Scrub St Ives Paling Best!.

Assalamualaikum semua.

Aku suka lah wei scrub dari St Ives ni. Sebelum ni memang selalu dengar orang bagi positive feedback pasal produk ni. Aku rasa produk ni wujud masa aku zaman sekolah menengah lagi. Kira legend lah kan?. Duk tengok kakak-kakak pakai time aku sekolah dulu. Tapi bila aku dah cuba pakai ni, memang best sangat!. Lepas pakai tu kan, kulit jadi smooth ja. Aku suka!.

Scrub Muka Paling Best.

Sekarang ni St Ives dah ada packaging baru taw hangpa. Dulu lain packagingnya. Tapi hangpa jangan risau, bahan-bahan dalam scrub ni semua masih sama. 100% natural.

Scrub Muka Paling Best.

Yang ni best wei!. Kalau kulit hangpa jenis ada jerawat & sensetif, aku recommend pakai jenis "Fresh Skin" ni sebab tekstur dia lagi creamy & lembut.

So, kalau kulit sensetif pakai yang "Fresh Skin" ni. Tapi ingat hangpa!, jangan p scrub area jerawat pulak. Menangis tak berlagu nanti hangpa. Tapi kalau ada jerawat tu, jangan lah sental beria-ria sangat ya. Takut kulit hangpa luka pulak nanti. Sental slow-slow ja ok, hihi.

Boleh scrub hari-hari?.

Tak payah lah pakai hari-hari taw. Nanti pakai hari-hari, kulit jadi kering sangat lah pulak. Dah satu maslah jugak. Dalam 2-3 kali seminggu dah ok dah tu.

Macam mana nak guna scrub?.

Lepas hangpa cuci muka guna cleanser, hangpa apply lah scrub ni pulak. Sapu ja dekat satu muka tu. Aku suka sental dekat area hidung ni sebab hidung kan senang tumbuh blackhead / whitehead kan?. Tapi hangpa boleh ja fokus dekat bahagian muka yang bermasalah lain. Tak pun scrub ja satu muka tu senang. Dah sental-sental muka dengan scrub tu tunggu lah beberapa minit. Tapi jangan lama sangat. Lepas tu bilas & basuh muka dengan air. Siap!. Nanti kan hangpa akan rasa kulit muka hangpa tu licin & lembut ja macam kulit baby.

Scrub Muka Paling Best.

Aku suka dengan scrub St Ives ni sebab produk ni mampu milik & bagus. Tak payah nak beli produk yang mahal-mahal untuk kulit cantik. Yang paling best sebab produk ni 100% natural & paraben free. Aku pun takut jugak nak pakai produk yang banyak bahan kimia dekat muka ni. Biar lah kesan lambat tapi bahan yang kita guna semua natural. Penting taw hangpa untuk kulit kita pakai produk semula jadi ni. Dengan natural produk ni, kulit kusam pun boleh jadi sihat.



11 comments

  1. Setuju...biarlah lewat sedikit impaknya yang penting kesan baiknya berpanjangan.

    ReplyDelete
  2. betul, pakai jugak scrub st ives ni, memang lembut je kulit :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, best ja rasa bila belai2 muka ni, haha.

      Delete
  3. Kinah pun suka st ives ni. Memang best bila guna. Produk ni dah lama kan. Kalau tak silap masa sekolah rendah lagi dah ada. Legend sungguh st ives ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. produk ni mg dah lama kan ada, mg lejen lah.aina pun baru try ni rasa terjatuh hati dah dengan produk ni, hihi.

      Delete
  4. Best kan Acik pakai scrub St Ivest nie.. Kak Da pun pakai..

    ReplyDelete
  5. ni trusted brand. lama bertapak di msia ni.
    pernah guna one of it dulu kala.

    ReplyDelete