Selamat Hari Raya Eidullfitri

Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir Batin



Buat seluruh keluarga, kalian lah yang terpenting dalam hidup saya.


Buat sahabat, jangan lah lupakan saya bila kita terpisah nanti.


Buat musuh, maafkan lah saya jika nampak salah di mata awak.


Buat yang sayang saya, saya jugak sayang dan hormati awak semua.


Buat yang suka sakitkan hati saya, terima kasih sebab mengajar saya erti kesabaran dan ketabahan.


Buat yang pergi dan meninggalkan, semoga berbahagia hendaknya.


Buat yang tak mengenali saya di dunia blog ni, terima kasih kerana masih setia menerima saya sebagai teman. Hadap segala cerita saya, yang kadang entah apa2, walaupun kita tak pernah bersua muka.


Maafkan lah diri ni sekiranya pernah menyakiti, menghina, membohongi, terkasar bahasa, menyinggung dan membuat sesiapa pun terasa hati.


Sesungguhnya saya hanya insan biasa yang tak sempurna dan takkan pernah sepi dari kesilapan. 


Dalam sedar atau tanpa sedar, seribu kemaafan sekiranya saya pernah meninggalkan kesan berlubang didinding ataupun disudut hati awak semua.


Kerana kedamaian dan ketenangan akan hadir disaat hati dan jiwa melepaskan semua kebencian dalam kemaafan. Kerana memaafkan tu adalah "Dendam yang paling indah".


Yang jauh tu waktu, yang dekat tu mati, yang besar tu nafsu, yang berat tu amanah, yang mudah tu berbuat dosa, yang panjang tu amal soleh, yang indah tu saling memaafkan.


Selamat Hari Raya EidulFitri, Maaf Zahir Batin walau dimana ja awak semua berada.


Tahun ni kita masih lagi beraya dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sama-sama lah kita patuhi SOP dan larangan yang ditetapkan ya. Semoga Allah menjauhkan kita, keluarga kita dan orang yang kita sayang dari penyakit Covid berbahaya serta mereka yang terkena juga akan sembuh dan selamat secepatnya. Aamiin Ya Rabb 🤲🏻❤️.




No comments