasal raya kan?. Sebenarnya takda lah banyak sangat cerita raya aku ni, tapi sebab aku ni jenis lambat up entri, tu yang jadi macam ni. 2,3 hari lepas punya cerita, hari ni baru nak up, dah tu macam mana tu?, hihi.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di Sekolah

Entri hari ni aku nak cerita pasal sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ni di sekolah aku. Sambutan hari raya ni diadakan pada 06 Julai 2017 bersamaan 12 Syawal 1438.

Sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ni, aku tak dibagikan apa-apa tugasan rasmi, so takda buat apa lah. Cuma ada lah tolong-tolong apa yang patut.

Ni antara menu yang aku tunggu-tunggu bila time sambutan apa-apa di sekolah aku.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di Sekolah

Menu pertama aku terjah, dessert Cheesekut. Banyak aku makan wei!. Resepi tu duk ada, tapi tak buat-buat. Kali ni kan, aku rasa aku makan tak banyak sangat. Walaupun sebenarnya menu tu macam-macam pilihan. Sebab banyak pilihan sangat kud, sampai tak termakan.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di Sekolah

Biasa lah lepas makan dessert tu, terjah makan rojak buah feveret, lepas tu makan nasik, laksa, dah tu tak larat dah nak makan menu-menu lain.

Sambutan raya tahun ni di sekolah terasa lebih meriah dengan kehadiran guru-guru baru. Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar. Walaupun disambut secara sederhana, tapi tetap meriah. Seronok tengok budak-budak happy datang dengan pakaian hari raya masing-masing.

Hari tu  aku rasa boleh dikatakan semua sekolah di kawasan aku ni mengadakan majlis sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Turut sama hadir memeriahkan majlis sambutan hari raya tahun ni ialah di kalangan ibu bapa, Ketua Kampung dan Jawatankuasa PIBG.

Hah, macam biasa lah taw, jum aku belanja hangpa sekeping dua gambar majlis yang berlansung hari tu.

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di Sekolah

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di Sekolah

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di Sekolah

Jamuan Hari Raya Aidilfitri Di Sekolah






Keep Reading»

Shemoura Mousse Foundation Dengan Argan Oil

KANDUNGAN ARGAN OIL DALAM SHEMOURA MOUSSE FOUNDATION

Foundation yang ada argan oil

Hari ni aku nak kongsikan dengan hangpa semua satu produk yang best punya. Bila aku dah try, terus nak jadi agent taw!. Kita orang perempuan ni bab-bab kulit ni memang kita agak cerewet kan?. Dan kita selalu takut ja nak cuba produk-produk tak tentu ni. Tapi yang ni memang meletop sangat!.

Nak cari foundation yang ringan, texture lembut kalah whiped cream, & dah ada argan oil siap dalam dia, hangpa boleh lah cuba  Shemoura Mousse Foundation. Confirm puas hati.

Shemoura Mousse Foundation mengandungi argan oil, vitamin E, vitamin C & haruman bunga-bungaan.

KELEBIHAN ARGAN OIL

✅ Boleh memudarkan parut.
✅ Boleh mengecutkan jerawat.
✅ Boleh melembapkan kulit.
✅ Untuk nampakkan wajah lebih glowing.

KELEBIHAN VITAMIN C

✅Mengeringkan jerawat.
✅Menghilangkan jerawat.
✅Mencerahkan kulit daripada masalah jeragat & tompok-tompok penuaan.
✅Mencegah bakteria yang menyebabkan jerawat.

✅SPF50 - Menghalang & menjaga kulit kita daripada sinar UV.

KENAPA MESTI PILIH SHEMOURA MOUSSE FOUNDATION?

Foundation ada argan oil

✔ Foundation + bedak asas & ramuan terbaik iaitu argan oil, vitamin C, vitamin E & haruman bunga-bungaan.

✔ Merawat kulit dari kering, jerawat, jeragat, berminyak & memudarkan parut.

✔ Tidak melekit & tidak berminyak.

✔ Mudah dibawa.

✔ SPF50 & Lulus KKM.

