Ahad kelmarin tetiba ja demam, panas!!.Siang tu kemain aktif main.Tu lah nak sakit tu sekejap ja kan.Akhirnya pagi semalam aku bawak zahra ke klinik jugak.Sebab Zahra merengek-rengek dengan badan panas, kurang minum susu.Tak tahan aku nak tengok anak aku macam tu.Sampai ja klinik check suhu agak tinggi lah.Tekak pulak dah merah bengkak tonsil.
Aku memang bertegas nak bawak Zahra p klinik.Takut buatnya panas tinggi sangat, sawan tarik pulak nanti.Nauzubillah, mintak dijauhkan.Dengan tekak bengkak merah, minum susu tak nak, makan tak nak.Kalau dibiarkan takut mudarat dehidrated pulak.Alhamdulillah lepas makan ubat baru lah Zahra boleh tidur.Kurang dah merengek, lega aku.
Tapi aku kena kerja hari ni.Berat lah hati melangkah nak p kerja.Dengan mengantuk, mamainya aku tak cukup tidur.Berjaga tengok keadaan Zahra malam sampai ke pagi.Sori Zahra, behave ya.Pegang badan Zahra pagi tadi sebelum p kerja dah tak panas sangat dah.Pagi tadi hantar dia rumah Tokwan, dia hantar Bonda dia p kerja dengan muka ada senyum sikit.Tarik nafas lega.Nasib baik Zahra dijaga Tokwan dengan Opah sendiri.Senang lah nak pantau.Terima kasih Ayah & Mak Mertua kerana memahami keadaan aku ni.
Harapnya Zahra dah ok ya, Bonda balik kerja nanti.Ya Allah, sembuhkan lah penyakit anakku, Amin.
Harapnya Zahra dah ok ya, Bonda balik kerja nanti.Ya Allah, sembuhkan lah penyakit anakku, Amin.
Amminn..shian die..Ibu angah doa semoga cepat sembuh ya sayang..
ReplyDeletetq ibu angah:)
DeleteAla shiannya Zahra, Moga Zahra cepat sembuh. Aamiin :D
ReplyDeletetq mia:)
Delete