Hangpa dah sempat menonton ke belum filem ni?. Aku hari tu berkesempatan lah p tengok filem ni. Jenuh lah aku hari tu nak kena berebut-rebut tiket, dengan seat penuh lah apa, hihi. Biasa lah awal-awal keluar tu kan. So, jom aku belanja hangpa review filem Munafik 2 ni.
REVIEW FILEM MUNAFIK 2
Jalan Cerita
Dari segi jalan cerita, aku rasa ceritanya sangat mudah. Sesiapa pun boleh faham tentang jalan ceritanya iaitu mengenai Sakinah sekeluarga yang telah diganggu oleh kumpulan ajaran sesat yang diketuai oleh Abuja. Kemudian, mereka meminta pertolongan dari Ustaz Adam untuk membantu menyelesaikan masalah tersebut. Dalam pada masa yang sama, Ustaz Adam jugak mempunyai konflik dalam diri sendiri.
Karakter
Aku tertarik dengan karakter yang ditonjolkan oleh Abuja!. Sebab lakonan jahat dia tu begitu menjadi sehinggakan aku rasa macam meluat pulak pada watak Abuja ni, haha. Memang menjadi lakonannya!. Untuk watak Azman, aku memang tak dapat agak dari awal filem yang di penghujungnya sungguh mengejutkan bila karakter sebenarnya dipamerkan.
Perkembangan karakter Sakinah mungkin boleh dikembangkan lagi. Mungkin boleh diceritakan siapa suaminya sebelum ni, & macam mana kehidupan mereka sebelum ni, di mana ayahnya masih sihat. Watak mawi jugak tak kurang hebatnya. Mungkin lepas ni boleh wujudkan watak Mawi lagi dalam Munafik 3.
Elemen Seram
Aku pasti 90% yang hadir ke pawagam untuk menonton filem ni pastinya ternanti-nantikan elemen seram yang membuatkan hangpa menjerit sampai berterabur popcorn kan?, haha. Boleh aku katakan bahawa elemen seram dalam filem ni tak melebihi 50% daripada keseluruhan filem.
Walau bagaimana pun, elemen seramnya berjaya!. Aku cukup suka dengan tahap keseraman dalam beberapa babak dalam filem ni, contohnya di rumah Sakinah. Jadi secara keseluruhannya, bagi elemen seram, memang berjaya!.Tahniah.
Elemen Islamik
Filem ni tajuknya pun Munafik kan, dah tentu lah akan ada banyak elemen islamik yang ditekankan. Bukan hanya elemen seram semata. Kalau nak seram 100% kena tengok cerita hantu lah kan, hihi. Bagi aku elemen islamik dalam ni memang padat. Ia membuatkan kita rasa insaf & berjaya menjentik hati aku. Tahniah sekali lagi.
Kesimpulannya, filem ni sangat sesuai ditonton oleh semua lapisan masyarakat. Elemen seramnya tak melampau-lampau. Malah filem ni mampu menginsafkan diri. Tahniah kepada semua pihak yang bertungkus lumus dalam menjayakan filem ni. Aku bagi 9/10 bintang!.
sedih!!!! termenangis hari tu time tengok ending....huhuhuu
ReplyDeleteT^T
memang terbaik lah!
Bestnya aina dah tgk munafik. Kak ana tak sempat nak ke wayang. Tggu masuk astro first je lah nampaknya. Wajib beli nanti ni. Semua kata worth to watch.
ReplyDeleteMemang best... pecah panggung Malaysia, Indonesia tak tau jumlahnya berapa? Bonde nak repeat tengok dekat rumah jer nanti..
ReplyDeletebelum tengok lagi.. rata-rata review kata ok dan best..
ReplyDeletebelum sempat tengok lagi...best tonton dgn family ni nanti..
ReplyDeletealaaaaa jelesnyaa kita taktengok lagi huhuuuu
ReplyDeletetunggu tonton online nanti sebab nak enjoy keseraman dalam suasana rumah ;D
ReplyDeleteDah tengok jugak Munafik 2 ni memang best! Separuh jalan cerita penuh dengan scene yang mengejutkan, separuh lagi dengan ilmiah.
ReplyDeleteTeringin nak tengok tapi akak ni penakut ya amat
ReplyDelete