Antioxidant Serum|Sanny & Joleen Lifestyle

Serum Berasaskan Bahan Organik

Assalamualaikum semua.

Hai hangpa, selamat malam!. Malam ni aku nak sharekan dengan hangpa semua mengenai Antioxidant Serum. Zaman sekarang ni kan, macam-macam produk serum yang ada dekat pasaran kan, tapi zaman sekarang jugak kita lebih mementingkan produk yang mengandungi bahan-bahan organik, betul tak?. Aku sendiri pun, kalau nak beli serum ka apa, aku lebih mementingkan bahan-bahan organik yang terkandung dalam produk tu.

Serum Berasaskan Bahan Organik

So, hangpa pernah dengar tak pasal Antioxidant Serum ni?. Aku rasa tak ramai yang taw kan?. Takpa, meh sini aku nak cerita sikit sebanyak pasal Antioxidant Serum ni.

Antioxidant Serum ni adalah produk buatan Malaysia oleh Sanny & Joleen Lifestyle. Misi Sanny & Joleen Lifestyle ni adalah untuk menghasilkan produk-produk yang ringkas & jugak premium kepada penggunanya tanpa bahan-bahan kimia yang merbahaya serta dengan harga yang berpatutan.

Kandungan Antioxidant Serum

Kandungan Antioxidant Serum

Bahan-bahan utama yang terkandung dalam Antioxidant Serum ni ialah Tocotrienol (Vitamin E), Panthenol (Pro-Vitamin B5), Niacinamide (Vitamin B3), Calendula & Olive Oil. Serum ni tak mengandungi bahan-bahan kimia yang merbahaya serta takda wangian sintetik, perwarna tambahan & alkohol.

Keistimewaan Antioxidant Serum


Keistimewaan Antioxidant Serum

Apakah keistimewaan Antioxidant Serum ni berbanding dengan serum-serum yang ada dekat luar sana?. Antioxidant Serum ni istimewa sebab ia mengandungi 'Tocotrienol'. Apa tu Tocotrienol?. Tocotrienol ni adalah premium Vitamin E yang mengandungi 40-60 kali ganda antioxidant berbanding dengan Vitamin E alpha-tocopherol yang biasa digunakan produk-produk lain. Tocotrienol ni telah terbukti dalam kajian!. Hangpa semua boleh try p search dekat Google. Selain tu, Antioxidant Serum ni diformulasikan tanpa minyak & sejuk.

Antioxidant Serum ni mampu mencerahkan & menyihatkan kulit serta menghidrat kulit. Serum ni boleh hangpa pakaikan di kulit muka & jugak badan. Ianya tak berminyak & cepat meresap ke dalam kulit. Hangpa boleh gunakan dua kali sehari, selepas mencuci muka atau badan. Waktu yang disarankan untuk hangpa pakai serum ni ialah pada waktu siang & jugak malam.

Hangpa boleh dapatkan serum ni di mana-mana farmasi berdekatan hangpa. Senarai farmasi hangpa boleh tengok  di sannyjoleen.com

Untuk maklumat lanjut, hangpa boleh terus ke:

Fb : Sanny & Joleen

6 comments

  1. Kak Da pun tengah nak cuba serum nie juga Acik..

    ReplyDelete
  2. aida pakai serum sebegini juga.
    lain brand.
    pakai khas before tempek make up di pagi hari.
    agar make up tu flawless... kata nyer lah :)

    ReplyDelete