TESTIMONI SHEMOURA MOUSSE FOUNDATION


Ni aku sertakan testimoni pengguna Shemoura Mousse Foundation.

Testimoni Shemoura Mousse Foundation Dengan Argan Oil

Testimoni Shemoura Mousse Foundation Dengan Argan Oil

Testimoni Shemoura Mousse Foundation Dengan Argan Oil

Sesiapa yang nak order, boleh whatsapp terus dekat info dibawah ya. Nak tanya ja ka, nak beli ka, boleh ja. Lepas ni flawless lah hangpa kan?, haha. We welcome you!!.

Maklumat lanjut:

Whatsapp : 0165747917
Facebook : Syuhaina Atikah


Keep Reading»

Drypers Limited Edition Robocar Poli

REVIEW DRYPERS WEE WEE DRY


Assalamualaikum.

Baru-baru ni p beli barang dapur dekat Tesco Taiping, terjumpa drypers yang super duper comel. Limited Edition Robocar Poli. Hangpa taw tak Robocar Poli ni apa?, hihi. Geng mak-mak sure taw punya. Bukan setakat kenal each character ja, jalan cerita semua episod pun dah hafal, haha. Betul tak?

Review Pampers Wee Wee Dry, Review Pampers Untuk Anak

Beli 2 pack drypers wee wee dry (large pack) dapat free gift bantal comel Robocar Poli atau 2 pack drypers drypants dapat percuma baju Robocar Poli. Zahra ambik drypers wee wee dry. Grab free gift bantal Amber, sebab pink kan?. Sesuai lah untuk gegirl, haha.

Review Pampers Wee Wee Dry, Review Pampers Untuk Anak

Review Pampers Wee Wee Dry, Review Pampers Untuk Anak

Ada orang tanya aku, ok ke drypers ni?. Sebelum ni kan ada dengar kontroversi makin nipis katanya. So far, drypers wee wee dry ni recommended sangat. Memang nipis sikit sebab depa kurangkan cotton & tambah ultra layer. Tapi tak pernah lagi bocor. Design Robocar Poli ni pun comel. Zahra suka. Kalau teruskan design macam ni kan bagus, haha.

Aku ni memang suka yang amat 'try & error' brand pampers taw. Boleh dikatakan semua pampers aku dah try. Senang cakap hangpa kena try & error taw. Tak semua pampers sesuai dengan anak hangpa walaupun ada review cakap pampers ni, pampers tu terbaik gila yang amat. Lain baby, lain hasilnya.

Ada yang senang rashes, ada yang baby peha kecik.  Jangan tak taw, faktor jantina baby pun mempengaruhi jugak nak pilih pampers terbaik ni taw. So, try jangan tak try. Tak try, tak taw, betul tak?.





Keep Reading»

Petua Demam Campak

CARA MERAWAT DEMAM CAMPAK


Assalamualaikum semua.

Hangpa ingat tak sebelum ni entry aku pasal Zahra kena demam campak. Zahra Demam Campak, Dugaan Di Hari Raya. Tapi alhamdulillah Zahra dah sembuh sepenuhnya. Tinggal parut-parut di badan ja tak hilang lagi. Lega rasanya. Tak payah nak berpantang dah. Ya lah kalau tak kena berpantang, tak boleh makan, makanan yang gatal.

Banyak taw naik campak dekat badan Zahra. Memang kesian tengok. Zahra tak selesa, merengek 24 jam & 24 jam tu jugak lah harus berkepit dengan aku, tak nak dekat sesiapa lansung. Seluruh badan taw, memang aku dengan en.suami kena tahan lah sikit dengan kerenah Zahra kalau tengah tak sihat macam tu. 24 jam merengek. Serba serbi tak kena.

Dah naik ke bahagian kaki ok sikit lah, kalau dekat tapak kaki pun dah naik jugak tu maknanya campak tu dah keluar habis. Tinggal lagi ruam campak tu hilang. Macam Zahra dekat seminggu jugak kud baru elok semula kulit dia.

