Berbahagialah Kita Diuji Dengan Kesakitan

Assalamualaikum semua.


AllahuAkbar. Berbahagia lah kita sakit. For it reminds us betapa kita bukan sempurna. Dan insyaaAllah bila kita sedar kita biasa-biasa, kita akan rasa lebih malu nak besar-besar diri. Sebab kita takda apa-apa.


Berbahagialah Kita Diuji Dengan Kesakitan


Sebulan dah berlalu. Tapi masih segar dalam ingatan. Saat ini aku sedang bergelut dengan kesakitan. Suratan atau kebetulan di ward dan katil ni lah Mak aku yang tersayang menghembuskan nafas yang terakhir. Allahu, sebak di dada hanya Allah yang tahu.


Berbahagialah Kita Diuji Dengan Kesakitan


Bulan lepas aku dimasukkan ke hospital atas sebab kandungan gula yang naik mendadak dalam darah aku. 5 hari jugak aku duduk dalam ward weh. Serik rasa, haha. So, harus lah menjaga kesihatan baik-baik ya lepas ni.


Berbahagialah Kita Diuji Dengan Kesakitan


Di kesempatan ni, aku nak ucapkan pada yang sentiasa membantu, yang sentiasa ada dan yang sentiasa mendoakan, terima kasih banyak-banyak. Semoga Allah membalas dengan seribu kebaikan buat kalian semua.


Sori lah taw kalau siapa yang jengah dekat blog ni tapi takda cerita baru, hihi. Sebenarnya rasa macam ada banyak benda nak cerita tapi rasa macam kekeringan idea gitu. Hangpa pernah tak rasa macam tu?, huhu. Apa pun terima kasih taw kalau ada yang masih sudi jenguk-jenguk blog aku ni. Doakan aku sentiasa diberikan kesihatan dan kekuatan untuk terus menulis di sini ya. Nanti kita cerita lagi.

No comments