Ayah Mertua
Mak Mertua
Macam aku, aku memang bercinta dengan suami aku, sekolah sekali lagi, jadi mertua aku memang dah kenal dengan aku.Jadi, semuanya jadi lebih mudah lah kan.
Mak, panggilan aku pada Mak Mertua.Usianya dah capai 60 lebih.Dan Ayah pulak dah menginjak 70 lebih.Tapi alhamdulillah, mereka masih diberikan kesihatan yang baik.Mak pun baru lepas menunaikan ibadah umrah tahun lepas.Mak dan Ayah pun tinggal dekat ja dengan kami.
Ayah mertua aku namanya Zahidin b. Ali, Ayah memang orang sini, Batu Kurau.Ayah orangnya tenang, sabar & penuh kasih sayang.Mak mertua aku namanya Selamah bt. Abdul Hamid, Mak pun asal orang sini jugak.Keperibadiannya hampir sama dengan Mak aku.Mak lebih cerewet, hihi.Tapi Mak kuat buat segala sesuatu sendiri.Mak & Ayah kedua-duanya baik layan kami.Kekadang lama tak bejumpa dengan mertua, rasa ringdu menggetarkan hati.
Semoga saya jugak boleh selalu mengingatkan suami untuk terus berbakti pada kedua orang tuanya.Aku tak nak mertua aku sampai ingat dah kahwin dengan aku, tak ingat lagi dekat depa.Sedihkan kalau kita dengar macam tu.
Kewajipan anak lelaki dalam memberikan perhatiannya pada kedua orang tuanya, walaupun anak lelaki tu dah menikah.Jelas, macam dalam sabda Rasulullah SAW.Abdullah bin Amru bin Ash meriwayatkan bahawa ada seorang lelaki meminta izin berhijad kepada Rasulullah SAW.Beliau bertanya, "Apakah kedua orang tuamu masih hidup?"Lelaki itu menjawab, "Masih".Beliau bersabda, "Kalau begitu, berjihadlah dengan berbuat baik terhadap keduanya".(Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Semoga selalu ada kesempatan aku memberi kasih sayang lebih banyak pada mertua aku, macam mana aku memberikan kasih sayang pada orang tua aku sendiri selama ni.Sebab di sana ada doa untuk kebahagiaan rumah tangga kita.Ya Allah, jika aku ada salah pada depa, ampunilah.Kalau ada sikit ja kata yang menyinggung hati depa, ampunilah aku Ya Allah.Semoga depa, Mak & Ayah redha memberi maaf.
salam kak yana setuju dengan akak, perempuan memang kena lebih kan mertua , so kita sendiri kena faham baru semua jadi mudah
ReplyDeletewsalam yana.betui tu Yana, apa pun cubalah selalu untuk jadi & buat yang terbaik kan?InsyaAllah;)
ReplyDelete