Aku Seorang PT

Catatan yang aku rasa paling skema setakat ni, hihi.Ini soal profesion, soal kerja.Firstly, apa tu PT?PT tu ialah PEMBANTU TADBIR.

Dengan suka citanya aku nak berkongsi pengalaman lepas dah tahun ke-6 aku berkhidmat sebagai PT.PT tu dibawah Kementerian Pelajaran Malaysia atau Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.Kami bertugas di sekolah-sekolah kerajaan.Dan berstatus TETAP & BERPENCEN.Bergred N17.

Bidang tugas aku yang agak mencabar & kekadang agak tertekan jugak kalau berdepan dengan hal yang agak penting.Tahun berganti tahun, sikit demi sikit pengalaman sebagai PT aku dapat praktikkan dalam kehidupan harian aku.Semakin rasa best & terasa makin jatuh hati pulak aku dengan kerja ni.

Mulanya, aku suka-suka ja isi borang permohonan kerja ni.Masa tu aku baru habis sekolah.Lepas keputusan SPM keluar, aku ditawarkan oleh Kementerian Pelajaran untuk menjawat tugas ni.Dalam hati ni memang aku nak sangat kerja ni.Aku bukannya dari keluarga yang berada.Tengok muka Mak Abah sedih hati ni.Aku nak Mak Abah merasa hasil titik peluh aku ni yang tak seberapa.Aku nak bahagiakan depa.Alhamdulillah.

Melangkah kaki ke sekolah pertama aku bertugas sebagai penjawat awam yakni PT di SJKT Ladang Stoughton.Memang menuntut aku untuk belajar cara hidup, persekitaran & yang lebih mencabar bila berdepan dengan orang yang tak sama wataknya.Sejujurnya aku happy berkhidmat di sekolah ni, walaupun kali pertama aku melapor diri di sekolah ni, kakak aku yang hantar aku dengan naik motor ja.Jauh jugak taw, dengan hutan kiri kanan pulak.Tapi sekarang aku dah berkhidmat di sekolah baru, sekolah kedua aku iaitu SK Sungai Ara.

Berbalik pada tugas aku, sebagai PT sekolah.Aku ni boleh diibaratkan pegang pentadbiran pejabat lah.Dari urusan pejabat, kewangan, pentadbiran & seterusnya menjalankan kerja yang diarahkan oleh pihak atasan.Dengan sistem on9 segala benda sekarang yang banyak perlukan perhatian.Itulah kekadang otak ni selalu 'blackout".Mana nak fikir tu, fikir ni.Haih, cuma aku mampu berlapang dada.Ini tugas yang perlu aku jalankan dengan penuh tanggungjawab & dedikasi.

Letih?Memang.Tapi apakan daya.Dah kerja kita.Kekadang letih sangat bila kerja datang bertalu-talu, nak kan segera.Perlu bersabar untuk hadapinya.Itu tugas.

Kalau nak cerita pengalaman selama masuk tahun ke-6 berkhidmat ni, memang tak habis.Banyak suka dukanya.Banyak benda baru yang aku belajar dari hari ke hari.Alhamdulillah bila fikir dengan positif, aku rasa kerja ni adalah satu profesion yang harus dimartabatkan.Bukannya di pandang rendah oleh setengah masyarakat yang sering anggap PT ni "kerani cabok".

Terkilan jugak kan dengan masyarakat yang pandang rendah pada kerja kita ni.Sabar ja lah, haha.Teruskan ja tunjuk prestasi yang cemerlang dalam kerja.Kerja tu ibadah.Allah takkan sia-siakn setiap titik peluh kita dalam mencari rezeki yang halal.InsyaAllah.
tempat berkhidmat aku sekarang




2 comments

  1. Sentiasa hargai peluang y ada..wlupun penat..kerja mesti d laksanakna..aslkan ikhlas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. k.ina ke ni?baru prasan..haha.tq k.ina, in'allah.

      Delete