Murah Tapi Cantik

Selamat tengah hari semua, terasa letihnya 2,3 hari ni.Terlalu banyak urusan yang nak diselesaikan.Ni baru lah dapat zon tenang, haha.Nak cerita pasal hari isnin lepas, aku p borong kasut dengan Mak, Kakak & anak-anak sedara aku.

Pada awalnya aku dah bagitaw depa yang aku nak ke Tesco.Lepas ja turun dari Tesco tu ada stall kecik tepi tu aku terus menuju ke stall tu sebab nampak harga kasut sepasang RM10.Memang mengundang lah kan, kikiki.
Rambang mata aku & depa semua dibuatnya.Kalau tak harganya sepasang RM20 ke RM25.Pilih lah kami yang mana berkenan di hati.Masa kami dekat situ takda pelanggan lagi.So, senang lah kami nak memilih.Pilih, cuba, tayang-tayang dekat cermin, haha.Berkenan ja terus letak dekat kaunter dia.Senang, takut nanti orang lain ambik pulak.Aku beli 2 pasang ja, kakak aku sepasang, & anak-anak sedara aku sorang sepasang.Mem besar aku tak nak, takda yang berkenan katanya.

Seronok pulak beli kasut dekat sini, ownernya baik ja.Semua jenis kasut sepasang dah turun harga ke RM10 ja.Owner dia Siam.Habis jugak RM50 dekat sini dengan riang gembiranya, huhu.
Lepas ja memborong dekat situ, kami semua p makan dekat LA Burger Kukus Bakar.Semua order sama ja senang.Aku ja yang lain, haha.Aku dah tak ingat lapar lagi dah tadi sebab dah kemaruk pilih kasut.

Ok hampa, jumpa nanti di lain entry.Ooohh ya, pasal burger tu aku cerita lain entry erk?hihi.t




2 comments