Kejutan Buat Yang Tersayang

Hai semua.Haish, tajuk entry tak nak kalah kan, haha.Entry ni nak cerita dekat hampa macam mana aku buat kejutan pada orang tersayang.Ok kelmarin, entah macam mana entah datang seruan nak buat kejutan dekat suami.Sebenarnya, hari lahir dia.Saja seronok nak buat & sebagai tanda menghargai dekat suami.Dan macam-macam cara jugak aku fikir macam mana tak nak bagi terkantoi buat kejutan ni.Selalunya manusia yang bernama "Syuhaina" ni kalau buat apa-apa senang sangat terkantoi.

Sebenarnya ada satu benda yang dirancang untuk kejutan ni.Nak hantar khidmat Suprise Planner bagi wakenabeb untuk suami.Nampak macam alahai, senang ja.Memang lah senang.Tak payah sangat lah sebab suami sentiasa takda di depan mata sekarang ni, hihi. Susah lah nak terkantoi.

Kali pertama buat kejutan boleh dikatakan misi berjaya, kikiki.Cubaan untuk menjadi isteri teramat romantik nampak macam berhasil.Pekataan "romantik" tu sangat lah subjektif!.Ada jenis orang dia romantik tapi tak tunjuk dengan perbuatan walaupun dengan kata-kata sekali pun.Tapi dia lebih kepada pamerkan kasih sayang & sifat "take care" pada pasangan dia.Dan ada jenis orang dia romantik dan tunjuk dengan perbuatan & kata-kata.Pandai bermadah pujangga bagai.Macam aku lah, oppsss!!.Dia usaha macam-macam dengan perbuatan dia  untuk menunjukkan kasih sayang dia pada pasangan.So, hampa rasa hampa yang mana satu?

Sambung balik cerita tadi ya.Untuk plan ni aku perlukan khidmat Suprise Planner di belah utara untuk kejutan suami.Khidmat ni sangat lah berpatutan.So, pilih dah @nassupriseplannerutara dekat Jitra.Hantar jambangan bunga hidup & chocolate siap helium ballon lagi ha, jadi lah.Lemak lah kan nak suprise lebih-lebih, haha.Asalnya tak pandai sangat nak buat kejutan ni.Ngeee.Nasib lah Suprise Planner ni tersangatlah baik.

Aku cuma bagitaw dengan suami, lapangkan tarikh ni.Jangan p mana-mana.Sebab ada orang nak hantar barang dekat rumah sana.Dan suprise planner tu pun sampai selepas Zohor macam tu lah.Sweet tak kejutan aku buat suami?Suprise Planner tu memang terbaik.

Masa awai tu aku tunggu takda dapat berita kejutan tu lagi.Puas lah aku ni menunggu sampai Suprise Planner ni tiba kesana.Aku dah terlebih teruja ni.Haih, sabar ja lah.Selepas tu, lepas Zohor baru lah kejutan tu sampai di tangan suami.

Dan............................................................................................................................................................
Terkejut lah jugak suami tu bila terima kejutan tu semua.Ok, sila lah lihat gambar ya.Senyum ja dapat kejutan.Tapi tak sangka misi berjaya dengan kejutan tu.Berjaya plan semua ni.So, siapa yang takda idea nak buat kejutan dekat orang tersayang, cuba lah idea macam aku ni.Tapi simple ja lah. Tapi bagi aku, ya manis sangat & dalam hubungan ni macam-macam kita boleh buat untuk eratkan hubungan dengan suami isteri.Nampak macam pakar pulak ya, haha.
Last but not least, i love u dunia akhirat suami:)

No comments