Assalamualaikum semua. Apa khabar?. Aku harap hangpa semua sihat belaka ya. Hari ni aku nak cerita pasal produk yang berasaskan daun gelenggang yang mampu merawat masalah kulit.
Hangpa ada tak yang selalu kulit jadi gatal-gatal?. Gatal yang sampai tak boleh tidur malam tu. Atau gatal sampai tak boleh nak focus kerja atau study?. Ni aku nak share dengan hangpa ni, cara mudah nak hilangkan gatal-gatal tu semua. Hangpa boleh cuba pakai produk Glow Gelenggang ni. Produk ni inshaaAllah boleh hilangkan gatal hangpa.
Produk ni kalau hangpa nak taw berasaskan daun gelenggang (cassia alata) dan bahan premium lain. Kalau dulu kan petua orang lama, kita gunakkan daun gelenggang asli ditumbuk-tumbuk dan dicampurkan dengan belerang lepas tu sapu dekat tempat yang gatal, tapi sekarang kan mudah dengan adanya Glow Gelenggang ni.
Set Glow Gelenggang ni aku dapatkan untuk membantu merawat kulit sensetif suami aku. Tapi aku dengan Zahra pun pakai sekali taw, hihi. Memang sesuai untuk seisi keluarga guna.
Suami memang kulit sensetif dari kecil lagi. So, sejak berkahwin dengan aku ni, aku kalau boleh memang akan carikan produk yang berasaskan BAHAN SEMULAJADI yang selamat dan bebas dari bahan-bahan kimia untuk dia. Bila aku diperkenalkan dulu dengan Glow Gelenggang ni, aku memang excited untuk mencuba. Mana taw berkesan bagi membantu mengurangkan kesan gatal kulit sensetif tu kan. Tak salah kita ikhtiar, betul tak?. Dan ni merupakan kali kedua aku try produk ni!.
Set Glow Gelenggang ni ada dua barang iaitu Minyak Organik Herba Glow Gelenggang dan Sabun Herba Glow Gelenggang.
MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG ni mengandungi habbatus sauda, minyak zaitun, minyak argan, susu kambing, dan crystal menthol.
Minyak ni adalah minyak home made, takda bahan kimia merbahaya dan jugak terdapat banyak positif feedback !. Untuk suami aku, aku pakaikan ja minyak organik herba ni. Minyak ni bukan untuk suami aku ja, kami sekeluarga pun pakai sekali jugak.
CARA PAKAI MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG HABBATUS SAUDA!.
Minyak organik herba ni sesuai untuk baby jugak taw. Dan ianya diyakini selamat. Rasa selesa ja bila pakai minyak organik herba ni. Cara nak pakai minyak organik herba ni pun mudah sangat :-
1.Buka botol MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG.
2.Picitkan 1x pump MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG.
3.Sapukan MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG ke tempat yang dikehendaki selepas mandi, 2 kali sehari.
Kalau untuk baby, sapukan MINYAK ORGANIK HERBA GLOW GELENGGANG ni pun dah cukup memadai untuk rawatan macam panau dan ruam susu.
Cara simpan Minyak Organik Herba Glow Gelenggang , hendak lah disimpan di tempat yang kering dan tidak panas. Untuk mengelakkan ketidakberkesanan minyak organik herba.
Sabun Herba Glow Gelenggang ni wangi sangat taw hangpa, macam bau coco butter. Rasa macam nak makan ja, haha. Sabun herba ni seelok-eloknya dipakai sebelum menggunakan Minyak Organik Herba Glow Gelenggang.
Oleh kerana sabun herba ni sesuai untuk kulit gatal-gatal, aku pun pakai buat cuci muka sebab muka aku ni macam mudah sikit naik jerawat gatal tu, hihi. Sedap ja pakai sabun herba ni, kulit muka rasa lembut & fresh.
Oleh kerana sabun herba ni sesuai untuk kulit gatal-gatal, aku pun pakai buat cuci muka sebab muka aku ni macam mudah sikit naik jerawat gatal tu, hihi. Sedap ja pakai sabun herba ni, kulit muka rasa lembut & fresh.
CARA PAKAI SABUN HERBA GLOW GELENGGANG.
Cara pakai sabun herba ni mudah ja :-
1.Sabun herba ini pakai ketika mandi. Boleh dipakai di badan & muka jugak.
2.Basahkan tapak tangan dengan air.
3.Usapkan tangan tu ke sabun hingga rata dan sapukan ke muka.
4.Bilas hingga bersih.