Cara Merawat Demam Campak


Untuk kurangkan rasa gatal, aku sapukan Bedak Mambu, alhamdulillah nampak serasi dengan Zahra. Sehari 4-5 kali jugak aku sapu dekat seluruh badan dia.

Ok jom aku kongsi cara aku merawat demam campak Zahra:

1. Jangan pakaikan anak baju, sebab kalau pakai baju nanti badan makin bertambah rasa gatal & panas.

2. Pampers perlu kerap tukar sebab kencing anak boleh buat ruam tu lagi bertambah gatal.

3. Kerap menyapu Bedak Mambu (gambar di atas), bagi mengurangkan rasa gatal. Gunakan Celamine Lotion pun boleh. Tapi Bedak Mambu ni memang aku recomended sebab terbaik!.

4. Jangan makan makanan yang gatal macam udang, sotong atau apa-apa ja yang gatal.

5. Bagi anak minum air kelapa. Sikit ja pun takpa.

6. Mandi dengan air daun semambu. Kisar atau carik-carik letak dalam besen & mandi. Bagi badan rasa selesa.

*aku guna Bedak Mambu tu ja sebab Zahra tak nak mandi daun semambu, takut daun dia kata, haha.

Tu ja lah petua yang aku ada. Takda lah susah nak berhadapan dengan hal macam ni, kena rajin buat research & tanya pada orang. Anak baru seorang kan, ilmu keibubapaan tu masih lagi kurang.

Alhamdulillah lega bila anak dah sihat. Syukur!.





Keep Reading»

Meriahnya Raya Eidul Fitri 2017

SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI 2017 


Assalamualaikum semua. Selamat Hari Raya buat semua sekali lagi. Alhamdulillah kita semua diberi kesempatan untuk menyambut syawal tahun ni.

Aku happy sangat tahun ni, sebab aku ada banyak cuti & tahun ni giliran aku beraya di rumah Mak aku. Walaupun satu kampung dengan suami, ada giliran gitu hangpa. Kerlas kan?, haha. Siapa tahun ni raya rumah Mak sendiri?. Sep sikit!!.

Seronok bila dapat berkumpul dekat rumah Mak. Tapi tak berapa nak meriah malam raya tu sebab kakak yang sulung beraya rumah Mak Mertua dia dulu. Kurang seorang anak perempuan Mak. Raya kedua baru dia balik sini.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 2017

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 2017

Tema raya keluarga aku tahun ni warna Blue Black. Aku pilih warna tu untuk tema tahun ni. Alhamdulillah en.suami bagi chance dekat aku beraya di rumah Mak tahun ni. Tq sayang!.

Raya kedua baru lah meriah bila kakak aku dah balik ke sini. Bising bukan main dengan gelagat masing-masing, haha. Tiba-tiba rasa macam nak tambah ahli keluarga lagi. Eh?, haha.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 2017

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 2017

Raya kedua pulak aku pakai peplum warna Royal Blue. Tapi tak sempat pun nak posing-posing ambik gambar. Duk uruskan Zahra, dia kan kena demam campak masa raya hari tu. Yang anak-anak saudara ni sakan lah masing-masing, hihi.

Selamat Hari Raya Eidul Fitri 2017

Raya ketiga kami semua recycle balik baju raya pertama tu, haha. Sebab nak bagi sedondon p raya ke rumah Opah sebelah Abah. Ada kenduri sambut menantu.

Raya ni aku rasa macam takda pun aku p beraya rumah member. Maklum lah dah bekerluarga kan semua, dah beranak pinak, bukan senang nak jumpa kan. Tu yang kalau sekali dapat jumpa tu, sembang sampai tak ingat dunia. Siap Mak masing-masing sediakan stok buat kami nak bersembang. Boleh macam tu?, hihi. 

Minggu ni minggu untuk terjah rumah sesiapa yang buat open house, haha. Mai lah PM jemput aku, nak terjah!!.


Keep Reading»

Zahra Demam Campak, Dugaan Di Hari Raya.

