Kelas Renang Untuk Kanak-Kanak & Muslimah

Kelas Renang Di Swimrush Swimming  Academy


Assalamualaikum semua.

Selamat Malam hangpa!. Hangpa dah tidur ka?. Tidur apa awal-awal wei, esok kan hari minggu, hihi. Hangpa, aku nak tanya ni. Hangpa kalau hujung-hujung minggu kan, apa aktiviti hangpa buat dengan anak-anak hangpa?. P beriadah?, p taman permainan ka bagi anak p tuisyen?.

Macam aku kan, bila hujung minggu kadang-kadang aku bawak anak aku p jalan-jalan. Ya lah nak luangkan masa bersama. Sebab masa cuti lah yang ada untuk berikan perhatian lebih sikit pada anak. Masa hari bekerja ni, terhad sikit lah masanya kan.

Tapi baru-baru ni kan aku ada belikan anak aku kolam renang, so boleh lah cuti esok ni aku lawan berenang dengan dia dalam kolam tu, haha. Aku ni pun bukannya taw berenang hangpa, berenang dalam air cetek tu lepas lah. Teringin jugak nak belajar berenang ni, tapi dekat belah Taiping ni setahu aku takda lagi kelas renang. Tidak boleh aku join kan. Yang ada kelas renang ni pun jauh sangat, tapi bagi sesiapa yang duduk area KL nun, boleh lah join.

Hangpa berminat tak nak taw pasal kelas renang tu?. Meh aku nak share.

Kelas Renang Di Swimrush Swimming  Academy


Swimrush Swimming Academy Menawarkan Kelas Renang Untuk Kanak-Kanak & Muslimah


Swimrush Swimming Academy Menawarkan Kelas Renang Untuk Kanak-Kanak & Muslimah

Hangpa yang duduk area Batu Caves, Bangsar, Cheras & Shah Alam, hangpa boleh lah join kelas renang 'Basic Water Safety : Swim Fearless" by team Swimrush Swimming Academy ni pada setiap hujung minggu. Tapi bagi yang tak dapat nak sertai kelas ni pada hujung minggu, hangpa jangan risau sebab bukan hanya pada hujung minggu ja kelas ni diadakan, hari bekerja pun ada & kelas ni diadakan selepas pada waktu bekerja. Awesome kan?.

Untuk pengetahuan hangpa lagi, antara perkhidmatan yang disediakan oleh Swimrush Swimming Academy ni ialah perkhidmatan mengajar kelas renang untuk kanak-kanak & dewasa khususnya muslimah.

Depa jugak ada menawarkan kelas persendirian (private) & jugak menyediakan servis lifeguard. Pilihan belajar secara persendirian iaitu Home To Home Basis dimana jurulatih renang akan datang ke rumah hangpa. Yang bestnya hangpa, takda caj pengangkutan akan dikenakan ok!.

Bermula dari kanak-kanak seawal umur 5 tahun dah boleh join kelas ni. Kalau dekat kan, confirm aku masukkan Zahra dalam kelas renang ni dah. Di Swimrush ni jugak, bukan sekadar teknik asas renang ja yang diajar tapi silibis di Swimrush ni jugak menekankan kemahiran water survival & confidence program.

Selain tu, bagi yang tak taw macam mana nak menyelam dalam air, hangpa boleh belajar diving sedalam 1.2-1.8 meter. Sesuai untuk hangpa yang berminat nak belajar diving.

Swimrush Specialities


Swimrush Specialities

  • Hanya jurulatih wanita yang mengajar untuk kelas wanita.
  • Memberi penekanan tentang anti-drown. Jurulatih di Swimrush adalah lifeguard, jadi akan ada sesi Water Survival Techniques & meningkatkan Water Confidence.
  • Mengajar teknik asas : Breastroke, Freestyle, Backstroke & Butterfly.
  • Unik : Menyediakan Men Swimming Class secara eksklusif di cawangan Batu Caves.
  • Berpengalaman mengajar pelajar yang ada masalah "waterphobic".
  • Menyediakan kelas ganti.
  • PERCUMA Swimming Cap.
  • Turning from Zero to Hero Swimmer.

Cawangan Swimrush Swimming Academy

Cawangan Swimrush Swimming Academy

🌼 Batu Caves : Kompleks Seri Siantan - Available kids, ladies & men swimming class.

🌼 Bangsar : Jalan Turi Bukit Bandaraya - Private Pool - Kids swimming class.

🌼 Cheras : Kompleks Sukan Desa Tasik - Available for ladies & kids swimming class.

🌼 Shah Alam Seksyen 14 : Private Pool - Only ladies swimming class.

Untuk maklumat lebih lanjut & bagi pendaftaran kelas, hangpa boleh hubungi :

Call / Whatsapp : 

0133654711 Aisha @ 0175732807 Hazman





4 comments

  1. akak ni penatu nak berenang tapi terasa nak g belajar la

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lah yaka kak. Tu lah, mesti best kan klu dapat belajar kak.

      Delete
  2. Salam kenal, menariknya ada kelas untuk muslimah tapi jauh juga ye kelasnya #206

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal awak, tq sudi follow blog saya. Tu lah kan, saya pun jauh. Kalau dekat confirm join.

      Delete