Pagi Ahad tu kami semua dekat rumah Kakak aku, Kak Kathy.Beramai-ramai memasak nak berkelah.Memang best lah aktiviti macam ni.Masak ramai-ramai, makan ramai-ramai.
Pukul 2.30 petang kami balik rumah dah.Lepas tu mandi, bersiap.Pukul 4 kami pun keluar lah p ke taman tasik.Plan nak naik basikal, ramai-ramai macam ni baru seronok.Sewa basikal 3 biji.Basikal Double Plus One 1 biji, Double 2 biji.
Dah lama aku tengok orang naik basikal macam ni dekat sekitar taman tasik Taiping ni, tapi baru Ahad lepas berkesempatan nak taw berapa harga sewa nak naik basikal ni, berapa lama tempoh.
Ada untuk 2 orang dewasa & seorang budak kecik.Budak tak payah kayuh tapi ada pedal untuk letak kaki dia sepanjang naik basikal tu.Ada lagi beberapa jenis yang lain.Kita boleh lah pilih yang mana kita nak.Memang nampak menarik & seronok kan.Dekat situ jugak ada jumper untuk disewa.Nak beli bawak balik pun boleh.Katanya kalau selalu guna benda ni boleh kurus badan.Aku excited dengar part "kurus" tu, hihi.
Tapi petang-petang, hari minggu pulak ni, kereta memang banyak sangat dekat area taman tasik ni.So, aku rasa aktiviti ni best dibuat pada waktu pagi.Sebab pagi-pagi kereta tak banyak lagi.Basikal ni pun pagi dah mula operasi dah.
Aku naik basikal dengan Miera & Sakinah.KakCik dengan Fatin & KakLong pulak dengan Syimir.Basikal 2 pengayuh tu.Kalau sekali tengok macam best ja kan.Cuba merasa sendiri baru taw, susah jugak nak mengayuh ha.Orang depan ni lah yang paling teruk, haih.
Kami masuk dekat dalam kawasan taman tasik, lega.Kereta takda.Orang berjoging pun tak ramai dekat area sini.Bergambar lah ya.Lepas ni tak taw bila pulak ada rasa nak buat aktiviti ni lagi.Lambat pulak lah kud, haha.
Dah hantar basikal dekat tempat dia balik.Kami p area lain dekat taman tasik tu.Nak main playground pulak dengan Zahra & Sakinah.
Taman tasik Taiping ni memang macam-macam aktiviti riadah sihat dah ada.Sesuai untuk berkeluarga bawak anak kecik.Dekat situ ada sediakan permainan buih sabun untuk budak-budak.
Seronok lah main dekat sini kan sebab luas.Ni kami duk sesaja nak habiskan masa yang berbaki sebelum balik rumah.Alhamdulillah banyak peluh jantan betina keluar dah petang tu, haha.
salam naik basikal memang seronok! .. hehhehe
ReplyDeletewsalam dik.seronok memanglah, tapi lama2 sekali naik, tegang habis urat-urat kaki, hihi.
Delete