Lepas cuci, wah, rasa fresh dan lembut ja muka. Hilang rasa gatal terus dekat muka ni, hihi. Selepas cuci muka dengan Sabun Herba Glow Gelenggang, baru lah aku sapukan muka aku dengan Minyak Organik Herba Glow Gelenggang tu.
Sabun herba ni sesuai untuk masalah gatal, eczema, bisul, kurap, panau, resdung, dan kudis buta.
Sabun ni tak perlu di potong-potong sebab ianya tak mudah cair, tak mudah putih dan tak mudah lembik. Teksturnya bersifat skrub, sedap ja bila buat mandi dan gosokkan di badan.
Untuk keberkesanan yang optimum, sabun herba ni hendak lah di pakai 2 kali sehari sebelum memakai minyak organik herba. Selepas sabun herba digunakan, hendak lah disimpan di tempat yang kering.
PENGALAMAN PERIBADI MENGGUNAKAN PRODUK GLOW GELENGGANG.
PENGALAMAN PERIBADI MENGGUNAKAN PRODUK GLOW GELENGGANG.
Aku dah gunakan kedua-dua produk ni selama dua minggu. Aku memang excited nak guna produk ni sebab aku suka bau yang sangat wangi dari Sabun Herba Glow Gelenggang tu. Serious taw hangpa. Memang wangi sangat sabun tu. Bau wangi yang semulajadi. Bau lemak-lemak butter coco pun ada, bau lemak-lemak vanila pun ada. Rasa macam nak makan pun ada, haha.
Tu baru cerita pasal bau. Tentang tekstur sabun pulak, ada dua tekstur hangpa boleh rasa. Satu tekstur licin dibahagian depan sabun yang ada bentuk love dan satu lagi tekstur skrub di bahagian belakang sabun. Untuk sabun bertekstur licin, aku gunakan di bahagian yang mempunyai kesan-kesan luka kecil atau bahagian yang sensetif termasuk di muka supaya takda rasa sakit. Manakala bahagian sabun yang berskrub, aku sapu di bahagian yang kasar macam dekat siku dan lutut.
Lepas dah mandi hangpa apply pulak Minyak Organik Herba Glow Gelenggang ni semasa kulit masih lagi basah. Minyak organik herba ni warna dia coklat kehitaman tapi bau dia wangi sama macam bau sabun herba tu. Hanya picit sikit dan sapu rata di bahagian yang gatal tu. Nanti hangpa akan perasan kulit jadi lebih lembap.
Tu baru cerita pasal bau. Tentang tekstur sabun pulak, ada dua tekstur hangpa boleh rasa. Satu tekstur licin dibahagian depan sabun yang ada bentuk love dan satu lagi tekstur skrub di bahagian belakang sabun. Untuk sabun bertekstur licin, aku gunakan di bahagian yang mempunyai kesan-kesan luka kecil atau bahagian yang sensetif termasuk di muka supaya takda rasa sakit. Manakala bahagian sabun yang berskrub, aku sapu di bahagian yang kasar macam dekat siku dan lutut.
Lepas dah mandi hangpa apply pulak Minyak Organik Herba Glow Gelenggang ni semasa kulit masih lagi basah. Minyak organik herba ni warna dia coklat kehitaman tapi bau dia wangi sama macam bau sabun herba tu. Hanya picit sikit dan sapu rata di bahagian yang gatal tu. Nanti hangpa akan perasan kulit jadi lebih lembap.
Macam kulit sensitif gatal yang suami aku hadapi ni selalunya menyebabkan kulit menjadi kering dan gatal. Tapi lepas aku sapu minyak organik herba ni pada suami, rasa gatal tu sangat berkurang sebab kesan minyak organik herba tu melembapkan kulit di bahagian yang gatal tu. Sebelum tidur pun aku akan wajib sapu minyak organik herba pada suami aku. Jadi tidur suami aku lebih selesa sebab dah tak perlu terjaga sebab rasa gatal.
Selama 2 minggu aku gunakan kedua-dua produk Glow Gelenggang ni aku rasa sangat puas hati. Dan alhamdulillah sangat serasi dengan kulit suami. Aku memang recommend dekat hangpa yang ada masalah kulit gatal, resdung atau kulit kering untuk cuba produk Glow Gelenggang ni. Kalau anak-anak hangpa mengalami masalah ruam susu pun sesuai guna minyak organik herba ni taw. Nak kesan yang optimum guna 2 kali sehari.
Untuk maklumat lanjut atau untuk menempah, hangpa boleh layari laman sesawang atau FB Page Glow Gelenggang seperti di bawah ni:
Laman Sesawang : Glow Gelenggang
FB Page : Glow Gelenggang
Whatsapp : 014-544 5951
No comments