Hebat Insan Yang Bernama Pak Yuih Ni

Aku tengok Juara Parodi malam jumaat lepas yang depa buat 'tribute' untuk mengenang seorang pelawak yang meninggalkan kita baru-baru ni, Pak Yuih.Aku tengok kawan-kawan seperjuangan dia menangis, aku pun naik sebak dibuatnya.Walaupun aku tak pernah jumpa pun dengan dia, tapi dapat rasakan jugak kehilangan tu kan.Tapi, dari awal sampai akhir rancangan tu, aku rasa banyak iktibar yang perlu kita semua ambil dari kisah arwah Pak Yuih ni.Seorang pemuda yang dah kehilangan ibu & bapanya, yang telah banyak menghiburkan kita & buatkan kita gelak, hilang stress bila tengok lawaknya.

Dia hanya pelawak tapi kita perasan tak, bila dia dah meninggal dunia, Allah muliakan dia dengan cara Allah buka semua kisah kebaikan dia masa dia di dunia.Barulah kita taw, yang dia ni orang yang rajin bersedekah hartanya untuk kebaikan ummat.Barulah kita taw yang dia ni, hidupnya diuji dengan pelbagai ujian keimanan.Dia kehilangan ibu & ayah, dia dikatakan dipinggirkan keluarga, berhijrah ke Kuala Lumpur nak mencari nafkah.Dia banyak membantu orang lain yang lebih memerlukan & kita dapat taw kebaikan yang dia lakukan & ujian yang dia hadapi dengan penuh sabar bila dia dah meninggal dunia.Dia di alam sana, dia tak taw pun yang sekarang ni kita tengah cerita pasal kebaikan dia.

Masa dia hidup, sekalipun dia tu pelawak, kita takda dengar dia ceritakan keburukan orang lain, kita tak pernah dengar apa yang negatif dari mulut dia pada orang lain, kita tak pernah nampak yang dia menjatuhkan orang lain.Yang kita taw bila dia dah takda, semua cerita yang baik & bagi kita keinsafan.Kagumnya aku pada insan yang bernama Yusri bin Edoo ni.

Pak Yuih jugak hamba Allah yang akan dihisab oleh Allah nanti.Biarpun dia pelawak, tapi amal baik yang dia buat masa hidup dia, dia tak hebahkan mungkin kerana dia taw yang biar Allah saja yang taw apa kebaikan yang dia buat.Alhamdulillah, bila dia dah takda, Allah buka kisah amal baik dia tu buat kita jadikan iktibar.

Apa pun, marilah kita sama-sama menjadi insan yang ikhlas beramal kerana Allah,Jagalah aib, jangan buka aib orang lain, supaya bila kita dah takda nanti, orang tak buka aib kita.Janganlah kita buka aib sendiri, semoga Allah tutup aib kita di Masyar nanti.InsyaAllah.

Rahimullah Pak Yuih, semoga Allah kurniakan Pak Yuih syurgaNya.

Wahai insan yang dah banyak buat kami terhibur & tersenyum..semoga amal kebaikanmu, kesakitanmu sebelum mati tu akan menjadi penyebab untuk kau tergolong di kalangan ahli syurga.Amin.


No comments