Natural Produk Yang Berasakan Bahan Semulajadi.
Sementara tunggu nak lena ni, aku rasa nak review lah satu produk yang aku baru pakai tak sampai sebulan & aku betul-betul berpuas hati dengan hasilnya. Hangpa pernah dengar tak produk Garden Of Eden?. Ia adalah produk yang berasaskan bahan semulajadi. Natural produk jugak lah, tapi takda lah mahal sangat. Ada yang masih tak taw tentang produk Garden Of Eden ni. Bukan produk baru ya, dah lama ada dekat pasaran.
Sebelum ni, aku tercari-cari produk yang sesuai dengan kulit muka aku. So, ternampak lah produk ni dekat @shopkoyara .
Aku cerita sikit dekat hangpa pasal Koyara ni ya. Kalau hangpa nak taw, Koyara ni adalah Malaysia Based Online Health Store. Koyara dah pun beroperasi selama 2 tahun & misi depa satu-satunya adalah untuk menyelesaikan masalah kesihatan. Koyara ada menjual lebih dari 50 produk kesihatan, termasuk lah skincare, vitamins, supplement & produk pencuci rumah. Selain tu, Koyara jugak ada health profesional yang boleh membantu hangpa untuk pilih produk yang bersesuaian. Hangpa hanya perlu chat depa ja untuk dapatkan produk yang dicadangkan. Dan yang paling best Koyara menawarkan penghantaran percuma untuk semua pesanan bawah RM50 bagi semenanjung sahaja. Hangpa kena selalu usha Koyara wei, sebab setiap minggu depa buat offer macam-macam diskaun. Best kan?.
Berbalik pada produk Garden Of Eden tadi, aku dah guna Garden Of Eden Rosa T Mild Cleanser ni bersama scrub dia. Cleanser & scrub dia memang berbau natural. Takda bau wangi ka, sedap ka apa hangpa, hihi. Dalam seminggu aku guna, masalah jerawat ka apa dekat muka ku ni, aku rasa makin reda. Jerawat mula kecut & kering.
Aku ni memang jenis muka yang senang nak naik jerawat, lagi-lagi bila aku stress, haha. Hormon tak stabil mungkin!. Sejak aku cuba pakai Garden Of Eden Rosa T Tripple Action Acne Serum ni, memang masalah jerawat tu berjaya ditangani.
Tapi kan, ikut rujukan yang aku baca, untuk kesan yang lebih baik, hangpa boleh gunakan bersama Garden Of Eden Rosa T Acne Gel. So, bila ada jerawat singgah, hangpa sapu ja. Inshaallah, nanti kecut lah dia.
Kalau hangpa berharap muka hangpa nak glowing & flawless dengan hanya set jerawat ni, tak mungkin lah kan. Yang ni memang semata-mata untuk merawart jerawat ja tapi memang sangat berkesan lah kan. Cuma bila hangpa guna cleanser dia ni, aku nasihatkan hangpa guna lah apa-apa pelembab sebab bila nak rawat jerawat ni dia akan keringkan sikit kulit kita sebab dia nak keringkan & kecutkan jerawat tu. Tapi takda lah kering sampai mengelupas semua tu. Cuma kita boleh rasa kulit kita kering. Kalau hangpa guna dengan acne & scar serum tu takpa sebab dia akan melembapkan kulit hangpa. Yang tu serum dia macam minyak pati tumbuh-tumbuhan.
Tapi kalau dah ada Satin White Cream macam aku ni, guna yang ni ja ha. Sebab dia membantu mengimbangi kekeringan kulit kita tu. Kulit rasa lembap & lembut ja. Selembut satin, wah gitu!.
Produk Garden Of Eden ni sebenranya ada banyak set bukan untuk jerawat ja .Untuk pigmentasi pun ada. Cumanya produk ni tak dijual dalam bentuk set, dia jual single-single macam tu. Hangpa boleh baca dekat packaging dia tu, untuk apa2 masalah kulit hangpa, dia akan mention untuk kegunaan apa. Atau hangpa boleh survey produk ni facebook Garden Of Eden & ig Shop Koyara.
Garden Of Eden ni adalah produk yang berasaskan ekstrak tumbuh-tumbuhan. Memang bebas dari sebarang chemical. Kesan dia bukan lah 3 hari boleh nampak kulit gebu, jerawat hilang habis. Tak lah begitu cepat. Dia merawat secara perlahan-lahan. Selepas seminggu tu, kalau masalah jerawat, jerawat akan stop & muka akan kering sikit demi sikit. Produk ni adalah antara produk yang berkesan pernah aku cuba untuk maslah jerawat.
Hangpa kena faham, guna produk natural macam ni hangpa kena sabar & istiqomah ya, hihi. Aku dah cuba, & aku puas hati dengan hasil dia. Yang penting kena rajin, setiap orang masalah lain-lain kan. Ada yang cepat sembuh, ada yang lambat, so konsisten tu penting ok!. Siapa yang dah cuba?. Kita geng!. Mai lah share dekat sini.
Macam menarik ja produk nie Acik..
ReplyDeletebest lah k.da produk ni.produk natural.
Deletesome people recommend this one to me but sadly it doesn't really suit my skin.
ReplyDeleteproduk ni best.lah, tak sesuai dengan awak ka.
Deletemacam best, produk ni.
ReplyDeleteserious best kak. natural produk ni.
Deletesinggah n follow sini.. harap sudi follow http://ejulz.blogspot.com jugak :)
ReplyDeletetq.nanti saya follow back ya.
DeleteNampak menarik produk ni, tak pernah cuba lagi boleh try Satim White nanti untuk kulit kering!
ReplyDeletebest bonde, boleh lah try nanti bonde.mmg recomended.
DeleteRamai yang cakap garden of eden ni bagus. Nak tru jugaklah nanti
ReplyDelete