ZAHRA KENA DEMAM CAMPAK


Yeah, dah hari raya kan?. Raya hari tu aku cuti panjang jugak, dari jumaat sebelum raya sampai jumaat selepas raya. Aku dah berkira-kira seronoknya nak p beraya tahun ni, memandangkan tahun ni lah aku cuti lama time raya. Tapi kan memang lah berangan tu best, padahal realitinya tak kemana sangat pun aku raya ni, haha.

Anak Demam Campak

Ni gara-gara anak aku si Zahra tu kena demam campak. Zahra diduga dengan sakit macam ni & automatik membuatkan Bonda & Babah dia tak lena tidur, makan tak kenyang & mandi tak basah, haha. Macam ni rupanya penangan anak kena demam campak ya, baru aku taw. Rasa macam kalau lah sakit tu boleh dipindah nak ja aku ambil semua rasa demam tu dari Zahra. Teremosi sat aku, huhu.

Mula-mula aku ingatkan Zahra cuma demam biasa hari Khamis sebelum raya tu. Tapi Tok Pah ada cakap yang kepala dia rasa panas lain macam. Aku tak kisah sangat sebab selalunya memang macam tu. Malamnya tu Zahra macam tak dapat tido sangat sebab dia macam tak selesa & batuk-batuk. Nasib lah Jumaat tu aku keja pagi ja, petang tu officemate aku masuk keja pulak. Bergilir untuk cuti raya kan.

Aku balik tengah hari tu tengok Zahra lemah tak bermaya ja. Panasnya pun makin menjadi-jadi. Aku jelum kepala dia dengan air ja lah. Aku bagi Zahra pakai baju yang tak panas. Aku tidur pun tak berapa lena takut suhu badan Zahra naik tinggi.

Demam Zahra berlanjutan sampai esoknya & mula timbul ruam-ruam merah yang ketara dekat kepala, muka & satu badan. Zahra pun start merengek lah tak selesa agaknya. Mungkin dah mula rasa miang, gatal & sakit.

Alhamdulillah lepas seminggu, Zahra dah sembuh. Bintik-bintik semua dah mula kering. Hari jumaat lepas raya aku dah boleh p kerja.

Nak taw apa petua demam campak?. Nanti aku kongsikan ya dengan hangpa semua pada entri seterusnya. 

Keep Reading»

Selamat Hari Raya Eidul Fitri

UCAPAN SELAMAT HARI RAYA EIDUL FITRI


Assalamualaikum semua. Dah berminggu tak menghadap blog tercinta ni. Nak blogwalking kawan-kawan pun tak sempat. Sibuk macam-macam perkara, dengan nak rayanya, dengan anak kena demam campaknya. Nanti aku cerita dekat hangpa na. Wei, kuih raya dekat rumah aku ada lagi taw, nak rasa jemput lah datang ke rumah ya.


Ok, hari ni dah syawal ke 12 kan?. Ramai dah kawan-kawan blogger aku yang duk ucap Selamat Hari Raya Eidul Fitri & siap ada e-card lagi. Aku pun tak nak lah ketuinggalan jugak nak ucap Selamat Hari Raya Eidul Fitri buat kawan-kawan & jugak pengunjung blog aku ni.

Di kesempatan ni, aku nak mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri kepada semua kawan-kawan blogger & jugak pengunjung blog aku ni. Maafkan aku andai ada salah silap sepanjang aku menulis entri dalam blog ni. Maafkan aku andai ada terkasar bahasa yang mengguris hati hangpa selama aku menulis di blog ni. Aku minta maaf jugak andai aku tersalah kata sepanjang aku bagi komen dalam setiap entri hangpa semua. Sesungguhnya yang baik daripada Allah & segala yang buruk itu datangnya daripada kelemahan aku sebagai seorang manusia biasa. Cewah!!.

Semoga Eidul Fitri ni memberikan seribu kegembiraan buat kita semua. Raikan lah Eidul Fitri ni dengan penuh kesyukuran & kenikmatan. Ok lah, aku tak nak berucap panjang, haha. Semoga ukhwah yang telah terjalin akan kekal buat selamanya.

Keep Reading»