Melawat Pulau Orang Utan Bukit Merah Laketown Resort, Perak
Assalamualaikum semua.
Bulan lepas aku berkesempatan jalan-jalan dekat Bukit Merah. Sempat jugak lah aku dan beberapa kawan blogger join MOU Signing Ceremony Bukit Merah Orang Utan Island Foundation & Seoul Grand Park hari tu. Alang-alang dah p ke Bukit Merah kan. Bukan selalu dapat tengok Orang Utan ni. Walaupun ada yang usik-usik manja kata p jenguk kawan lama ka, haha. Jahat taw!.
Aku ni pertama kali taw sampai ke Pulau Orang Utan ni. Sebelum ni pernah lah tengok Orang Utan dekat Zoo Taiping tu. Harga tiket nak ke Pulau Orang Utan ni tak silap aku dalam RM30 untuk dewasa dan RM15 untuk kanak-kanak. Nak ke Pulau Orang Utan ni hangpa kena naik bot merentas Tasik Bukit Merah tu taw. Setiap trip dalam masa 45 minit. Pulau Orang Utan ni dibuka dari jam 9 pagi hingga 4 petang.
Bila sampai ja dekat Pulau Orang Utan hari tu, kami disambut oleh tour guide yang sangat baik dan ramah dekat pulau ni. Sebenarnya tak panjang pun trail untuk tengok Orang Utan ni. Dalam 200 meter ja sebab kita dalam cage meanwhile Orang Utan berkeliaran sini dan sana.
Tour guide tu ada cakap, kalau bernasib baik dapat lah kami tengok Orang Utan ni. Kalau tak memang seekor dua ja lah yang keluar tayang muka, hihi. Alhamdulillah nasib kami agak baik hari tu, dapat tengok banyak ekor jugak Orang Utan yang ada dekat situ.
Fun fact, 97% DNA Orang Utan sama macam kita manusia ni. Jenis darah, cap jari, dan hormon depa. Dekat dalam dunia ni ada dua jenis ja Orang Utan, iaitu yang berkulit oren cerah dari Kepulauan Sumatera meanwhile yang berkulit Oren Gelap dari Kepulauan Borneo.
Ni katanya Orang Utan yang tersangatlah besar saiznya berbanding Orang Utan yang lain. Nama dia BJ. Tapi masa kami sampai tu dia baru lepas makan dan dah naik duduk atas pokok tu. So tak nampak lah dari jarak dekat kan.
Pihak Luar Negara Lebih Menghargai Pulau Orang Utan Bukit Merah
Selama ni kan, aku ingat Pulau Orang Utan Bukit Merah ni mendapat dana dari kerajaan dalam menjalankan aktiviti depa. Rupanya tak weh!.
Kalau hangpa nak taw, Yayasan Pulau Orang Utan Bukit Merah (YPOUBM) ni mempunyai 16 ekor Orang Utan yang hampir semuanya lahir disitu. Dibuka pada tahun 2000, YPOUB ni dibina pada masa tu bertujuan untuk membantu Kerajaan Malaysia amnya negeri Perak untuk menjalankan program-program penyelidikan, pendidikan, pemuliharaan dan pemulihan, serta merangkuli dasar-dasar perlindungan Orang Utan yang boleh menjadi rujukan seluruh dunia.
Tapi selepas 18 tahun, masih takda bantuan dari pihak kerajaan dalam membantu yayasan ni untuk terus berkembang dan memberi bantuan penyelidikan, pendidikan dan sebagainya. Sayangnya Pulau Orang Utan ni hanya dikagumi oleh pihak luar negara dari segi pakar rujuk tapi di Malaysia ni ianya dipandang sepi.
Pada 10 November 2019 yang lalu, satu memorandom Persefahaman (MOU) telah dimeterai diantara YPOUBM bersama Grand Park Zoo (DGPZ) bagi menjalankan program-program penyelidikan selain menjadi rujukan bagi orang utan di zoo depa. Difahamkan depa jugak mempunyai beberapa ekor Orang Utan dan ada diantara Orang Utan yang kurang sihat. Jadi dengan MOU ni, dapat lah membantu depa meningkatkan kecekapan di dalam bidang zoologi, terutama spesis Orang Utan disamping dapat menerokai program-program lanjutan yang saling menguntungkan terutama kepakaran saintifik dalam bidang veterinar dan pemulihan hidupan liar.
Selain SGPZ ni, bayak universiti dan institusi pengajian tinggi dari Singapura, Australia, United Kingdom, Ka Jepun dan Malaysia sendiri seperti USM, UM, UPM, UKM, Universiti Cyberjaya dan MRSM Pualu Pinang yang menjalinkan kerjasama dengan YPOUBM.
Nampak tak?. Organisasi luar mampu melihat kebolehan dalam bidang saintifik biologi pemuliharaan ni dan membuktikan Malayisa boleh mengeksport pengetahuan dan kepakaran ni ke seluruh dunia. So kenapa tak organisasi dalam Malaysia jugak nampak dan membantu memberi dana bagi meluaskan program ni?.
Hangpa kalau nak melawat Pulau Orang Utan Bukit Merah Laketown Resort Perak ni, ianya dibuka kepada orang ramai pada setiap hari. Maklumat lanjut boleh hubungi 05-8908110 atau www.orangutanisland.org.my
Dulu ke sana, aida x dpt nak ke pulau org utan ni.
ReplyDeleteMasa tu musim hujan hi hi...
Tak dpt nak berjalan sgt.
Rugi besar!!
nanti datang lain taw!
DeleteKak Da pun tak pernah lagi mai sini..
ReplyDeletenanti try lah p k.da.ok jugak sini.
DeleteSebenarnya area kita ni banyak jer tempat- tempat menarik untuk dilawati, setuju..tempat macam ni perlu di beri perhatian dan dipulihara agar species ini tidak pupus. Lagipun bagus untuk generasi akan datang kan?
ReplyDeletekan kak?. kalau bukan kita yg bagi sokongan, siapa lagi.
DeleteComellah orang hutan tu, Bonde suka haiwan-haiwan yang comel macam ni, next time ke Perak, plan dgn family datang ke pulau orang utan ni..
ReplyDeletehihi, suka tgk gelagat depa bonde.nanti dtg taw!
DeleteTak pernah sampai sini lagi. Kena plan datang sini bawa anak anak. Bagi diorang belajar kenal orang utan
ReplyDeletedatang taw nanti kak. kita sama2 support pulau orang utan ni.
DeleteSeronoknya p tgk org utan. Anak2 nora tak penah lg nora bw g tgk binatang. Hehehhe
ReplyDeleteboleh lah kak.nk support pulau orang utan.nnti dtg lah jalan2 sini.
Deletewaa bestnya
ReplyDeletebest kak.nnti dtg lah sini
Delete