Hangpa pernah p Bukit Merah Laketown Resort tak?. Bagi yang pernah, best kan?. Entri aku kali ni, aku nak share sikit dengan hangpa yang tak pernah p tu.
Untuk pengetahuan hangpa, Bukit Merah ni terletak di Semanggol, Perak. Dekat ja dengan rumah aku, lebih kurang 40 minit macam tu. Tapi kan kalau jenis kaki travel ni, dia tak kira dekat ka jauh, mesti dia nak terjah jugak kan. Hangpa kalau datang sini, experience dia, aku jamin mesti tak merugikan. Bukit Merah Laketown Resort ni berbintang 3. Nanti dah sampai sana, hangpa cuba cari bintang tu ya, haha. Apa tunggu lagi hangpa, pack bag hangpa, isi petrol sampai penuh, reload touch & go & jom kita travel!.
Pagi-pagi ni dekat sana, memang best taw. Sebab kita dapat hirup udara yang segar & nyaman. Ya lah kan, macam hangpa yang tinggal di bandar tu, asyik duk sedut asap kenderaan & lori yang tak servis, asap kilang yang hitam tu, so dekat sini dapat lah hangpa hirup udara yang fresh. Sekaligus dapat bersihkan paru-paru hangpa tu. Ha, ada macam gaya doctor tak aku?, hihi. Bukan apa hangpa, bila kita hirup udara segar, minda kita pun terjaga.
Dekat dalam resort ni ada taman tema taw hangpa. Waktu operasi dia ialah pada pukul 10.00 pagi. Kalau hangpa p sini sampai lebih awal dari tu, hangpa jalan-jalan dulu dalam resort tu sementara tunggu taman tema tu bukak kan.
Bukit Merah Laketown Resort ni menjadi tarikan utama sebab taman tema tu lah. Ianya sesuai untuk setiap generasi tak kira budak-budak, orang dewasa & jugak warga emas. Harga yang ditawarkan pun sangat berbaloi dengan bermacam aktiviti yang hangpa boleh buat dalam taman tema tu. Ada boomerang, beachfront wave pool, water speed slide, body slide, giant tune rides, lazy rudes & macam-macam lagi lah. Kalau hangpa rasa stamina hangpa kuat, hangpa boleh lah cuba semua. Aku hari tu p pun tak dapat nak cuba semua aktiviti. Ramai yang cakap puas hati sebab kualiti air not bad, tambahan pulak kebersihan persekitaran pun terjaga. So, hangpa jangan risau dengan penyakit yang banyak pada masa sekarang ni kan.
Dekat sini jugak hangpa boleh jalan-jalan dekat Eco Park. Eco Park ni terletak di bahagian persisiran Tasik Bukit Merah & ramai cakap tempat ni sangat indah & menarik. Memang tempat destinasi pelancongan lah. Yang menariknya lagi ialah hangpa kena berjalan untuk mendapat ilmu & mengenali lebih dari 60 spesis burung tempatan & eksotik, macam-macam spesis reptilia, rama-rama yang berwarna-warni yang pasti akan membuatkan hangpa selfie tak berhenti, haha. Sambil ambil gambar, sambil menikmati kehijauan hutan hujan dari 400 meter pelantar laluan & berjalan sepanjang denai alam semula jadi.
Selain tu, bila hangpa dah sampai dekat Bukit Merah Laketown Resort ni, banyak tempat menarik yang boleh hangpa lawati berdekatan dengan resort ni. Contohnya macam, Zoo Taiping & Night Safari, Muzium Taiping, Taman Tasik Taiping & banyak lagi lah tempat yang menarik yang hangpa boleh kunjungi. Orang cakap dah alang-alang kan, boleh lah singgah terus.
Tu sebab lah aku nak suggestkan dekat hangpa supaya plan elok-elok. Kalau nak p bercuti, biar betul-betul serba lengkap, sebab takut tak sempat nak melawat kali kedua dah ke sini, so kali pertama tu biar lah dapat semua pengalaman kan?.
Sebelum nak p tu, aku nak nasihatkan hangpa supaya survey & cari dulu information secukup rasa. Baru lah tak terasa kekok bila sampai dekat situ. Tapi orang cakap lagi best, kalau kita main redah ja. Nak dapatkan feel kejutan yang tak disangka tu, haha. Tu memang style backpackers kan?. So, its up to hangpa lah kan nak buat macam mana. Tapi yang aku betul-betul suggestkan ialah untuk hangpa book Bukit Merah Laketown Resort online di Traveloka. Memang mudah hangpa & silap-silap hangpa dapat offer yang murah & berbaloi.
So, apa tunggu lagi?. Buka fon hangpa, buka Traveloka, & book resort. Kalau boleh kan, hangpa ambik yang atas air punya. Minta cuti dengan boss or lecturer kalau hangpa student lagi. Jangan lupa minta izin Mak Ayah. Tak pun bawak ja depa sekali. Jangan lupa bawak baju mandi, isi minyak & reload touch & go taw, hihi. Dah tu, pack baju hangpa & jom!!!.
berbanding Lost World CT prefer Bukit Merah.. tak tahula kenapa sebab orang tak ramai sangat kot yela da ade Lost World. tapi kt Bukit Merah lagi sronok. puas lagi hehe..
ReplyDeletehaha, a,ah betul. dekat bukit merah ni dia tak pack sangat.
Deletebest Kampung Air tu.. menarik dan cantik sangat =)
ReplyDeletecantik kan?. aina pun tak pernah menginap dekat situ lagi.
Deletetak pernah jejak kaki ke sini, 1 day nak pergi juga sebab selalunya kami terus pergi tambun... sebab dah nampak menarik bolehlah plan nak pergi bukit merah pulak nnt
ReplyDeletedatanglah sini bonde, sini pun best jugak taw. dekat dah dengan rumah aina ni.
DeleteBestnya. Memang teringin sangat nak ke sini. Boleh masuk wishlist nnti ni..
ReplyDeletedatanglah akak.best jugak sini taw. nanti boleh jumpa.
Deletememang syok mai cuti sini kan Aina, kak ana pernah sekali staycation di sini memang happening.. Sorry baru sempat follow aina di blog comel ni.. happy blogging naa :)
ReplyDeletehai k.ana, tq follow aina. a,ah best kan dkt sini. nnti dtg lg taw kak, blh dtg rumah aina.
Delete