Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin Untuk Arwah Mak

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin


Assalamualaikum dan hai semua.

Lama menyepi dan tinggalkan blog ni tanpa entry, hihi. Hari ni nak jugak curi masa untuk tulis entry dekat blog ni.

Ceritanya hari Sabtu yang lepas, 21hb Disember 2019, sempat jugak untuk aku sekeluarga buat kenduri serba sederhana untuk Majlis Tahlil arwah Mak yang tersayang serta ahli keluarga yang telah tiada.

Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar. Penat tu biasa lah, sebab masak sendiri kan. Penat dalam membuat persiapan. Part masak tu kami bergotong-royong dengan saudara dan jiran-jiran. Yang lain ambik part siapkan tempat makan, mengemas rumah dan siapkan goodies bag.

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin

Kami ada buat goodies bag jugak sikit, saja niat nak sedekah untuk orang tahlil dan orang baca yassin. Sebab kami plan nak panggil kumpulan bacaan yassin dari Kampung Anak Kurau untuk bacakan yassin belah pagi tu. Alhamdulillah, walaupun banyak kenduri hari tu, tapi ada jugak yang berkesempatan untuk datang ke rumah kami. Dalam goodies bag tu kami letak air kotak, mini popcorn, dan set yasin serta tasbih.

Pada dasarnya kenduri kami ni kecil-kecilan ja. Kami cuma jemput orang masjid untuk tahlil, orang untuk bacakan yassin,  jiran-jiran, saudara mara dan beberapa kenalan.

Juadah kami pada hari tu ialah nasi tengahari yang berlaukkan Ayam Masak Merah, Masak Lemak Ikan Masin Nenas, Sayur Salang Masak Lemak Putih, Ikan Sardin Goreng dan Ikan Masin Goreng. Kalau kenduri rumah aku ni kena ada ulam ok. Sambal belacan tu wajib!, haha. Menu untuk majlis ni pun jenuh aku berbincang dengan keluarga aku, siap berapa kali tukar menu dah, huhu. Sori ya gambar menu takda pulak, aku pun takdan nak snap.

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin

Juadah-juadah sampingan pun banyak hangpa. Memang rezeki murah lah hari tu. Mana yang kami tempah lagi, orang sedekah lagi. Alhamdulillah, mewah lah dengan makanan kenduri kali ni. Pelbagai jenis kuih muih ada. Selain tu ada Laksa, Bubur Pulut Hitam, Mee Goreng dan jugak Cendol. Macam-macam lah yang tetamu kami boleh makan hari tu.

Majlis Tahlil yang ringkas tapi meriah dengan juadah. Lepas kenduri tu ada lebihan makan, kami hantar pulak pada jiran-jiran dan saudara mara. Panjang-panjangkan lagi sedekahnya, alhamdulillah.

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin

Majlis Tahlil Dan Bacaan Yassin

Syukur, lancar semuanya. Majlis start pukul 10 pagi dan dalam pukul 6 macam tu baru semua setel dan tetamu pun dah balik. Lega dah sempurnakan hajat kami nak buat Majlis Tahlil ni. Seronok sangat bila kenduri macam ni kan. Sebab meriah bila semua ada, makanan banyak, makan ramai-ramai dengan keluarga. 

Ok lah, sampai sini dulu ya!. Ada banyak lagi benda nak share & cerita sebenarnya, tunggu taw next entry!. Bye!.





No comments