Pre Birthday Zahra

SAMBUTAN HARI LAHIR ZAHRA


Assalamualaikum semua.

Lama dah cuti tulis blog kan?. Hari ni aku nak cerita pasal sambutan pre birthday Zahra yang dah lama lepas, tapi baru nak cerita, hihi. Biasa lah kan, semua benda nak cerita kan?. So, yang lepas pun aku cerita jugak dekat hangpa ya.

Ha, hangpa ingat wedding ja ka ada pre wedding, birthday pun ada taw?. Zahra ja yang buat, hihi. Dengar macam gempak ja kan?.  Siap ber pre-pre bagai ni. Takda maknanya lah ada pre birthday ni akan menyusul pulak grand birthdaynya. Saja suka-suka ja nak bagi Zahra happy. Tak mampu buat yang besar-besar, yang kecik pun kira ok lah kan. Janji hari yang bermakna tu kita ada bersama-sama anak kita untuk kita raikan.

Malam 13 November 2017 hari tu, Kak Khaty iaitu Mak Lang Zahra dah belikan Zahra kek. So, dapat lah sambut birthday Zahra malam tu. Terima kasih Alang!.

Aku pulak baru keluar ward hari tu sebab keguguran. So, macam tak sempat lah nak celebrate birthday Zahra pada 10 November 2017 hari tu. Kalau tak dalam plan aku memang nak sambut sikit birthday Zahra petang Sabtu tu. Last-last terpaksa warded pulak.

Sambutan Hari Lahir

Excited ja Zahra tengok kek dia.

Sambutan Hari Lahir

Takda gambar Bonda dengan birthday girl. Bonda tengah tak sihat kan?.

Sambutan Hari Lahir

Kek biasa ja, bukan kek cartoon kesukaan Zahra. Nama pun pre birthday kan, nanti kita buat kek cartoon yang Zahra nak pulak ya.

Sambutan Hari Lahir

Tiup jangan tak tiup.

Takda makan-makan lain. Sebab dah lari plan. Kalau ikut plan asal tu, Tok Pah Zahra ada masakkan laksa. Takpa lah, nanti kita set lain ok.

10 comments

  1. Happy belated birthday untuk Zahra.. Semoga terus membesar sihat jadi anak solehah.. Aamiin :)

    ReplyDelete
  2. Alolo comel je Zahra tiup lilin

    ReplyDelete
  3. Happy belated birthday sayang Angah.. nanti Angah beli hadiah pink tau.. lebiu sayang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tq angah. Hihi,nak hadiah pink taw!. Love u too.

      Delete
  4. Happy birthday sayang !

    ReplyDelete